iklan

Saturday, May 26, 2012

just let them be:)

kelakar...

just let them be;)





p/s: funny..LOL

Friday, May 25, 2012

fb status



 My status on FB this morning.

  I don't think i should explain everything to others. Wasting my time la layan orang macam tu.

Monday, May 21, 2012

second baby is on the way...:)

Alhamdulillah..:)
im pregnant, for the second time;P
unplanned actually..accident maybe:P huhu
actually aku tak sedar pun aku dah pregnant about 7 weeks..
dan tak sedar pon bulan april tak period.maybe busy sangat ngan keje.
 cuma wondering kenapalah period aku ni lambat sangat kali ni..
dapat tau pon baru last week,pagi hari guru.(16 Mei 2012)
buat Pregnancy test pagi2 dan ternyata....double line:p
patut la berat aku makin naik...
patut la aku asyik lapar...
patut la aku letih,penat,tak larat je lately ni..
dan patut la perutku makin membuncit:P hehe





so,for second pregnancy ni...untuk 1st trimester kali ni..


a) badan tak larat sangat. mudah penat. buat keje sikit dah penat gile2. tidur malam pon awal sebab badan lemah dan tak larat. kesian kat suami kena uruskan zaheen n etc. tapi nasib baik makin ok :)

b) pastu aku mudah lapar.sangat lapar. pastu makan lambat sikit dah pening gile-gile sebab aku ade gastrik,tu yang tak boleh lewat makan padahal baru je makan. lagi menambahkan kelaparanku adalah,aku masih breastfeed zaheen. lepas je zaheen susu,aku lapar dan haus sangat. kena terus makan,nanti gastrik lagi susah dan sakit:(

c) setakat ni, aku suka makan asam:) lepas makan,tak rasa mual or pening2 sangat. oklah,kalau tak,asyik mual,pening,letih. pastu makan pon cam tak berselera lagi2 yang berminyak dan berlemak. makan memilih tapi wajib kena makan sebab nanti gastrik:P 

d) berat naik ...banyak:P dah 51kg sekarang. wahlauweiii...padahal baru 7weeks je kot? risau gak ni.mintak2 berat tak naik banyak sangat macam 1st pregnancy ,sampai 20kg naik. mana taknye ,pregnant kali ni asyik lapar je,tu yang berat naik banyak kott.  pastu perut pon cepat je dah nampak. masa 1st pregnancy dulu,perut lambat sikit nampak. mungkin sebab lemak2 dah banyak kot kat perut ni:P haha..

e)takde hati langsung nak buat kek or nak membaking. malass. tak macam masa ngandungkan zaheen dulu ,asyik membaking dan makan kek je. lagi2 cheesecake. mana tak berat naik sampai 20kg. lagipon oven rosak.so lagilah takde mood nak membaking.:P




so,doakan saya untuk kandungan kedua ini:) semoga semuanya selamat.insyaallah:)
 due date insyaallah awal januari:) oklah,itu sahaja,assalamualaikum:)

Friday, May 18, 2012

tips penjagaan luka episiotomi /jahitan selepas bersalin

assalamualaikum.
actually, tujuan aku buat entry ni khas untuk sepupuku,shikeen yang baru selamat melahirkan baby nya ahad lepas (sempena hari ibu tu). congrats babe!:)

baby hannah. berat 3.3kg.normal delivery.9.39am.


lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P




so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha




1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

8.Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

credits:portalalamhamil



1. Jagaan perineum (kemaluan):
  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:
  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  • - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  • - Cantuman luka : elok atau terbuka
  • - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  • - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.



ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan, marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :( so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2 nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2 ngan hubby:P hehe. 

ooklah...baiiiii:)


[UPDATE 5/6/13] : NAK LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH? BACA SINI

Thursday, May 10, 2012

normal ke jika anak sering tidur lewat?

sejak kebelakangan ini, zaheen (umur: 1 tahun 7 bulan )susah sangat nak tidur awal. die sibuk nak main2 n tengok tv sampai la pukul 12 tengah malam camtu. tak larat rasa kalau setiap malam camtu. yelar, aku ni kan cikgu. kena bangun awal.sebab kena  gerak pergi sekolah sebelum pukul 7 pagi. last2, aku n hubby selalu tak cukup tidur sebab layankan zaheen yang tak nak tidur. tak tau dah nak buat camna supaya die senang tidur cepat. risau pon ada. takut menganggu perkembangan die. sebab siang pon die bukannya banyak tidur sangat pon. banyak main, ajak berborak. kadang-kadang, kalau die tidur awl sebab dah penat sangat, nanti pukul 2-3 pagi dia akan terjaga ,ajak main sampai lah pukul 5 pagi camtu. ish ish ish. time ibu abah die lena lak tu. nak tak nak terpaksa lah abah die temankan sampai ke pagi:P  anak - anak korang camne? tidur awal tak?camne nak ajar die tidur awal?bg tips plzzz...


ada cari tips gak kat google.jumpa ni..


Tips bagi orang tua:

  • Latih anak Anda agar mengerti bahwa malam hari adalah waktu untuk tidur, dan siang hari adalah waktu untuk bangun. Salah satu caranya adalah dengan mengajaknya bermain hanya di siang hari saja, tidak di malam hari.
  • Latih bayi Anda agar mengetahui bahwa tempat tidur adalah tempatnya untuk tidur. Letakkan si kecil di tempat tidur saat ia sudah mengantuk, hindari membiarkannya tidur dalam gendongan Anda atau di ruangan lain.
  • Lampu utama sebaiknya dimatikan, dan nyalakanlah lampu tidur yang redup.
  • Ketika ia terbangun ajari anak untuk tidur kembali. Jangan nyalakan lampu! Tenangkan dengan kata-kata lembut. Selanjutnya tinggalkan ia sendiri untuk kembali tidur. Jika menangis lagi, biarkan dulu 5 menit baru tenangkan lagi. Berikutnya jika kembali menangis tunggu 10 menit. Dan seterusnya hingga 15 menit. Malam berikutnya tambah waktu tunggu 5 menit, yaitu 10 menit, 15 dan 20 menit. Biasanya seorang anak memerlukan waktu hingga 2-3 malam. Jika gagal, hentikan dulu prosedur ini, dan coba lagi setelah 1 bulan (cara ini diperkenalkan oleh Richard Ferber, Boston's Children hospital.)
dah try dah,tapi tak berkesan jugakkk.. btw, zaheen masih tidur ngan kami atas katil yang sama. belum ajar die tidur bilik sendiri lagi sorang2 sebab kesian lak kat die,kecik lagi kan...ok, plz share kalau korang pon ada masalah anak tidur lewat ye...


Wednesday, May 9, 2012

wordless wednesday #19: rambut zaheen dah banyak sikit. dah boleh buat tocang :P

Wednesday, May 2, 2012

wordless wednesday #18: antara aktivitiku di hari pekerja




Tuesday, May 1, 2012

diamond water filter dan diamond master filter (indoor dan outdoor water filter) pilihan kami :)

Alhamdulillah...setelah hampir 3 tahun aku duduk kat pasir gudang ni, akhirnya aku dapat beli penapis air untuk rumah. thanks to duit tunggakan gaji   :P haha. 




Pada pendapat aku, penapis air kini menjadi satu keperluan. penting tuuu minum air bersih. penting untuk kesihatan kita. lagi-lagi untuk buat susu baby dan makanan baby. kesian baby kalau minum air yang tak bersih. terutama kawasan pasir gudang ni, memang air die kotor. member aku cakap, masa die baru  pindah pasir gudang,  seminggu je guna water filter, bahagian penapis dlm water filter tu dah tukar warna hitam. menunjukkan betapa kotornya air di pasir gudang ni. dengar cerita dia, aku dah jadi takut dan risau dengan air yang aku minum selama ni tak bertapis. sejak dari tu, aku suruh suami aku beli air tapis kat mesin penapis air dr sukida yang berdekatan rumah aku. tapi leceh la.setiap kali air habis, nak kena pegi ambil air balik kat mesin tu. jadi, aku nekadkan diri, kena beli jugak Water Filter secepat mungkin.




Aku pilih diamond water filter setelah aku survey-survey dengan water filter yang lain. ape yang aku suka dengan diamond, dia siap sekali dengan service plan. dan yang paling penting, HALAL. aku google2, ramai yang puji dan memberikan komen yang positif pasal diamond. lagipon sekarang diamond ade buat promotion, diamond master filter + diamond classic home spring water plan hanya rm49 satu bulan.

boleh baca lebih lanjut promotion diamond dengan baca banner di bawah..



so,aku ambil promotion ni. kena bayar pendahuluan rm1428. banyak gak tu. tapi takpelah, untuk kesihatann:)  ape yng termasuk dalam rm1428 tu?
1)master filter rm699 + installation rm 180 = rm879
2)indoor filter rm499 + installation rm50 = rm549
yang master filter(harga promosi) tu kena bayar habis. yang ansuran adalah yang indoor filter tu. ansuran adalah sebanyak rm49 selama 3 tahun.ansuran tu takde interest tau. 0% interest. so rm49 x 36 bulan=rm1764. total indoor dan outdoor diamond waterfilter adalah rm3192. berbaloi kott. sebab sekali ngan outdoor filter. air mandi pon air diamond you:P



ni masa uncle tu nak pasang master filter. pasangg outdoor susah sikit berbanding indoor filter.
kena sambung ngan pili air..


 
ni dah siap pasang. siap balut ngan kanvas.

ni indoor filter lak.
muat-muat je kat situ. nasib baik muat. kalau takk,taktau nak letak mane:P
 

siap ada jam. tgk water filter i,masih berbalut lagi:P
   lepas dah siap pasang semua, dia bagi ni..


 



buku manual cara bersihkan water filter. pastu ada buku pasal kelebihan air diamond...
antara kelebihannya adalah..



 .
.

.

 
 haha.lepas ni aku akan kurus+slim dgn minum air diamond:P


pastu petang yang sama jugak pn wawa wahab datang bersama encik acopnya..
thanks visit kitorang wawa:) tak puas borak aritu kann:)
sempat snap pic ni jekk...





oklah,tu je untuk hari ni. terajin pulak nak taip panjang2. ;p 
esok keje. baiii:D