iklan

Friday, November 23, 2012

resepi piza guna roti gardenia sahaja :) mudah,cepat dan sedap! :)



gambar atas: sebelum dibakar. gambar bawah: selepas dibakar




 hari ni nak share satu resepi pizza yang super simple tapi sedap;)

resepi piza guna roti gradenia sahaja. sesuai untuk sarapan dan minum petang. dan sesuai juga untuk budak2 dan mak dan bapak budak ;) aku selalu buat pizza ni. selalu bekalkan untuk zaheen. pengasuh zaheen n anak2 pengasuh pon suke. dan siap request resepi dan cara buat ok:P


ok,ni resepinya...:
ada 2 resepi.satu perisa sosej.satu lagi perisa Tuna

piza sosej
roti gardenia secukupnya
sos spagethi KIMBALL (aku suka guna yang perisa bawang putih&selasih)
 sosej- rebus dulu/pnaskan dlm microwave(potong kecil2)
mix vege(rebus dulu/panaskan dalam microwave)
sos cili*
mayonis*(*tips:letak dlm plastik kecil,pastu gunting bucu.senang nak paipkan atas piza)
cheese(guna slice cheese atau mozarella)


cara buat:

1. susun roti gardenia dalam loyang 
2. sapukan sos spagetthi kimball atas roti.
3. susun sosej atas roti tadi.pastu  taburkan mix vege.
4. paipkan sos cili atas sosej & mix vege tadi.pastu paipkan mayonis lak. buat bentuk melingkar atau menyerong atau sesuka hati korang lah nak buat corak ape.hehe
5. last sekali,letakkan cheese secukupnya. 
6. bakar pada suhu 180 degree celcius selama 10-15min. (bergantung kepada oven korang).-agak2 cheee dah melting dan roti pon cam keperangan sket dan boleh angkat lah tu.
sedap dimakan panas-panas :)




piza tuna
roti gardenia secukupnya
sos spagethi KIMBALL (aku suka guna yang perisa bawang putih&selasih)
tuna dlm tin( beli yang dah siap dengan mayonis)
nenas dalam tin(potong nipis)
cheese(guna slice cheese atau mozarella)



cara buat:

1. susun roti gardenia dalam loyang 
2. sapukan sos spagetthi kimball atas roti.
3. kemudian, sapukan tuna.
4. taburkan hirisan nenas
5. last sekali,letakkan cheese secukupnya. 
6. bakar pada suhu 180 degree celcius selama 10-15min. (bergantung kepada oven korang).-agak2 cheee dah melting dan roti pon cam keperangan sket dan boleh angkat lah tu.
sedap dimakan panas-panas :)

piza sosej+daging kisar

piza tuna sebelum dibakar

antara bahan yg digunakan.

ni guna cheddar cheese. xberapa sesuai guna cheddar cheese. cheese die tak berapa nak mencair.



senang kan??dah2, gi try buat sane;) gerenti anak2 korang suke;)

6 comments:

Rinah said...

memang mudah.. mesti cuba bila bahan2 cukup.. hehehe

nadia farahida said...

lajuuu sangatt nak komen entry makanan tadi sampai terlupa nak follow. ;p soriiii

Unknown said...

Mudah nak buat dan anak2 gerenti suka

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sosej n mix vege kalau x rebus dlu boleh x?

Unknown said...

assalamualaikum saudara nama saya hasif adakah anda ingin menjana
pendapatan dirumah dgn bisnes bun
pau pizza menggunakan resepi hotel paling sedap dan ditunjukkan melalui
video step by step inilah emailnya
http://rahsiabun.ashadee.com/go/hazim1993/