iklan

Thursday, July 25, 2019

Resepi Cornflakes Crunchy Cookies yang dijamin sedap

InsyaAllah dijamin sedap sebab ramai yang bagitau sedap gile:P hehe
.
.



TENGOK PUN DAH SEDAP KAN?hihi
.
.
nyum nyum
.
.

Rajin juga saya menaip bulan ni kan? haha..sebenarnya mood blogging dah MARI :P 
tengah tanamkan NIAT supaya menaip kat blog share apa yang patut sekurang-kurangnya seminggu sekali :)
.
.
so hari ni..atau pun lebih tepat..malam ini..saya nak share resepi Cornflakes Crunchy Cookies .
ni cookies terbaru dalam List cookies yang saya jual. Alhamdulillah mndapat sambutan yang menggalakkan:)

.
Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes (ramas kasar)
200gram butter
3/4 cawan gula kastor (boleh kurangkan sikit kalau tak nak manis)
1 biji kuning telur


cara buat:

1. pukul butter dan gula hingga sebati. (jangan telalu kembang atau overbeat ya..nanti cookies akan terlalu mengembang masa dibakar)
2. Masukkan campuran tepung dan baking powder serta cornflakes , gaul sebati. do not overbeat.
3. Panaskan oven 180 degree (dalam 10minit)
4. sementara tunggu oven panas, acukan adunan tadi guna sudu / ice cream scoop saiz kecil(supaya saiz sekata je semua). susun dalam loyang.(loyang tak perlu sapu marjerin/alas dgn kertas minyak pun takpe).
5. Bakar suhu 180 degree celcius selama 12-15 minit. bergantung kepada oven masing-masing.
6. Siap.




Nota kaki: cookies ni agak rapuh ye! Cookies ni juga rangup KRUP KRAP KRUP KRAP. Dan kalau malas nak buat dan nak order dengan saya je pun boleh;))) RM20 sebalang. hehe. meh like instagram Zaheensbakery atau like fb page Zaheensbakery. atau whatsapp www.wasap.my/60137812223


SELAMAT MENCUBA!