1. Saling percaya mempercayai.
Ramai pasangan yang berpisah kerana tidak percaya antara satu sama lain. Percaya kepada pasangan bermakna anda tahu dan yakin dengan apa yang pasangan lakukan. Berikan kebebasan namun pada masa yang sama, anda perlu memberi pengawasan positif. Jangan biarkan pasangan anda merasa terikat hanya kerana perasaan tidak percaya ini. Orang yang saling percaya akan bebas dari perasaan benci dan curiga. Maka rumah tangga akan lebih aman dan tenteram.
Cadangan : Libatkan diri dalam hobi yang disukainya walaupun anda tidak begitu menggemarinya. Ketahui serba sedikit megenai kesukaannya dan ini pasti membuatkan pasangan bertambah menghargai pengorbanan anda.
2. Saling Berkomunikasi
Komunikasi antara pasangan adalah sangat perlu n sangat penting ok.yang penting skali,jgn pendam masalah tu..kne bwk bincang same2:)tapi..kne elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah, menyindir serta penuh hasad dengki dengan pasangan.dan satu lagi,setiap pasangan suami isteri perlu telus n terbuka utk bercakap soal kewangan.
Cadangan : Banyakkan membaca majalah dan buku-buku psikologi untuk memahami sikap dan bagaimana berkomunikasi positif dengan suami mahu pun isteri.
3. Saling tolak ansur
Dalam setiap hubungan mesti ade give and take antara satu sama lain. Dalam ape jua keadaan kne saling berpakat,tolak ansur dah tak menyalahkan sesama pasangan. Contohnya tak semestinya bile suami tlg isteri masak or kemas2 umah tu maksudnye si suami kne queen control ngan isteri.suami kne paham isteri pon penat bekerja..balik umah lak kne uruskan umahtangga...anak2 n etc..suami yang penyayang n prihatin akan bertolak ansur utk membantu isterinya menguruskan rumahtangga bersama-sama. cth laen, bila dia ngah sebok, jangan lak korang terlalu merengek-rengek mintak dia jemput korang di tempat kerja or menemani korang shopping sedangkan korang pon dah tau rutin kerjayanya and jika dia ngah penat, jangan mengadu or bercerita perkara remeh-temeh. coz dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.
4. Saling Lengkap Melengkapi
YOU COMPLETE ME.ye,aku ske gne ayat tu..and aku sering ckp ayat tu mase kitorg ngah bercinta. Kita di takdirkan hidup saling lengkap melengkapi. Itu yang menyempurnakan hidup kita. If ade kekurangan pada pasangan kita, kita la yang menambah kelebihannya. Begitu juga sebaliknye. So, kte kne terima pasangan kite seadanya dia. nobody is perfect!!!
5. Saling hormat menghormati
Respect on each other supaya kita tahu menghargai moment bersama pasangan. Isteri perlu hormat pada suami walau apapun keadaan suami dan suami perlu hormat hak isteri walau apa pun keadaan isteri.
6. Saling berusaha
Sama-sama berusaha menghangatkan lagi relationship supaya hubungan tak hambar. Buat sesuatu yang boleh mendatangkan surprise sekali sekala pada pasangan. Kalau satu pihak jer yang berusaha, mungkin tak berjaya. Tawakal lah pada Allah SWT. Insyallah selamat.
7. Saling maaf memaafkan
Takde manusia yang terlepas dari membuat kesalahan. Jika pasangan kita ada membuat salah, bersedialah memaafkan nya. Jangan mengeruhkan lagi keadaan dengan kemarahan dan baiki hubungan sebelum keadaan menjadi buruk.
8. Saling Sejiwa Sekata
Tidak semua yang kita buat seiring dengan pasangan. Jadi belajar memahami kehendak pasangan supaya lahir sejiwa dan sekata. Percanggahan pendapat tak semestinye tak sejiwa. Yang penting, bersatu hati dalam melayari bahtera.
9. Saling bertanggungjawab
Masing- masing harus memainkan peranan dalam urusan rumahtangga. Dan jangan lepaskan peranan pada orang lain. Kita la yang harus menjaga segala kewajipan kita pada pasangan. Ia wajib dalam agama kita dan sangat2 di tuntut.
10. Saling setia
Bila kita percaya dia adalah yang terbaik buat diri kita, kita takkan berpaling tadah. Setiap apa yang tuhan tentukan pasti yang terbaik untuk kita. Jadi terpulang pada kita untuk menjaganya.
1. Mulakan setiap hari baru dengan kucupan
2- Pastikan anda memakai cincin perkahwinan setiap masa
3- Terima perbezaan pasangan dan mudah menyesuaikan diri
4- Lemah lembut
5- Bersikap jujur
6- Memberi hadiah kepada pasangan sekali sekala
7- Selalu memberi senyuman
8- Sentuhan tangan
9- Sentiasa bersikap memberi dan menerima
10- Belajar untuk ketawa bersama pasangan
11- Sesekali buat kejutan
12- Buat apa yang pasangan anda mahukan sebelum dia meminta daripada anda
13- Menjadi pendengar yang baik
14- Sentiasa memberi galakan dan sokongan
15- Buat apa yang dicadangkan
16- Belajar untuk tahu minat dan hobi dia
17- Sesekali suami sediakan sarapan untuk si isteri
18- Memuji pasangan
19- Telefon untuk bertanya khabar
**tp kdg2..ader je manusia yang ske nk curang padahal pasangannye dah wat macam2 utk hubungan mereka kekal bahagia..kenapakah ini terjadi??antara sebab2nye..:-
- Kurang benteng keimanan. Jika sifat mata keranjang tidak dibentengi keimanan, sudah pasti menimbulkan peluang untuk berlaku curang. - Kadangkala, lelaki jatuh cinta pada wanita yang seakan-akan ibunya. Dia jatuh cinta kerana menganggap wanita itu akan berkelakuan seperti ibunya. Namun harapan tinggal harapan apabila isterinya tidak seperti yang diharapkan lantas suami cuba mencari yang lain. - Suami rasa tersingkir. Isteri mungkin tidak cukup masa melayan suami kerana lebih banyak memberi perhatian pada anak lantas suami mungkin berasa dirinya tidak lagi di perlukan. - Hasrat biologi yang tidak dipenuhi oleh pasangan dalam kehidupan rumah tangga mungkin membawa akibat buruk jika tidak diselesaikan segera termasuk masalah ketidak puasan dalam hubungan seksual. - Kebosanan boleh menyebabkan suami kadangkala rasa tidak puas dengan rutin hidup seharian. Dia mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru sehingga kadangkala terjebak dalam situasi yang tidak sepatutnya. | ||
Gud LucK!!!:) |
waaa... dah boleh jadi consultant :p
ReplyDeletesaya pon mahu bahagia !
ReplyDelete:)
*wink2:P
ReplyDelete