iklan

Thursday, August 1, 2019

resepi homemade granola yang sedap dan senang

Selamat pagi..saja nak sharing resepi Homemade granola.
Granola ni sedap dimakan begitu sahaja buat kudapan atau makan dengan susu+oat😉 pagi td sy br bersarapan susu+oat+hirisan pisang n letak 2 sudu besar granola ni. Meh saya nak share resepi homemade granola yg senang sangat ni❤️
.
1 1/2 cawan rolled oats
1 cawan badam cincang
1/2 cawan walnuts
1 cawan dried cranberries/kismis
1 sudu besar chia seeds
Secubit garam
1/3 cawan madu
1/3 cawan olive oil
.
Cara buat:
Campur semua kecuali cranberries/kismis dan gaul sebati. Bakar selama 25-30minit suhu 160 c. Setelah masak masukkan cranberries/kismis dan gaul rata. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas.
.
Satu adunan ni dapat 1 balang kecil(macam dlm gambar yg sy letak ni).
Selamat mencuba✌️ sesuai sangat utk org yg tengah diet😬 kudapan sihat ,berkhasiat & sedap👍
.
Meh follow instagram dan facebook page Zaheen's Bakery😉😉😉
.