MEH CUBA RESEPI :)

Wednesday, December 12, 2012

resepi kek prune yang sedap dan senang!:)



Hari tu aku ngidam sangat nak makan kek prune.taktau lah kenapa.(mentang2 ade prun kat umah, terus otak pikir idea nak buat kek prune dan terus terliur dan terus nak membuat kek prune).haha. kek ni sedap, senang dan cepat je nak membuatnya. oh, aku ni memang suka nak buat kek yang simple,mudah, senang tapi sedap dan cepat siap :P haha. masa bakar pon lebih kurang 30-35 minit jek. cubalah, tak rugi mencubanya:)


ni masa baru keluar dari oven. tak sabar2 nak potong n rasa:P haha


 bahan2:

250 gm Butter
160 gm Gula Halus
5 Biji Telur (gred B)
150 ml Susu Segar/susu sejat
230 gm Prune (aku guna jenama SUNSWEET)
230 gm Tepung naik sendiri

cara-cara

  1. pukul butter dengan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
  3. Prune dan susu segar dikisar (jangan terlalu hancur).
  4. masukkan kisaran prune  tadi ke dalam adunan di atas, pukul sebati
  5. Masukkan tepung,  dan kacau sehinga sebati.(sebaiknya guna kan spatula  jika dah masuk tepung.atau guna mixer low speed kejap,pastu kaup balik guna spatula sahaja) 
  6. masukkan dlm loyang yg dah sapu ngan butter dan alas kertas minyak.pastu masukkan dlm oven yg telah dipanaskan pd suhu 180 degree celcius. bakar selama 30-35 minit.atau sampai masak.bergantung kpd oven masing2.


p/s: nk lagi sedap, blend skali dengan beberapa biji kurma.
p/s lagi: kek ni lagi sedap jika disimpan semalaman dlm peti.

6 comments: