MEH CUBA RESEPI :)

Tuesday, April 26, 2011

resepi roti lapis berdaging with sliced cheese:P wah, panjang betul nama makanan ni:P

Resepi ni aku terjumpa kat mana ntah .dah lama dah aku save, semalam aku br sempat buat.dan hari ni sudah habis:P Sedap!:)



·       


·     
3 biji kentang-potong dadu
1 biji bwg holland-potong dadu
3 ulas bwg putih-hiris nipis
1 sudu besar serbuk kari
daging kisar(1 mangkuk)
garam secukupnya
300ml  susu segar
4 biji telur
15 keping roti
1/4 butter utk menggoreng
cheese (aku guna cheesedale je.6 keping)




Cara-cara

1. panaskan kuali .masukkan butter .pastu masukkan bawang holland+bawang putih kemudian  tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. letak topping cheese (sampai menutupi permukaan atas)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos




p/s: sedap! a must try recipe!:)

resepi kek alunan kasih (butter blueberry flavor) yang sangat sedap !

Actually dah lama nak try buat kek ni. tapi tak sempat2:P minggu lepas baru sempat buat:) dan hasilnya...marveles! tak terlalu manis n rasa blueberry n butter itu sebati.rasa macam cheese cake pon ader .hehe.ni resepinya...aku buat perisa bluberry n resepi aku edit2 dari yang asal..








Bahan:
5 Biji Telur 
250g butter (aku guna jenama pure butter jenama SCS)
2 ½ cwn tepung naik sendiri
1 ½ cwn gula halus 
1 cwn susu ( aku guna susu segar )
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar blueberry filling
*Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( warna blueberry)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu …gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..(bila dah masuk tepung...guna low speed ok!)
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna blueberry dan blueberry filling.dan satu bhgn lagi tak perlu letak ape2…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan blueberry..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak sampai menutupi lapisan pertama tau.jgn terlalu nipis, nnt taknampak sgt coraknya
Then masukan lapisan kedua..yang tak campur pewarna tu..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…

Bakar lebih kurang 45min..180/175 Degree or ikut oven masing2…


P/s: pastikan oven dah dipanaskan dulu sebelum buat kek ok! :)
p/s lagi: nak lagi sedap..sejukkan kek semalamam pas dah masak supaya rasa die lebih sebati!:)

(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})

Friday, April 22, 2011

kek tak naik, bantat, retak kat tengah, kering...antara masalah kek dan kesilapan ketika membuat kek yang anda perlu tahu :)


pernah tak korang buat kek,pastu kek tu cam tak jadi seperti bantat la, kek retak kt tengah, kat tengah tak masak lagi ?pastu korang pas sekali buat tak jadi terus fed up takde mood nak buat lagi. jangan macam tu:) memang la first time buat tak berapa nak perfect tapi lama2 die perfect.practices make perfect right?:) aku dulu masa mula2 buat kek pon selalu je tak jadi..tapi aku tak pernah putus asa coz aku suka makan kek,buat kek n bagi orang makan kek.haha. kat bawah ni antara kesilapan dan masalah kek dan sebab-sebabnya..hope dapat membantu korang dalam membuat kek yang sedap dan cantek rupa parasnya.hehe


KESILAPAN DAN SEBABNYA:
1. Kek yang kasar dan pecah di tengah
i. Terlalu banyak bahan penaik
ii. Ketuhar terlalu panas
iii. Bahan cecair tidak digaul dengan secukupnya

2. Kek yang nampak berat
i. Bahan penaik tidak mencukupi
ii. Ketuhar terlalu sejuk
iii. Kadar lemak tidak tepat
iv. Lemak menjadi cair semasa diramas ke dalam tepung

3. Kek yang kering
i. Terlalu sedikit cecair yang digunakan
ii. Terlalu banyak bahan penaik
iii. Telur yang diperlukan tidak mencukupi
iv. Dimasak terlalu lama

4. Kek berlubang besar di seluruhnya
i. Lemak tidak digaul dengan secukupnya
ii. Adunan dituangkan ke tin pembakar sedikit sedikit dan banyak memerangkap udara

KEK BESAR NAIK DI TENGAH-TENGAH
1. Kek diletak terlalu tinggi di dalam ketuhar
2. Ketuhar terlalu panas di peringkat awal dan turun suhu sebelum masak
3. Adunan tidak dirata terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar

KEK TIDAK RATA NAIKNYA
1. Kek tidak diletak di tengah ketuhar
2. Terlalu banyak bahan perasa
3. Ketuhar tidak dipanaskan mengikut suhu yang betul sebelum kek masak

KEK BESAR TENGGELAM DI TENGAH

1. Adunan terlalu lembik
2. Terlalu banyak bahan penaik
3. Membuka ketuhar sebelum kek masak
4. Ketuhar terlalu sejuk
5. Tidak cukup masak
6. Bilik dapur berangin

BUAHAN DI DALAM KEK TENGGELAM KE BAWAH
1. Adunan terlalu lembik
2. Buah buahan basah dicampur ke dalam adunan
3. Kek dimasak di dalam ketuhar yang sejuk menyebabkan buahan tenggelam sebelum kek cukup masak

MASALAH KEK KEJU



Kek terbelah tengah / retak

i. Cheese tidak dipukul dengan rata menyebabkan ada ketulan cheese tertinggal di permukaan kek
ii. Telur dipukul terlalu lama hingga menyebabkan kek naik (utk mendapatkan permukaan kek yang
rata seeloknya kek tidak terlalu naik), kek yg naik akan mengecut dan dalam proses penyejukan tersebut akan lebih menyebabkan kek retak sekiranya ada kelihatan retak2 kecil sblm ini - my observation, make sure telur dipukul sekadar meratakan perlahan2....jangan terlalu dipukul.
iii. Suhu tidak boleh terlalu tinggi - memadai sekitar 140-150'C sahaja, jika belum masak tambah masa
sahaja dan berhenti bila tepi2 kek dah nampak set
iv. Teknik bain marie diperlukan supaya kek tidak 'terkejut' dengan udara panas di dalam oven dan dapat menghasilkan kek yang tidak mudah hangus dan lebih lembap



credits: sesedap rase je

Tuesday, April 19, 2011

Alhamdulillah...dah dapat induksi dan dah confirm settle hutang dengan PTPTN :)

alhamdulillah..


dah lama aku setelkan benda alah ni..punya lah payah nak bayar habis / lumpsum dengan PTPTpoo ni...akhirnya...setel gak!!alhamdulillah:)


satu lagi berita gembira ialah...aku dah dapat kursus induksi!! akhirnya...setelah tahun 2009 posting sebagai seorang guru..baru tahun ni dapat..alhamdulillah gak! penting tu induksi.selagi tak gi induksi selagi tu la tak sah jawatan. tak sabar nak sah jawatan . dah sah jawatan.......leh la aku buat DAJAL sket :P ooops..haha.


ok lah....daaaaaaaa:))


p/s: sedang gian nak buat kek yang mencabar. target bulan ini mahu membuat red velvet cake:P malam tadi baru buat hedgehog slice atau nama melayunya....KEK BATIK :P haha..tapi ni resepi version lain n lebih cantik n kemas.pic n resepinya later ok ?? :)


Thursday, April 14, 2011

tugas guru..bukan sekadar 7.30 pagi sehingga 1.30 petang sahaja..jangan ingat tugas seorang guru mudah ye....takde lagi istilah keje cikgu senang, balik tengah hari, petang leh masak jaga anak layan suami bla bla bla

salam semua :) aku terbaca artikel dari facebook oleh Jimmyrose..pasal tugas seorang guru...ni untuk tatapan korang.
baca jangan tak baca:P



1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri (SANGAT SETUJU!banyak dah berkorban duit untuk anak murid.tapi ada diorang hargai?mostly TAK!)
10. Menanda kertas peperiksaan dan Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Count (paling tak suke)
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan (semalam aku baru kena anto budak kadet polis lawan kawat kaki.naik bus lagi ngan budak2.eventnya dari kol7pg-6.30 ptg ok!pastu budak2nya tak dengar cakap sampai keluar kwasan sekolah gi mcD, n jusco-kebetulan sekolah tu dekat ngan jusco.geram btol aku!)
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

*thanks Jimmyrose share artikel ni.

p/s: dulu encik suami penah nak jadi cekgu tapi aku halang sebab aku tau beban keje cekgu skang. pas kawen die tgk aku byk keje walaupon dok umah tapi kena buat keje sekolah n etc terus die taknak jadi cikgu n cakap nasib baik die tak jadi cikgu. ok sekian.

Wednesday, April 13, 2011

dah kahwin lebih 5 bulan tetapi masih tak mengandung...Kenapa??? berdasarkan kisah benar....

salam....malam ni cam tetiba ada mood nak update blog kan....nak cite pasal kejadian yang menimpa member baik aku..kisah ini kisah benar ok...sangat penting lagi2 pasangan yang dah nak kawen, baru kawen or dah kawen tapi tak pregnant pregnant gak ..kenapa la kan?






kisahnya macam ni...member aku ni dah kawen...bulan 10 tahun lepas (2010)...setiap kali die lewat period, die akan buat pregnancy test dengan harapan result test itu positive dan die pregnant. tapi setiap kali buat pregnancy test , setiap kali itu lah pregnancy test itu hanya menunjukkan 1 line sahaja iaitu NOT PREGNANT. maka...kecewa lah member aku ini.






satu hari,,,member aku ni tak pergi keje...sebab tensen ngan masalah keje menyebabkan die malas nak gi keje dan lagipon die period pain so bolehlah die guna alasan period pain untuk dapatkan MC kat doc padahal die dah biasa dah dgn keadaan sengugut die kalau setiap kali period. member aku cakap die memang akan rasa sakit setiap kali period. aku lak jenis yang takde period pain, biasa2 je la.takde la sampai kena baring je takboleh buat keje ape2 kalau period.aku boleh sapu2 sampah, kemas2 n etc lagi. so...die kata die pon gi lah klinik..untuk dptkan MC dengan menggunakan alasan die period pain. doktor tu doktor perempuan. soalan pertama doktor tu adalah dah lama ke awak rasa sakit setiap kali period? rasa sakit yang macam mana? lepas tu doc tu pon cadangkan supaya scan perut untuk tengok rahim member aku...scan 2d je..so tak berapa clear...tapi doc boleh nampak yang rahim member aku ada....ENDOMETRIOSIS. sebab tu die sakit sengugut yang kerap setiap kali period walaupon period tu dah penghujung period. then, die terus direfer ke doc pakar coz penyakit endometriosis kan bahaya. kalau dibiarkan, lama2 die akan membiak dan ofkos la akan mengancam nyawa kan.




ok, die check pakar...doc pakar tu scan..tapi tak berapa jelas sangat ...so..doc terpaksa masukkan kamera dari vagina ye...member aku cakap SAKIT ya amat...dah lah besar bende alah tu.eeeii..aku lak yang seriau mendengarnya. bila dah masukkan bende tu...doc nampak dengan lebih clear dlm rahim tu...so die nampak sel endometriosis itu agak banyak, die ade cyst dan juga ....die ada masalah rahim terbalik. masalah rahim terbalik die tu wujud disebabkan masalah endometriosis die..kesiannye die....punya lah banyak penyakit die berkaitan peranakan patotlah susah nak mengandung. hanya di sebabkan die biarkan masalah sengugut die dan beranggapan biasalah...senggugut...tapi sebenarnya...tak boleh ambil mudah pasal senggugut ni sebab die ada kaitan dengan bahagian peranakan kita. so...kepada wanita diluar sana yang memang ada masalah senggugut , better check masalah ini dengan doktor sakit puan secepat mungkin.ok?






ok, sambung pasal member aku tadi....doc suggest operate terus coz itu adalah yang terbaik untuk rawat penyakit endometriosis memandangkan penyakit endometriosis akan membiak lebih banyak jika dibiarkan lebih lama. tapi biasalah...patient akan takot dengar perkataan operation...so die nak cuba cara ubat dulu...so...doc suggestkan die pregnant secepat mungkin untuk elakkan sel endometriosis membiak..mula2 doc bagi ubat pil banyakkan telur (ovum) supaya peluang untuk hamil tinggi ...biasakan perempuan hanya keluar 1 ovum masa ovulasi...tapi lepas makan pil tu...telur akan keluar 2-3 la..so peluang untuk hamil mungkin agak tinggi..kalau die tak preggy gak..doc akan bg ubat suntik lak dimana satu kali suntik adalah rm500...dan die perlu 6kali suntik so total adalah rm3000 untuk lebih byk kan lagi ovum nya supaya peluang untuk mengandung lebih cerah..tapi kalo tak preggy gak, nk tak nak die kena OPERATE dimana kos nya adalah rm 9000. wow! banyaknye duit habis...tapi nak baik punye pasal..tapi nasib baik member aku ni sedar awal2 die kawen jugak..die sedar pas 5 bulan kawen ...doc pon cakap..kalau dah 5 bulan kawen...tapi tak pregnant2 gak..better cek jumpa pakar sakit puan takot ada sumthing wrong sumwhere.




so..tujuan aku cite pasal bende ni adalah untuk pengajaran orang2 perempuan semua lagi2 yang ada masalah senggugut yang teruk ok.pastu dah kawen,pastu tak ngandung2 pastu main tuduh2 ko mandul, aku tak mandul,aku nak kawen lain bla bla bla watsoever...sebelum korang tuduh2 bergadoh or berbalah...jumpa lah gynae dulu ye...manalah tau ada masalah seperti diatas so boleh lah korang selamatkan perkahwinan korang, takde gado2 takde tuduh sape2 mandul n dapat baby seperti yang korang idam2 kan:) InsyaAllah:) ok lah aku dah ngntuk.byee..gudnitee!!:)


p/s: tak silap aku elyana(penyanyi) pon kena sakit endometriosis..tapi die dah operate sebelum die kawen dan skang dengar cite elyana dah pregnant:)

Friday, April 8, 2011

perbualan suami isteri

perbualan antara isteri n suami semasa makan malam




isteri: eh...kejap je dah nak bulan mei kan..n kejap je dah nak bulan julai:P (besday suami bulan julai)
suami: lalala~
isteri: besday u tahun ni u nak ape?:)
suami: nak tambah anak sorang lagi.
isteri: errr...




SEKIAN.


Thursday, April 7, 2011

telur cetak rompak

terkejut aku baca kat blog alwani tadi pasal telur cetak rompak. telur pon ade cetak rompak sekanrang??????bahaya betul! dah la aku selalu guna teur. yelar, aku kan rajin buat kek, kuih. so....macam mana nak tau telur tu cetak rompak???



  • These eggs have an unusual shape and when cooked do not smell or taste like real ones.
  • It was found that the eggs were unusually large and when broken there was no sign of chalazae (opaque ropes of egg white which holds the egg yolk in the centre of the shell).
  • They were made of calcium carbonate while the egg yolk and egg white were made of sodium alginate, alum, gelatin, benzoic acid, calcium chloride, water and colouring.
  • The egg yolk is made by adding lemon yellow food colouring to the mixture. Calcium chloride is added to the egg mixture into the mold to produce the egg membrane.
  • The egg shell is made of paraffin wax, gypsum powder, calcium carbonate and other materials.
  • Furthermore, fake eggs may contain gelatin, which is haram to Muslims
CAP research officer N.V. Subbarow showing a fake egg (left) and a real one. In the former, the yolk and egg white mix much easier. — Bernama picture 


credits: wani

Wednesday, April 6, 2011

"Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com"


 klik banner di atas untuk tau syarat2 nya:)

 GUD LUCK:)

Tuesday, April 5, 2011

zaheen oh zaheen...ibu abah makan, kamu pon nak makan jugak........:P

Zaheen dah nak masuk 6 bulan pada 16 april ini. tapi......die dah tak sabar nak makan. kesian die macam terliur je tengok orang makan. sampai terkeluar air liur die sebab terliur sangat kot.


actually, aku memang dah start bagi die makan sikit2 supaya die pon macam tak terkejut nak makan kalau dah 6 month kan.. aku bagi die GROWELL. actually GROWELL tu dah boleh start bagi makan seawal umur 3 bulan. tapi aku takot la nak bagi awal-awal..so aku bagi masa die dah nak 6 bulan. mula2 die macam tak reti nak makan..tapi tak lama lepas tu.....Zaheen dah pandai nak makan!tapi aku tak bagi byk sgt la ..sikit2 je. tapi kan..kena banyak bersabar lah bagi baby makan.die bukan boleh makan banyak-banyak n cepat-cepat macam kita yang dah besar ni..slowly dan yang tukang bagi makan zaheen biasanya ENCIK SUAMIKU:P


hehe.. btw, zaheen dah tumbuh gigi seawal 5 bulan. tumbuh gigi bawah. mula2 tumbuh sebatang, lepas tu lagi sebatang :) COMEL:)  alhamdulillah, die takde demam pon masa nak tumbuh gigi, cuma air liur die asyik meleleh la.lepas tu..cam biasa lah asyik nak gigit2...biasalah gusi die gatal kot. orang cakap,kalau dah tumbuh gigi...dah boleh bagi makan..tapi aku banyak bagi susu aku dari makan.lagipon die baru 5 month kan...:)




emmm....di sebab kan die asyik terliur kalau tengok kitorang makan, maka kitorang pon cam tak sampai hati kalau tak bagi die rasa apa yang kita makan. emm.. macam malam tadi...kitorang makan ice cream...die pon nak makan. siap tarik sendiri sudu n masukkan dalam mulut die. pandai! last2 encik suami pon sudukan la sikit ice cream tu kat die, sikit je pon...bekas encik suami jilat..punya lah suka dia:D tapi..akibatnye...hari ni zaheen berak-berak ye:( pengasuh msg aku td zaheen dah buang2 3x hari ni,,cair lak tu.(sorry ye kalo korang ngah mkn.:P huhu) tibe2 terfikir mlm td ade bg die rasa icecream sket...terus rase bersalah n menyesal je bg die rs aiskrim tu:( ni aku dah breastfeed die..hopefully ok n better lah..sebab susu ibu pun ubat bg penyakit baby:) ni tengok die aktif je...:)


ok la, ni zaheen ajak main2 daaa:) bai:D