MEH CUBA RESEPI :)

Monday, May 19, 2014

resepi cadbury cookies by Zaheens Bakery

assalamualaikum....
dah lama nak share resepi cadbury ku ini..tapi busy sangat sampai tak sempat..sorry ya!
ramai juga yang request resepi cadbury cookies ni. nah! resepi ni untuk korang :)))





resepi cadbury cookies


bahan2:

250g butter
240g brown sugar
50g white sugar (boleh kurangkan jika tak nak manis sangat..ikut tekak masing2)
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu teh soda bikarbonat*
secubit garam*
150 gram oat (tak perlu dikisar)*
2 sudu besar chocolate rice
2 coklat cadbury bar yang size besar (potong kecil)




cara-cara:

1. satukan bahan yang bertanda * dan gaul rata guna spatula.
2. pukul butter+gula sampai kembang gebu.
3. masukkan telur satu.pukul lagi sampai kembang. masukkan sebiji lagi telur beserta esen vanila. pukul lagi sampai kembang. 
4.kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda * yang dah disatukan tadi. masuk sikit demi sedikit. (time dah masuk kan tepung guna mixer speed paling slow)
5. last sekali, masukkan choc rice. gaul rata guna spatula sahaja.
6. masukkan aduanan cookies dalam peti sejuk..at least setengah jam.(tips: biasanya aku sejukkan semalaman. hari ni buat cookies dough..esok baru gentel cookies n bakar :P)
7. bentukkan adunan bentuk bulatan..boleh guna aiskrim scoop kalau nak size sama. 
8. letakkan coklat cadbury atas cookies dough tadi. 
9. masukkan dlm oven yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit awal ... bakar suhu 170-175 selama 10-12 minit atau sehingga masak..part ni biasanya bergantung kepada oven masing2..:)
10. bila dah masak..keluarkan terus dari oven..biarkan cookies berehat jap atas tray ..jgn terus nak keluarkan dari tray...pastu baru simpan dlm bekas kedap udara ok...:)


nota: resepi cookies saya ni juga boleh divariasikan rasanya..boleh ganti dengan coklat m&m's...maka terhasillah m&m's cookies pula. hehe. 
boleh juga digantikan dengan coklat chips...maka terhasillah choc chips cookies...
boleh juga digantikan dengan rolled oat, walnut dan raisins...maka terhasillah oat and raisins cookies;)))



nota lagi: cookies adalah sangat sedap , rangup dan mengasyikkan. Beware:P


ni antara review cadbury cookies dari Zaheens Bakery :











ni pulak review dari customerku aka blogger aka merangkap jiran aku je rupenya..haha..
tq tq tq suraya:))
thanks sangat kat semua yang menyokong  Zaheens Bakery:))))


sape yang belum LIKE page Zaheens Bakery boleh lah LIKE ya;)))


p/s: ade orang tu baru dapat ipong5 :P lapumorelahsayang:))
p/s lagi: kalau korang dah try resepi ni jgn segan silu komen kat ruangan komen ya!:) nak tau gak...ok tak..hehe:)
p/s lagi dan lagi: kalau nak order ngan i pon boleh...whatsapp i 0137812223 for more details. i mmg selalu pos cookies ni...n congo bars:)

No comments:

Post a Comment