MEH CUBA RESEPI :)

Thursday, August 2, 2012

My Little Kitchen :) -kos pasang kabinet dapur / kitchen cabinet dan counter bar / breakfast table -

Dapur impian ku adalah dapur yang luas, besar, bersih, kemas, tersusun sistematik  dan mesti ada island kitchen. itu adalah apa yang aku angan-angankan dulu jika dah ada rumah sendiri nanti. tapi, bila dah ada rumah sendiri (yang mengikut kemampuan sendiri), dapurku takde lah sebesar mana. kecil je. tak boleh buat island kitchen pun.takde wet kitchen and dry kitchen ponn. hampa. tapi takpelah..ukur baju dibadan sendiri kan. :)




aku pernah tulis entry dapur konsep terbuka. ingat lagi entry aku pasal dapur konsep terbuka tu?? disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana...so,untuk nampak lebih luas, kami decide untuk tidak tambah dinding or tutup bahagian dapur. sebab...taknak nampak ruang lebih sempit. tu yang konsep terbuka tu:P ala ala western style la kunun-kununnya.haha.

so...ini gambar dapurku masa mula-mula pindah...



nampak tak dapur ku yang diambil pic nya dari jauh tu? sangat terbuka dapur aku.kan? hehe. 
disebabkan tak boleh pasang island kitchen atas faktor takde ruang yang luas, so aku decide pasang breakfast table atau  kitchen bar atau bar counter. tertutup la sikittt ruang dapur tu walaupon masih terbuka:P hehe. 
.
.



cuba tengok..ok tak?
plan nanti maybe nak pasang langsir benang (dari siling ke lantai) kat sebelah breakfast table tu..

pandangan dr ruang tamu

kitchen bar ku yang baru siap pasang minggu lepas :) suka:D

[updated]: disebabkan ramai yang bertanya ...panjang kitchen bar aku adalah 4kaki dan lebar 2 kaki. warna: black and white.material: tak ingat.tapi macam jenis sheer formica solid. kalis air punya. harga dan kos upah pasang RM1900. tak termasuk kerusi die ya. 


ni lah tempat aku 'bersilat' menyediakan makanan untuk encik suami:P haha
kabinet dapur pilihan kami pulak jenis aluminium,
material pintu kabinet pulak jenis 3G high gloss .
tabletop warna hitam dan material tabletop jenis konkrit dan tiles 2kaki x 2kaki warna hitam.
warna kitchen cabinet: silver metallic.

[updated] : disebabkan ramai yang bertanya...saiz table top+kitchen kabinet aku panjang die 13 kaki. dapur aku jenis memanjang je,tak buat bentul L shape. material kitchen cabinet adalah aluminium. material pintu kabinet jenis 3G high gloss. warna pilihan pintu kabinet dapur: silver metallic .warna pilihan table top: black galaxy. kos / harga upah pasang table top dan kitchen kabinet RM6100. termasuk aksesori dapur seperti singki 2 lubang, paip air 2, rak pinggan mangkuk stainless steel. tidak termasuk hud dan hob.

yang warna pink tu..tempat buang sampah untuk sisa sisa makanan. sangat useful dan praktikal.
beli kt cosway je.

tingkap dapur ,aku guna jenis aluminium blinds. tak sesuai kot guna langsir kat dapur*my opinion la*

pandangan dari sudut lain. nampak tak ruang tamu ku?:P sambil masak boleh tgk tv.takpayah pasang tv kt dapo.haha

oven ku yang belom hantar baiki lagi :(

ok,bahagian ni belum cukup bajet nak buat kabinet.:P  nantilah,kumpul duit lagi. kerusi biru tu aku guna utk panjat2 amik barang kat kabinet dapur yang tinggi:P

pandangan dari dining area.pendek je kitchen bar tu. panjang 5 kaki je.

zaheen ku yang nak interframe gak..dah la pakai baju lain seluar lain =_=

big boss tgh minum air:P


alhamdulillah, so far aku sangat berpuas hati dgn hasil kerja kontraktor cina yang aku upah tu. kemas je hasil kerja die(table top, kitchen kabinet dan kitchen bar). kalau korang nak nombor die, aku boleh bagi:) plaster ceiling pon aku buat ngan die. recommended:)


oklah itu sahaja utk harini. tiibe2 je bersemangat nak cerita pasal dapur kan..maklum lah kitchen bar baru siap pasang:P so masih excited lagi sebab dapur dah cantek sikit berbanding dulu..(perasan:P)haha. ok ok...kalau ada sebarang idea nak cantekkan lagi dapur i :P,pertanyaan or cadangan,jangan segan silu leave me a comment ya;) assalamualaikum:D




19 comments:

  1. mak buyung jangan selalu panjat kerusi biru tu. bahaya! huhuh

    btw dapur nice sangat. kemas! :)

    ReplyDelete
  2. amal: thanks ingatkan aku. hehe. tak ingat lak diri ni dah makin besar dan berat:P tq amal:)

    ReplyDelete
  3. cantiknya dapur....!!

    bila la bley dpat umah sendri ni..=(

    ok,jeles sgt ni tapi happy to both of u...=)

    ReplyDelete
  4. EF: THANKS EF:) ala,dapur kecik jeee.dapur korang nanti sure lagi cantek:)

    ReplyDelete
  5. sorry jarang komen. tp selalu jek skodeng blog ni..hehe

    nak cakap, cantik dapur awk. simple tapi kemas.

    suka kitchen bar..

    biar la kecik janji kemas dan selesa nak bertungkus lumus nak masak. hehe

    insya Allah ada rezeki lebih, boleh tambah apa yg patut dan cantikkan lagi.

    saya punya dapur lg sempit tau..

    ReplyDelete
  6. hehe.kte pon slalu skodeng blog awak;P
    btw thanks:) nanti awk letak la pic dapur awak lak;) hehe.boleh tukar2 idea deco;)

    ReplyDelete
  7. Awak kan..
    apasal makin hari makin lawa rumah awak ni??

    haha

    best la kitchen open babe.
    semua mat saleh wat gitu.
    baru la leh jerit kat laki
    "oii takkan i je memasak disini u melenggang di dpn tv?"

    hahaha

    miss u. miss zaheen.miss soul not.

    ReplyDelete
  8. wawa:hye awakk. windu awk gak.awak tuuu..lama tak update belog;(


    kite yg muda-muda ni suka la konsep open kitchen ..tapi kalao ikut mak/makcik/atok nnenek diorang tak suke.kalau boleh dapur kena tutup,bg tak nampak org :P hehe..

    btw,thanks puji umah kite makin lawa:P biase2 je pon.ikut mana yang mampu. tu pon banyak gak kena berjimat cermat:P haha.gedik tak guna kite awak?:P

    ReplyDelete
  9. Zehan.. Nak nombor kontraktor boleh..?
    Nak cari untuk kitchen cabinet dengan plaster siling..
    TQ zehan.. :)

    ReplyDelete
  10. dear...boleh tak awak cerite lagi details pasal kitchen cabinet ni..?? amik kat mane..??contractor ape..?? material table top tu macam marmar..[aty suker]...share panjang lebar tau kat nurha_abdul82@yahoo.com [kalau tak susahkan awak lar ek] :) since aty nak pindah masuk umah baru nih..

    ReplyDelete
  11. ninna: nama kite ain la dear..bukan Zehan :P hehe. it's ok ;) btw, kontraktor ni kat area pasir gudang n JB tau. bukan kt KL. ni no die.:0127404383...nama die Vicky. u boleh mention nama i. die knal.sebab regular customer die :P hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. aty_fared : hye aty! contraktor ni kat pasir gudang n JB je tau. not in KL. u punye rumah kat KL kan. material table top nampak cam marnar tapi actually adalah konkrit je.guna tiles ukuran 2 kakix2 kaki warna hitam galaxy. hasil die buat pon kemas. harga kat sini...table top+kitchen kabinet jenis aluminium with 3g glass(atas dan bawah) panjang 13kaki : rm 6100. which is okay la coz i survey2 kitchen Cabinet fully aluminium mahal sebab kualiti die kan.. lagi satu tak akan dimakan anai2 berbanding jenis kayu. pastu pintu kabinet die boleh lap kalau kotor. tak rosak cam kayu.sebab kayu kalau kena air,mudah rosak.kulat.lama2 dah tak cantik.

    ReplyDelete
  14. downlight kat ruang tamu tu berapa saiznya? 4 inci ke 6 inci. nampak terang & guna mentol berapa watt.

    ReplyDelete
  15. I do not even know how I ended up here, but I thought this post was great.

    I don't know who you are but certainly you're going to a famous blogger if you
    aren't already ;) Cheers!

    Feel free to visit my website lift and glow pro and lift serum pro

    ReplyDelete
  16. berapa kos plaster ceiling tu ek?

    ReplyDelete
  17. Vickt contractor tu buat lg x kitchen cabinet?

    ReplyDelete
  18. Salam dear, nk tnye...mcm mne buat mini bar tu...sbb kontrktor cina yg dtg ukur kata, xcantik klo wat ikat bata...sebab i thought cara buat kitchen bar ni mcm buat tble top just tinggikan sikit je...tp cara kontraktor tu explain mcm xcantik klo buat macam tble top...keliru pulak.huhu

    ReplyDelete
  19. Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
    Wiring
    Lampu 1 poin dalam rm.60.00
    Plack poin 1 dalam 80
    Hitter 1 poin dalam rm 250.00
    Ac/aircond 1 poin rm 250.00
    Kipas 1 poin rm 60.00
    Semua itu tak termasuk pemasangan:
    Pasang lampu 1 set rm 30.00
    Pasang kipas rm 30.00
    Pasang Ac/aircon rm 200.00
    Pasang hitter / air panas rm 30.00
    PAIP
    Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
    Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
    Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
    Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
    Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
    kabinet rm 5000.00 bawah atas
    Pasang mozek /TILES RM .........tergantung tiles
    Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
    Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
    Kepuasan anda adalah impian kami

    ReplyDelete