MEH CUBA RESEPI :)

Monday, July 30, 2012

mengidam nak makan roti puri

hari ni tetibe mengidam sangat nak makan roti puri setelah tgk group #Jommasak kat FB post gambar roti puri tu. nyam nyam nyam...terliur la pulakkk. dulu aku penah buat roti puri ni. makan cicah ngan sambal tumis. perghh..sedapp.  makan ngan kari daging pon sodapp. biasanya roti puri dibuat utk sarapan or minum petang. tapi hari ni ,aku nak buat roti puri untuk berbuka;)



pic dari encik google



resepi roti puri pon dah selamat digoogle.resepi yang dulu dah tak ingat:P  ni resepinye...


dari Myresipi

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...  
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA 

ni resepi dari dapur suzi lak...

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng.. 

senang kannnnnnnnnnnnnn?? jom buat sama-sama. :D


p/s: hari terlajak bangun, tak bangun sahur:(
p/s lagi: dulu aku panggil roti puri ni ,roti gemok. sebab die gemok.hehe


[updated] dah try buat.jadi!!aku guna reepi yang kedua.dari dapur suzi tu. makan dgn kari daging n sambal tumis.sedappppp.nnt nak buat lagi:) cuma, bentuk roti tak berapa nak bulat laaa:P macam2 bentuk ada.haha

Thursday, July 26, 2012

no idea.

takde idea sebenarnya nak update blog. tapi tangan gatal nak menaip.muahaha. saja nak merepek meraban. nak luahkan perasaan yang kadang2 takdelah bukan luahkan sangat pon kat blog ni. sebab semua orang boleh baca. walaupon tak semua org baca blog aku ni , tapi ada antara reader blog adalah kenalanku dan ahli keluarga sendiri. Malu:P haha. so ..kena kawal apa yang ditaip :) pernah jugak terfikir nak private blog. so boleh luah segala2nya diblog.tetapi.....berblog juga dapat menjana pendapatan disamping dapat berkongsi pengalaman, idea,resepi dan ilmu. so apa salahnya share kan? sharing is caring :)


emm...di bulan puasa ini...adalah sangat mencabar dan mngugat imanku tengok blog-blog masakan yang gambar2nya amatlah menggiurkan:P haha.. cube korang tgk gambar ni...

pic dari fromintankitchen
pic dari hanamemories


pic dari ummizahidi


ni antara blog2 sifu masakan yang popular yang sentiasa menjadi rujukan ku. sangat rajin diorang ini. jelesss. 
sekarang ni walaupon mood masak aku dah ada balik...tapi still masak simple dan ikut kudrat diri. haha.tak larat lah nak masak banyak2 dan macam2 sekarang. masak 2 bende simple pon dah penat:P 
 sekarang ni..malam2 je dalam kol 8 lebih dah tertidur kepenatan. tak larat. rasa cam dah tua jek. haha.
paling terliur tengok gambar dessert dan air sejuk.eemmmm...sedapnyaaaaa:D 

oklah,saje merepek;) nak gi meeting lak. bai!!


Monday, July 23, 2012

mood memasak kembali semula :)

Alhamdulillah...setelah dekat 4 bulan tidak memasak..akhirnya aku ada mood nak masak :) yay!
oh ye, i'm 16 weeks pregnant this week :) 3 bulan pertama untuk 2nd pregnancy ni memang aku mengalami keletihan dan kelesuan melampau. oh, dan juga kemalasan  tahap berganda:P tapi ,alhamdulillah masuk 4 bulan dah ok sket..dan juga makin bertenaga:) dan alhamdulillah syukur juga kerana dapat berpuasa dengan baik walaupun mengandung dan menyusukan si zaheen yang kuat mengempeng itu:P Insyaallah, harap dapat puasa penuh tahun ni;)




cakap pasal masak, bohong la cakap kalau aku dalam tempoh 4 bulan tu tak sentuh kuali langsung kann. aku masak gak. tapi ...just goreng telur, goreng nugget n french fries zaheen ,masak megi(oops,kantoi makan megi:P ngidammm:P),masak nasi dan masak air :P haha. masak takat tu je la. yang berat2 tak larat. memang beli je selama ni. tapi slowly...after dah lepas 1st trimester, aku dah boleh renyah2 masak sikit...tapi still lauk simple je.....


ni antara menu wajib aku.jambu cicah asam.ni la makanan peberet ku setiap hari sepanjang 3bln ngandung.sekarang dah ok dah..takdelah sampai tiap2 hari nak makan jambu jek. btw, masa tu.. 1 hari aku boleh makan 3-4 bijik jambu ye :P haha.. dlm 1 minggu memang enccik suami kene beli 3kg jambu utk aku:P

haha.lauk pertama setelah sekian lama tak masak:P telur masak kicap dan buncis goreng:P encik somi i makan sampai menjilat jari tauuu:P maklumlah..asik makan luar jek.haha
ni nasi goreng meatball encik suami yang sedap bangat;) saje nak nyelit pic ni. hehe


ni pulak gambar menu berbuka kami untuk hari ke3 puasa..puasa ke3 baru ada kesempatan masak.sebab puasa pertama buka kt kampung n kedua beli kat bazar je..


air teh longan.sedap diminum sejuk-sejukk.nyamannn..~

air barli suam pun ada jugak..

hangit pulak seasoning die..actually bawal masak cili padi ni aku br makan masa puasa pertama. ayah aku masak. sedap pulak.tu yang ngidam tu:P hehe. resepi dari ayah terchenta;)

menu hari ni simple jek..bawal masak cili padi dan sayur kubis masak lemak with tempe:P


ok. menu untuk esok dah ada dlm kepala dah:P sebab excited nak masak kan..hehe:) welcome back mood rajin masak ku..aimissyusomuch lah;) hee. 


p/s: mood baking pon dah ada balik. tapi still takleh baking sebab oven belum repair lagi T__T



Thursday, July 19, 2012

jadual berbuka puasa dan imsak 2012 bagi negeri Johor

sekadar perkongsian untuk rujukan diri sendiri dan orang johor sekalian..:) hehe. dah nak puasa kan...kejap je. harap ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah:) selamat menyambut ramadhan al-mubarak..dear friends:)-wish in advance ni. hehe

Wednesday, July 18, 2012

wordless wednesday #22 : InsyaAllah:)


Wednesday, July 4, 2012

wordless wednesday #21: jom solat;)



dd

Monday, July 2, 2012

Busy?

assalamualaikum ...:)

dah lama blog ni tak berupdate kan. tuan punye belog mengalami kemalasan melampau buat masa ini:P muahahaha...bukan sahaja malas nak mengupdate belog, malah malas juga hendak memasak apatah lagi nak membaking sejak mengandung anak kedua ini:P haha..dah 3 bulan i tak masak hokeyyy.(3 bulan adalah usia kandungan baby buat masa ini. im 13 weeks pregnant now.alhamdullh.dah 2nd trimester) wahhh..satu pencapaian yang hebat. Dan sudah 7 bulan aku tidak membaking. dan tahun ni, aku dah decide kuih raya TUNJUK je sebab aku takde hati nak MENGGENTEL beskut raya tahun ni:P muahahaha..orang cakap pembawakan budak. dan orang cakap mungkin anak lelaki kalau bermalas malasan macam ni:P tak kesahlah,janji baby dalam perut ini sihat walafiat :)



macam-macam nak cerita sebenarnya.tapi macam tak sempat je masa 24 jam satu hari. haha. surf internet pon sekarang dah tak macam dulu boleh lama-lama. sekarang kejap-kejap je,pastu tutup laptop balik. tidur lagi besh. haha. so hari ni aku tertidur lambat sikit. selalunya pukul 9.00 -10.00 mlm dah tidur, tp malam ni dah pukul 11.30 tapi aku masih gigih mengadap laptop membalas emel2 dan juga komen-komen belog. sorry sangat kepada sesiapa yang mintak soalan induksi tu. esok nak induki,tapi aku baru sempat bls emel mlm ni. sorry ye.dan goodluck.harap notes dan soalan2 tu dapat membantu korang, insyaallah:)


emmm..oklah..nak cerita macam-macam dan rajin update macam dulu balik. tapi kene ada masa terluang yang banyakkkk. nak update malam2 camni..errr,ntah bile lah lagi. haha. sebab kami sekeluarga memang tdur awal. hehe. nak update resepi2 yang kawan2 mintak. nak cerita pasal zaheen demam panas seminggu sampai nak kena admit kat hospital ,nak cerita pasal kami 'bercuti' seminggu di KL.nak cerita pasal perkembngan zaheen :) nak cerita pasal hias rumah sempena nak raya. nak cerita pasal itu dan ini. tapi bukan hari ni. dah ngantuk:P hehe. oklah,itu sahaja untuk hari ni...nite peeps:)