MEH CUBA RESEPI :)

Friday, September 26, 2014

resepi devil's food choc cake . sedap dan senang!



 
haaaaa. tempting tak tengok kek ni. hehe. sedap! ni antara bestseller cake yang aku jual ;)
meh aku share resepi nya :
 
 
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Rujukan : kak azlita Aziz masam manis

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.
 
 
 
selamat mencuba!:)
 
 
p/s: jgn lupe like MrsNawuzaBakery di Facebook dan Instagram :)

nak kurus dengan cepat selepas bersalin? anda perlukan bantuan SET KURUS SHAKLEE!

assalamualaikum..
ibu ibu lepas bersalin mesti risau dengan berat badan mereka. terutamanya yang naik berlipat ganda semasa mengandung. macam saya lah tu. naik sampai 20kg ++ !!
 
 
 
bayangkan..berat sebelum mengandung anak kedua ialah 48kg..berat akhir semasa mengandung adalah 70kg! wowwwww! haha. memang rasa macam dugong, ikan paus dan penguin masa tu. haha. sebab I is pendek je orangnye. dengan berat macam tu...memang sangat tak sesuai lah dgn badan I :P
bukan sahaja perut membesar tapi peha, punggung , dada semua membesar. huhu. memang takut sangat jika tak dpt kurus balik lepas bersalin. yelar, mesti kena perli punye dgn sanak saudara juga kawan-kawan. tak nak ! tak nak!
 
 
 
 
so semasa pantang...aku mempunyai keazaman yang tinggi dan kuat untuk kurus semula. target aku at least dpt 48kg semula. actually berat masa awal kawen adalah...43-44kg. maybe ade sesetengah orang dengan mudahnye dpt berat badan asal selepas bersalin...memang ade jenis orang camtu...yg jenis kurus dan berat die xnaik banyak sangat kot masa pregnant. tapi aku ni....aku mengaku, memang perlukan bantuan supplemen untuk cepat kurus lepas bersalin. huhu. sebab berat naik banyak sgt kan. so kite kene bertindak awal untuk kurus semula selepas bersalin. jgn dah lambat baru nak bertindak.
macam aku...aku memang guna set pantang Shaklee semasa dalam pantang. vitamin yg aku makan adalah vita lea, vit c, b kompleks, zink , esp dan ostematrix. memang susu sangat meriah ..
 
 
 
 
Alhamdulillah...so dapat fully brestfeed ziyad masa tu n boleh buat stok EBM. menyusukan anak kan dapat membantu ibu turunkan berat badan. anak dapat khasiat susu ibu, ibu pun lebih cepat pulih n cepat kurus;)  
 
 
 
 
selain itu, ibu ibu yang nak kurus selepas bersalin boleh juga amalkan set kurus Shaklee yang terdiri daripada herblax, lecithin dan alfalfa. ni set budget je tau. ade juga set lengkap. tp set budget pon dh cukup berkesan pada aku.
 
ni fungsi herblax Shaklee..
 
 
 
 
 
 
ni pulak fungsi dan faedah lecithin
 
 
 
 
dan last sekali fungsi dan kelebihan alfalfa
 

klik utk lebih besar dan jelas
 
 
 
 
Alhamdulillah, dengan bantuan set kurus Shaklee, selepas 2 bulan bersalin, beratku kembali kepada asal sebelum mengandung iaitu 48kg. tapi aku teruskan  pengambilan alfalfa utk tujuan milk booster tapi ia juga membantu membuang lemak di badanku hingga beratku kini 45kg sahaja:) dan aku memang masih meneruskan mengamalkan alfalfa sampai sekarang:) banyak khasiatnya untuk kaum wanita khususnya. memang jatuh cinta dengan alfalfa;) herblax n lecithin dh stop. tp agak2 perut dah buncit sket, kena lah makan herblax semula:P hehe...
 
 
oh ye, selain gunakan set Shaklee ni masa dlm pantang untuk cepat kurus, aku juga ada beli lotion pelangsing FELLINA untuk membantu proses kurus kan badan :P aku guna 2 botol lotion.  dan juga aku guna korset premium beautiful untuk bantu aku bentuk semula badan aku kepada asal supaya cepat langsing. premium beautiful ni memang aku guna masa pantang anak pertama gak. guna masa dalam pantang je set tu...tp yang girdle pakai lepas jahitan episiotomy dah baik n kering shj,.selain itu aku juga ade guna minyak herbanika nona roguy semasadlm pntang. memang sedap bdn sapu minyak ni lepas mandi masa dlm pantang. aku guna dlm pantang smpai habis sebotol.
 
 
ok itu sahaja perkongsian aku masa dalam pantang...harap dapat membantu ibu ibu lepas bersalin di luar sana yg nak cepat kurus selepas bersalin. oh ye, kalau ada sesiapa nak beli set pantang, set kurus Shaklee or apa apa sahaja produk Shaklee...boleh hubungi saya ya;)
 
 
 
NURUL AIN
SHAKLEE ID : 890731
HP: 0137812223

Wednesday, September 10, 2014

wordless wednesday #41 : Zaheen at school ( part 1 )






Thursday, September 4, 2014

first time buat wedding cake :)

the wedding cake.



 
Assalamualaikum..
lama betul tak update blog ..
busy sangat kat sekolah..lagi-lagi dengan PT3..hmmm..xnak cakap pasal PT3. stress .huhu.
nak cakap pasal kek;)
 
 
 
Sabtu lepas (30 ogos 2014) adalah wedding adik aku yg no 4, Anis.
dan untuk wedding adik aku kali ni, aku berkesempatan lah jugak  buat kek kahwin untuk dia. huhu.
excited nak buat sebenarnya. first time nak buat kek kahwin kan..sebab kalau tempah pon mahal sgt dan tak berapa nak sedap.. macam utk wedding adek aku tahun lepas, aku tempah je kek kahwin dia...sebab tak sempat nk buat. harga rm350, 3 tingkat..cantik..tp rasa tak seberapa...tak habis pun..membazir je. berbanding yg tahun ni..belum habis majlis, kek dah abis licin. tak sempat nak simpan. mak n ayah aku pon xsempat jamah.huhu. bukan lah nak kata aku buat sedap sgt..tapi...air tangan sendiri rasanya lebih puas:) sangat puas hati sebab dapat buat sendiri:)


masing masing tak sabra nak makan kek. huhu


 
aku buat 3 jenis kek. red velvet cake with creamcheese, snowy cheese cake dan chocolate madness cake. semuanya simple deco saja:)
ni choc madness cake...belum siap deco lagi time ni..

snowy cheesecake..belum siap deco gak..belum letak fondant utk tulis nama pengantin time ni..

redvelvetcake...
 
aku excited nk buat wedding cake sendiri utk adek aku sampai sanggup beli cake stand utk letak kek(tgk kat gambar ni)...rm180 tu cake stand tu. harga boleh tahan mahal..takpe, boleh guna lagi utk 5 adek aku yg belom kawen lagi:P

 
 
ni masa tgh setting kek kat meja kek...
 
apapun, Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. :)
special thanks to encik suami yg tolong jaga anak masa aku siapkan kek ni:)
 
dan nk ucap sekali lagi...

" Selamat Pengantin Baru to Anis & Soleha"
 


p/s: jgn lupa like page mrsnawuzabakery di facebook dan follow ig mrsnawuzabakery:)