MEH CUBA RESEPI :)

Monday, December 2, 2013

kenapa perlu makan supplement / makanan tambahan?

Berikut adalah 24 sebab kenapa kita perlu mengambil  makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.

1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak efisen akan menghadkan penyerapan vitamin  ke usus anda. Sebab lain mungkin anda tidak mengunyah secara sempuna dan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang besar. Anda yang mempunyai masalah gigi juga  menghadapi keadaan ini, berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.

2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut air  ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan sederhana lebih digalakkan.

3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E. Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total, yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya sangat kurang.

4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.

5.Tekanan/Stress
Tekanan emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit moden sekarang.

6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.

7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan  kalsium meningkat. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan adalah amat perlu.

8.Remaja/Teenagers
Jika anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16 tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang dicadangkan (USRDA).

9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat. Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.

10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih, memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.

11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan, tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.

12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan sumber haiwan.

13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.

14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera, lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.

15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin B6, C, zink dan riboflavin.

16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung , kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.

18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh berbagai keadaan dan suasana sekarang.

19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori seseorang.

20.Kekuangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.

21.Ahli sukan/Athletes
Ahli sukan  memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral tertentu berkurangan dengan banyak.

22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat suka kepada  minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.

23.Merokok/Smoking
Seperti yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin antioksida.

24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik. Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan mineral.



JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI 24 SEBAB DI ATAS WALAUPUN SATU  MAKA  ANDA PERLU  MENJAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH……

·         Adakah anda kerap berdiet?
·         Adakah anda mengidapi tekanan darah tinggi?
·         Adakah anda pengidap kencing manis?
·         Adakah anda berbadan kecil, kurus atau sudah berhenti haid?
·         Adakah anda mengelakkan susu, keju dan tairu?
·         Adakah anda kerap makan daging merah berlemak atau makanan penuh lemak?
·         Adakah anda diserang selsema beberapa kali setahun?
·         Adakah anda terdedah kepada kimia berbahaya?
·         Adakan anda makan makanan jeruk atau awet (seperti burger,hotdog)?
·         Adakan anda jarang bergiat di luar rumah?
·         Adakah anda bernafaskan udara tercemar?
·         Adakah anda meminum air kota raya?
·         Adakah makanan yang anda beli di pasaraya mengandungi sisa-sisa kimia toksid atau bahan penambah?
·         Adakah anda mengalami stress mental dan kegelisahan?
·         Adakah anda sedang menyusukan anak?
·          Adakah anda sering tidak mengambil makanan dari kumpulan asas mengikut piramid makanan?
·         Adakah anda sedang mengambil sebarang jenis ubat-ubatan?
·         Adakah anda dimasukkan ke hospital kebelakangan ini?
·         Adakah anda kemurungan?
·         Adakah anda mengalami penyakit kronik?
·         Adakah anda makan kerana rasa dan bukannya kerana pemakanan?
·         MAHUKAH ANDA MERASA LEBIH SIHAT???

Senarai di atas hanya sebahagian dari banyak sebab lagi kenapa anda perlu kepada makanan tambahan yang selamat dan semulajadi.
Jika anda menjawab YA kepada satu sahaja soalan di atas, maka pengambilan makanan tambahan boleh membantu memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kesihatan anda. 
Antara sebab kenapa perlu pilih Shaklee:
Sentiasa Selamat
Di Shaklee ada lebih daripada 80000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen. Di Shaklee, kita tak main dengan paraben, Bisfenol - A, peluntur, perisa tiruan, pewarna tiruan, lemak trans dan bahan larangan lain.
Sentiasa Berkesan
Di Shaklee, lebih USD300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan2 yang digunakan adalah semulajadi dan paling halus dan tulen. Kalau korang nak tau, 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlet yg menggunakan produk Shaklee.
Sentiasa Mesra Alam
Di Shaklee, kita menggunakan produk mesra alam yg benar2 selamat untuk korang, keluarga, rumah dan juga bumi. Shaklee sendiri adalah peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yg mesra alam.
Sebab tu la kita perlukan suplemen untuk tambah kualiti kesihatan kita dan keluarga. Saya dan keluarga memang pengguna produk Shaklee yg tegar. Sebab tu la saya nak kongsikan dgn korang semua kebaikan Shaklee. Takkan barang baik kita nak simpan sendiri kan?
Teringin nak cuba suplemen Shaklee? set pantang,set menyusu. set kurus.set tambah berat badan.set cantik. set pengantin. semua ada!! Boleh roger kami ye. 
SMS/Call/PM/WhatsApp 0137812223 untuk HARGA HEBAT, TAWARAN ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!

No comments:

Post a Comment