MEH CUBA RESEPI :)

Wednesday, July 17, 2019

pertama kali zaheen warded di hospital...

catatan 17/7/2019 (jam 3.21pm : waktu rehat di sesi petang).

hari ni rajin pula nak menaip, jadi saya pun terus on laptop n menaip;)
.

setelah hampir 3 minggu asthma zaheen tak baik-baik(wheezing masih kuat).. asyik ke klinik untuk neb (1 hari 2 kali neb..pagi n malam).. akhirnya kami decide bawa zaheen jumpa doktor pakar KPJ. So, zaheen kena warded sebab doktor nak buat test n monitor keadaan zaheen(sebab masih wheezing dada dia).
.

 hasil X ray dan Ct scan doktor dapat detect ada kuman di paru-paru dan zaheen juga ada masalah sinusitis yang serius.. dimana kuman dah memenuhi rongga hidung dia yg belah kiri. so kuman tu merebak terutama jika berbaring ke area seperti paru-paru..dan boleh ke otak. bahaya! nasib dapat kesan awal..jadi doktor bagi antibiotik yang sesuai dan ubat hidung(ubat titis, ubat spray dan ubat cecair hidung) dan juga ubat asthma. 
.
ok ni contoh hasil ct scan sinus normal

ini contoh yang ada masalah sinusitis yg agak serius. hampir sama macam keadaan zaheen. belah kiri dah hampir tertutup.
.


Fuh,banyak juga ubat yang dapat. Jumlah bil hospital  semua RM4k++. nasib baik husband ada ambil insurans AIA cover satu family. tak sia-sia bulan-bulan bayar rm400++ :P

sian anak ibu. sebenarnya ni first time zaheen warded(umur 9 tahun). dia sorang tak pernah masuk hospital sebenarnya.

ni masa nak jalan2 kat kafeteria nak pergi beli makanan. dia nak ikut gak.

tengok kartun. macam seronok je ek dok spital dapat tengok tv tanpa gangguan adik2:P

comel wallpaper kat bilik ni

berselera betul dok hospital. asyik makan je.haha


.
alhamdulillah, zaheen dah discharge( 2 hari 1 malam je warded). tapi kena teruskan makan ubat dan berehat di rumah. 1 minggu lagi ada check up. harap-harap zaheen serasi dgn ubat doktor bagi dan terus sihat, doktor kata kalau tak sihat juga dia akan di rujuk kepada pakar ENT pula.
.
.
cepat la berakhir minggu ni sebab badan rasa penat tak larat letih lemah lesu semua ada. pening kepala dan tak sedap badan. malam tadi pun tidur awal lepas magrib (telan panadol terus terlelap). penat sangat rasa. apapun, setiap ujian pasti ada hikmahnya.. semoga baik-baik sahaja selepas ini. okay lah saja nak bercerita di blog. rindu pula. jumpa lagi di lain post ;)


1 comment: