assalamualaikum...:)
hari ni dah share resepi;)
dah lama tak share resepi ,syik share pasal shaklee jek,nnt korang muak pulak.hehe
so hari ni nak share resepi banoffee pie yang sedap lagi lah senang dan awesome :P hehe
apekebendealah laaa banoffee pie tu?aku dulu pon tertanya tanya la jugak.ape tuuuwww?? sedap ke? rasa ape?senang tak membuatnye? aku ni sejak akhir2 ni lebih gemr buat yang senang2 jek, malas nak buat yang leceh-leceh dan banyak step. tak menyempattt.kang baru je bukak mixer, si ziyad dah melalak nak susu. baru je tidurkan ziyad,nak sambung wat kek, si zaheen lak merengek nak perhatian. haha.
so, ape itu banoffe pie? hasil carian dari encik google yang hensem lagi bergaya...
"Banoffee pie (also spelled banoffi, or banoffy) is an English dessert pie made from bananas, cream and toffee from boiled condensed milk (or dulce de leche), either on a pastry base or one made from crumbled biscuits and butter."
sumber:wikipedia
so, diringkaskan..banoffee pie ni addalah gabungan banana dan toffee(caramel)..
sebab dia..BAN = BANANA, OFFEE = TOFFEE/CARAMEL...maka gabungan banana dan toffee, jadilah Banoffee Pie.
dan hasilnye....super sedap! i loikee:))
so,ni resepinya..banyak je resepi die sebenarnya..tapi aku pilih yang super senang untuk dibuatnya..takpayah buat nak uli2 tepung untuk buat pie crust. guna biskut je.senang dan cepat siap:P
resepi banofee pie:
sumber: iniblogsukasuki
1) Pisang - apa² jenis pun boleh. Nak sedap, guna pisang montel
2) 3/4 tin susu pekat manis - kalau boleh guna yang "Susu Isian Pekat Manis" instead of "Krimer Manis". Ada beza tau.
3) 1 cawan susu cair
4) Biskut High Fibre Jacob - nak guna biskut plain lain pun boleh.
5) 100g butter dicairkan
Hiasan : Whipped cream dan serbuk koko
Haaa...ada 5 bahan sahaja untuk buat pie yang awesome ni. Cara nak buat pun senang.
1) Ambik biskut, masukkan dalam food
processor/blender/lesung batu. Proses sampai jadi serbuk halus. Biskut
ni gunakan ikut suka hati..depends pada besar mana acuan pai.
2) Lepas tu, gaulkan biskut hancur tu
dengan butter cair. Pastikan tak terlalu berminyak..kira sedang-sedang
je la..kalau butter terlalu banyak, tambah lagi biskut hancur.
3) Tekankan adunan biskut tu ke dalam
acuan pai. Tekan bagi padat supaya base pai tu cantik. Lepas tu,
sejukkan dalan peti sejuk.
4) Next, buat caramel sauce. Mula-mula,
masukkan susu pekat manis ke dalam periuk. Kalau ada periuk jenis non
stick, lagi bagus. Panaskan dengan api sederhana sambil kacau sentiasa.
Jangan bagi susu tu mendidih. Cukup setakat mendidih sikit² je. Kawal
api jika perlu.
5) Bila susu tu dah bertukar warna jadi
warna perang karamel dan sangat likat dan pekat, perlahankan api,
masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Kacau sampai
semua sebati dan biarkan simmering sekejap.
6) Angkat sos karamel, tuangkan atas pie base yang dah sejuk tadi. Masukkan semula dalam peti sejuk.
7) Lepas setengah jam atau sejam,
keluarkan pai tadi. Aturkan hirisan pisang atas pai. Last sekali,
hiaskan dengan whipped cream dan serbuk koko.
8) Makan dengan senang hati! :)
No comments:
Post a Comment