iklan

Friday, August 16, 2013

cara buat homemade playdough yang senang dan selamat digunakan! [resepi homemade playdough]

assalamualaikum..
hari ni nak share satu resepi buat playdough homemade yang selamat untuk anak-anak :)

actually dapat resepi dari blog tateh playgroup
thanks for sharing the tips and the recipe:)

'Playdough play" adalah sangat-sangat baik untuk perkembangan fine motor skill kanak-kanak.
Bermain dengan dough ini boleh bermula seawal kanak-kanak berusia setahun. 
Aktiviti menggolek,mengepal dan menekan dough dengan kuat *atau perlahan* merangsang motor-motor halus mereka bekerja.
Dan kerana usia kanak-kanak yang masih kecil,penyediaan dough yang selamat harus di utamakan!
-tatehplaygroup 

gambar tanahliat yg dah siap dari tatehplaygroup-colourful-




ni resepinya:

Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan

Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
ohhh,ia mengambil masa yang pendek untuk menjadi kenyal 
dan gaulan itu harus dengan tekun dan sabar *wink*
d] masukkan pewarna makanan,
e] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.
dan..taraaaa,ia nya sempurna untuk di mainkan!




**aku buat untuk satu colour=satu adunan. so takde lah lama sangat nak tunggu die kenyal. kalau buat banyak2 memang lama nak tunggu die kenyal.


ni pulak hasil yang aku buat...tp dapat buat 2 colour je. baru nak buat lagi satu..ziyad dah menangis nak susu:P



oklah tu 2 colour.next time kalau sepat buat colour lain lagi.hehe.


ni masa zaheen tolong ibu gaul adunan td.hehe.

td pas siap zaheen trs teruja nk buat bentuk m mickeymouse la.bird la.dinosor ls.huhu.ok ok slmt mencuba;) 

Wednesday, August 14, 2013

raya 2013

assalamualaikum
hari ni dah raya ke-7 baru sempat nak update blog
selamat hari raya semua:)
maaf zahir batin ya;)
jemput datang rumah ;) hehe


raya tahun ni adalah giliran sebelah suami ;)
tapi macam biasa...kami., the BASIRAN's akan bergambar sakan photoshoot pre-raya kalau raya pertama tak cukup korum:P hehe


gambar satu family.tema thn ni : kelabu. tahun ni ade tambah satu anggota keluarga baru..welcome to the basiran's, Dila ;) dan anak aku pon dah bertambah 2 org raya thn ni.heee;)


kami anak beranak:) 

perasan macam baru kawen:P
dan pic kt bawah ni pulak adalah pic sebenar pada hari raya pertama tahun ni.
tak banyak pic pun ...sebab sebelah suami adat bersalam2 minta maaf dan bergambar adalah sebelum sembahyang raya. so sebelum pukul 9.00 pagi dah selesai dah salam2 dan bergambar.zaheen tak bangun lagi time ni:P


anak2 buah yang semuanya lebih besar dan tinggi dariku.haha

oklah itu sahaja nak update.
selamat hari raya aidilfitri kepada semua:)



Thursday, August 1, 2013

perkembangan ziyad 4, 5 dan 6 bulan

assalamualaikum
quick update today
update secara pukal terus:P
busy sepanjang bulan  ramadhan. oh ya, happy ramadhan u'olls:P dah nak habis bulan ramadhan baru nak wish kat belog ek?haha


alhamdulillah, ramadhan thn ni aku start balik bisnes biskut raya setelah sekian lama stop bisnes kuih raya sejak dah kawen. dan sambutan menggalakkan sampai kena tutup order awal padahal takde promote sgt pon kot.. tp alhamdulillah:) dan hari ni baru siap semua cookies yg org tempah. pheww,lega. :) cookies sendiri dan untuk bagi families je belum buat lagi. next week lah.nahu rehat kejap. 


ok,nak cerita pasal perkembangan ziyad actually. saja buat kenangan sendiri:) alhamdulillah ziyad membesar dgn sihat dan die sangat cepat belajar:) umur 4 bulan ziyad meniarap. 5 bulan, die dah pandai pusing2 sana sini pastu mengundur2. pastu 6 bulan...die dah maju ke depan..nak merangkak.gigi pulak dah tumbuh 2 batang bahagian bawah:) pastu die pon macam nak belajar duduk lak. so fast. alhamdulillah :) tapi berat die je naik sikit je.maybe sebab die aktif kot. dari 5 bln ke 6 bln...naik 100g je ok .padahal dah start makan dah. n ziyad pon dah start susu formula umur 6 bln:( sbb stok susu EBM dah habis. salah aku jugak..lambat buat stok.masa dlm pantang tak berapa rajin nak mengepam sebab guna yang manual punya.sakit n penat n leceh.dah start keje baru beli yg elektrik punya,spectra 3. tapi aku masih pam lagi sampai skang cuma dah tak cyukup la utk hntr ke pengasuh.kalau ngan aku,...just direct feeding je.takde guna susu formula.



oklah.nak wat keje sekolah. bai assalamualaikum:)