MEH CUBA RESEPI :)

Tuesday, August 17, 2010

apakah bahan yang berbahaya kepada ibu mengandung?

ibu-ibu mengandung patut baca info ini demi baby tersayang ok?

 


1) Cat Minyak Dan Tinner

Logam berat yang terkandung di dalam kedua-dua bahan kimia ini sangat tinggi sehingga mampu  menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara masalah yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah lama kepada bahan-bahan tersebut ialah berat badan kurang, lahir tidak cukup bulan dan keguguran.

2) Produk Aerosol, Pemutihan, Pembersih Lantai, Penyegar Udara Dan Pembersih Kaca

kesemua bahan ini mengandungi bahan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Kesemua bahan kimia ini adalah bahan utama yang boleh membunuh kuman. Walaupun bahan-bahan tersebut mampu membunuh kuman, tidak semestinya baik terhadap manusia. Hal ini adalah kerana selain kuman, manusia turut menerima kesan yang sama. Jika seseorang ibu hamil itu terdedah terlalu lama kepadanya, dikhuatiri bayi dalam kandungan turut menerima kesannya. Masalah yang mungkin berlaku pada bayi ialah seperti kelainan pada saraf terutamanya pada saraf mental. Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko untuk mengalami kecacatan anggota.

Nota:

Jauhi Daripada Semburan Beracun

Minta bantuan orang lain untuk menyembur aerosol dalam bilik atau mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Tinggalkan tempat yang sudah disemburi dengan aerosol buat seketika dan kembali dalam tempoh lebih kurang sejam.

Semasa proses penyemburan dibuat, pastikan tiada makanan dan minuman yang terdedah. Peralatan yang terkena semburan bahan kimia perlulah dibersihkan bagi menghilangkan racun yang melekat padanya, Jika sekeliling rumah anda disemburi asap pe-nyah nyamuk (fogging) tutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak.

Ketika berkebun, gunakan sarung tangan. Cara ini dapat mengelakkan tangan dan kuku anda daripada terkena racun serangga yang ada pada daun, bunga atau tanaman.

3) Cecair Pembasmi Kuman Dan Insect Repellent

Bahan kimia seperti pestisida yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini boleh menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah masalah keguguran, kecacatan dan lahir tidak cukup bulan.


4) Krim Pemutih

Ketahuilah bahawa krim pemutih mengandungi raksa (merkuri). Atas sebab inilah proses pemutihan pada kulit dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tidak mampu menunjukkan hasilnya dalam masa hanya beberapa minggu. Kehadiran raksa dalam bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

5) Pewarna Rambut

Sekiranya anda berhasrat untuk mewarnakan rambut dan pada masa yang sama anda hamil, disarankan agar menangguhkan dahulu keinginan tersebut. Hal ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut boleh membahayakan anda dan bayi.

6) Ubat Jerawat

Ibu hamil yang mengalami masalah jerawat tidak digalakkan memakai ubat jerawat dengan kerap. Biasanya, semasa hamil seseorang wanita itu dinasihatkan agar berhenti seketika memakai produk tersebut dan boleh menyambung kembali penggunaannya selepas bersalin. Walaupun penggunaan ubat jerawat boleh diteruskan selepas selamat melahirkan anak, pemakaiannya perlulah sentiasa dipantau agar tidak berlebihan.

7) Pelarut Organik

Untuk pengetahuan, pelarut organik adalah antara bahan kimia yang paling selalu digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti di hospital, kilang percetakan, kilang pembuatan kosmetik, kilang tekstil dan makmal penyelidikan. Antara bahan yang di kategorikan sebagai pelarut organik ialah aseton, metil etil keton, fenol, glikol eter dan benzena.

Walaupun hanya terdedah pada kadar yang terlalu sedikit seperti terhidu ataupun melalui penyerapan melalui kulit, bahan pelarut organik sangat berbahaya terutamanya pada ibu hamil kerana boleh menyebabkan masalah seperti:
  • Kematian bayi semasa masih dalam kandungan
  • Kecacatan pada bayi
  • Keguguran
  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
  • Tahap kesuburan ibu menurun




and last but not least....

cara-cara pergnant mummy pakai seatbelt dengan betul..just for your safety:)
(tapi aku memang rimas pakai seatbelt masa tengah preggy dan juga walaupon tak preggy:P haha)




credits: kakengkubidanbersalin

No comments:

Post a Comment