MEH CUBA RESEPI :)

Saturday, November 3, 2012

tragedi oktober.

it's November!
welcome November. bulan kelahiranku. ehem:P
Goodbye October.



29/10/12.ISNIN.
 cant forget that day.



nampak kereta ku itu?
ye.accident.isnin.29/10/12.jam 3.40 petang.OTW balik dari sekolah.di traffic light dekat Poliklinik Yuslina,taman cendana(dari kota masai ke Taman Bukit Dahlia).



segalanya berlaku dengan pantas. masa tu baru lampu merah kat traffic light. aku berhenti di lampu merah macam biasa. beberapa saat selepas itu..................DUMMMMMMMMM. kereta aku di hentam dari belakang dengan kuat menyebabkan kereta aku melanggar kereta depan. seriously, aku blur/binggung beberapa minit selepas dilanggar. Zaheen menangis dengan kuat pon aku still binggung. orang sekeliling ketuk pintu kereta aku pon aku tak peduli. what happened? Aku hilang ingatan sekejap!



keadaan kereta aku bahagian belakang.

kereta yg langgar kereta ku

kereta depan aku. tak teruk sgt, sebab jarak antara kereta aku ngan kereta die tak dekat sangat.


selepas beberapa minit, baru aku sedar, aku accident. baru aku dengar tangisan zaheen yang kuat itu. sian anak ibu:( of course zaheen terkejut sangat. aku tgk masa tu lidah zaheen berdarah sikit.maybe sebab tergigit ngan gigi. nasib zaheen duduk dalam baby car seat! aku pulak? perut aku terhentak ngan stereng.sakit dan senak ok! lepas tu aku terus cari handphone aku, call encik suami. tapi masa tu hp aku ada bunyi game yg zaheen main sebelum tu. aku terus call suami dlm keadaan yg terketar2 okay. malangnya encik suami pon tak dengar ape aku cakap disebabkan bunyi game pada hp dan encik suami sedang berada di dalam surau dan xde line sgt kat situ. hampa:( aku cancel call utk stopkan bunyi game yg bising itu. pas dah stop game tu, encik suami call balik dan aku bgtau aku accident. dilanggar dr belakang masa traffic light lampu merah. terkezut die:P pastu baru aku keluar kereta tengok keadaan kereta aku. ya allah,teruknya:(  pastu org yg langgar aku tu minta maaf dan tanya aku ok x. you know what...yang langgar aku tu...seorang uncle berbangsa cina umur 76tahun ok. masa tu , tiga-tiga kereta yang terlibat masih kat tengah jalan. pastu untuk keselamatan semua kereta di pindahkan ke tepi jalan sebab bahaya kan bincang2 tepi jalan. aku dah tak boleh drive dah. pekerja workshop tolong alihkn kereta aku ke tepi jalan. pastu aku call mak aku, bgtau aku accident. sambil menangis:P mak aku desak gi hospital terus tp aku berkeras nk tunggu encik suami dulu.




pas encik suami dah sampai..baru aku rasa lega sikit. die la yang setelkan urusan eksiden tu. seriously aku taktau ape nak buat masa tu. hal insuran kete ,NCV ,repot polis  bla bla bla sume aku taktau. yang pasti aku nak gi klinik terdekat dulu sebab aku tak rasa baby gerak, perut aku cam mengeras,aku sakit pinggang dan perut senak. nak jalan pon susah. nasib kakak encik suami pon datang cepat, die bawak aku gi klinik terdekat. cek kat situ,aku tak bleeding, dengup jantung baby ok dan uri tak berdarah. tapi baby tak gerak gak. doc kata better refer hospital kerajaan terdekat,HSI sebab kes hentakan kuat kat perut, baby kena pantau selama 48jam. sebab tak semestinya effect tu rasa serta merta. die amik masa gak. aku setuju la. risau ok kat baby:(   masa kat klinik ni zaheen sibuk main mainan kat klinik tu. main buai, slide, toys.aktif dan ceria. die dah tak ingat kot ape yg berlaku tadi. maybe die pon taktau ape yg berlaku tadi. alhamdulillah syukur sangat zaheen takde pape.


zaheen.masa tgh cek up ngan doc.

kebetulan, mak mertua aku memang ada kat pasir gudang. kat rumah kakak iparku. die tolong jaga zaheen. so aku n encik suami bergegas ke IPD Seri Alam untuk buat report. kitorng yang last sampai sebab gi klinik dulu kan. yang lagi 2 org dah buat report dulu. yang aku geramnya.....esoknye bile beli report uncle yg langgar aku tu(yup,report polis kena beli.satu rm4.aku pon baru tau.), die boleh tipu cakap aku ni berhenti mengejut sebab tu die pon brek mengejut dan terlanggar kereta aku. gerammmmmmmmmmmmm sangattttt. mentang2 aku buat repot paling last, die boleh citer kat polis sesuka hati yeeeeeeeeeeee. kalau aku stop mengejut, dah lama kete depan aku pon teruk gak. ni kete depan aku tak jejas sangat ponnn. GERAM. TAK SUKE DENGAN ORANG PEMBOHONG MACAM TU. DAH SALAH NGAKU JE LAH SALAH. NAK BUAT CITE BOHONG PULAK.tapi apepon, memang die yang bersalah pon walaupon die buat report camtu, kete blakang yang bersalah. so kete aku claim insuran kete die.



kete dpn aku. tak teruk sangat kan? 

 pas buat report, terus gi HSI. kena masuk bilik saringan bahagian O&G. serius seriau. teringat last kat situ masa nak bersalinkan zaheen. nasib dapat doc perempuan,xde lah malu sangat. dan nasib takde sesi seluk menyeluk untuk cek bukaan. heh. alhamdulillah, aku n baby ok....baby pon ada gerak2 banyak kali masa tengah ctg tu. maybe baby pon terkejut after accident. aku boleh balik tapi still kena pantau pergerakan baby. nasib tak kena tahan ward ok. alhamdulillah sangat baby takde pape. aku je sakit badan, ada lebam2 sikit dan rasa cam nak demam.




bile teringat balik accident tu...aku bersyukur sangat aku,zaheen dan baby dalam perut takde pape...terima kasih ya allah...mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi...lepas kejadian tu, aku jadi trauma nak drive. masih teringat2 apa yang berlaku. lagi2 masa malam hari kejadian, aku tak boleh tidur.  banyak kali cium zaheen, bersyukur die takde pape.banyak kali usap perut,cakap ngan baby. sesungguhnya aku sayang sangat kat anak-anakku. syukur sangat pada Allah...kalau tengok keadaan kete aku teruk kan..lagi2 kat belah zaheen sebenarnya. sebab uncle tu ada cuba nak mengelak gak...dah la..tak tau nak cakap ape lagi dah.. aku tulis kat blog ni pon sekadar untuk kenangan buat diri aku..maklum la pertama kali eksiden. harap ini yang pertama dan terakhir. taknak lagi dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:( mintak jauh lah semua2 tu. semoga keluarga ku sentiasa dibawah lindungan-Nya..Amin... terima kasih kepada semua yang mendokan keselamatan kami..yang membantu ku secara langsung dan tidak langsung. terima kasih sangat2:)  oh ye, kereta aku kena masuk 'icu' selama 2 bulan. doakan kereta aku dapat dibaiki dengan cepat sebelum aku bersalin ye;)


sayang kamu sangat2 suamiku sayang!


1 comment:

  1. confirm uncle tu yg bawak laju.
    & tak sempat nak brek.
    pastu nak salahkan orang pulak. eh2. banyak cantek.
    takpe dear. at least semua selamat.

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete