MEH CUBA RESEPI :)

Thursday, July 11, 2013

resepi nuttella brownies yang sedap dan senang! hanya guna 3 bahan sahaja!

assalamualaikum.
hari ni nak share satu resepi pencuci mulut yang tersangatlah senang.iaitu ...NUTELLA BROWNIES.
 dah la senang.cepat lak tu proses membuatnye. senang ,cepat dan sedap! i loikeee~
Sesuai untuk ibu bekerjya untuk menyediakannya;)


buat dalam cup. so boleh lah panggil..nutella brownies in a cup :P

resepi aku rujuk dari blogger famous CIKEPAL



bahan:


1 biji telur
1/2 cawan Nutella (dalam 130g macam tu)
5 sudu besar tepung serbaguna  (guna tepung gandum biasa pon bolehhh)


cara buat:

masukkan telur n nutella dalam bekas. kacau sampai sebati guna garfu.dah sebati masukkan tepung pulak.kacau sebati guna garfu jugak. pastu masukkan dlm cup. bakar selam 15 min.suhu 180 C. siappppp!



sonang kan?rasa die pun sedap dan tak muak.cuba sekali pasti nak lagi!
ape tunggu lagi???gi beli barang cepatt.boleh buat untuk berbuka puasa hari ni ;))


p/s: kalau korang rajin..bolehlah tambahkan choc nutella tu kat atas brownies yg dah siap.patu tabur choc chips ke kacang badam ke...perghh mesti lagi sedap!:)







Sunday, July 7, 2013

resepi brownies yang sangat simple dan sedap. tak perlu guna mixer ok.


the perfect brownise :) 

 


assalamualaikum..
aku memang penggemar brownise.
dah banyak gak resepi brownise aku try.
this is the best so far.
senang dan sedap sangat:) zaheen pun suke :)
cara penyediaan nya pun ambil masa sekejap sahaja:)

actually aku buat brownies ni sempena besday encik suami.sebab tak sempat buat kek besday...
die keluar kejap bawak zaheen gi playground..aku terus buat brownies ni..kejap je nak buatnye...suami balik je dari playground(dpn umh)..brownies pon siap :P hehe.
 
resepi credit to myresipi


Bahan-bahan ( 9x6 inch )

  • 115 g mentega - di cairkan,sejukkan
  • 1 cwn gula halus (195 g)**aku kurangkan .guna 3/4 cawan je
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn tepung gandum (60 g)
  • 1/3 cwn serbuk koko (25 g)
  • 1/4 sk baking powder
  • 1/4 sk garam(opt)

Cara-cara

  1. Campurkan mentega, gula, vanilla dan telur. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan tepung, b. powder, koko yg di ayak bersama.Gaul lagi hingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas dan digris. boleh tabur kekacang,choc chips,biskut oreo atas brownies utk rasa lebih sedap:)
  4. Bakar pd suhu 160C selama 20- 25 min.(jgn terlebih bakar,nanti brownies keras.)

ok,selamat mencuba:)

Monday, July 1, 2013

Tahniah Dr. Muhammad Arif Dan Dr. Puteri Dila :)

Alhamdulillah..majlis pernikahan adikku, Muhammad Arif atau nama panggilan manjanya..Adek,  berjalan lancar pada 22 jun 2013. tahniah adek n dila. baru sempat nak update kat belog hari ni. :p dan untuk pertama kalinya...aku dapat adik ipar :P hehe.



.
.
.
.
 errr....nak taip apa lagi ek?haha.
dah lama tak menghapdet belog sampaikan taktau nak taip pasal apa...nak karang ayat camne..haha.
lagipun sekarang dah jarang online guna laptop.guna henfon jek.
malas nak on laptop.lagipon laptop sekarang makin lambat. asik hang aje.



ok lah...let the pictures do the talking lah :P

masa ni en suami kena jadi pengapit bidan terjun jap. kemain lagi die eh :P

pastu,,adik aku, Anis, lak ganti jadi pengapit:P



ni kembarnya..adib or panggilannya abang, belum temu jodoh lagi. ada berminat?sms/whatsapp me A.S.A.P :P

parents kedua belah pihak

pengantin perempuan...org cakap muka die ade iras aku...betul ke.tapi dulu masa aku bawak encik suami jumpa famili pon diorang cakap en suamiku ade iras2 adik2 ku. org cakap kalau muka ade iras, jodoh kuat:)

semoga berbahagia selalu ye korang ;)

when doctor meets doctor...preparation kawen semua adalah kelam kabut,last minit. yelar, masing2 sibuk sebagai tugas doktor. nasib famili masing2 tolong uruskan.kalau tak...kawen koboi lah korang yek:P hehe

dah kawen dah adek aku nih..masa kecik selalu gaduh ngan die :P




gambar satu famili. tapi xcantik pic nya:( ziyad lak asyik menangis je hari tu.masa tgh bergambar lagi kuat die menangis. maybe die xselesa sebab panas and ngntuk and penat.


kitorang stay kat hotel the royale bintang, the curve. ditaja oleh keluarga pengantin perempuan ;)
best dok hotel ni. dekat sangat nak gi IKEA. aku kat suka gi ikea. tapi malangnya...masa hari kejadian, tak sempat pun nak jalan2 kat ikea ,the curve and etc:( zaheen n ziyad meragam. so lupakan sahaja ya nak soping ke ape. lain kali lah :P



majlis persandingan adalah bulan september ni .insyaallah:)
tak sabar rasanya:)
dah lama rumah aku takde buat majlis besar2 kot.
last buat masa aku kawen lah,tahun 2009.
ayah aku pon dah excited siap upah orang ratakan tanah depan rumah :)



oklah, sampai sini sahaja:)
jumpa lagi.baiiii:)