iklan

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

alhamdulillah , akhirnya potty training Ziyad berjaya pada hari ke 6 :)

Good Job Son!



hehe,..

actually, proses potty training memang perlukan kesabaran yang TINGGI dari ibu dan bapa .
pada awalnya memang kena banyak bersabarlah kalau die terkencing or terberak ke kan...
kena la rajin mengelap dan mengemop pada awalnya..
tapi lama2 ianya mendatangkan hasil:)
hasilnya, dapat jimat duit tak payah beli pampers lagi.huhu



ada yang bertanya tips macam mana saya ajar ziyad potty training...
actually,banyak juga refer encik google, tengok pengalaman mommies lain cara mereka ajar anak potty training. ada yang dah bermula potty training seawal anak mereka berumur 1tahun ++ dan masih belum pandai cakap lagi. wahhhh gigih dan hebat betul mereka. sy pula bermula umur 3tahun untuk Zaheen dan ziyad pula masa umur die 3tahun 5 bulan. kira lambat jugak la ni sebenarnya ajar ziyad potty training.huhu



antara tips saya ajar anak sy potty training :

1. sy guna REWARD SYSTEM.  sy akan bagi die STAR jika die berjaya kencing or berak di toilet. dan sy bagitahu die...kalau dapat star banyak2, saya akan bagi die hadiah sebagai reward. dan memang sy tunaikan janji itu. sebaik sahaja proses potty training ziyad berjaya, sy belikan die mainan SUPER WINGS yang diminta :)

2. saya juga akan bagi pujian kalao die berjaya kencing or berak dalam toilet. Contoh ayat " Pandai Ziyad kencing dalam toilet." . selain itu, sy juga akan peluk dan cium die jika dia berjaya kencing n berak dalam toilet. Tunjukkan kita happy sangat tengok die berjaya kencing/berak dlm toilet. nak tepuk tangan pon boleh :P huhu

3. lepas tu sy belikan die spender bergambar kartun yang dia suka. happy ziyad dapat spender Captain America, Spiderman, Gambar boat dan sebagainya,huhu

4. selalu ingatkan die dah besar, kencing n yak dalam toilet. bukan dalam pempes. sentiasa ingatkan dia kalau nak kencing n berak pergi toilet.

5. masa hari awal2 ajar potty training memang agak penat sbb kene bawa ke toilet setiap sejam untuk suruh die kencing. tunggu die kencing.

6.kalau die nak berak, sy ajar die guna toilet bowl. kalau toilet bowl tinggi, sy letak bangku kecil kat kai die dan bgtau die kalau dah siap yak bgtau. alhamdulillah, masa potty training ziyad, die tak pernah terberak dalam seluar, just ade terkencing je dlm tempoh potty training tu.

7. seblum nak tidur, tak kira la tdo siang or malam, memang wajib bw die pergi kencing dlu..n bangun tdo terus ajak pergi kencing. tp malam mmg sy masih pakaikan die pempes lagi wpun dah kencing sblum tidur sebagai langkah berjaga2. maklum la...masih awal lagi..takut terkencing juga. setakat ni hanya sekali dua je terkencing dlm pempes masa tdo malam. smpai skang pakaikan, tp pempes bersih, xde air kencing bila pagi.

8.kalau boleh kena buat masa hari kita cuti...buat berterusan n konsisten, insyaallah berjaya:) alhamdulillah , 5 hari sy buat secara konsisten, masuk hari ke 6, dia dah boleh rasa bile nk kencing or yak,so die sendiri bgtau kita die nak cing n yak n die yang ajak kite gi toilet...


hehe..
itu je kot tips nya,
harap dapat membantu mommies semua :)


Saturday, June 4, 2016

day 5 :potty training Ziyad

assalamualaikum..


hari nak share pasal potty training ziyad..


memandangkan baby dah nak keluar n aku lak tengah cuti sekolah panjang , so aku gigihkan diri potty training ziyad padahal tengah sarat macam xlarat gak.
actually agak lambat gak start potty training budak rongak bernama Ziyad ni. 
dah umur 3 tahun 5 bulan baru start potty training ..huhu.. 



so hari ni dah hari ke 5.
aku rasa, potty training anak perempuan lebih mudah berbanding anak lelaki kot.huhu
sebab hari ke 5 ziyad masih ade terbabas terkencing dlm seluar T_T
tapi ade kemajuan gak la.
tapi malam sblm nak tidur still kena pakaikan pempes takut terkencing kan. i is tak larat nak basuh tilam tebal tetiap ari kalau terkencing atas tilam.haha



cara aku..sama je macam tips potty training yg aku baca..




hari pertama: ajak ke toilet setiap sejam. tumggu die kencing. sentiasa pesan kat die kencing dalam toilet. ziyad dah besar tak payah pakai pempes, pakai spender je. bile die kencing dlm toilet, aku tepuk tangan puji die, n bagi STAR dan suruh die tampal kat kertas reward die. so far nmpak die happy dapat STAR lepas kencing dlm toilet. hari pertama xde berak.


hari kedua:  hari kedua, ade berak. aku ade nampak die meneran kat tempat mainan die masa tu, terus aku angkat die masuk toilet, ajar duduk kat toilet bowl tu, so die pon yak kat situ dgn jaya nya. siap bangga tunjuk ade taik die dalam toilet.haha. 


hari ketiga: aku siap ajak husband beli spender baru untuk ziyad sbb nak bg semangat kat die pakai spender. spender yg ade 3 helai je mana cukup.haha. so mlm tu gigih cari spender anak kat JUSCO. terus beli 6 helai.haha.


hari keempat: semakin pandai nak berak. so far, berak xde masalah, xpernah terlepas lg berak bersepah. tp die akan suruh aku keluar dr toilet masa die tgh yak.haha.so dh siap die panggil untuk cuci,haha.

hari kelima: which is hari ini....masih lagi terlepas terkencing dlm seluar masa tgh main dpn tv. hhaha...sabo jek la... mmg kene banyak sabo potty training anak. so saboooo aje la..huhu..


so far aku nampak ade perubahan:
1.dah pandai nak yak kat toilet (xpernah terlepas berak bersepah lagi setakat ni)
2. jimat pempes. mlm je guna.
3.kadang2 kalau die ingat, die bgtau die nak cing dalam toilet.  time xingat....or die lupe,...nasib la.haha.memang keje mengelap mengemop je la satu hari 2kali :P


ok la kan. better  late than never kan?haha..
so far, masih belum berjaya 'free diaper' sepenuhnya la. tapi at least ade perubahan positif.
takpe, pelan2 kayuh. u can do it son :)
chaiyokkkk.


belanja satu gambar ziyad yang terkini, which is gambar hari ni :)
budak manja....
pandai bodek ibu..hehe
semoga jadi anak yang soleh :)
ibu sayang kamu :)


Monday, July 7, 2014

tips letak edible image atas kek



assalamualaikum
hari ni nak share tips letak edible image atas kek...
nampak macam senang nak letak edible imej kat atas kek...tp kalau xkena gaya nya...edible mudah koyak..dan sebagainya...
** sebelum tu..pastikan topping kek(buttercream/ganache choc dah all set sebelum nk letak edible image (dah sejukkan dalam peti sejuk dahulu..sampai topping dah kaku skit)..
*** pastikan juga permukaan kek adalah rata.
tips nya:
1.masukkan edible image tu dlm peti sejuk(bahagian freezer) sebelum nak deco ...
2.biar die keras jap..(dalam 10minit)..supaya senang nak keluarkan/tarik dari lapik plastik..
3.pastu..sebelum nak letak edible image atas kek..percik sikit air(SIKIT SHJ OK) kat atas kek bahagian nak lekatkan edible image tu,,bagi tujuan lekatkan edible imej atas kek..jgn percik byk sgt air..nnt warna pada edible imej luntur...
4.pastu letakkan edible imej atas kek...adjust perlahan2 kedudukan edible imej (jika tak tidak betul2 tengah kedudukannya) masa edible imej dah lekat pada kek..
good luck! sekian!:)

Tuesday, February 19, 2013

alat bantu mandikan bayi

Assalamualaikum...
hari ni aku nak share tips pada mommy to be yang nak mandikan baby sendiri tapi takut-takut sebab newborn baby kan masih fragile kan.. so dont worry ,sekarang kan dah moden..ada je macam-macam alat untuk bantu korang mandikan baby sendiri dengan mudah.yang penting kena ada ongkosnya untuk beli itu barang:P hehe. 




so,korang boleh guna newborn fold away baby bath tub. ada jual kat onebabyworld. 
ni lah rupa die...
.
.
.

newborn fold away baby bath tub
tengah ada promotion tu, rm 59 je.dulu masa aku tengok harga die rm99.*tiba-tibe jadik promoter pulakk:P*




 btw, aku tak beli or guna yang ni...macam tergoda gak nak beli tapi macam membazir pulak sebab aku dah beli bath tub baby yang biasa tu je masa anak pertama.so, aku guna anti slip mat dan baby bath support untuk memudahkan aku mandikan anak aku yang masih newborn iteww.


anti slip mat

T-shape baby bath support. ni aku beli jenama babylove.ada jual kat onebabyworld gak.

 ni gambar bila dah siap pasang anti slip mat dan T-shape baby bath support pada bath tub
nampak pemegang shower itu? itu adalah sebab aku isi air dalam bath tub guna water heater dan lepas mandikan baby boleh terus bilas badan baby guna air water heater je. 
air terus dari water heater

sorry,takde gambar aku mandikan ziyad guna kaedah ni.tak sempat aku nk snap pic masa tengah mandikan ziyad sorang-sorang. tips guna t-shape baby support ni...pastikan air dlm tub diisi melepasi bahagian jaring bawah.so nanti senang nak mandikan bahagian belakang badan baby. pastu kalau air penuh melepasi jaring baby bath support tu..baby mandi pon rasa macam terbuai2 je. rasa macam berenang atas buaian kot:P hehe. ziyad suke:D sebab aku pernah letak air tak penuh sangat...nak bersihkan bahagian belakang susah.n baby pon kurang suka sebab tak berendam dlm air kot. pastu pastikan baby support tu dipasang ketat.tarik sampai ketat supaya nanti masa mandi tak tercabut lak baby support tu. so far, penggunaan anti slip mat dan t-shape baby bath support tu memang membantu aku la utk mandikan baby sendiri lagi2 aku ni berpantang sendiri... so , semua kena buat sendiri :)





oklah..last but not least...


ziyad @ 1 month

ziyad dah sebulan okeh:)
berat pun dah naik...dari 3.9kg ke 5.2kg..alhamdulillah :)



zaheen and her tantrum..


zaheen pulak dah 2 thn 4 bln :)
kejap je:)

oklah,ziyad dah bgn.baiii

Sunday, December 23, 2012

keyboard shortcuts

 interesting ni. aku CnP untuk rujukn aku jugak:)



Lebih dari 100 "Shorcuts" dari Keybord komputer anda

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
...... 3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)
 


Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:

1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)


Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts

1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)


Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )


----------------------------------------------
credits:: https://twitter.com/layarminda

Monday, December 17, 2012

kos pasang tv panel/tv console/tv kabinet pasang siap/built in tv cabinet

Assalamualaikum...

dah lama rasanya tak cakap pasal rumah kan...
ntah.xde mood. tapi ramai gak yang tanya pasang tv panel yang aku tempah untuk rumah aku tu.
Meh-meh,hari ini aku ada mood nak share pasal tv kabinet/tv panel/tv console/built in tv cabinet tu.
pic living room rumah aku yang the latest. nampak tv panel yang simple itu?:P  itu tanpa pasang lampu pada tv panel sbb nak jimat letrik.haha


kenapa aku berminat sangat nak pasang tv panel tu ?
sebab utama ialah...aku tak suke nampak wayar-wayar yang berselirat kat sekeliling kabinet tv. risau kalau zaheen main usik2 kat wayar2 tu.pastu aku nak jimatkan ruang dan nampak kemas je kat bahagian tv tu tanpa ada sebarang wayar-wayar yg bersepah2 kat situ.ok,boleh diterima tak alasan tu?:P puas aku merengek kat hubby tau nak buat tv panel tu:P oops.haha.





ok. kepada yang bertanya harga,berapa kaki,material ape...meh aku jawab harini.penat i nak jawab emel satu2 tau.:P hehe
1)saiz/panjang/berapa kaki? :-
Tv panel rumah aku ni saiz die aku buat pendek je...5 kaki. sebab tv aku saiz kecik je, 32 inci..so sesuailah buat panjang 5 kaki je.tapi kalau tv ko besar,kenalah buat panjang 6-8kaki ye. Tapi tinggi tv panel ni aku request penuh dari lantai sampai ke siling.(sebab ade tv kabinet yg jenis separuh je kan,ikut taste masing2 :P).

2)Material yang digunakan:-
Atas nasihat kontraktor tu,aku pilih material dari jenis kayu FORMICA SOLID. warna pilihan aku ialah coklat gelap dan putih. sebab aku nak padankan dengan sofa rumah aku. pastu material kayu yang aku pilih tu cam ada corak2 bulat-bulat ala-ala 3D sikit. die kata design terbaru,aku pon ikut je lah cadagan die.rambang mata dah sebenarnya nak pilih design ape.hihi.

ok,nampak corak bulat2 tu?:P


3) Design Tv Panel:-
design ni ....ikut citarasa dan BAJET korang lah. Macam aku, bajet aku ciputt je. so aku pilih design yang simple je. yang penting wayar2 tv,astro n etc dapat disorokkan.haha.laci pulak kitorang pilih jenis slide dan tak sepenuhnya ditutup dengan kayu sebab nak control tv senang.so,die cadangkan laci tu pasang kaca gelap(mintak yang tebal tau,jgn yng nipis.bahaya untuk kanak2 kalau jenis nipis dan murah punya) supaya mudah nak control tv :P

pandangan dari jauh

pasang lampu T5 disebalik tv panel. wiring untuk lampu die dah sediakan. cume beli lampu dan pasang lampu kena upah org lain pasangkan.

pandangan dari dekat. saje aku biarkan kosong je atas kabinet tv tu. takde bunga ke frame ke sebab takot zaheen usik n main2. so untuk langkah keselamatan ,takyah letak ape2 kat atas tu:P

 
pasang kaca pada laci untuk mudah control tv. pintu pulak jenis slide untuk jimat ruang.
 4.HARGA / KOS :-
so, harga atau kos untuk design dan material yang aku pilih ni adalah...RM 2000. mahal tak pada pendapat korang? pada aku mahal tapi berpatutan gak la.,.sebab kadang2 aku gi jalan2 survey-survey kabinet tv kat kedai perabot pon harga die mahal2 gak.(yup,aku ni ada org cakap dah macam makcik2 lak suke gi kedai perabot survey2.dah la biasanya aku gi sorang2/gi ngan zaheen pas balik sekolah. sambil survey2 tu aku suke tanya2 dan tawar2 tapi tak beli lagi pon.saje nak banding2kan harga.dah stail makcik2 -ada org cakap lah.tapi...ada aku kesah?:P) sebab kadang2 yg dah ready made kat kedai tu lebih mahal,padahal ada bahagian bawah je,takde yang lekat kat dinding sampai siling. apepon, sumenya ikut bajet masing2. kalau banyak duit, banyak lagi design cantik- cantik yang korang boleh buat untuk rumah korang:) tapi...kalo korang takde bajet gak,tapi nak buat cantik2 dan mahal-mahal....ada je kedai/kontraktor yang tawarkan bayar bulan installment/guna kredit kad, tapi aku jenis yang tak suke nak hutang2. aku lebih suka kumpul duit sikit2, dan bayar terus dari amik yg installment/gune kad kredit. *sebab aku ni bangsa yang kalau aku ada terhutang walau seposen pon kat org tu...aku akan ingat sampai bile2 dan kadang2 takleh nak tidur sebab teringat-ingat lom bayar hutang kat orang.tak tenang hati selagi tak bayar hutang.*  btw, design aku punye ni simple je,sampai baru2  ni aku cakap ngan hubby,"yang, cam dah boring pulak tengok design tv panel ni ek?".haha.maybe sebab ..rumah aku ni kosong jek,takde perhiasan frame ke ape ke kat dinding lagi buat masa ni. dinding pon tak bercat/berwallpaper lagi (amboiii.dah berangan nak pasang wallpaper pulak ke?:P sory enciik suami.i mmg kuat berangan ,u tau kan?:P) tu yg nampak dull,dan boring kot:P

nampak tak dinding rumah aku. kosong je lagi kan. dah la takde colour2 yang ceria menghiasi rumah. tu aku rasa dull je rumah aku. *maybe dah boring sebab hari2 dok rumah sejak cuti sekolah ni kan*



so, nak citer proses tempah dan pasang tv panel pulak. *perghhh,detail giler aku nak citer:P*
proses tempah, awal bulan Ogos.die dtg rumah aku ukur-ukur semua dan die janji lebih kurang 3 minggu siap.(sebab masa tu dah dekat nak raya..so makan masa 3 minggu gak la..kalau tak lagi cepat boleh siap) dan memang kontraktor cina tu menepati janji,lepas 3 minggu,die call cakap nak dtg pasang(that's why aku suke tempah dengan kontraktor cina).proses pasang tv panel ni ambil masa satu hari gak baru siap pasang.die dtg kol 12.30 tgh hari...kol 9.30 mlm baru siap semua).perghh.. lebih kurang 9 jam baru siap sume okehhh. die buat kerja memang lambat tapi hasil sangat kemas. lagipon die buat keje pasang2 tu sorang2.no wonder lambat siap.memang serius penat masa tu. dah la bulan pose. dengan berhabuknya .perghhh.sampai aku asthma n sakit dada mengerjakan rumah pas die buat kerja. yelar,banyak habuk kayu yang halus2 tu. aku ni dahla memang ade asthma. sampai 2 kali gak aku kena nebulizer bulan tu. 

mula2 pasang yg bhgn bawah n laci dulu

pastu pasang yg bahagian dinding sampai siling

yang ada kayu kecik bawah laci tu nak bagi sokongan kat laci bawah tu.nanti dah betul2 lekat dan kuat baru die cabut kayu kecik tu.


err...antara faktor org tu lambat buat adalah faktor berat badan die.tercungap-cungap die masa die pasang tv panel ni. tp hasil sangat detail dan kemas.


ok.ni antara pro dan kontra pasang tv panel,pada pendapat aku la..:

pro:
1. kemas
2. jimat ruang
3.boleh design ikut suke hati kita dengan keluasan yg diinginkan
4.boleh sorokkan segala jenis brg atas kabinet dlm laci seperti DVD player,atro decoder, cd,dvd , n etc
5.boleh gantung tv kat dinding n sorokkan wayar belakang kabinet


kontra:
1. agak mahal(tengok design yg korang pilih)
2. mudah bosan(mana lah tau korang jenis yg mudah bosan, suka alih2 perabot setiap minggu.yg panel tv ni dah xleh alih2 lagi dah.die mmg kekal kat dinding)
3.takot nnt design yg kita pilih dah ketinggalan zaman.(so..utk langkah keselamatan,pilih design yg evergreen)

tema living room: coklat gelap+putih+coklat cair.warna neutral+earth. warna selamat:P

bahagian ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan.kecik je rumah aku...

close up lagi. simple jek design ni..


oklh,tu je kot.takde idea dah.kalau ada lagi pro dan kontra die korang tambah lah ekk:P hehe.apepon, ikut bajet dan kemampuan korang.kalau tak pasang tv panel pon tetap cantik je rumah kalau korang pandai deco-deco rumah;) ni lebih kepada keinginan dari keperluan sebenarnya..kot?:P hehe. oklah.bai..assalamualaikum:)

Friday, November 23, 2012

first time kena minum air gula

assalamualaikum :)

dah lama belog ni tak berupdate kan?padahal dah cuti sekolah kan.banyak je masa terluang kan?:P
perasaan malas menguasai diri:P
haha



so harini nak update pasal my 2nd pregnancy lahh..
minggu ni my baby dah 32 weeks or dlm kiraan bulan dah 8 bulan dah:)
alhamdulillah, ibu n baby sehat sejahtera. ibu baby lagi lah...makin BAM BAM ;P terutama di bahagian perut,paha dan cik bon bon :P haha. berat pon naik banyakkkkkkkkk:P sampai satu bulan naik 3.5kg.pastu kena bebel ngan nurse.pastu kena minum air gula (sebab berat naik mendadak dalam 1 bulan). haha.padan muka. sape suruh asik buat kek dan makan kek?:P cis.


ni antara 'gula dan lemak' yang aku buat dan MAKAN selepas oven aku dah selamat dibaiki:P hehe.
dengan erti kata lain..ni lah makanan yg aku makan punca berat badan aku naik banyak sejak akhir2 ni:P
ni baru sket aku letak. padahal yg aku dah buat byk lagi dri ni.ada yg tak snap sebab buat bende yg same je. so snap pic sekali je cukupp.


apple blueberry pie

mint oreo cheesecake

durian crepe

creamy and cheesey baked penne

piza roti gardenia yang dah berpuluhkali buat:P

macaroni cheese with white sauce

puding milo oreo

brownise


muffin choc

kek coklat

carrot muffin,my fav!

snowy cheese cake

kek pisang



So, rabu lepas(21/11/12) adalah pengalaman pertama aku minum air gula atau dalam bahasa klinikalnya dipanggil ujian MGTT. masa ngandungkan zaheen dulu, tak pernah kena minum air gula pon..walaupon berat adakalanya satu bulan naik byk.maybe nurse terlepas pandang kot time tu. sebelum kena minum air gula,  aku dah google2 dah tips minum air gula,prosedur minum air gula n etc. buat preparation dulu beb. supaya bersedia mental dan fizikal. haha.

pic ehsan mr google



Appointment minum air gula adalah seawal 8pagi. sebelum tu, malam sebelumnya aku dah kena berpuasa dari jam 10mlm. (tapi kol 12 mlm, minum milo gak sebab lapar:P).masa dah kat klinik.. sampai je turn aku, kena amik darah dulu. utk cek gula dlm darah sebelum minum air gula. ala, cucuk sket je kat hujung jari. pastu baru kena minum air gula (tanpa perisa) . ok, mula2 tgk air gula tu....perghhh..banyak tuu nak kena minum dan habiskan.
lebih kurang banyak ni gak la kena habiskan. pic ehsan mr google.

then, aku teringat ade baca tips dari blogger lain..minum satu or 2 teguk terus supaya tak termuntah or susah nak habiskan air tu. so....Bismillah...alhamdulillah, 2 kali teguk, aku habiskan air tu tanpa fikirkan sangat apa rasa die. taklah teruk sangat rasa air gula tu. haha.(berlagak:P) ade akak yang sebelum aku tu..minum sket2,pastu minum ..muntah,minum..muntah..takot lak aku tgk.  lepas dah minum tu...kena rehat 2 jam,tak boleh makan minum or balik.dok rehat kat klinik je. xdibenarkan gi mana2. so aku lepak2 je lah kat sekitar klinik. 15minit lepas minum...dah start rasa pening2. dan lapar! tahan je lah...sambil bersandar kt kerusi..sambil layan FB..



lepas 2 jam..kena tunggu turn lagi untuk cek darah lepas minum air gula lak....dan...result MGTT aku adalah........
sebelum :4.5 mmo/L.
selepas: 7.8 mmo/L  !!!
 perghh...dah border dah tu. 7.9 mmo/L dah dikira ada diabetes semasa mengandung (GDM).
nasib baikkkkk!!so, nurse nasihatkan aku jaga makan.kurangkan makanan dan minuman manis. baiklah nurse, akan cuba ku usahakan :P



ni jadual kadar gula dalam darah sebelum minum air gula dan selepas minum air gula.
normal gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula adalah <7.8 mmo/L. lebih je 7.8 dah dikira ada diebetes.



ok, lepas ni aku berazam aku nak kawal berat badan aku walaupon tengah mengandung. no more baking after this :P (sekali sekala takpe kot...nnt aku gugel resepi kek yg sehat :P haha) berat sekarang pon dah 62kg. padahal baru 8 bulan. dulu masa ngandungkan zaheen...berat terakhir sebelum bersalin adalah 65kg. now,baru masuk 8 month dah 62kg. ok. saya tau saya dah gemok. -_-. berat encik suami lak 59-60kg je. ok jeles. sekian.