MEH CUBA RESEPI :)

Thursday, November 28, 2013

resepi baked garlic egg sandwich with cheese





 assalamualaikum
hari ni nk share resepi breakfast sedap jugak ni
baked garlic egg sandwich with cheese
makan panas2 mmg sedap lagi2 roti tu ala2 garlic bread
dah sejuk pon still rasa sedap lagi.
saya suka saya suka! (ayat MEI MEI dalam UPIN IPIN:P)

 
bahan2:

roti gardenia
butter 
bwg putih-cincang halus
pepper/lada sulah
garam
cheesedale
scramble egg
mayonis
timun -hiris

cara buat:

1. memula...buat garlic butter dlu..cincang halus garlic..pastu masukkan dlm butter..gaul rata.masukkan pepper dan garam secukup rasa.garam secukit je cukup. pastu sapukan kat roti utk yg bahagianatas(lapisan pertama).
2. letak scramble egg kat roti lapisan kedua.letak cheesedale.aku letak separuh je cheesedale. letak mayonis sikit. letak timun kalau ade.
 3.satukan 2 bahagian roti tadi. susun dlm loyang pembakar. masuk dlm oven yg dah sedia panas.suhu 180 . bakar dlm 10 minit or sampai keperangan atas nya.. siap.sedapppp:)

fertility chart



untuk rujukan aku, that's why aku letak kat belog:P
haha
sebab aku tak bersedia lagi untuk mengandung kali ke 3 buat masa terdekat ini..harap maklum ye encik suami:P

Wednesday, November 27, 2013

resepi cakey brownies yang sedap sangat! serius ni. resepi dari chef Anna olson :)

assalamualaikum..






malam ni nak share satu lagi resepi...resepi cakey brownies yang sedappppp sangat...sampai tak sedar dah makan banyak kali. i likeeeee! seriously. sbb i memaglah penggemar brownies. this is the best among the best lah ;) heee.

resepi from anna olson :)

1 cawan butter
1 cwn serbuk koko
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 1/4 cawan tpg gandum
1 sudu teh baking powder
1 cwn kacang walnut(yg dah dipanggang)-ni optional..nak ganti dengan kacang lain or oreo or marsbars pon boleh.


cara buat :

1 panaskan oven sblum buat..suhu 180 .
2.cairkan butter.masukkan serbuk koko dlm butter.kacau sebati.pastu masukkan gula dan kacau lagi.
3.pukul telur satu demi satu smpai kembang guna mixer.masukkan esen vanila dlm adunan telur tadi.
4.masukkan aduanan koko n butter dlm adunan telur. (pastikan adunan koko td dh sejuk sebelum masukkan dlm adunan telur)pukul sekata.
5.masukkan tepung+baking powder (yg dah diayak ) sedikit demi sedikit.last skali masukkan kekacang or marsbars or oreo..
6.bakar 20-30 minit bergantung pd oven korang.
7. nak lagi sedap...letak topping coklat atas brownies. resepi topping coklat boleh rujuk sini.  aku prfer letak topping coklat tu..memang sedappp dan kena je rasa dgn tekak ni:)



malas nak buat?nak order je?boleh jeeeeeeerrrr.to order whtsapp me 0137812223 :)

wordless wednesday #36: siblings :)

Tuesday, November 26, 2013

resepi cheesy marie layer yang sedap dan senang!!

assalamualaikum...





malam ni nak share satu resepi ..resepi cheezy marie layer yang sekarang tengah trend jugak..actually aku pernah post pasal resepi ni...tapi nama nya kurang glamer lah..aku letak nama simple cheesecake jek. klik sini.


so meh aku taip balik resepi nya kat sini dengan version terkini cara aku buat :

bahan2: 

1 bungkus biskut marie
250g cream cheese(jenama philadelphia)-potong kecil2...biar lembut pd suhu bilik
125g butter(nak sedap..guna pure putter seperti SCS dan achor)-potong kecil2...biar die lembut pd suhu bilik
dairy whipping cream 260 ml (aku guna jenama achor)- nak ganti ngan ice cream pon sedap.
susu pekat manis(secukup rase,takmo manis2 sgt)-aku guna 7 sudu besar
susu segar (utk celup beskut marie...so dlm stgh mangkuk dh cukup)-suam


cara2...~

1.pukul cream cheese dan butter sampai lembut dan sebati
2. pastu tambah whipping cream and susu pekat manis..pukul lagi smpai sebati..
3. celup beskut marie dalam susu segar yg dah disuamkan.celup keseluruhan beskot tu,tapi kejap je, tak perlu sampai lembik 
4.then letak dlm bekas, susun satu-satu biskut marie tu ...pastu letak adunan cheese tadi..pastu ulang balik step 3 n 4 .buat selapis2...lapisan atas sekali mesti lapisan cheese...sejukkan dalam peti sejuk semalaman :).



senang kan??nak order aku pon boleh gak:P hehe..nak order: emel: mrsnawuza@gmail.com or whatsapp 0137812223

Sunday, November 10, 2013

Masalah ibu cepat marah anak-anak..macam mana nak kawal marah kat anak?? good tips :)

Perkongsian bijak Puan Sharifah Shuwaidah
==============================
 
 

Masalah ibu cepat marah anak-anak:
-------------------------------------

Puan senang saja, sayapun mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara2 mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah. 1) baju kotor rumah bersepah - puan biarkan anak habiskan main dan bila anak2 melihat muka puan, jgn ada mimik marah, jeling atau masam cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai keotak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif). Pandanglah anak2 puan seperti kain putih masih suci tiada dosa. 2) panjat, jerit tak dengar kata - saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat2 dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan explain pada anak apa yg kita nak anak buat. 3) puan sungguh lucky tidak bekerja dapat mendidik anak kejalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak2 semasa anak2 tengah main join anak2 dan bergurau insyallah bila anak2 melihat ibunyapun bermain selalu puan tengoklah anak2 akan berubah puan. Saya kata terus terang puan, saya sampai anak2 ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama2 anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata puan. Last skali sekiranya puan betul2 tak dapat control puan lihatlah anak2 seperti esok kita dah tak jumpa anak2 kita lagi. Maaf ingat anak2 bukan hak kita amanah Allah swt jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang. 4) setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup keubun2 anak2 dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ketelinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yg puan impikan pada anak. Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak2 subhanallah doa n bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul2 dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah. Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak automatic dengan segera berubah mood kita puan.Anak memang itu fitrahnya bila kita pukul atau marah anak2 tu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita. Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak2 puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah swt MAHA pengasih dan Allah swt amat benci kemarahan atau kekasaran.

Terima kasih puan Sharifah Shuwaidah dari Ibubapa Cemerlang

Wednesday, November 6, 2013

resepi moist chocolate cake yang sedap! inspired by anis choc moist cake.tq for the recipe :)

assalamualaikum..
hari ni nak share resepi kek coklat lembab / choc moist cake dari anis CMC yang popular tu :) 
tq for the recipe:)

ni resepi nya aku CnP dari facebook anisCMC


baru siap masak..yg kene korek tu encik suami punye keje..xsabar2 nak makan:P

lepas dah terbalikkan kek...ni tanpa topping..pun dah sedap sangatt okkkk::)



meh aku taip semula resepi kek anis choc moist tu ..utk rujukan aku jugak ni;)

bahan A:
air
susu pekat
minyak  masak
gula
serbuk koko

*semuanya 1 cawan

bahanB (topping kek):

minyak
susu pekat
serbuk koko

* semuanya 1 cawan

cara buat:

masak bahan A atas api sederhana (masak sampai gula larut).
2 biji telur dipukul asing dalam mangkuk lain kemudian dimasak sekali dgn bahan A
last, masukkan tepung gandum  1 cawan + 1/2 sudu teh baking soda + 1/2 sudu teh double action baking powder. masuk dalam loyang dan kukus...selama 30 minit.

Note: aku xkukus ..tapi bakar..suhu rendah..160-175 depend pd oven..selama 1 jam.

cara buat topping:
 
panaskan 1 cawan minyak masak.masukkan serbuk koko dan susu pekat. kalau pekat sangat..kurangkan serbuk koko atau campur susu full cream..kacau sampai rata..sedia utk ditopping..


selamat mencuba!


Tuesday, November 5, 2013

cara betul makan GLA Complex Shaklee untuk pregnant





Di sini saya nak share satu tips bagi anda di luar sana yang bercadang untuk pregnant atau menambah bilangan anak. Seperti yang anda tahu sebelum ni, GLA Complex adalah vitamin yang sesuai bagi anda yang sedang berusaha untuk pregnant.


Tips adalah seperti berikut:

Shaklee GLA – Cara makan untuk nak pregnant.
——————————————————
(1) Period Teratur
- kira kitaran period. Contoh: 28 hari / 2 = 14 hari.
- Cara makan: ambik mulai hari pertama period hingga hari ke-14. Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. selepas hari 14 :
Stop makan GLA sehinggalah next period
(2) Period Tak Teratur
- ambik sebiji selang 8 jam setiap hari, sehingga period menjadi teratur.
- bila period dah teratur, guna cara (1).

Selepas hari ke-14, boleh buat urine pregnency test(upt). Klu +ve, stop makan. Klu -ve, smbg mkn pada next period.

NOTA PENTING:
  • Bila anda dah berjaya pregnant, STOP makan GLA dan juga Alfalfa  

So apa tunggu lagi...jom dapatkan GLA Complex dengan harga yang padan dengan bajet anda dengan saya. Konsultansi dengan saya adalah PERCUMA.


pstttt: kalau anda ada bajet lebih, apa kata anda cuba set lengkap kesuburan shaklee yang terdiri daripada zinc, vitamin e, b compleks, gla  dan vitamin c????lebih berkesan,insyaallah:)

set lengkap untuk hamil suami dan isteri

Berminat?
emel saya :  mrsnawuza@gmail.com
ID Shaklee :890731

LIKE Mrsnawuza Bakery on facebook :)

https://www.facebook.com/bakebymrsnawuza?ref=hl

 assalamualaikum korangggg:)


please support and LIKE Mrsnawuza Bakery on facebook :)


thankssss korangg :)

resepi sambal telur pecah yang sedap dan senang! resepi tanpa bawang:)

assalamualaikumm..
hari ni nak share resepi sambal telur pecah yang sedap dan senang! 
masuk hari ni...dah 3 kali masak ni dalam masa seminggu.huhu. 
zaheen pon suka lauk ni okay!:)






bahan2:

4-5 biji lada merah/hijau
belacan saiz ibu jari-nak lebih pon xpe
2 biji telur



cara2:

blend lada n belacan. pastu panaskan minyak.masukkan dalam kuali..kacau sampai pecah minyak....kemudian masukkan telur sebiji..kacau telur sampai pecah..kemudian pecahkan sebiji lagi telur..kacau sampai pecah...perasakan dgn garam dan gula.kacau sampai masak..:) sedap dimakan bersama nasi panas:)

Friday, November 1, 2013

resepi kek batik paling senang! hanya guna 3 bahan sahaja!






assalamualaikum:)

hari ni nak share resepi kek batik yang super senang dan super sedap. 
kenapa super senang?
sebab hanya gunakan 3 bahan sahaja ok!
i like resepi yang senang2 tapi sedap ni.hehe



so resepinya:

500g cooking chocolate - aku guna milk chocolate compoundjenama beryl's
350ml whipping cream - aku guna jenama anchor
1 - 2 peket biskut marie chocolate or biasa (ikut suka byk mana...macam aku..aku suka biskut banyak..so guna 2 peket)


cara2:

potong coklat bentuk kiub kecil.pastu panaskan whipping cream dalam periuk...sampai berbuih sikit. tutup api. pastu masukkan coklat tadi. kacau sampai coklat cair sepenuhnya.pastu masukkan biskut marie. gaul rata.masukkan dlm loyang or bekas...sejukkan dalam peti sejuk:)

kalau nak lagi sedap...topping kan dgn coklat nutella dan tabur serbuk koko bagi efek lebih sedap.hehe.slamat mencuba!