iklan

Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

baju kahwin , tunang dan nikah MURAH untuk disewa !

assalamualaikum..:)

aku berhasrat nak sewa kan baju tunang dan nikah aku kepada readers yang duduk area pasir gudang dan JB.
baju ni boleh pakai untuk majlis merisik/tunang/nikah/kahwin:)



utk baju nikah aku pakai sekali je..masa hari nikah.
baju tunang lak,pakai 2 kali..masa tunang dan majlis khatam quran pada hari persandinganku.
masih baru,of course.



hari nikah kami..sweet memory



kenapa korang patut sewa je  baju tunang/nikah/kahwin?
ni pendapat peribadi aku la..
sangat jimat berbanding korang tempah sendiri. sebab harga kain je dah mahal. upah jahit lagi. pakai sekali je. baik sewa je. jimat dan tidak membazir. macam aku ni...beli kain mahal-mahal (almost rm800 utk 4 meter++,beli di jakel) ,tempah jahit pun mahal(mahal sebab susah nak jahit,banyak beading dan kain lembut ..material kain:chiffon silk+beads.pastu kalau design pelik2 lagi tailor charge mahal.isk isk isk.)..and then, pakai sekali je..pastu tak pakai lagi dah:P huhu..dan lagi satu...saiz badan korang lepas kawin surely akan mengembang sikit. so..ada potensi baju kahwin tak muat dah walaupun baru sebulan dua kawen. so..baik sewa je. (nyesal aku tak sewa je dulu:P duit tu boleh guna untuk lepas kawen lagi bagus) isk isk isk. nafsu oh nafsu:P haha.



 ok ,back to bussiness...ye,saya siyes ni nak sewakan baju nikah dan tunang saya.
siap dengan baju untuk lelaki sekali tau!:)
so...double jimat:)






warna: peach
material: chiffon silk with beadings
saiz: can fit XS to M 
sewa sekali dengan selendang warna peach dan baju lelaki
tak termasuk heels. sebab heels nikah aku dah selamat dijual di Mudah.my: P haha

.
.
.


close up.
harga sewa? PM me.
whatsapp 0137812223
mrsnawuza@gmail.com
sangat murah. 
sangat menjimatkan.
serius ni.



.
..
ok,baju tunang lak.
material: kain lace(soft lace ok,bukan yang keras2 tu)+full lining..(beli kain kat jakel juga)
warna: krim
design baju: kebaya moden
sewa sekali ngan baju lelaki.
tapi tak termasuk selendang dan kasut ye.



ni pulak guna masa khatam quran masa hari sanding
.


.






berminat nak sewa?
PM me mrsnawuza@gmail.com
or 
sms/whatsapp 0137812223 for fast response :)))
harga sangat murah ok.
yang penting kena pulangkan baju tu balik dalam keadaan yang asal dan tak rosak.:)



btw,jahitan kedua-dua baju sangat kemas sebab aku tempah ngan tailor cina. 
oklah,itu sahaja.sebarang pertanyaan dan bagi yang berminat, anda boleh lah emel saya di:-
mrsnawuza@gmail.com
sms/whatsapp 0137812223

bagi bride to be..semoga urusan tunang/nikah/kahwin anda berjalan lancar dan dipermudahkan, insyaallah:)


p/s: first come,first serve:)


UPDATE 19/12/2012: TARIKH 15/12/2012-25/12/2012 FULL BOOKED UNTUK BAJU NIKAH/TUNANG WARNA KRIM. WARNA PEACH AVAILABLE.TQ

Wednesday, September 12, 2012

tertengok adam dan hawa

alalala....best la pulak cerita adam dan hawa ni. tadi aku masa tgh tukar2 channel astro..masa tu channel 134 mustika HD tgh tayang drama adam dan hawa episod 8,ingat nak layan jap je...sekali tu...tgk sampai habis ngko:P siap nangis2 tacing gitu:P huhu.best lah pulakk.ingat malas nak layan drama tu walaupun ramai org cakap best cite tu. ala...nk kena tgk setiap hari ni. ni yang aku malas nak layan drama bersiri ni:P lagi satu...maybe sebab aaron aziz yang berlakon. tu yang melekat je dpn tv tadi:P hehe. lakonan nadiya nisa pon best ,real je.cheeh...dah bagi komen padahal baru tgk satu episod:P haha...






 ni sinopsis adam dan hawa


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.
Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.
Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

credits:djchef


err..btw, drama bersiri adam dan hawa ni ada 80 episod tuu...banyak tuuu. huhu. setiap isnin-khamis. jam 10 malam. ish ish ish..nak kena tgk ni malam ni:P


p/s: tak pernah baca novel adam dan hawa by aisya sofea.

Tuesday, June 5, 2012

Bersiaran dari Cititel Mid Valley Hotel...



Assalamualaikum..
lama gak aku tak update blog kan..
padahal cuti sekolah 2minggu:P
malas dan takde mood dan taktau nak cerita pasal ape..=_=



Entry kali ni special sikit...
sebab......
aku update blog dari Cititel Midvalley Hotel guna WiFi Hotel:P
haha.gile jakon:P

 
Aku pergi KL pon sebab ikut encik suami ada training kat sini..Isnin-Jumaat :)
last datang KL ..dua tahun lepas tak silap.,,masa wedding Mel.
encik suami training dari pagi sampai ke petang,
 aku dan zaheen lak shopping and window shopping sampai lebam kat MV :P haha




So,entry kali ni nak cakap pasal bilik kat hotel Cititel Midvalley ni..
btw, kitorang sewa bilik jenis superior..satu malam RM183.
 bilik kecik,tapi tu yang paling murah:P
Sebab....yang tak bestnye pasal training encik suami adalah...
segala kos hotel,makan minum.minyak dan tol kena tanggung sendiri dulu pastu baru claim kat company.
 ish ish ish, macam manalah aku nak bershopping dengan heaven camni??:P





ni bilik tu...nampak kecik dan sempit dari kebanyakan hotel yang biasa aku gi..

 nampak tak laluan depan katil tu kecik je..
pastu tempat pantry die adalah sekali dengan meja TV sebab nak jimat ruang.

ada ruang sikit depan tv ..
kat ruang ni je la untuk ko sembahyang or melantak :P


 wardrobe ..

 toilet..
takde bathtub. nak bathtub kat Cititel ni, sila sewa bilik jenis Deluxe :P

bahagian depan pintu:P




Pada pendapat aku la...bilik ni (Superior Room Cititel Hotel) la,
 hanya sesuai untuk keluarga yang kecik je. 
2 dewasa dan 1 atau 2 kanak-kanak je kot?
 kalau lebih dah sempit dan tak selesa. 
kalau ramai sikit,sewa lah 2 bilik or bilik yang mahal tuu..jenis deluxe room.kalau mampu lah:P hehe.
Tapi kelebihan duduk kat cititel hotel ni adalah...
die bersambung dengan midvalley ,senang sangattt nak shopping. 
turun bawah ke lobby je, pastu ada laluan ke MV.tak sampai 1 minit nak gi MV:P
pastu ada kemudahan komuter kat situ , senang nak pergi mana2, 
tak perlu drive or bersesak or tersesat kat jalan raya :P


oklah,itu shj untuk hari ni,malas nak taip panjang2,
 nak gi jalan ngan budak kecik bawah ni...
.
.
.
.

BAI :)

Wednesday, March 21, 2012

rm5000 untuk blogger!

wah...cepat2 join ganjaran wang tunai rm5000 untuk blogger dari bloggerwanita. ada 11 tempat kosong lagi. mana la tau rezeki kan:)



klik pada banner diatas untuk keterngan lebih lanjut :)





p/s: suka join contest tapi tak pernah menang contest lagi setakat ini..jeles tgk blogger2 contest lain menang contest macam2. rezeki orang lain2 kan?:) *be positive, walaupon buat pregnancy test negative.oops:P

Friday, December 30, 2011

Mencari kedai lampu yang best,cantik,up to date,trendy dan yang penting murah di Johor?? sila pergi ke AVALON top lamp holding sdn bhd:P

wah,bukan main promote aku ni:P
bukan die bayar aku pon.
tapi saje nak share kedai yang best2 kat korang-korang yang cari 
lampu hiasan atau downlight untuk rumah baru :)




aku dah survey banyak kedai lampu gak.
dan kedai AVALON ni menepati citarasa ku.
up to date, modern, trendy with reasonable price! best!:)
actually aku tau pasal kedai ni pon melalu majalah IMPIANA gak.
die ada banyak cawangan, dan cawangan kat kat johor adalah di Johor Jaya. 



kitorang gi malam;)

macam-macam ada:)




rambang mata okey!




dan malam tu jugak kitorang terus beli je lampu kat situ.
sebab dah berkenan sangat dengan lampu-lampu dan harga-harga yang ditawarkan.
sangat berbeza dgn harga kat kedai lampu lain walaupon jenis lampu yang sama.
contohnye ye...lampu downlight jenis petak,kedai lain die jual rm20-30 sekali ngan lampu 18watt.tapi kat AVALON ,die offer hanya rm12.90 sekali lampu 18watt.design yang sama seperti yang kitorang survey sebelum2 ni. dah tentulah kitorang beli terus kan. lagipon sementara stok masih ada.nasib yg kitorang tu masih ade stok. ada design yg dah abis stok. sekejap je! actually, downlight jenis petak ni adalah idaman encik suami.ehem ehem. die mengidam nak lampu downlight jenis petak dan lampu LED :P lampu LED tengah in trend sekarang. jimat eletrik tau lampu LED ni. 1 lampu,1 watt je. tapi harga agak mahal la. yang aku beli tu rm60 satu lampu. ok la,ada yang sampai beratus.  




oklah,tu je kot:) esok dah 31 disember. kejap jemasa berlalu kan?? selamat tahun baru kawan2:) semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun 2011. azam tahun 2012 aku macam-macam. paling utama sekali nak MELANCONG! sebab sejak kawin,takde gi melancong mana2. siannn kan?haha.korang pulak, apa azam tahun 2012? :)


p/s:insyaallah kami akan pindah rumah baru pertengahan bulan Januari ,2012.
doakan segala proses pindah rumah kami berjalan lancar:)
amin!:)



p/s lagi: ni alamat kedai tu ,

74, Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: +607 - 3556909
Fax: +607 - 3556909
Email: johorjaya@avalon2u.com

Wednesday, December 28, 2011

berjaya berOMBAK RINDU di Segamat :P



 akhirnya...setelah sekian lama MENGIDAM nak tengok wayang, dapat jugak kami tengok wayang kat panggung wayang LFS di ONE SEGAMAT masa balik segamat weekend lepas:P hehe. baru bukak tu panggung wayang tu kat segamat. dekat je ngan umah aku lak tu. jalan kaki pon boleh sampai. huhu. best2. 


p/s: thanks to adik adikku yang tolong babysit zaheen masa kitorang dating tengok wayang:P


Friday, December 9, 2011

IKEA Johor Dan LEGOLAND Malaysia Bakal menjadi tarikan besar di JOHOR

Mula-mula Johor Premium Outlets (JPO) ,lepas tu IKEA Johor dan LEGOLAND Malaysia pula bakal siap;) 




makin best lah johor ni:P ok gak aku dok JB ni. makin membangun. dulu-dulu masa zaman belajar mesti berangan nanti dah keje, nak cari keje yang kat KL sebab KL best. banyak shopping complex yang best2, ada sunway lagoon, ada macam-macam yang best-best lah:P hehe..tapi bila dah keje, tak dpt pon keje kat KL. dapat kat johor jek. encik suami pon mula2 dapat keje kt KL tapi sanggup tukar keje kat JB je sebab taknak duduk KL. maka tercampak lah kami ke pasir gudang atau dalam bahasa omputihnya encik suami panggil WAREHOUSE SAND:P hehe. ok la, dekat jugak ngan bandar JB. setengah jam je dah sampai bandar JB;)





yup, Johor dah ada Johor premium Outlets(JPO) yang baru dibuka pada 2/12/11. aku tak pernah pergi pon lagi. tapi member2 aku yg dah pegi sume cakap best. barang2 branded yang dijual sume murah dari harga pasaran. siap member aku publish kat FB gambar Levi's Store yang kosong hasil rembatan org ramai. oh ye, grand opening JPO ni adalah pada 11 disember 2011 dan akan dirasmikan oleh PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak. Meh la pegi ramai2;) Tapi aku tak dapat pergi sebab budget yang tidak mengizinkan, budget aku dah habis untuk barang kelengkapan rumah sahaja.haha:P  nak tahu lebih lanjut pasal JPO baca SINI. juga boleh baca di SINI.




dan tak lama lagi jugak JB bakal ada IKEA! yay! sukeeeeee:D dah lama tak gi IKEA. sebab IKEA ada kat KL je kan. Winduuuuu IKEA:P *gedix*


lokasi ikea johor adalah di Tebrau City. dan bangunan IKEA ini akan bersambung secara terus dengan AEON Tebrau City dan Tesco Tebrau City. pastu, laluan monorail juga akan diwujudkan untuk mengurangkan kesesakan trafik. setakat ni ikea johor masih dalam proses pembinaan. maybe hujung tahun 2012 baru siap kot. ni arkitek yang buat projek ikea tebrau city, TJ ONG architect.
*sabar ye ...kumpul duit dulu ,pastu baru boleh shopping puas2 kat IKEA :P haha*









dan yang terbaru aku dapat tahu, LEGOLAND Malaysia dijangka siap penghujung 2012. wah!! best2!!! zaheen mesti suke :D tapi tiket mahal seyh. RM 140 untuk orang dewasa, sebab maybe target diorang adalah untuk warga singapore kot.

nak tahu lebih lanjut pasal LEGOLAND Malaysia, baca SINI ok :)




oklah, dh habis baca KLIK SINI ok? TQ:)





Monday, September 26, 2011

mari menabung di jusco :P

mesin syiling jusco
wah...cam menarik bukan?:P
ini bukan menabung ni...ini namanya menghabiskan duit.(bak kata encik suami aku):P

tapi mesin ni tak semua JJ ade..belom banyak lagi la...

maklumat lanjut, baca sini 
or LIKE facebook aeon jusco malaysia untuk update terkini ;)




p/s:   bila la jusco tebrau n jusco permas nak ada mesin ni?:P  La La La

Tuesday, July 19, 2011

siraj's cookies

tadi aku tengok berIta adik kat tv9 ngan zaheen. ada berita pasal siraj cookies. siraj, seorang budak lelaki berumur 12 tahun, buat sendiri choc chips cookies guna resepinya sendiri dan buat bisnes ok! baru 12 tahun ok! wa salute lah sama lu siraj:P




siraj ni start jual choc chip cookies untuk dapatkan duit yang cukup untuk die pergi south africa untuk bertemu kawannya kat sana. tiket pegi balik adalah rm4000. so die buat bisnes ni untuk menampung kos penerbangan tu. wow!so impressive:)










  cookies ini......




 .
.
.
.

 telah dibuat oleh budak kecik ini....



 bagus la...nanti nak ajar zaheen buat kuih dari kecik gak:)


dah ada label and packaging sendiri..nice:)












ni video siraj buat cookies:












ni facebook sirajcookies
nak rasa boleh lah order ngan siraj:)


p/s: agak2 aku dah tolong promotekan siraj ni..ada dapat cookies free tak ek?terliur dah ni.hehe.:P


Saturday, September 4, 2010

Keropok Mony !!!


♪♫♫♪ Rangup setiap kali, Keropok Mony Hidang petang pagi, Keropok Mony Rasa yang menawan, Keropok Mony Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony ♪♫♫♪
 
 
 
 
haha..tak tau kenapa,aku suka gila tengok iklan keropok mony:P aku rasa lagu die best ar.haha...so...jom kita layan IKLAN KEROPOK MONY!!~
 
 

Monday, June 14, 2010

celcom broadband promotions





hye hye hye
for all celcom broadband users,please do click here to know more about the promotions:)
 
 
so..guys dun miss the celcom broadband promotions ya!!