iklan

Showing posts with label tutorial shawl nikah. Show all posts
Showing posts with label tutorial shawl nikah. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

selendang nikah warna peach for sale!! oh, kasut nikah warna peach pun ada:)

assalamualaikum:)

ehem ehem ehem,...dengan ini aku mengumumkan yang aku nak jual selendang nikah dan kasut nikah (peach colour). aku bercadang nak jual selendang nikah aku memandangkan ramai reader yang ada tanya aku pasal selendang tu .. ramai yang cakap sebab susah nak dapat selendang chiffon silk beaded untuk nikah warna peach. ok, aku paham.sebab aku pon susah nak cari dulu color tu. well, diorang tau pasal selendang nikah aku ni pas baca blog aku pasal cara pakai tudung atau selendang untuk majlis tunang/nikah/sanding. dan ramai yang suruh aku emel pic selendang tu secara dekat untuk tengok manik2 n labuci n warna die dengan lebih jelas.  ok.nah, tengok pepuas ok.
.



 ni pic sebelum nikah :P

selepas nikah:P 
ok, gambar di atas adalah untuk menunjukkan gambar selendang dari jarak jauh dan bukan interframe diri sendiri:P





ni pic selendang tu dari jarak dekat.



ok, ni lak kasut nikah aku...masih baru...pakai sekali masa hari nikah jek.tu pon pakai dalam umah masa sesi bergambar je. tapak die masih suci bersih dari noda2 ok:P


ok.ok..check it out~


item 1: selendang nikah(open for rental also) klik here.

warna: peach
material: chiffon silk with labuci and manik
harga beli: rm150
harga jual: rm100 not including shipping price
condition: still in good condition, masih baru, pakai hanya sekali sahaja 
size: standard selendang

 
item 2: kasut nikah(high heel)-sold

warna : peach
ketinggian: 3 1/2 "
size: 6
jenama: alfio raldo
harga beli: rm 79.90
harga jual: rm35 je
condition: still in good condition. masih baru.pakai sekali jek.

.
.
.
.
FOR SERIOUS BUYER ONLY.



nak beli or ade apa2 nk tanya emel aku, mrsnawuza@gmail.com



SIAPA CEPAT nego DIE DAPAT!:)

Monday, May 24, 2010

cara pakai tudung atau selendang untuk majlis tunang/nikah/sanding (shawl and tudung tutorial)

aku post entry ni khas untuk member aku yang bakal bertunang,Maisara:)


balik sekolah tadi...macam biasa la...balik je sekolah,terus on laptop dan internet..Mai mesej aku kat facebook.ni mesej die kat aku:


"hahah...ain nak mntk tolong ni....ko kan rajin cr2 artikel kan??...aku nak tau cr pakai tdg utk majlis tunang nanti....sbb aku make-up sendiri jer dgn kerjasama adik-beradik aku...hahaha....so mslh skang ni aku tak reti nak pakai tdg mcm maner....plzz!!!!! "

baik lah cik maisara, saya tunaikan permintaan anda:D

bawah ni antara gambar-gambar gaya tudung atau fesyen tudung untuk majlis pertunangan, majlis pernikahan atau majlis perkahwinan yang aku cari kat internet...

Gaya 1



Gaya 2


Gaya 3

antara gaya kalau guna tudung bawal/tudung empat segi untuk majlis tunang..gaya/fesyen yang simple but nice tanpa pakai aksesori tambahan seperti sanggul tepi or crown kat kepala...hanya pakai tudung bawal dan kat luar pakai veil.tapi...kalau aku la..berdasarkan pengalaman aku yang pakai tudung empat segi juga masa tunang, aku kurang suka/setuju kalau pakai tudung bawal biasa untuk majlis tunang/nikah...nanti nampak macam biasa2 je,macam yang kita selalu pakai.kena la nampak lain sikit untuk hari bahagia kita.lagipon kalau pakai tudung bawal/empat segi yang chiffon/kain jojet susah nak bentuk.mula2 pakai nampak macam OK pastu nanti kejap je dah senget benget.macam yang aku pakai masa majlis tunang aku.

Gambar 1


Gambar 2


Perhatikan tudung aku dalam Gambar 2.dah xbetul dah..dah senget.huhu.abes tu,tak reti dok diam:P masa tunang, aku sewa aksesori untuk tudung dan veil dengan mak andam.tapi tudung memang aku beli sendiri je.tudung tu kain jojet jenis lembut siap dengan manik2.beli dekat Jakel masa tengah promosi,RM50 je kot. Masa tunang ni,mak andam buatkan gaya lipatan bunga kat bahu.aku tak berapa suka gaya tu:P

.
.
.
Align Left

gaya guna tudung ekin

.
.
.


gambar 3

gambar 4

gambar 3 dan 4 adalah gabungan tudung ekin dan selendang chiffon.
gambar 3,nampak awning.gambar 4,tak nampak awningnya.
kalau aku,aku suka yang tak nampak awningnya...apepon,ikut selera masing2 kan;)
actually kalau pakai selendang,banyak gak nak kena pin.lagi2 kat bahagian belakang kepala/dekat belakang leher,supaya selendang tak nampak kembang.tak caya??cuba tengok gambar yang kat bawah ni.

kan?aku dah cakap dah:P huhu






eh,cam kenal je orang ni?:P huhu..
ni masa hari nikah.aku ni pelik sikit,orang nikah pakai baju warna putih,tapi aku pakai warna peach.masa tunang lak pakai warna putih krim macam nak nikah.gatal.haha.
masa ni...dalam aku pakai tudung ekin(jenis mini/saiz kecil punye), dan lilit dengan selendang chiffon manik.awningnya tak nampak.aku pilih untuk sorokkan die.huhu.
.
.
.



ni pulak hanya pakai selendang je.tanpa ada awning.tapi kena tengok jenis kain seledang tu jugak kalau nak buat gaya macam ni.ada yang sesuai.ada yang tak.
.
.
.

ok.tu je gambar-gambarnya.kat bawah ni aku listkan blog-blog yang ada ajar cara-cara memakai tudung dan selendang(tudung tutorial and shawl tutorial) yang sesuai diaplikasikan untuk majlis pertunangan,pernikahan atau perkahwinan.nak buat pergi jalan2 or dating pon boleh.senang kata, sesuai untuk semua acara lah:P hehe


Align LeftSelamat Mencuba!:))


Shawl Tutorial or Tudung Tutorial untuk tunang,nikah dan sanding (Do.It.Yourself)





P/s: make sure korang test tudung yang nak dipakai pada hari tunang/nikah/sanding at least seminggu sebelum majlis. sebab kalau tudung atau selendang tu tak sesuai atau anak tudung nya tak sesuai dengan muka kita, ade masa lagi nak cari back up:)