iklan

Showing posts with label beranak. Show all posts
Showing posts with label beranak. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

39 weeks!

39 weeks pregnant and the baby belum mau keluar lagi. he love to sleep, eat and play in my tummy:P haha. hari ni actually ada check up dengan pakar O&G di HSI..aku kena refer pakar di HSI sebab... my 38weeks check up last week...menunjukkan berat aku naik banyak dalam 20 hari.(naik 3.5kg in 20 days).lepas tu bila scan, baby is 3.9kg! terkejut okeh. tu dia(doktor klinik swasta yang biasa aku check up) refer aku ke pakar O&G di HSI. sebab ni dah kes baby besar / macrosomia baby. dah la aku ni saiz kecil /petite. so, aku kena minum air gula lagi untuk check kadar gula aku. adalah faktor gula dalam tinggi penyebab baby aku besar?? ternyata sekali tidak ok. result MGTT aku sangat baik iaitu 4.3 je berbanding yang 1st time minum air gula tu..result borderline iaitu 7.8. 





hmm...hasil check up tadi...result semuanya ok.cuma berat NAIK banyak gak lagi. naik 2 kg. so berat sekarang adalah 68kg!kalau wrestling ngn encik suami,aku ade potensi untuk menang kot:P haha.
maybe faktor check up kat klinik yang berlainan mempengaruhi ketepatan berat aku?yelar..sebab selama ni aku mmg check up kat klinik kerajaan je...start 37 weeks, aku check up kat klinik swata sebab malas nak gi klinik kerajaan.lepas tu, check up kat klinik pakar O&G HSI lak.alat penimbang lain2.maybe ada ralat :P (ayat sedapkan hati.haha) .ok,berbalik result check dengan pakar hari ni...berat baby(Estimated Fetal Weight,EFW) lebih kurang 3.6-3.8 kg. and the baby still belum engaged ok..ibu dah tak sabar dah ni.cepat lah engaged.haha.pastu doc tanya sejarah aku beranak anak pertama. sebab my first baby pun besar, 3.81kg masa lahir, sedangkan aku ni saiz kecil. die tanya ada masalah tak masa melahirkan.baby ada masalah tak lepas bersalin..kena tahan ward tak lepas bersalin ..everything's okay die kata..so, die kata aku boleh try bersalin normal gak. tapi..jika dalam masa due date aku tak bersalin gak..kena serah diri dan kena induce. or kena bedah/ c-zer jika diorang scan baby lebih besar dari 3.8kg.......hmm... doakan yang baik untuk ku ya:) hope dapat normal delivery...tapi kalau kena c-zer gak nak buat macam mana...yang penting ibu dan baby sihat dan selamat:)



apa yang berlaku pada diriku di kala 39 minggu mengandung??

-selalu berlaku false alarm. haha. ingatkan dah nak bersalin. tapi false alarm jek. 

disebabkan asyik rasa false alarm, so aku dah suruh encik suami pasang babycot siap2.senang. tapi zaheen dah rasmikan dulu.

-sangat kerap shi-shi dan poo-poo. toilet adalah teman setia di kala ini .
-masih boleh sembahyang macam biasa.tak perlu sembahyang duduk.alhamdulillah.
-mudah sakit di bahagian ari-ari/bawah perut. tapi sakit kejap-kejap jek.
-masih boleh buat kerja rumah macam biasa.mengemas(basuh,sidai baju,sapu,mop lantai bla bla bla)/masak/main kejar2 ngan zaheen/naik turun tangga-lagi banyak bergerak lagi bagus kan...:)
-selera makan MASIH kuat. haha. ni tak pernah berubah. cuma dah tak buat kek/desert since kandungan 35 weeks .kot?
-rasa muka macam makin sembab,kusam, eyebag dark circle makin ketara, kolagen makin kurang, nampak pipi cam jatuh, huwaa:(
muka tanpa sebarang make up(eh,aku ni bukan jenis pakai make up pon,juzt pelembab n bedak je pon:P) .bukti kulit mukaku semakin sembab,kurang kolagen,eyebag n dark circle makin teruk.

-perut makin membesar dan menegang sampai nampak urat darah kat perut. scary.
saiz perut at 39 weeks.

-baru try pakai cincin kawin dan tunang, dah tak muat. tersekat separuh jalan. dulu masa pregnantkan zaheen,muat je sampai dah nak beranak tu. 
-perut rasa cam dah ke bawah sangat tapi jalan masih laju dan suke berjalan-jalan .tadi lepas check up sempat dating jap:P haha
gambar dating tadi:P dating pon teringat kat anak, tu yang gi Toy r us :P



oklah, saja nak coretkan di blog sebagai kenangan:) doakan aku mudah bersalin ye :) tak sabar rasanya nak jumpa baby dalam perut ni :) . malas nak pikirkan sangat masalah2 baby besar ke ape ke.sebab fikiran kena tenang dah hujung-hujung kehamilan ni:) 



last but not least....gambar zaheen yang terbaru:) baru lepas gunting rambut depan ngan abah die semalam:P 

baru lepas kene gunting rambut. abah die boleh gelak kuat2 lepas tengok muka anak die kena gunting.haha.die kata nampak kelakar.haha.


happy face.jalan2 petang semalam:) muka ibu yang sembab dan muka anak yang comel baru lepas gunting rambut;)

beli kolam untuk zaheen. terus die punggah semua mainan die dalam pool die:P

petang smalam:) zaheen kata....nonok nyeee:P hehe



Friday, December 28, 2012

PROSES KELAHIRAN BAYI SECARA NORMAL

ok.mentang-mentang dah dekat nak bersalin..so..banyak lah info2 pasal bersalin yang aku nak share kepada korang dan juga untuk panduan & rujukan aku sendiri. entry ini adalah mengenai stage of labour untuk normal delivery (proses bersalin normal ).



peringkat atau proses bersalin terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) peringkat pertama

>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix (keluar mucus plug,cervix menipis)
>fetal heart rate
effacement of cervix

bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech

jenis2 songsang

b)Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala baby
kelahiran bayi
c)Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)

ini lah rupa uri ye..aku pon first time tengok


credits:baitijannati

Friday, December 7, 2012

35 weeks!

I'm 35 weeks pregnant already! next week dah 36 weeks or 9 month which is dah cukup bulan dan menunggu masa untuk bersalin je kan. tapi dulu masa bersalinkan zaheen, overdue 7 hari. which means aku bersalin pada 40 weeks 7 hari. hope yang second ni tak overdue lagi. dan my six sense rasa baby cam nak keluar awal. before 40 weeks. entah. my six sense lah. hope urusan bersalinku dipermudahkan Allah. InsyaAllah. sangat risau nak tinggalkan Zaheen sebenarnya. sian kat die. sape nak jaga die nanti masa aku nak bersalin. dah la aku nak hubby temankan aku bersalin. maybe hantar zaheen ke rumah babysitter die. insyaallah sempat. walaupun jauh gak sebenarnya umah babysitter ngan umah aku.



so far,preparation baby dah siap sepenuhnya. tinggal nak pasang babycot dan tilam baby. tak boleh pasang awal, nnt zaheen yang nak main2 dlm tu. :P preparation aku dalam pantang pon..dah nak settle. cuma lom beli set berpantang shaklee je lagi. tak menyempat nak beli. padahal dah jadi ahli kan:P haha. ada sape2 nak beli sekali set berpantang shaklee, boleh aku belikan terus sekali harung:P hee.


actually, aku rasa perasaan nak bersalin kali kedua cam lebih takut dari yang pertama. sebab dah RASA sakit sebelumnya camane kan. masa bersalin yang pertama tak takut sgt sebab taktau kan rasa sakit die camne. sekali..hambik ko:P hehe. hope yang kedua ni ,mudah bersalin dan no stiches! taknak episiotomi dan tak nak kena jahit. aku ada baca, cara nak elak episotomi...kena pandai guna teknik pernafasan semasa bersalin (breathing technique) .antaranya, sumber dari ceeramoon:
  1. Masa mula-mula contraction sampai.
    Tarik nafas dalam dalam guna hidung. Dan lepaskan panjang-panjang guna mulut.

  2. Bila contraction kerap datang.
    Bernapas laju laju guna mulut. Tarik napas guna mulut, lepas pun guna mulut jugak. fuh fuh fuh fuh....

  3. Bila rasa nak teran, tapi belum masa untuk teran.
    Perghhhh bab ni scary siot. Kita dah rasa nak teran, tapi tak boleh teran sebab bukaan belum 10cm lagi. Makanya, ko kena tarik napas laju laju guna hidung dua kali. Dan lepas guna mulut sekali. Dan buat benda tu berulang kali sampai hilang rasa nak teran. faham tak??? kira macam "sniff sniff fuhhhh" "sniff sniff fuhhh"

  4. Sudah tiba masa untuk teran
    Tarik nafas dalam-dalam guna mulut. Sebab katanya, lebih banyak udara yang masuk sekiranya tarik nafas guna mulut berbanding dengan guna hidung. Dan lepas tu push dengan sekali nafas dan sekiranya nafas dah habis, tarik nafas secara perlahan-lahan supaya kita tak menyedut kembali anak yang bakal keluar.
pastu kena pandai dan tahu teknik meneran ngan betul gak. aku second pregnant ni baru nak stady sume2 tu. masa pregnantkan zaheen tak stady pon breathing technique dan teknik meneran masa nak bersalin. rugi2.  pastu, korang pernah baca tak pasal natural birth atau hyponobirth ? boleh baca SINI dan SINI gak. baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin secara natural birth/hypnobirth ni.memang menarik. rasa cam nak try jek.tapi kena ada ilmu gak. jgn main hentam jek ok.  



oklah, ni ada amalan nak senang bersalin dari blog sukasuki . antaranya adalah seperti..:

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 
insyaallah, doakan urusan bersalin ku dipermudahkanNya ya kawan2 :) 
cant wait for the baby:)
 nama pon dah adaa:)
kali ni aku yang pilih nama;) 
oklah, tu saja untuk hari jumaat yang mulia ini. 
last but not least...




p/s : tajuk SEMANIS KURMA malam tadi, cara didik anak, best kan?banyak tips dan info berguna :)
  

Tuesday, September 25, 2012

wishlist barang baby dan keperluan ibu dalam pantang untuk anak kedua #1

Assalamualaikum:)


Minggu ni alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 26 :) tapi barang-barang baby dan keperluan selepas bersalin belum ku beli lagi:P plan nak beli nak start beli hujung minggu ni. insyaallah:)



Untuk preparation anak kedua takde lah banyak sgt macam anak pertama...baju2 newborn Zaheen pon masih baru lagi...cuma beli sikit2 je lah..senarai barang keperluan baby boleh rujuk sini.
so.. ni antara barang2 baby yang aku nak beli sangat untuk baby no 2 ni....

1. baby cot,tilam,bedding set


baby cot 3 in 1. jenama MYDEAR
First of all, aku rasa anak kedua ni aku nak guna baby cot. nak ajar die tidur baby cot dari kecik. sebab masa zaheen dulu aku tak ajar tidur dlm babycot. tidur ngan aku sambil 'mengempeng'. sudahnyee....sampai sekarang die nak tidur ngan aku sambil mengempeng T__T. amik banyak space lak tu. tak muat dah katil tu rasa padahal katil dah king size dah T__T. 


baby cot/baby crib pilihan aku adalah yang jenis 3 in 1 tu..yang boleh jadi babycot, ada tempat diapers changers dan bile baby dah besar, boleh jadi playpen.kenapa aku nak yg ada diaper changer? sebab pengalaman anak pertama aku, sakit pinggang kalau nak tukarkan pampers or pakai baju sambil membongkok. ada  tempat diapers changer ,takde lah membongkok sangat. xdelah sakit pinggang or sakit kat bhagian jahitan berbanding kalau tukar pempes or pkaikan bj baby kat bawah(atas tilam kat lantai). pastu ,  ketinggian baby cot tu boleh di adjust. aritu ada gi jalan2 ngan hubby survey babycot. yang jenama MYDEAR ok gak. baca review pon ramai komen ok. jenama GRACO pun ok. dua-dua pon harga berpatutan. dlm rm250++ gak la tak termasuk tilam dan set cadar +comforter. pastu baby cot tu boleh dibuka,bawak blk kampung or utk tujuan penyimpanan kalau dah tak guna lagi. btw, aku ade baca, baby cot yang jenis kayu, ada yang jenis yang bahaya dan kena banned tau. iaitu yang jenis boleh drop side. boleh baca SINI.


tilam baby lak...ada dari jenis span,foam,kekabu dan latex. paling mahal of course lah dari material latex/getah. tapi paling bagus among others. sebab ada holes untuk ventilation. so kalau baby tertiarap, masih ada ruang utk baby bernafas. ni hasil aku google review-review org dan docs.

tilam baby latex by getha. tilam ni je pon dah rm300++ T__T



kemudian...bedding set baby. of course lah nak yang comey comey kan...geram je tgk bedding set baby. comey2 belaka:P hee. tu pon harga dah rm150++. tapi aku ada baca gak...baby ni tak payah tido byk bantal, selimut.takut tangan die gerak2 masa tidur dan tangan die tertarik selimut/bantal n tertutup muka die. bahaya:(

haruslah tema biru.baby boy kann:P



emm... tapi maybe awal2 baby tido ngan aku je kot?...nanti dah 1 bulan ke atas baru ajar die tido baby cot. tapi nanti takot baby dah tak nak lak tidur babycot sebab dah biasa tdo ngan mak die?? what say u? gimme ur opinion plz..mommy mel n maisara, nak opinion korang...sebab anak korang tidur dlm babycot kan...start bile tidur dlm babycot?dalam pantang nanti senang ke kejap2 nak kena bgn dan amik baby utk BF...lagi2 waktu malam..pastu ,rasa kesian lak nak biarkan baby baru lahir tidur sorang2 dalam baby cot,...so...tak perlu beli dulu ke ek baby cot ni?( pulak dahh,tadi beriye iye nak beli:P haha).


2. set berpantang shaklee



insyaallah, pantang kali kedua ni aku nak guna set berpantang dari shaklee yang terdiri dari vitamin2 seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin.pastu ada ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu. masa pantang kali pertama aku guna leesa formula. ok gak la. sebab ubat jenis moden kan. ubat leesa formula tu guna kapsul dan utk sapuan perut,die guna losyen.senang, takde lah berterabur kalau guna yang jenis serbuk2 tu. sebab aku tak berapa suke yang jenis jamu2/pilis/param/pastu guna serbuk2 bancuh sendiri untuk sapu kat perut dan dahi(cth: set bersalin tanamera dan AMWAY). hasil review kat google(ofcourse:P),ramai bg komen positif pasal set pantang shaklee. insyaallah nak guna set shaklee ni untuk pantang kali ini:)


ni antara kelebihan2 vitamin set berpantang shaklee:


B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
sumber:ibuhakimhaikal


hmm...itu sahaja utk hari ni kot..ada lagi dalam wishlist aku..antaranya ialah:-
 
3. minyak herbanika nona roguy dan phytonatal NR
4. medela milk collection shells
5. fisher price newborn to toddler portable rocker
6. breastmilk plastic storage bag
7. nursing pillow?
8. vco/minyak bioselusuh/tanamera vco?


sambung next time ok?bye.assalamualaikum:)