iklan

Showing posts with label mak buyung. Show all posts
Showing posts with label mak buyung. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

wordless wednesday #33: perutku sehari sebelum bersalin :)

Wednesday, January 2, 2013

39 weeks!

39 weeks pregnant and the baby belum mau keluar lagi. he love to sleep, eat and play in my tummy:P haha. hari ni actually ada check up dengan pakar O&G di HSI..aku kena refer pakar di HSI sebab... my 38weeks check up last week...menunjukkan berat aku naik banyak dalam 20 hari.(naik 3.5kg in 20 days).lepas tu bila scan, baby is 3.9kg! terkejut okeh. tu dia(doktor klinik swasta yang biasa aku check up) refer aku ke pakar O&G di HSI. sebab ni dah kes baby besar / macrosomia baby. dah la aku ni saiz kecil /petite. so, aku kena minum air gula lagi untuk check kadar gula aku. adalah faktor gula dalam tinggi penyebab baby aku besar?? ternyata sekali tidak ok. result MGTT aku sangat baik iaitu 4.3 je berbanding yang 1st time minum air gula tu..result borderline iaitu 7.8. 





hmm...hasil check up tadi...result semuanya ok.cuma berat NAIK banyak gak lagi. naik 2 kg. so berat sekarang adalah 68kg!kalau wrestling ngn encik suami,aku ade potensi untuk menang kot:P haha.
maybe faktor check up kat klinik yang berlainan mempengaruhi ketepatan berat aku?yelar..sebab selama ni aku mmg check up kat klinik kerajaan je...start 37 weeks, aku check up kat klinik swata sebab malas nak gi klinik kerajaan.lepas tu, check up kat klinik pakar O&G HSI lak.alat penimbang lain2.maybe ada ralat :P (ayat sedapkan hati.haha) .ok,berbalik result check dengan pakar hari ni...berat baby(Estimated Fetal Weight,EFW) lebih kurang 3.6-3.8 kg. and the baby still belum engaged ok..ibu dah tak sabar dah ni.cepat lah engaged.haha.pastu doc tanya sejarah aku beranak anak pertama. sebab my first baby pun besar, 3.81kg masa lahir, sedangkan aku ni saiz kecil. die tanya ada masalah tak masa melahirkan.baby ada masalah tak lepas bersalin..kena tahan ward tak lepas bersalin ..everything's okay die kata..so, die kata aku boleh try bersalin normal gak. tapi..jika dalam masa due date aku tak bersalin gak..kena serah diri dan kena induce. or kena bedah/ c-zer jika diorang scan baby lebih besar dari 3.8kg.......hmm... doakan yang baik untuk ku ya:) hope dapat normal delivery...tapi kalau kena c-zer gak nak buat macam mana...yang penting ibu dan baby sihat dan selamat:)



apa yang berlaku pada diriku di kala 39 minggu mengandung??

-selalu berlaku false alarm. haha. ingatkan dah nak bersalin. tapi false alarm jek. 

disebabkan asyik rasa false alarm, so aku dah suruh encik suami pasang babycot siap2.senang. tapi zaheen dah rasmikan dulu.

-sangat kerap shi-shi dan poo-poo. toilet adalah teman setia di kala ini .
-masih boleh sembahyang macam biasa.tak perlu sembahyang duduk.alhamdulillah.
-mudah sakit di bahagian ari-ari/bawah perut. tapi sakit kejap-kejap jek.
-masih boleh buat kerja rumah macam biasa.mengemas(basuh,sidai baju,sapu,mop lantai bla bla bla)/masak/main kejar2 ngan zaheen/naik turun tangga-lagi banyak bergerak lagi bagus kan...:)
-selera makan MASIH kuat. haha. ni tak pernah berubah. cuma dah tak buat kek/desert since kandungan 35 weeks .kot?
-rasa muka macam makin sembab,kusam, eyebag dark circle makin ketara, kolagen makin kurang, nampak pipi cam jatuh, huwaa:(
muka tanpa sebarang make up(eh,aku ni bukan jenis pakai make up pon,juzt pelembab n bedak je pon:P) .bukti kulit mukaku semakin sembab,kurang kolagen,eyebag n dark circle makin teruk.

-perut makin membesar dan menegang sampai nampak urat darah kat perut. scary.
saiz perut at 39 weeks.

-baru try pakai cincin kawin dan tunang, dah tak muat. tersekat separuh jalan. dulu masa pregnantkan zaheen,muat je sampai dah nak beranak tu. 
-perut rasa cam dah ke bawah sangat tapi jalan masih laju dan suke berjalan-jalan .tadi lepas check up sempat dating jap:P haha
gambar dating tadi:P dating pon teringat kat anak, tu yang gi Toy r us :P



oklah, saja nak coretkan di blog sebagai kenangan:) doakan aku mudah bersalin ye :) tak sabar rasanya nak jumpa baby dalam perut ni :) . malas nak pikirkan sangat masalah2 baby besar ke ape ke.sebab fikiran kena tenang dah hujung-hujung kehamilan ni:) 



last but not least....gambar zaheen yang terbaru:) baru lepas gunting rambut depan ngan abah die semalam:P 

baru lepas kene gunting rambut. abah die boleh gelak kuat2 lepas tengok muka anak die kena gunting.haha.die kata nampak kelakar.haha.


happy face.jalan2 petang semalam:) muka ibu yang sembab dan muka anak yang comel baru lepas gunting rambut;)

beli kolam untuk zaheen. terus die punggah semua mainan die dalam pool die:P

petang smalam:) zaheen kata....nonok nyeee:P hehe



Saturday, September 15, 2012

gemuks


lately ni badan macam makin banyak naik dan cepat naik. boolat !~.
pipi boolat,hidung makin kembang,perut bulat semua bulat:P haha.risau gak:P
sebab 2nd pregnancy ni berat boleh tahan gak naik banyakk:P
sebab selera makan sungguh kuat:P


tengoklah hasil pemakanan ku..padahal baru 6 bulan pregnant.:P
.
.
.



aku perasan 2nd pregnant ni hidung ku nampak kembang.member2 ada gak yg tegur.ish2



 

ok,kena kawal makan aka DIET walaupun pregnant. any tipss kawal berat badan ketika mengandung uolls??;)
 

Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday #24: 20 weeks !



Thursday, October 14, 2010

berpantang



dear frens:)
im still here, still not beranak:P huhu...
juz nak inform perancangan berpantang aku:)


ok, aku dah decide untuk bersalin kat HSI( Hospital Sultan Ibrahim ) JB. sebab ape? sebab husband boleh teman. kat HSA, husband tak boleh teman masa bersalin. biasanya kalau bersalin normal kat HSI, satu hari je duduk wad. kalau operation atau ade komplikasi berhari2 la dok wad sampai sembuh. tapi mintak2 aku bersalin normal n takde apa2 komplikasi. doakan aku ok.kt HSI, kalau bersalin normal n takde masalah boleh balik selepas 6 jam. so kata lah aku bersalin pagi, petang dah boleh balik. so kejap je pon. maybe yang sempat datang hanyalah family terdekat sahaja. pastu aku akan balik rumah mak mertuaku kat Felda Air Tawar 5 dalam seminggu lebih. pastu akan sambung pantang kat rumah sendiri di Pasir Gudang. Start cuti sekolah lak aku akan balik segamat. so member2 yang nak datang melawat(kalau nak datang melawat lah) ,boleh lah datang melawat masa aku dah kat rumah sendiri kat Pasir Gudang or kat Segamat ok :) To dearest FAGS yang dari KL, rasanya better datang rumah kat segamat kot coz lebih dekat:) apepon, plz inform us seblom nak datang ok :)


ok, itu aja nak inform kamu kamu kamu semua :) btw, hari ni dah overdue 5 hari. aku rasa kan baby aku suka dok perut aku lama2 coz leh makan sedap2 etiap hari kot:P yelar sebelum2 ni hampir setiap hari mak die asik wat kek:P huhu.kalau dah keluar nanti dapat minum susu jek:P aku rase la:P apepon selera makan aku makin bertambah2 sejak akhir2 ni dan asyik mengidam dan terliur nak makan itu dan ini :P aku lak, tak kesah la berat nak naik ke ape janji aku dapat makan puas-puas apa yang aku terliur tu sebab nanti dalam pantang takleh makan yang bukan2. haha. apepon, wish me luck :) dont worry2 ok coz if u worry worry , i lagi lah worry :P BAI :) XOXO

Saturday, October 9, 2010

today is my due date.

hari ni due date aku.tapi baby belum mahu keluar. memang ada rasa contraction sejak akhir-akhir ni..tapi false contraction. bukannya yang betul2. ok, aktiviti hari ni ialah mengemas rumah, berehat2, makan dan tido. masak spagetthi je hari ni. malas nak masak, lagipon petang ada open house. so ada alasan tak yah masak berat2:P huhu. sebelum gi openhouse jalan2 jap kat Jusco :) ni baru sampai rumah. ingat malas nak update blog hari ni, tapi tetiba rasa nak update lak. huhu.


mak buyung sarat yang kuat jalan.
ok, ni pic terbaru aku masa otw nak g open house:)

err...baby!:D


p/s: esok 10/10/10 :D

Wednesday, October 6, 2010

naik 3.8kg dalam masa 1 minggu. ok,pengsan!


ade check up hari ni. ape yg mengejutkan ialah........berat aku naik 3.8kg dalam masa 7 hari aka 1 minggu!! patutnya dah 6bulan keatas...berat badan naik 0.5kg je seminggu..aku??berat naik mendadak lagi2 sejak raya. apakah? sampai nurse n doc tanya ape aku makan sampai berat naik banyak? huhu. berat aku yang terkini adalah 63.1kg! naik 18kg ok. masa awal kawen(sebelum pregnant) berat aku maintain 45kg je. ni dah 63kg. fakta: berat encik suami adalah 57kg sahaja. ok, encik suami panggil aku sekarang si montel. saje jek. takpe, baby dah keluar nanti turun la berat badan aku ni(ayat sedapkan hati.haha). doc just risau la...aku mungkin kena tekanan darah tinggi coz berat naik byk. lagi2 dah hujung pregnant ni. so aku kena check tekanan darah setiap hari untuk memastikan tekanan darah aku normal. tapi tadi check tekanan darah normal, hb darah pon normal, jantung baby pon normal, asthma ok. sumenya ok lah. except berat aku n gatal2 aku ni ha. huhu..btw, td doc cakap baby dah masuk ke dalam rangka tulang pelvis, that's means dah ready nak kuar.just tunggu masa je :) anyway, wish me luck!:)



p/s: nak baby keluar 10/10/10 :))

Monday, October 4, 2010

tanda-tanda bersalin



huh...waiting game/ menunggu hari sesungguhnya sangat mendebarkan.huhu..kalau nak ikutkan dah banyak dah tanda2 bersalin yang aku dah alami. ...antara tanda-tanda anda hampir nak bersalin adalah :


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
**(ok, part ni sume aku dah rasa...lagi2 asik nak terkentut (sory enciksuami:P) huhu..pastu kerap nak poo poo  dan shi shi :P )


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. 
**(yang ni belum rasa lagi. orang cakap kalau keluar air dulu tak rasa sakit sangat nak brsalin.tapi kalau keluar tanda darah dulu akan rasa sakit sangat masa nak beranak)


Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
**(ini penah rasa, tapi kadang-kadang je)


Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

** (yang ni of course la belom lagi :P)


{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.



ok, itu je info untuk hari ini ye....sekian:) 
credits: ratuhati


p/s: sedang pening kepala pikir urusan beli rumah....

Thursday, September 30, 2010

maternity leave

Yeeeeeeeeeehhaaa~ 


dengan ini aku mengumumkan bahawa aku sudah mula bercuti hari ini:) 
aku mohon early maternity leave semalam dari pengetua sekolah aku dan pengetua aku luluskan cuti aku serta merta :) Alhamdulillah:)) org cakap rugi ambil cuti awal coz nanti kena naik keje awal....tapi......aku sangat la bertuah sebab... kalau aku amik cuti awal pon...aku naik still tak kerja coz tengah cuti sekolah:P itu lah untungnya jadik cikgu..so cuti bersalin aku adalah 3 bulan termasuk cuti sekolah:) hehehehee...planning baik punya:D
 La La La....~

muka happy..sebab dah cuti:)
sebenarnya sudah malas nak g keje:P eh?
oh,sangat rindu kucing aku,Tehcik n CT yang terpaksa ditinggalkan kat segamat buat sementara waktu:(


so....ape mau buat ye hari ni??:P (statement untuk menjeleskan korang sume)

ok lah...mau makan makan dan makan:P Daaa..~

Tuesday, August 17, 2010

apakah bahan yang berbahaya kepada ibu mengandung?

ibu-ibu mengandung patut baca info ini demi baby tersayang ok?

 


1) Cat Minyak Dan Tinner

Logam berat yang terkandung di dalam kedua-dua bahan kimia ini sangat tinggi sehingga mampu  menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara masalah yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah lama kepada bahan-bahan tersebut ialah berat badan kurang, lahir tidak cukup bulan dan keguguran.

2) Produk Aerosol, Pemutihan, Pembersih Lantai, Penyegar Udara Dan Pembersih Kaca

kesemua bahan ini mengandungi bahan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Kesemua bahan kimia ini adalah bahan utama yang boleh membunuh kuman. Walaupun bahan-bahan tersebut mampu membunuh kuman, tidak semestinya baik terhadap manusia. Hal ini adalah kerana selain kuman, manusia turut menerima kesan yang sama. Jika seseorang ibu hamil itu terdedah terlalu lama kepadanya, dikhuatiri bayi dalam kandungan turut menerima kesannya. Masalah yang mungkin berlaku pada bayi ialah seperti kelainan pada saraf terutamanya pada saraf mental. Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko untuk mengalami kecacatan anggota.

Nota:

Jauhi Daripada Semburan Beracun

Minta bantuan orang lain untuk menyembur aerosol dalam bilik atau mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Tinggalkan tempat yang sudah disemburi dengan aerosol buat seketika dan kembali dalam tempoh lebih kurang sejam.

Semasa proses penyemburan dibuat, pastikan tiada makanan dan minuman yang terdedah. Peralatan yang terkena semburan bahan kimia perlulah dibersihkan bagi menghilangkan racun yang melekat padanya, Jika sekeliling rumah anda disemburi asap pe-nyah nyamuk (fogging) tutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak.

Ketika berkebun, gunakan sarung tangan. Cara ini dapat mengelakkan tangan dan kuku anda daripada terkena racun serangga yang ada pada daun, bunga atau tanaman.

3) Cecair Pembasmi Kuman Dan Insect Repellent

Bahan kimia seperti pestisida yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini boleh menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah masalah keguguran, kecacatan dan lahir tidak cukup bulan.


4) Krim Pemutih

Ketahuilah bahawa krim pemutih mengandungi raksa (merkuri). Atas sebab inilah proses pemutihan pada kulit dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tidak mampu menunjukkan hasilnya dalam masa hanya beberapa minggu. Kehadiran raksa dalam bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

5) Pewarna Rambut

Sekiranya anda berhasrat untuk mewarnakan rambut dan pada masa yang sama anda hamil, disarankan agar menangguhkan dahulu keinginan tersebut. Hal ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut boleh membahayakan anda dan bayi.

6) Ubat Jerawat

Ibu hamil yang mengalami masalah jerawat tidak digalakkan memakai ubat jerawat dengan kerap. Biasanya, semasa hamil seseorang wanita itu dinasihatkan agar berhenti seketika memakai produk tersebut dan boleh menyambung kembali penggunaannya selepas bersalin. Walaupun penggunaan ubat jerawat boleh diteruskan selepas selamat melahirkan anak, pemakaiannya perlulah sentiasa dipantau agar tidak berlebihan.

7) Pelarut Organik

Untuk pengetahuan, pelarut organik adalah antara bahan kimia yang paling selalu digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti di hospital, kilang percetakan, kilang pembuatan kosmetik, kilang tekstil dan makmal penyelidikan. Antara bahan yang di kategorikan sebagai pelarut organik ialah aseton, metil etil keton, fenol, glikol eter dan benzena.

Walaupun hanya terdedah pada kadar yang terlalu sedikit seperti terhidu ataupun melalui penyerapan melalui kulit, bahan pelarut organik sangat berbahaya terutamanya pada ibu hamil kerana boleh menyebabkan masalah seperti:
  • Kematian bayi semasa masih dalam kandungan
  • Kecacatan pada bayi
  • Keguguran
  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
  • Tahap kesuburan ibu menurun




and last but not least....

cara-cara pergnant mummy pakai seatbelt dengan betul..just for your safety:)
(tapi aku memang rimas pakai seatbelt masa tengah preggy dan juga walaupon tak preggy:P haha)




credits: kakengkubidanbersalin

Wednesday, July 21, 2010

week 29 pregnancy and i feel very BIG right now :P adakah kembar??

wahhh...cuba korang tengok sket kat weekly pregnancy calendar aku...

YOU ARE 29 WEEKS PREGNANT 
Baby's now the size of a squash!! 

tapi aku rasa perut aku macam lebih besar daripada squash je:P
haha
 aku pon dah makin gemoks.12kg naik ok.tapi takpe...demi baby tersayang...yang penting baby sehat.tapi yang pasti,pas bersalin,aku akan pastikan aku kembali slim n muat untuk pakai balik kebaya kebaya ku yang telah lama ku tinggalkan.haha.

btw,ramai member aku tegur perut aku besar...dah macam 8 bulan.padahal baru nak masuk 7 bulan.
adakah kembar??:P
memang aku ada keturunan kembar pon..
tapi aku scan nampak satu je...aku scan 2D je la stakat ni.belum yang scan 3D lagi.
member cakap,die dulu dah 5 6 bulan scan 2D memang nampak sorang je..tapi bila scan 3D baru nampak ada dua.wah...nak kena scan 3D or 4D ni.tapi mahal la:P 
mak aku dulu pon scan nampak ader sorang sekali keluar ada dua.hehe.


btw,semalam aku check up..and guess what.berat aku sekarang dah 57kg ye wahai tuan2 dan puan2 sekalian:P dan jumlah berat badan aku naik adalah 12kg.wah wah wah...adakah sebab aku kuat makan sekarang atau baby yang makin besar ?tapi berat baby masa scan hari tu baru 978g..:P 
member aku kat sekolah yang pregnant gak,tapi die pregnant 7 bulan baru baik 5kg jek.n die muat lagi pakai baju kurung moden walaupon dah 7 bulan. aku??baju kurung moden,kebaya dah lama disimpan rapi didalam almari ok:P 


tapi ada good news gak masa check up semalam. HB aku dah normal,di tahap selamat..11g :) sebelum2 ni mesti 10g dan kebawah.hope akan terus berkekalan sampai aku bersalin nanti.aminn:))

.
.
.

ok,jom tengok apa kata babycenter untuk 29 weeks pregnancy



"Your baby now weighs about 2 1/2 pounds and is a tad over 15 inches long from head to heel. His muscles and lungs are continuing to mature, and his head is growing bigger to make room for his developing brain. To meet his increasing nutritional demands, you'll need plenty of protein, vitamins C, folic acid, and iron. And because his bones are soaking up lots of calcium, be sure to drink your milk (or find another good source of calcium, such as cheese, yogurt, or enriched orange juice). This trimester, about 250 milligrams of calcium are deposited in your baby's hardening skeleton each day." (babycenter)-dun worry,aku memang jenis kuat minum susu dan selalu makan cheesekek masa preggy ni.patot berat aku naik byk kot?hehe
 .
.
.
dan apa pula kata prenatal health kepada aku si ibu mengandung aka mak buyung pada kehamilan 29 minggu?

Likely you are settling in nicely to your pregnancy and beginning to prepare yourself for the birth of the your baby. Unfortunately, along with Week 29 and this last trimester of pregnancy, can also come plenty of discomforts such as heartburn, insomnia and leg cramps. If you notice you are having frequent leg cramps, it might be due to having a lack of calcium in your diet. Calcium-rich foods include cottage cheese, yogurt, salmon, tofu, collard or mustard greens. Be sure to look over more healthy eating ideas in our entire nutrition series.(prenatalhealth) - ok.memang aku makin susah nak tidur sekarang,.tak lena.malam tadi memang aku tak boleh tidur.cian encik suami,die pon tak boleh tidur bila aku tak boleh tidur:( dan kaki memang mudah cramp sekarang:(


.
.
btw, aku dah kena beli barangan baby dari sekarang.coz ada kemungkinan ibu mengandung boleh bersalin awal kan.so nurse cakap kena beli dan prepare barang (letak dalam beg n simpan dalam bonet kereta ) dari sekarang,just in case. 
 
 
P/S: tak sabar nak shopping barang baby!:))