iklan

Showing posts with label idea dapur. Show all posts
Showing posts with label idea dapur. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Persiapan rumah menyambut aidilfitri

Assalamualaikum..


Selamat hari raya ;)
hari ni baru raya ke-8 ,so masih lagi dalam mood raya kan??;)
hari ni tetibe ada mood nak update pasal rumah:)
aku memang suke bab-bab  hias rumah ni. sanggup tak beli beg tangan baru ke,baju baru ke untuk save duit nak rumah cantek:P haha. 


satu lagi..aku memang suke kemas rumah, suke tengok rumah dalam keadaan kemas bersih teratur. pikiran aku boleh jadi tak tenang atau serabut kalau tengok rumah bersepah atau tak teratur. kang mula lah mulut ni nak membebel je sambil tangan mengemas2:P  haha

dan satu lagi hobi aku ialah suka mengambil gambar rumah sendiri. saja nak buat kenangan :) kadang2 terpikir takut gak org kata show off kalau letak gambar rumah kat blog , tapi tolong jgn salah faham ye..aku suka share idea. sharing is caring ,kan? lagipon boleh bertukar pendapat, idea dan dpt kawan baru yang sama -sama minat bidang ni;)


Tapi apepon..bab2 menghias rumah ni memang perlukan budget yang agak besar..kadang2 apa yang kita nak tu..tak mampu pon nak membayarnya(melainkan ko memang banyak duit) ...so uuntuk golongan sederhana cam aku ni kenalah pertimbangkan banyak benda..kena check balik kewangan..kena banyak buat calculation :P kena ikut kemampuan lah senang kata. yang penting memang kena banyak saving gak. selain saving...kena merancang atau planning hiasan rumah yang kita nak,,kena rajin berjalan banyak survey2 dari kedai ke kedai..pandai tawar menawar. kena tau jugak jenis kayu,material etc..(bende ni aku banyak belajar ngan mak aku.thanks mak!)..



Dan untuk aidilfitri tahun ni aku lebih bersemangat nak menghias rumah. maklumlah baru pindah rumah sendiri kan;) Alhamdulillah..dah masuk 8 bulan kami menetap di rumah sendiri :) sebenarnya takdelah menghias mana pon..lebih banyak melengkapkan rumah sebenarnya..baru pindah..so rumah takde lah complete lagi sebenarnya..

pemandangan di ruang tamu..cukup sekadar letak sofa 3+2+1, TV panel+meja sisi +karpet..dinding pon masih kosong lagi..belum letak frame ke jam ke..cat pon cat asal dari pemaju. warna putih suci gitu :P alamak,pooh zaheen lupe nak alih dari sofa tu.hehe.
langsir ku polos saja. sebab aku suka macam tu:P warna pon warna neutral saje.tempah kat SSF.mahal gilos:P



antara majalah-majalah kesayangan;)  
bahagian dining dan dapur. meja makan tu sebenarnya bukanlah pilihan aku yang sebenar-benarnya.haha. beli pon murah je RM390 je ,kayu solid. beli masa tu sebab encik suami nak buat makan-makan ngan kawan die kat rumah sewa lama.masa tu baru pndah rumah sewa tu,,bajet pon tak berapa nak mencukupi.so beli yang mampu saja:P
my little kitchen :) set cawan dah keluarkan dah letak atas kaunter bar tu.senang nanti kalau org datang beraya:P



aku siap beli rak khas untuk simpan kuih raya. senang dan praktikal. nasib muat2 je letak kat bawah kaunter bar.dapat  jimat ruang;)


lampu kesayangan :P encik suami selalu perli pasal lampu ni;P bukan main cerewet aku pilih lampu untuk dining hall.nak yang cantik dan  berkualiti tapi murah:P haha.last2 dapat jugakk;) cantek takk?:P perasannn.


.
.
.
jom naik tingkat atas pulakk jomm..
tingkat atas ada 3 bilik dan 2 bilik air..dan 1 ruang tengah
 dinding laluan tangga yang masih kosong..kosong..cam lagu najwa latiff:P


 
mula2 gi bilik zaheen yang belum siap hias :P hehe. berangan nak buat bilik zaheen nanti. tapi..ongkosnya belum ada.:P zaheen pon masih belum berani kot tidur sorang2 kat bilik sendiri..so..tangguh dulu:P buat sementara waktu..bilk zaheen digunakan untuk bilik iron baju :P



wayar berselerak la pulakk.
bilik tetamu atau bilik komputer...??
dua-dua pon boleh:P
belum hias betol lagi. tunggu duit jatuh dari langit:P haha


cermin kecik yang kat sebelah lampu tidur tu cermin untuk zaheen. die dah pandai ,pas mandi ..nak pakai bedak,sikat rambut  mesti nak tgk cermin;P
Master bedroom yang super simple:) hanya ada katil,satu meja sisi,meja solek dan almari sahaja:P hias sikit2 ikut kemampuan:P



ni bilik tingkat bawah..ni pic sebelum raya...


disebabkan terlebih rajin dan takde  keje..aku susun atur balik bilik ni pada raya ke7.:P
ni hasilnya...:P
.
.
.


ayah aku selalu guna bilik ni kalau die ada keje kat JB :)




oklah...itu sahaja nak cerita pada hari ini:)
nak masak pulakk:P
esok dah sekolahh.
nak cooti lagi :P
bai:)

Thursday, August 2, 2012

My Little Kitchen :) -kos pasang kabinet dapur / kitchen cabinet dan counter bar / breakfast table -

Dapur impian ku adalah dapur yang luas, besar, bersih, kemas, tersusun sistematik  dan mesti ada island kitchen. itu adalah apa yang aku angan-angankan dulu jika dah ada rumah sendiri nanti. tapi, bila dah ada rumah sendiri (yang mengikut kemampuan sendiri), dapurku takde lah sebesar mana. kecil je. tak boleh buat island kitchen pun.takde wet kitchen and dry kitchen ponn. hampa. tapi takpelah..ukur baju dibadan sendiri kan. :)




aku pernah tulis entry dapur konsep terbuka. ingat lagi entry aku pasal dapur konsep terbuka tu?? disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana...so,untuk nampak lebih luas, kami decide untuk tidak tambah dinding or tutup bahagian dapur. sebab...taknak nampak ruang lebih sempit. tu yang konsep terbuka tu:P ala ala western style la kunun-kununnya.haha.

so...ini gambar dapurku masa mula-mula pindah...



nampak tak dapur ku yang diambil pic nya dari jauh tu? sangat terbuka dapur aku.kan? hehe. 
disebabkan tak boleh pasang island kitchen atas faktor takde ruang yang luas, so aku decide pasang breakfast table atau  kitchen bar atau bar counter. tertutup la sikittt ruang dapur tu walaupon masih terbuka:P hehe. 
.
.



cuba tengok..ok tak?
plan nanti maybe nak pasang langsir benang (dari siling ke lantai) kat sebelah breakfast table tu..

pandangan dr ruang tamu

kitchen bar ku yang baru siap pasang minggu lepas :) suka:D

[updated]: disebabkan ramai yang bertanya ...panjang kitchen bar aku adalah 4kaki dan lebar 2 kaki. warna: black and white.material: tak ingat.tapi macam jenis sheer formica solid. kalis air punya. harga dan kos upah pasang RM1900. tak termasuk kerusi die ya. 


ni lah tempat aku 'bersilat' menyediakan makanan untuk encik suami:P haha
kabinet dapur pilihan kami pulak jenis aluminium,
material pintu kabinet pulak jenis 3G high gloss .
tabletop warna hitam dan material tabletop jenis konkrit dan tiles 2kaki x 2kaki warna hitam.
warna kitchen cabinet: silver metallic.

[updated] : disebabkan ramai yang bertanya...saiz table top+kitchen kabinet aku panjang die 13 kaki. dapur aku jenis memanjang je,tak buat bentul L shape. material kitchen cabinet adalah aluminium. material pintu kabinet jenis 3G high gloss. warna pilihan pintu kabinet dapur: silver metallic .warna pilihan table top: black galaxy. kos / harga upah pasang table top dan kitchen kabinet RM6100. termasuk aksesori dapur seperti singki 2 lubang, paip air 2, rak pinggan mangkuk stainless steel. tidak termasuk hud dan hob.

yang warna pink tu..tempat buang sampah untuk sisa sisa makanan. sangat useful dan praktikal.
beli kt cosway je.

tingkap dapur ,aku guna jenis aluminium blinds. tak sesuai kot guna langsir kat dapur*my opinion la*

pandangan dari sudut lain. nampak tak ruang tamu ku?:P sambil masak boleh tgk tv.takpayah pasang tv kt dapo.haha

oven ku yang belom hantar baiki lagi :(

ok,bahagian ni belum cukup bajet nak buat kabinet.:P  nantilah,kumpul duit lagi. kerusi biru tu aku guna utk panjat2 amik barang kat kabinet dapur yang tinggi:P

pandangan dari dining area.pendek je kitchen bar tu. panjang 5 kaki je.

zaheen ku yang nak interframe gak..dah la pakai baju lain seluar lain =_=

big boss tgh minum air:P


alhamdulillah, so far aku sangat berpuas hati dgn hasil kerja kontraktor cina yang aku upah tu. kemas je hasil kerja die(table top, kitchen kabinet dan kitchen bar). kalau korang nak nombor die, aku boleh bagi:) plaster ceiling pon aku buat ngan die. recommended:)


oklah itu sahaja utk harini. tiibe2 je bersemangat nak cerita pasal dapur kan..maklum lah kitchen bar baru siap pasang:P so masih excited lagi sebab dapur dah cantek sikit berbanding dulu..(perasan:P)haha. ok ok...kalau ada sebarang idea nak cantekkan lagi dapur i :P,pertanyaan or cadangan,jangan segan silu leave me a comment ya;) assalamualaikum:D




Thursday, February 2, 2012

idea dapur pilihan kami : open kitchen concept :D








*nampak tak dapur comel kami? amik dari jauh je dulu.hehe*



Disebabkan umah aku takde lah besar mana...so aku decide nak buat open kitchen concept je untuk dapur comel kami. kalau tambah dinding untuk tutup, nanti nampak sempit la pulak ruang. so aku buat tema open kitchen je. tapi dapur idaman aku belum betul2 siap lagi..sebab...aku plan nak buat bar counter kat dapur tu..tengah gigih kumpul duit lagi ni:P haha.. tapi ok gak open kitchen ni..kita akan sentiasa kemas dapur kita.lepas masak je terus kemas,bersih lap2 ape yang patut. dapur kena sentiasa kemas dan bersih,sebab terbuka kan..takleh nak sorok2.hehe. tapi nanti kalau tambah bar counter, mungkin tertutup sikit.tak terlalu jelas sangat. so far...aku suka dapur aku. sukeeeeeeeeee. :D kalau dah buat bar counter ,mesti lagi suke:D tapikan...aku ni asik keje nak mengelap,membersih kat dapur tu sampai nak masak pon sayang,malas nak kecah2:P haha. sampai kene perli ngan encik suami:P heee. oklah ,itu idea dapur untuk rumah kecik cam aku. :) kalau ada idea best2 ,boleh lah share ngan aku :)