MEH CUBA RESEPI :)

Friday, December 31, 2010

welcome 2011, good bye 2010

 peristiwa penting 2010...ialah bila dapat tahu diri ini pregnant setelah sebulan berkahwin...sudah melalui proses kehamilan dengan jayanya...dan ofkos peristiwa paling penting adalah kelahiran puteri sulung kami pada 16 Oct 2010 :)




2011. please be good to me:)



Tuesday, December 28, 2010

resepi telur bistik yang sedap dan senang

semalam aku malas nak masak. tapi lapar..tapi malas nak masak,camne tu?:P huhu..so masak yang senang senang lah jawapannya:P hahaha...


sumber gambar dr cat's cafe..
hp aku rosak, so takleh nak snap pic:(



here's the recipe..~


resepi telur bistik

3 biji telur
1/4 potong daging kisar(jenama RAMLY..ada daging ayam n lembu..tp guna daging ayam lebih sedap.pada pendapat aku la:P)
garam secukupnya

**kacau bahan2 diatas guna garfu sampai sebati pastu goreng guna minyak.dah siap,agkat n tos. potong telur kepada 4 bahagian.kalau malas takyah potong pon takpe:P

utk bahan sos

3 biji bwg kecil-hiris
2 ulas bwg putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 batang cili merah-hiris
1 bji tomato-potong dadu
2 sudu besar cili kisar (kalau nak senang dan cepat, kisar byk2 lada keringyang telah direbus utk bagi lembut n mudah kisar.pastu simpan dlm peti sejuk.so takde la time tu nak masak, time tu nak kisar.dpt jimat byk masa memasak)
sos tiram
sos cili
sos tomato
1/2 kiub ayam
garam secukupnya
carrot -potong panjang or dadu, nak ganti ngan mix vegetable atau ape2 sayur lain yang sesuai pon boleh.
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam air kosong-utk pekatkan kuah


cara buat sos bistik:

tumis bwgputih ,bwg merah, halia n cili merah sampai lyu n naik bau. pastu masukkan cili kisar,kacau kejap,pastu masuk air sikit.pastu masuk sos cili,tiram n sos tomato secukupnya.ikut raa tekak masing2.aku agak2 je masuk.agak agak 2 3 kali tuang jek.pastu masukkan kiub ayam MAGGI..pastu masukkan tomato n carrot.pastu masukkan garam secukup rasa. SIAP!!!~



senang pon senang. kenyang pon kenyang:P CUBALAH!:)

Friday, December 24, 2010

rugi... dan sedih...

kenapa rugi??



semalam keputusan PMR keluar, lepas tu sekolah aku merupakan sekolah harian 1st kat pasir gudang. lepas tu peratus lulus semua naik. terutama subjek yang aku ajar SEJARAH, naik dari 89% ke 93%. lepas tu 50 orang yang dapat A dalam sejarah.pastu sekolah aku 13 orang dapat straight A's dalam PMR.alhamdulillah.berkat kesungguhan dan keikhlasan guru guru yang mengajar:)



oh ye.ape yang ruginya??sebab aku tak dapat gi sekolah semalam:( tak dapat nak tengok muka anak2 murid aku yang berjaya..hm....smalam dah siap-siap dah nak gi sekolah.siap dah plan n dah janji ngan member aku, yuzee nak bawak zaheen lagi.pastu die boleh meragam la pulak kan.nangis tak henti. risau ok.aku ingat die nak susu je..so aku pon susukan la die dulu dengan harapan lepas ni die senyap.tapi makin menjadi je nangis die:( nak tak nak terpaksa la aku cancel je gi sekolah. tu pun lepas confirmkan ngan member aku takpe ke aku tak gi sekolah n etc. rupenya anak aku meragam sebab sakit perut. die yak sampai melimpah-limpah sampai habis kena kaki n baju die. huhu. ade gambar die adik aku sempat snap.hehe.lega je muka die pas dah yak:P tapi selang beberapa minit pastu nangis balik:P


dan..ape yang sedihnya..? Oh..itu..biar lah rahsia...yang pasti..pasal hal ehwal sekolah juga....:)



apepon..tahniah kepada anak-anak muridku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. buat lagi yang terbaik untuk SPM dan seterusnya:)



oklah..anak aku dah nangis nak susu.BAI:)





Wednesday, December 22, 2010

FAGS in my house!!! :)


 weekend lepas, FAGS datang rumah ok! 
cam tak caya je diorang datang dan bermalam di rumah aku semata-mata nak jumpa zaheen.
betul! macam mimpi kot? huhu
 .
.
.

 FAGS masa wedding mel+alep:)
tapi FAGS tak cukup korum masa datang rumah aku..
wawa+acop dan ija+star je yang ada:)
mel+alep n dilla+jebeng ade hal:(
takpe la...lainkali jumpa kena cukup korum tau,baru best!:))

.
.
.

diorang gerak dari KL pukul 12.00 tgh malam n sampai rumah aku lebih kurang pukul 5 pagi.
5 jam ok perjalanan. jauh kan?
sebab tu sekarang kitorang jarang gi KL dah:( 
tapi bulan 3 tahun depan kitorang wajib gi KL sebab nak gi wedding member aku,Maisara!:) 
so FAGS, boleh la jumpa lagi bulan 3 next year ye:)
.
.
.
so...here's the pic~


 DAY 1



 pagi tu...lepas dah breakfast...
aktiviti mandikan baby bersama sama aunty wawa dan ija pon bermula:P huhu


 zaheen...~

ija n zaheen
cuba tengok, cam sama je senyuman zaheen ngan ija time ni:P huhu
.
.
.

lepas dah siap mandi..kena la pakai baju:P
 
dah siap2 pakai baju comey comey n siap pakai headband lagi..zaheen dah ngamuk nak susu la pulak:P 
baru nak snap snap pic banyak banyak:P
 mulut zaheen kalau nak susu.
die dah pandai dah isap2 bibir sendiri kalau nak susu:P
 .
.
.
.
.

zaheen dah kenyang n dah tido...baru la ibu die boleh masak...
tu pon cam tergesa gesa sebab zaheen dah terjaga n nak susu lagi.kena la aku stop jap...susukan die pastu baru sambung masak..
menu hari tu..siakap 3 rasa, sampal tempe jawa n sayur labu masak lemak:)
gambar lauk tak sempat snap..lupe.dah abes makan baru teringat nak amek gambar lauk pauk:P
gambar persiapan nak masak je ade:P






.
.
.
dah kenyang makan..petang tu..masing2 tido:P haha..
petang tu ingat nak bawak diorang jalan2 kat bukit layang2 ...tapi hujan la plak petang tu..
bila hujan..tu yang sedap tido tu:P
.
.
.

malam..makan kat rosni cafe:P




AC pon ade join mlm tu:)
.
.
.

DAY 2

 diorng balik pagi tu...
kejap je rasa kot?

 tengok...muka zaheen pon cam sedih je diorang nak balik..


takpe la....korang,nnt ada masa datang la lagi tau:)
zaheen time tu mesti dah besar, boleh jalan2 lama2,n gosip2 lama2 .hehe:P
tak puas borak ok kali ni...:(

sebelum balik diorang tinggalkan 'tanda' :P
lupe nak tambah ayat lagi kat whiteboard tu...alep+jebeng not here too:(
 .
.
.


Thanks korang sebab sudi dtg jauh2 dari KL semata2 untuk jumpa zaheen :) terharu ok:) sebarang kelemahan dan kesulitan sepanjang keberadaan korang berada dirumah kami amatlah dikesali:) Jumpa lagi tahun depan, InsyaAllah:)

Monday, December 20, 2010

peace contest by ezanidma

hye hye hye
hari ni rajin lak aku nak jon contest ek:P 
jom join peace contest. cam tau2 je aku suke buat peace bila bergambar:P






ni pic yang aku pertaruhkan:)



nak tau syarat2 die dan sebagainya, klik sini :)

aku tag:


tarikh tutup: 1/1/11 (nombor cantik)

ok,bai!:D

giveaway separuh jiwang







jom join giveaway separuh jiwang
. trikh tutup giveaway  ni..3/1/11

aku tag...

gudluck:)

backlink Nuffnang : cara untuk dapat kan buffered earning (BE) dari Nuffnang??

anda telah lama register nuffnang. anda telah buat blog anda dengan cantik dan kemas sekali. selalu update blog. traffic dan visitor blog anda pon tinggi. tapi kenapa anda tak pernah dapat buffered earning (BE) dari nuffnang?? hanya keluar logo nuffnang sahaja d blog anda dan bukannya iklan yang anda harap-harapkan untuk menjana pendapatan dengan nuffnang. kenapakah???




ok, jawapannya..sila baca Pendedahan Nuffnang yang tidak pernah ditulis oleh blogger hasil penulisan Kak Kujie. semoga anda mendapat jawapannya :)



p/s: sekadar berkongsi artikel. sharing is caring :)

Wednesday, December 15, 2010

awas! jangan uruskan baby jika anda sedang marah atau emosi anda tidak stabil.

just nak share kat korang apa yang aku baca. penting ni..lagi2 yang dah ada anak..


~~~~






SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......



General Info.....





Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau 
sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak 
batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama 
beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan
kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah
ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan 
beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), 
serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami 
mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute 
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu 
bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi 
sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang 
relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi 
itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan 
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan 
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang 
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi 
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. 
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian
serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh 
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan 
selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.



Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar 
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum
matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.



Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila
bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk 
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga 
bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah 
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang 
serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.



PENCEGAHAN
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda 
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada 
orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil 
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes 
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap 
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi 
seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG 
PENYAYANG.....


~~~~~


please dont shake a child...or else...ur baby will be like this...




think again


LOVE YOUR CHILD.




sekian.

stairway to heaven versi korea di NTV7

selepas TV3 siarkan stairway to heaven versi filipina,  NTV7 lak siarkan stairway to heaven versi korea.

ni versi korea yang tengah ditayangkan kat ntv7

ni versi filipina yang dah abes tayang kat tv3.




 TV3 dah abes tayang cerita tu, dan NTV7 lak mula tayang cerita tu hari ni:) drama bersiri ni sangat best ok.aku tak tipu. serius,aku sangat beremosi tengok cerita ni.huhu. sangat geram ngan watak jahat tu. ok, Stairway To Heaven korean version ditayangkan di NTV7 setiap isnin hingga jumaat dari pukul 11.30 - 12.30 pagi. actually drama ni menggantikan telenovela MIS TRES HERMANAS yang sebelum ni ditayangkan pada waktu tu. 



tapi..kalau korang terlepas tengok kat NTV7 tu..korang boleh je tengok kat mysoju.com . kat situ banyak drama/filem/drama bersiri korea, jepun dan taiwan :) err...dari malaysia takde ok:P 
btw, ni link dari mysoju. klik sini ok untuk tengok drama bersiri STAIRWAY TO HEAVEN VERSI KOREA. selamat menonton  ^_^


Tuesday, December 14, 2010

perbualan antara abah dan anak

abah = encik suami aku dan anak = anak aku yang baru nak masuk 2 bulan :P


anak: gugu..
abah: agugugu
anak: agge
abah: agege
anak: aggu
abah: agugugu
anak: ggugugu
abah: aguugugu

paham tak??huhu...:P
walaupon tak paham bahasa baby tapi sangat seronok ok layan baby bercakap sampai kadang2 nak bercakap ngn die pon guna bahasa die seperti contoh di atas :P huhu~

btw, hari ni hari ke 3 dah duduk rumah sendiri setelah lama bertapa di segamat menghabiskan sesi berpantang:P mode= kemas+bersihkan rumah. tau2 aje la kalau lelaki dok umah sorang2 kat umah..rumah orang dah kawen pon nampak cam rumah orang bujang:P hehe..ok la,bye:))





Sunday, December 12, 2010

akhirnya....



setelah sekian lama aku dan zaheen bertapa kat umah famili aku kat segamat..
akhirnya...
pada hari ini...
aku balik ke rumah sendiri di pasir gudang :D 
hee..~


kalau sebelum ini ramai yang membantu menguruskan anak aku...
tapi kini...
kami...back to the reality..uruskan anak kami sendiri tanpa bantuan orang :)
hee...:D


thanks kepada semua yang membantu :)
terutama kepada mak mertuaku yang menjagaku  selama 2 minggu berpantang dan mak ayah serta adik - adikku yang menjaga dan membantu menguruskan zaheen sejak selepas 2 minggu aku berpantang bersama mertuaku hingga ke hari ini. oh, dan tak lupa juga kepada tok mak dan tokbak aku :)) hee..:) thanks all:) sayang korang semua:)


kami:)
back to the reality..~


sistas~
with aten n aini:)
thanks sistas...:)

Friday, December 10, 2010

1st anniversary letter for my husband:)

Kehadapan suamiku... Mohd Azuwan bin Raspani,



masih ingat lagi...saat kita berdua bertemu......


Kau dan aku...mungkin sudah ditakdirkan bertemu..berkawan...berteman tapi mesra di Kolej Matrikulasi Johor ...

saat pertama kali bergambar bersama....
walaupun rambutmu ketika itu seperti helmet...ku tetap tertarik pada personalitimu...kelakar...berbeza dengan diriku yang agak serius..:P
.
.
 benarlah kata orang...cinta boleh mengubah diri kita.....

sedikit demi sedikit kita berubah...



rambutmu sudah tidak seperti helmet lagi..:P
aku pula sudah tidak terlalu serius lagi..:)

.
.
.
setelah 7  tahun menyulam cinta...

akhirnya tanggal 11 disember 2009...cinta kita bersatu selepas kau mengucapkan lafaz nikah...

kini...kebahagiaan itu milik KITA..:)
.
.
.
.
masa berlalu begitu pantas...

saat ku mengandungkan benih cinta kita...

.
.
.

akhirnya tanggal 16 oktober 2010 tepat jam 5.17 pagi..lahirlah puteri kesayangan kita..Nurul Zaheen...

.
.
.
maka..bermula lah fasa baru dalam kehidupan kita..

tak cukup tidur sampai tertidur semasa mendodoikan anak...
waktu tidur anak yang tidak menentu..siang jadi malam..malam jadi siang...mengajar kita erti kesabaran...:)

saat anak kita menangis tanpa tau puncanya..
kelam kabut dibuatnya..
..
.
.
.
tapi..itu semua proses kehidupan..:)


yang penting..


anak kita membesar dengan sihat , sempurna dan berjaya dalam kehidupannya..

.
.
.
kini...setelah hampir 2 bulan usia nya..


anak kita sudah pandai senyum dan berposing depan kamera...pantang nampak kamera:p
adakah ikut perangai ibunya?:P
.
.
.
.
diam tak diam...


sudah hampir setahun kita berkahwin sayang...:)

dikesempatan ini...aku ingin mengucapkan..


Happy 1st anniversary Sayang...

.
.
.
Terima kasih untuk segalanya... :)
Sesuangguhnya aku bertuah memilikimu...dan diriku bahagia bersama kamu..:)

semoga kebahagian itu kekal milik kita :)
LOVE YOU!
always!:)
.
.
.
Lots of Luv,

UR NOTY WIFE :D


p/s: entry ini agak jiwang. sesungguhnya aku bukanlah minah jiwang, nak ;pujuk pon tak reti sampai sekarang:P tapi aku jiwang untuk suamiku tercinta.sekali sekala apa salahnya.kalau selalu...errr..~ :P

Thursday, December 9, 2010

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang..?



hye all:) 


just wanna share an article to all of u..pasal keburukan NESCAFE??? sumber dari facebook :) 

~~~


Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput.....



Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang..?


Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat
dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini
 adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan
merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 


2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalahnon dairy creamer 


3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi 


4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu. 


5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine 


6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya 


7. Elakkan mandi selepas makan


 8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari. 


9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 


10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,
 ~~~

sharing is caring :)


selendang nikah warna peach for sale!! oh, kasut nikah warna peach pun ada:)

assalamualaikum:)

ehem ehem ehem,...dengan ini aku mengumumkan yang aku nak jual selendang nikah dan kasut nikah (peach colour). aku bercadang nak jual selendang nikah aku memandangkan ramai reader yang ada tanya aku pasal selendang tu .. ramai yang cakap sebab susah nak dapat selendang chiffon silk beaded untuk nikah warna peach. ok, aku paham.sebab aku pon susah nak cari dulu color tu. well, diorang tau pasal selendang nikah aku ni pas baca blog aku pasal cara pakai tudung atau selendang untuk majlis tunang/nikah/sanding. dan ramai yang suruh aku emel pic selendang tu secara dekat untuk tengok manik2 n labuci n warna die dengan lebih jelas.  ok.nah, tengok pepuas ok.
.



 ni pic sebelum nikah :P

selepas nikah:P 
ok, gambar di atas adalah untuk menunjukkan gambar selendang dari jarak jauh dan bukan interframe diri sendiri:P





ni pic selendang tu dari jarak dekat.



ok, ni lak kasut nikah aku...masih baru...pakai sekali masa hari nikah jek.tu pon pakai dalam umah masa sesi bergambar je. tapak die masih suci bersih dari noda2 ok:P


ok.ok..check it out~


item 1: selendang nikah(open for rental also) klik here.

warna: peach
material: chiffon silk with labuci and manik
harga beli: rm150
harga jual: rm100 not including shipping price
condition: still in good condition, masih baru, pakai hanya sekali sahaja 
size: standard selendang

 
item 2: kasut nikah(high heel)-sold

warna : peach
ketinggian: 3 1/2 "
size: 6
jenama: alfio raldo
harga beli: rm 79.90
harga jual: rm35 je
condition: still in good condition. masih baru.pakai sekali jek.

.
.
.
.
FOR SERIOUS BUYER ONLY.



nak beli or ade apa2 nk tanya emel aku, mrsnawuza@gmail.com



SIAPA CEPAT nego DIE DAPAT!:)