assalamualaikum
lama tak update blog
banyak je benda nak share kat blog ni lagi2 resepi..tapi asyik tak menyempat aje..
so malam ni aku curi masa jap untuk share resepi donut yang aku dah buat banyak lagi dan sangat berpuas hati dengan resepi donut ni. aku panggil donut ni donut bulat gebuss.aku malas nak terap bentuk donut. aku buat bulat2 je.hehe. btw, donut ni menjadi makanan peberet zaheen. kadang2 tu,,,setiap hari die mintak suruh buatkan donut. salah satu sebabnya...dia dapat main uli2 doh donut yang aku cubitkan sikit untuk die.huhu.
resepi ni aku amik kat FB. tak pasti dari sape...so aku share kat blog ya...minta halal ya resepi ni tuan punya resepi:)
resepi donut bulat gebu
bahan A:
165 ml susu suam
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
campurkan semua bahan dan perap 10 minit
bahan B:
2 cawan tepung gandum / tepung berprotein tinggi
2 sudu besar butter
1/2 s.t ovalette
1/2 s.t baking powder
1/2 s.t pelembut roti
1/2 s.t garam
cara2:
campurkan bahan A dan B.
uli sampai tak melekat.
perap selama 45 minit
bulat-bulatkan
perap semula selama 10 minit
goring hingga kekuningan.(api jgn besar sgt)
angkat,toskan minyak
gaul dgn gula aising:)
sebelum goreng |
selepas goreng |
fav zaheen! |
note: donut ni akan mengembang masa di goring. bila makan panas2...rasa dia..rangup diiluar,lembut didalam.sedap snangt kalau makan panas-panas :)
p/s: aku pernah frozenkan donut guna resepi ni. caranya...goreng kejap.angkat ,toskan.biar sejuk di suhu bilik.kemudian simpan dlm peti beku. :)
p/s lagi: korang jgn lupe like page aku kat fb tau...
www.facebook.com/bakebymrsnawuza :)
www.facebook.com/bakebymrsnawuza :)