MEH CUBA RESEPI :)

Wednesday, March 25, 2015

Apa kemajuan diri yang telah aku capai?




Pernah tak korang terfikir...apa kemajuan diri sendiri yang korang dah capai hari demi hari...
tahun demi tahun?

contoh: matlamat untuk jangka masa 5 tahun

kalau boleh ..setiap tahun kita perlu ada progress , ada kemajuan dalam hidup kita.
contoh, jika tahun lepas tak pandai mengaji lagi..tahun ini matlamat kita mesti dah pandai mengaji.
jika sebelum ni tak pandai masak, kini dah pandai masak.
jika sebelum ni tak pandai uruskan kewangan, sekarang ni mesti dah pandai uruskan kewangan.
Ya, hidup ini perlu ada matlamat. baru hidup kita lebih tersusun. lebih terarah.

setiap orang perlu ada LIFE GOALS .




Aku memang suka nak fikir..apa improvement yang aku boleh capai hari demi hari...tahun demi tahun. 
apa aku boleh buat untuk majukan diri sendiri?
apa aku nak buat hari ni?
perlu ada planning. contoh , "Things To Do Today".

kadang-kadang kecewa bila dalam satu hari tak ada satu benda buat benda-benda yang berfaedah. 
alih-alih dah petang...dah malam. eh, kejapnye masa berlalu.apa yang aku buat hari ni?
rasa macam menyesalnye..
useless nya ..
hmm..
macam-macam boleh buat kot dalam satu hari.
Nak Dengan Tak Nak je.
plz la jangan nak membazir masa menghadap handphone sangat.
apa benda yang kau dapat jika ngadap handphone je.
hmm.
*cakap kat diri sendiri*




yup, teknologi memang melalaikan. melekakan.
aku sendiri kadang-kadang leka scroll IG. huhu. 
kadang-kadang leka scroll pastu pikir, eh ?ape aku buat ni?please dont waste your time AIN! 
*cakap kat diri sendiri*
aku sebagai guru, 
risau tengok keadaan pelajar zaman sekarang yang terlalu taksub, terlalu leka dengan whatsapp, weChat, twitter, instagram, facebook bla bla bla. 
masalah diorang adalah terlalu leka sampai tak ingat nak stady, tak buat homework, takbuat latih tubi..dalam erti kata lain Malas. semakin malas.
nasib baik zaman aku dulu takde sume bende alah ni.
tapi zaman aku dah ade gak chatting. alaaa guna mIRC tu:P huhu
diorang ni belajar nye kejap, pastu borak kat grup je lebih. pastu stady jap , selfie,upload kat instagram, balas komen insta bla bla bla. bile masa ko stady wehhhh??
tapi ada juga yang guna teknologi untuk cari maklumat. clap clap. gud for you:)
*ni pengakuan dari pelajar-pelajarku ok,bukan rekaan semata-mata*




hmm..entah kenapa aku nak merepek pasal ni malam ni.
entah lah.
actually aku frust dengan kerja aku.
semakin entah hape-hape aje.
caca marba.
aku ni sebagai kuli YANG MENURUT PERINTAH a.k.a orang bawahan je hanya mampu menurut sahaja arahan pihak atasan yang entah hape2 arahannya.
macam-macam.dengan SPSK, Headcount, SKPM, Filing, program  yang macam-macam kat sekolah hanya sekadar nak GAH on paper dan juga di mata orang. tapi hakikatnya....hmm..
kerja bagai nak gila, tapi apa kemajuan untuk diri ko yang ko dapat?
NO. NOTHING.
hanya untuk kepentingan MEREKA itu sahaja.

soooo TRUE.





aku memang plan nak berhenti awal.
sebab aku sudah tiada hati.
tiada hati kat bidang ni antaranya disebabkan faktor-faktor diatas.
faktor lain adalah sebab ANAK.
dan aku nak berkerja sendiri.
jadi WAHM.
buat apa yang aku suka.
BAKING.
baking is my passion.






DO WHAT YOU LOVE.
pernah dengar ayat ni?
kadang-kadang aku rasa menyesal lak amik matriks.
lepas tu, sambung degree
degree sains dgn pendidikan(fizik/math).
padahal aku tak minat pon fizik.haha.
and im not a science person.
hahahahaha.
tap math aku suke gak la.;P
tapi so-so je la..xde la passion sangat kat math berbanding baking :P





everything happened for a reason
perancangan Allah itu lebih baik.
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
tapi kita boleh berusaha untuk ke arah lebih baik :)



doakan bisnes MRS NAWUZA BAKERY kami bertambah maju:)
harapan saya..saya nak bersara awal dan menumpukan perhatian kepada anak dan bisnes kek kami :)
insyaallah...doakan yang terbaik untuk kami :)
terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini :) terima kasih:)











Thursday, March 19, 2015

Perkhidmatan surprise dan delivery kek dan bunga di Pasir Gudang




assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :)

ni nak bagitau sikit ni...
yang kami..

ada menyediakan perkhidmatan surprise dan delivery kek dan bunga di Pasir Gudang :)



wahhhh wahh wahhhh..cam besh je kan:P
sekarang ni memang TREND surprise surprise ni ;)
semua orang suka dapat surprise hadiah..kek..bunga..:)
sapa tak suka surprise kannnnnn :)




actually, dah pernah cerita pasal perkhidmatan surprise kat belog ni sebelum ni .
tapi kali ni nak cerita lebih detail sikit :)



pakej surprise delivery kami bermula dengan harga serendah RM160 sahaja.





pakej surprise delivery yang kami sediakan terdiri daripada :


1. kek

-pilihan yang ada adalah :

a)red velvet cake with cream cheese
b)snowy cheese cake
c) devils food choc cake
d)rainbow cake with cream cheese
e)congo bars (bagi yang tak suka kek yang ada krim)
f) walnut brownies (bagi yang tak suka kek yang ada krim)
g) fresh cream sponge cake-orange/blueberry/strawberry flavor
h) choc moist cake with choc ganache


ok ..bawah ni adalah contoh gambar gambar kek yang pernah aku buat untuk tempahan :)

congo bars

rvc

choc moist cake with choc ganache
walnut brownies


rainbow cake

rvc

orange sponge cake


rvc with kitkat

walnut brownies with fondant

snowy cheese cake

snowy cheese cake
dfcc with strawberries

rainbow cake
devils food choc cake with maltesers n salted caramel
classic devils food choc cake


2. Sejambak Bunga 

-3 red roses
- with mini teddy bear 
ok ni sahaja pilihan bunga buat masa ini :)
with mini teddy yang cute :)


3. Delivery 

- sekitar pasir gudang sahaja 

.
.
.
.
.

ok. murahhh kan pakej tu :)
jadi....
apa tunggu lagi..
emel  kami : mrsnawuza@gmail.com
atau
whatsapp kami : 0137812223 .



p/s :
 jika anda ada tambahan hadiah sendiri dan nak join sekali hadiah tu dengan pakej delivery surprise kami pun boleh:) takde caj tambahan dikenakan. anda hanya perlu hantar kepada pihak kami hadiah tersebut dan kami akan hantarkan sekali bersama kek dan bunga :)

tapi jika anda TIADA MASA dan mahu kami beli kan dan hantar kan sekali hadiah tersebut bersama sama pakej delivery surprise yang sedia ada, caj tambahan akan dikenakan . ok?:)



p/s lagi:

kami menghadkan sesi surprise delivery kami untuk menjaga kualiti kek yang kami sediakan :)
jadiiii..siapa cepat dia dapat.
booking tarikh anda SEKARANGGGGG!


p/s lagi dan lagi:
tempahan surprise delivery ni bukan hanya untuk orang pasir gudang ok..anda jauh dari pasir gudang (contoh KL, kelantan, kedah, perlis, melaka...tapi...buah hati..atau tunang..suami...atau kawan atau ibu bapa anda berada di pasir gudang), ASALKAN orang yang untuk kami surprisekan tu berada di pasir gudang, kami BOLEH hantarkan untuk pihak anda walaupun anda jauh beribu batu :)




Wednesday, March 11, 2015

wordless wednesday #47 : cool idea :)

Tuesday, March 10, 2015

impian.

impian aku buat masa ini adalah berhenti kerja dan jadi WAHM.
sebab utama adalah anak.
sebab kedua adalah kerja aku sekarang.
sebab ketiga adalah nak buat apa yang aku suka.apa yang aku minat. my passion..
sebab keempat adalah aku nak jadi bos. taknak jadi KULI lagi. taknak kene ikut arahan BOS yang entah hape-hape dan %^&%$*



p/s: doakan aku berjaya . InsyaAllah :)