assalamualaikum.. dan selamat sejahtera semua:)
hari ni dah hari jumaat..
ini bermakna..
cuti sekolahku berbaki lagi sehari.. sebab, ahad dah sekolah..huhu
kejap je rasa masa berlalu..
rasa tak puas duduk rumah 24/7 dengan anak-anak.huhu
walaupun lagi penat sebenarnya..tapi..
rasa happy dan secure tengok anak depan mata berbanding kat rumah orang or taska..
ok., hari ni nak share pengalaman aku guna sistem reward untuk disiplinkan anak..tanpa perlu guna kekerasan..
actually aku dapat idea ni dari blog adlilrajiah. Thanks:)
ini contoh sistem reward yang saya buat.
saya buat satu jadual untuk zaheen dan ziyad.
dan bagi sticker STAR jika diorang capai goal yang saya tetapkan.
dalam gambar ni baru hari kedua sistem ini dilaksanakan..
hari ni (12/6/15) dah hari keempat.
apa yang saya boleh katakan...
alhamdulillah, nampak ada perubahan yang memberangsangkan :)
perubahan positif kepada anak..dan juga kepada ibunya:)
macam..hidup diorang lebih terarah dan bermatlamat walaupun diorang masih lagi kanak-kanak.
bukan setiap hari main n tengok TV je.
ibu nya pon lebih tenang dan terkawal emosi.hehe
aku rasa, kanak-kanak memang obses dengan dapat banyak star.
diorang bangga jika dapat banyak star.
zaheen dan ziyad sendiri teruja nak dapat banyak star.
so, setiap kali diorang follow goal yang telah aku tetapkan,
diorang akan dapat star
diorang akan dapat star
dan
aku akan tampal sendiri star tu depan mata die.
atau, kadang2 aku bagi star tu dan minta die tampal sendiri kat jadual tu :)
aku letak jadual ni di tempat yang diorang senang nampak dan tengok.
(aku letak kat peti sejuk je)
setiap hari diorang tengok dan kira star yang diorang dapat.hehe
jika dapat banyak star, diorang akan dapat hadiah. itu janji aku.
seperti holiday.
yup, diorang suka bila dengar perkataan holiday.
yelar,
sebab holiday mmg best kan... dapat tidur hotel cantik, mandi kat swimming pool dan macam2 aktiviti lagi kitorg buat kalau holiday kan.
checklist goal diorang ni actually akan berubah-ubah ikut perkembangan umur..
dan jangan letakkan goal yang susah nak dicapai pula...
macam aku,
aku buat simple goal aja dulu..
1. makan di meja makan ( sebab diorang suka makan di sofa smbil tgk tv)
2. tak bergaduh (biasanya si ziyad yang suka cari pasal dgn kakak die -_- )
3.kemas mainan selepas main (part ni aku suka.. sebab diorang dah kemas mainan sendiri lepas main..so jimat masa aku.hehe)
4. tak masuk jari dalam mulut ( sebab diorang ade habit, suka masuk jari dalam mulut... maka sy perlu buat goal ni)
5. baca buku setiap hari ( sekarang alhamdulillah, senang nak ajak baca buku... terutama buku ilmiah seperti bacalah anakku, peter and jane)
6. mengaji setiap hari ( biasanya mengaji selepas magrib..ni dah lama mula...cuma on off on off..maksudnya tak setiap hari la)
7.solat dengan ibu abah
so, kalau dah consistent dpat star setiap hari untuk goal tertentu, maka boleh lah kita ubah goal lain pula untuk die capai..
ok..itu je aku nak share..
harap bermanfaat,,
aku pon actually baru je bermula..
tapi nampak hasilnye..n im so excited :)
selamat mencuba!
p/s: ...masih banyak perlu belajar menjadi ibu...walaupun sudah anak dua...
Thanks for share sangat bermanfaat.
ReplyDeleteDownload film