iklan

Showing posts with label my personal life. Show all posts
Showing posts with label my personal life. Show all posts

Wednesday, July 17, 2019

pertama kali zaheen warded di hospital...

catatan 17/7/2019 (jam 3.21pm : waktu rehat di sesi petang).

hari ni rajin pula nak menaip, jadi saya pun terus on laptop n menaip;)
.

setelah hampir 3 minggu asthma zaheen tak baik-baik(wheezing masih kuat).. asyik ke klinik untuk neb (1 hari 2 kali neb..pagi n malam).. akhirnya kami decide bawa zaheen jumpa doktor pakar KPJ. So, zaheen kena warded sebab doktor nak buat test n monitor keadaan zaheen(sebab masih wheezing dada dia).
.

 hasil X ray dan Ct scan doktor dapat detect ada kuman di paru-paru dan zaheen juga ada masalah sinusitis yang serius.. dimana kuman dah memenuhi rongga hidung dia yg belah kiri. so kuman tu merebak terutama jika berbaring ke area seperti paru-paru..dan boleh ke otak. bahaya! nasib dapat kesan awal..jadi doktor bagi antibiotik yang sesuai dan ubat hidung(ubat titis, ubat spray dan ubat cecair hidung) dan juga ubat asthma. 
.
ok ni contoh hasil ct scan sinus normal

ini contoh yang ada masalah sinusitis yg agak serius. hampir sama macam keadaan zaheen. belah kiri dah hampir tertutup.
.


Fuh,banyak juga ubat yang dapat. Jumlah bil hospital  semua RM4k++. nasib baik husband ada ambil insurans AIA cover satu family. tak sia-sia bulan-bulan bayar rm400++ :P

sian anak ibu. sebenarnya ni first time zaheen warded(umur 9 tahun). dia sorang tak pernah masuk hospital sebenarnya.

ni masa nak jalan2 kat kafeteria nak pergi beli makanan. dia nak ikut gak.

tengok kartun. macam seronok je ek dok spital dapat tengok tv tanpa gangguan adik2:P

comel wallpaper kat bilik ni

berselera betul dok hospital. asyik makan je.haha


.
alhamdulillah, zaheen dah discharge( 2 hari 1 malam je warded). tapi kena teruskan makan ubat dan berehat di rumah. 1 minggu lagi ada check up. harap-harap zaheen serasi dgn ubat doktor bagi dan terus sihat, doktor kata kalau tak sihat juga dia akan di rujuk kepada pakar ENT pula.
.
.
cepat la berakhir minggu ni sebab badan rasa penat tak larat letih lemah lesu semua ada. pening kepala dan tak sedap badan. malam tadi pun tidur awal lepas magrib (telan panadol terus terlelap). penat sangat rasa. apapun, setiap ujian pasti ada hikmahnya.. semoga baik-baik sahaja selepas ini. okay lah saja nak bercerita di blog. rindu pula. jumpa lagi di lain post ;)


Saturday, June 18, 2016

40 weeks pregnant.

assalamualaikum..



hihi..im still pregnant kepada sesiapa yang tertanya-tanya:P

haha.actually mmg hampir setiap hari orang tanya aku 'DAH BERANAK KE BELUM" atau..."DAH BERSALIN KE?" 

haha..actually mmg agak stress bila ibu mengandung yang sedang tunggu masa nak bersalin or dah hampir dekat tarikh due or dah melepasi tarikh due di soal dan diasak soalan itu bertubi-tubi dari ramai orang:P huhu

perutku @ 40weeks pregnant.
tepat2 pada hari due date. 


stress...sebab aku pon tak tau bile nak beranak ni?ohooiii..
hari dah 40 weeks 3 days. 
dah overdue 3 hari.
anak2 aku dulu zaheen dan ziyad pon overdue.
zaheen overdue 6 hari, lahir 3.81kg.
ziyad pula overdue 3 hari, lahir 3.9kg.
maybe baby nak ikut jejak langkah abang dan kakak die ..overdue juga.huhu..
tak apalah, yang penting anak ibu sihat dan selamat semuanya.
i just can't wait to meet u baby :)


yang paling selalu banyak tanya bila baby nak keluar ialah Ziyad.
huhu...sebab die tahu akan dapat baby boy. 
so die excited nak main dengan baby nanti. 
selalu letak mainan die atas perut ibu sebab nak bagi pinjam baby main,hihi
so sweet abang Ziyad :)

hihi,abg ziyad bagi baby pinjam mainan die.


actually, minggu ni aku agak kurang sihat.
kena batuk berkahak ..kahak warna kuning pekat.
batuk yang kuat sampai aku kene asthma dan kene neb.
dah lama aku xkene asthma ok.neb pon last tahun lepas rasanya.
lepastu, disebabkan batuk kuat, aku punya dada bahagian belakang sakit gila. bisaaaaaa. nak buat apa2 pon tak boleh:( 
kalau ikutkan doktor nak bagi antibiotik sebab ade infection katanya (kahak kuning pekat).
tapi memandangkan masa aku g klinik tu, lagi satu hari nak due aku...doktor kata tak payahlah antibiotik,. so aku just dapat ubat batuk n ubat cair kahak utk ibu mengandung.
alhamdulillah lepas 2 hari keadaan makin ok..dan hari ni alhamdulillah aku makin sihat.
dah boleh aktif macam biasa :)
kalau tak...tidur malam pon xlena sebab asyik batuk n wheezing jn kene sedut inhaler sbb asthma.
aku risau gak kalao xbaik lagi nnt nak bersalin semput camne? T__T
sekarang masih batuk,tp dah kurang..dan bila batuk dah sakit kat dada..n kahak pon dah cair..
mybe baby nak tunggu ibu sihat betul baru nak keluar :)


oklah,tu je nak mengomel malam ni...
nak tdo dulu..
gudnite alls
doakan urusan bersalinku dipermudahkan..
mudah , cepat dan selamat.
aminnnnnn :))))))




Wednesday, June 1, 2016

37 weeks pregnant :)

assalamualaikum!


dah lama xupdate blog tetibe dah 37 weeks pregnant kan?heee
actually hari ni lebih tepat 37 minggu 7 hari. esok dah officially 38 weeks. yay!
erm..it's a BOY insyaallah :)
due pertengahan JUN ini..
tapi hopefully baby x overdue macam kakak Zaheen n Abg Ziyad.hehe
so i is gigih la berjalan2 ,naik turun tangga,kadang-kadang kalau rajin ketuk ketampi n jalan itik sebab nak cepat kan bukaan dan nak cepat beranak.:P tak sabar dah rasanya.huhu. 
berat pon dah naik mencanak-canak ni. sape tak risau?
lagi2 jika suami anda adalah kurus dan selimmm seperti suami ku.huhu
siap ade yg cakap aku tak muat kot bengkung saiz S sebab nampak aku gempal  T__T
takpe2...aku akan sahut cabaran kamu kamu ituuuwww...
aku akan kembali semula ke saiz S aku lepas bersalin.hohoho


ok, erm,,nak cerita apa ni?
tetiba cam takde idea lak.huhu
erm..
doakan aku dipermudahkan urusan bersalin ya kawan-kawan..
doakan aku n baby sihat..insyaallah ..amin..
walaupun masuk anak ke3..tetap rasa takut dan seriau bila pikir pasal beranak .
ni dah nak due ni..lagi lah aku asik google pengalaman bersalin n etc..
mudah-mudahan yang kali ke 3 ni lebih mudah...aminnnn:)


ok lah, itu saje untuk malam yg indah ini.
taknak letak gambar sebab dah macam dugong dah ni.
hahahahhahaa
Kbai.
assalamualaikum:)

Saturday, October 5, 2013

stress.

stress dengan keje.


nak spend lebih masa dengan anak.
nak jaga anak sendiri.
nak layan anak tanpa terikat ngan perasaan risau pikir tanggungjawab kerja dan tekanan kerja.
nak buat apa yang aku suka tanpa perlu ikut arahan PIHAK ATASAN yang terlalu mengejar PRESTASI.
nak keseronokan bekerja.
nak buat sesuatu yg berfaedah,  bukan kerja yang entah ape2 dan mengarut dan menipu.TRANSFORMASI KONON.


can i quit now?
yup memang dah lama pikir nak quit kerja .letak jawatan sebagai seorang guru.
semakin hari semakin mencabar tugas yang perlu dipikul.
semakin hari semakin tak tahan dengan kerenah pelajar sekarang.
pelajar sekarang semakin lama semakin leka dengan teknologi...facebook,twitter,blog, instgram,keek,whatsapp dsb. nasib zaman aku dulu takde sume bende ni .kalau tak...ntah berjaya ke tak aku.huhu.
i dun think i could make it.
i dont love my job anymore.


stress.
nak bersara awal.
kalau aku kaya..dah lama bagi notis letak jawatan 24 jam.
serius.
aku terpikir...sampai bile aku nak keje macam ni? sampai ke pencen umur 60 thn ke aku akan keje di bawah arahan orang? kalau time tu br bersara and then baru  nak mula  buat apa yang aku suke,apa yg aku impikan...sempat lagi ke?dah tua. dah tak bertenaga , entah ade lagi ke tidak .. life is short. enjoy life. aku tak nak sampai ke tua  aku tensen ngan kerja, xdapat buat apa yg aku suka dan apa yg aku impikan dalam hidup.




sabar.




Saturday, September 7, 2013

dah lama tak demam camni...

assalamualaikum...

aku rasa sepanjang minggu lepas dan minggu ni adalah busy sangat..kat rumah busy ..kat sekolah lagilah busy. kerja sekolah pun banyak..non stop.
actuaally dari minggu lepas rasa cam nak demam..tapi masih boleh tahan lagi...mybe badan kuat boleh buat kerja pun sebab dengan bantuan vitamin shaklee yang aku makan..kalau tak mesti dah lemah lemau lesu semacam..


tapi minggu ni ....tak tahan sangat dah..kerja pon dateline dah dekat.so banyak sangat keje nak buat.sampai balik rumah pon terus buat kerja2 sekolah yg bertimbun itu. tekak memang dah rasa tak sedap start hari selasa..pastu aku lak baru je period sejak lepas bersalin aritu...(kali ni ziyad 7 bulan lebih..baru period.dulu masa zaheen..zaheen 6 bulan baru period).


so khamis aritu...tekak rasa perit sangat..kepala dah berdenyut2,nak pitam pun ade.sakit2 satu badan terutama pinggang..badan rasa sejuk...tp dalam badan rasa panas (panas dalam)..sampaikan masa tengah mengajar..aku minta budak tutup kipas sbb tak tahan sejuk (tapi budak2 kepanasan.haha.sorry ye...cikgu kurang sihat).badan aku dah gigil..tapi aku still mengajar dan pada masa yang sama...waktu free je aku siapkan kerja2 aku...sampai satu masa..aku rasa tak tahan sangat.kepala rasa cam nak meletup je. aku stop. nangis. whatsapp mak aku...tak tahan dah..bla bla bla( mak aku paham pasal PBS..sebab die pon cikgu).aku cakap..aku dah gigil.sakit kepala.nk pitam. cam nak demam.sejuk. sakit satu badan.sakit dada..aku pon xsure aku boleh drive balik tak ..nak jemput zaheen n ziyad lagi. perjalanan balik sekolah dr sekolah ke rumah aku dah la jauh gak...sampai rumah biasa nya dah 7.30mlm..aku rasa aku tak larat. so husband aku jemput aku dari sekolah. die dr kilang die naik motor n bawak aku balik naik kereta.motor die tinggal kat pondok guard. siap jemput aku naik atas kat bilik guru bawakkan barang2 aku.tq syg..



balik je rumah..aku terus mandi. sbb badan rasa tak selesa. gigilllll masa aku mandi tu. sampai kene duduk mencangkung tahan sejuk ..pas mandi tu,....nak jalan pon dah membongkok sbb sakit sgt pinggang n belakang aku.dah macam org tua aku rs. haha. makan jap..pastu trs gi klinik. suhu aritu...38 degree..dpt mc sehari..


jumaat: still tak baik lagi.tekak makin perit....suara dah takde dah..badan makin panas...gi klinik lg malam tu...tp klinik lain plak..suhu makin naik 39 degree.patot rs tak larat sangat. kali ni doc ckp ade infection kat tekak...so doc bg ubat radang tekak ..mc lg satu hari..kebetulan sabtu ni sekolah aku ade program bertemu ibu bapa..so mmg tak larat sangat nak gi..kena lah mc lagi.sorry ye kawan2:(


sabtu: berehat sepuasnya. encik suami jg anak. hari ni tertidur dr tgh hari sampai pukul 5.30 ptg. hope aku sihat seperti sediakala. banyak keje nak buat ni.:P

ok.itu shj laporan demam dari aku yg dah lame xdemam:P bye,assalamualaikum

Friday, December 7, 2012

35 weeks!

I'm 35 weeks pregnant already! next week dah 36 weeks or 9 month which is dah cukup bulan dan menunggu masa untuk bersalin je kan. tapi dulu masa bersalinkan zaheen, overdue 7 hari. which means aku bersalin pada 40 weeks 7 hari. hope yang second ni tak overdue lagi. dan my six sense rasa baby cam nak keluar awal. before 40 weeks. entah. my six sense lah. hope urusan bersalinku dipermudahkan Allah. InsyaAllah. sangat risau nak tinggalkan Zaheen sebenarnya. sian kat die. sape nak jaga die nanti masa aku nak bersalin. dah la aku nak hubby temankan aku bersalin. maybe hantar zaheen ke rumah babysitter die. insyaallah sempat. walaupun jauh gak sebenarnya umah babysitter ngan umah aku.



so far,preparation baby dah siap sepenuhnya. tinggal nak pasang babycot dan tilam baby. tak boleh pasang awal, nnt zaheen yang nak main2 dlm tu. :P preparation aku dalam pantang pon..dah nak settle. cuma lom beli set berpantang shaklee je lagi. tak menyempat nak beli. padahal dah jadi ahli kan:P haha. ada sape2 nak beli sekali set berpantang shaklee, boleh aku belikan terus sekali harung:P hee.


actually, aku rasa perasaan nak bersalin kali kedua cam lebih takut dari yang pertama. sebab dah RASA sakit sebelumnya camane kan. masa bersalin yang pertama tak takut sgt sebab taktau kan rasa sakit die camne. sekali..hambik ko:P hehe. hope yang kedua ni ,mudah bersalin dan no stiches! taknak episiotomi dan tak nak kena jahit. aku ada baca, cara nak elak episotomi...kena pandai guna teknik pernafasan semasa bersalin (breathing technique) .antaranya, sumber dari ceeramoon:
  1. Masa mula-mula contraction sampai.
    Tarik nafas dalam dalam guna hidung. Dan lepaskan panjang-panjang guna mulut.

  2. Bila contraction kerap datang.
    Bernapas laju laju guna mulut. Tarik napas guna mulut, lepas pun guna mulut jugak. fuh fuh fuh fuh....

  3. Bila rasa nak teran, tapi belum masa untuk teran.
    Perghhhh bab ni scary siot. Kita dah rasa nak teran, tapi tak boleh teran sebab bukaan belum 10cm lagi. Makanya, ko kena tarik napas laju laju guna hidung dua kali. Dan lepas guna mulut sekali. Dan buat benda tu berulang kali sampai hilang rasa nak teran. faham tak??? kira macam "sniff sniff fuhhhh" "sniff sniff fuhhh"

  4. Sudah tiba masa untuk teran
    Tarik nafas dalam-dalam guna mulut. Sebab katanya, lebih banyak udara yang masuk sekiranya tarik nafas guna mulut berbanding dengan guna hidung. Dan lepas tu push dengan sekali nafas dan sekiranya nafas dah habis, tarik nafas secara perlahan-lahan supaya kita tak menyedut kembali anak yang bakal keluar.
pastu kena pandai dan tahu teknik meneran ngan betul gak. aku second pregnant ni baru nak stady sume2 tu. masa pregnantkan zaheen tak stady pon breathing technique dan teknik meneran masa nak bersalin. rugi2.  pastu, korang pernah baca tak pasal natural birth atau hyponobirth ? boleh baca SINI dan SINI gak. baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin secara natural birth/hypnobirth ni.memang menarik. rasa cam nak try jek.tapi kena ada ilmu gak. jgn main hentam jek ok.  



oklah, ni ada amalan nak senang bersalin dari blog sukasuki . antaranya adalah seperti..:

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 
insyaallah, doakan urusan bersalin ku dipermudahkanNya ya kawan2 :) 
cant wait for the baby:)
 nama pon dah adaa:)
kali ni aku yang pilih nama;) 
oklah, tu saja untuk hari jumaat yang mulia ini. 
last but not least...




p/s : tajuk SEMANIS KURMA malam tadi, cara didik anak, best kan?banyak tips dan info berguna :)
  

Friday, November 23, 2012

first time kena minum air gula

assalamualaikum :)

dah lama belog ni tak berupdate kan?padahal dah cuti sekolah kan.banyak je masa terluang kan?:P
perasaan malas menguasai diri:P
haha



so harini nak update pasal my 2nd pregnancy lahh..
minggu ni my baby dah 32 weeks or dlm kiraan bulan dah 8 bulan dah:)
alhamdulillah, ibu n baby sehat sejahtera. ibu baby lagi lah...makin BAM BAM ;P terutama di bahagian perut,paha dan cik bon bon :P haha. berat pon naik banyakkkkkkkkk:P sampai satu bulan naik 3.5kg.pastu kena bebel ngan nurse.pastu kena minum air gula (sebab berat naik mendadak dalam 1 bulan). haha.padan muka. sape suruh asik buat kek dan makan kek?:P cis.


ni antara 'gula dan lemak' yang aku buat dan MAKAN selepas oven aku dah selamat dibaiki:P hehe.
dengan erti kata lain..ni lah makanan yg aku makan punca berat badan aku naik banyak sejak akhir2 ni:P
ni baru sket aku letak. padahal yg aku dah buat byk lagi dri ni.ada yg tak snap sebab buat bende yg same je. so snap pic sekali je cukupp.


apple blueberry pie

mint oreo cheesecake

durian crepe

creamy and cheesey baked penne

piza roti gardenia yang dah berpuluhkali buat:P

macaroni cheese with white sauce

puding milo oreo

brownise


muffin choc

kek coklat

carrot muffin,my fav!

snowy cheese cake

kek pisang



So, rabu lepas(21/11/12) adalah pengalaman pertama aku minum air gula atau dalam bahasa klinikalnya dipanggil ujian MGTT. masa ngandungkan zaheen dulu, tak pernah kena minum air gula pon..walaupon berat adakalanya satu bulan naik byk.maybe nurse terlepas pandang kot time tu. sebelum kena minum air gula,  aku dah google2 dah tips minum air gula,prosedur minum air gula n etc. buat preparation dulu beb. supaya bersedia mental dan fizikal. haha.

pic ehsan mr google



Appointment minum air gula adalah seawal 8pagi. sebelum tu, malam sebelumnya aku dah kena berpuasa dari jam 10mlm. (tapi kol 12 mlm, minum milo gak sebab lapar:P).masa dah kat klinik.. sampai je turn aku, kena amik darah dulu. utk cek gula dlm darah sebelum minum air gula. ala, cucuk sket je kat hujung jari. pastu baru kena minum air gula (tanpa perisa) . ok, mula2 tgk air gula tu....perghhh..banyak tuu nak kena minum dan habiskan.
lebih kurang banyak ni gak la kena habiskan. pic ehsan mr google.

then, aku teringat ade baca tips dari blogger lain..minum satu or 2 teguk terus supaya tak termuntah or susah nak habiskan air tu. so....Bismillah...alhamdulillah, 2 kali teguk, aku habiskan air tu tanpa fikirkan sangat apa rasa die. taklah teruk sangat rasa air gula tu. haha.(berlagak:P) ade akak yang sebelum aku tu..minum sket2,pastu minum ..muntah,minum..muntah..takot lak aku tgk.  lepas dah minum tu...kena rehat 2 jam,tak boleh makan minum or balik.dok rehat kat klinik je. xdibenarkan gi mana2. so aku lepak2 je lah kat sekitar klinik. 15minit lepas minum...dah start rasa pening2. dan lapar! tahan je lah...sambil bersandar kt kerusi..sambil layan FB..



lepas 2 jam..kena tunggu turn lagi untuk cek darah lepas minum air gula lak....dan...result MGTT aku adalah........
sebelum :4.5 mmo/L.
selepas: 7.8 mmo/L  !!!
 perghh...dah border dah tu. 7.9 mmo/L dah dikira ada diabetes semasa mengandung (GDM).
nasib baikkkkk!!so, nurse nasihatkan aku jaga makan.kurangkan makanan dan minuman manis. baiklah nurse, akan cuba ku usahakan :P



ni jadual kadar gula dalam darah sebelum minum air gula dan selepas minum air gula.
normal gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula adalah <7.8 mmo/L. lebih je 7.8 dah dikira ada diebetes.



ok, lepas ni aku berazam aku nak kawal berat badan aku walaupon tengah mengandung. no more baking after this :P (sekali sekala takpe kot...nnt aku gugel resepi kek yg sehat :P haha) berat sekarang pon dah 62kg. padahal baru 8 bulan. dulu masa ngandungkan zaheen...berat terakhir sebelum bersalin adalah 65kg. now,baru masuk 8 month dah 62kg. ok. saya tau saya dah gemok. -_-. berat encik suami lak 59-60kg je. ok jeles. sekian.

Thursday, August 16, 2012

raya surprise...from husband!:)

thanks dearest husband:)

sempat lagi die buat surprise malam2 camni.
padahal tadi aku siap bebel2 kat die suruh basuhkan toilet,tolong pasang langsir bla bla bla:P
aku lak sibok kemas baju untuk balik kampung:P
pastu dah tolong2 bini, die kene gi keje lakk malam2 ni.
bila si isteri bukak laptop...ade..kad ??
kad raya !
dah lama kot tak bagi kat raya kat encik suami sejak dah kawen ni:P
dulu masa couple,rajin la:P
baca kad raya tu...ala syahdu..terharu la pulakkk..
pstu siap ada bagi arahan suruh cari sumthin' di sesuatu tempat...
cari punya cari...maka terjumpa lah bende alah s3 tuuu:P
haha..
thanks syg!
terharu :)
balik keje cepatt:)
 
love u banyak banyak banyak:)
 
 
 

Friday, May 25, 2012

fb status



 My status on FB this morning.

  I don't think i should explain everything to others. Wasting my time la layan orang macam tu.

Wednesday, December 28, 2011

berjaya berOMBAK RINDU di Segamat :P



 akhirnya...setelah sekian lama MENGIDAM nak tengok wayang, dapat jugak kami tengok wayang kat panggung wayang LFS di ONE SEGAMAT masa balik segamat weekend lepas:P hehe. baru bukak tu panggung wayang tu kat segamat. dekat je ngan umah aku lak tu. jalan kaki pon boleh sampai. huhu. best2. 


p/s: thanks to adik adikku yang tolong babysit zaheen masa kitorang dating tengok wayang:P


Saturday, November 5, 2011

entry celaru

Assalamualaikum.



korang mesti dah balik kampung menyambut raya aidiladha ngan famili kan? aku je masih tercongok kat rumah ,tak balik kampung lagi. tunggu encik suami blk keje.tahun ni beraya aidiladha di kampung suami saja..dekt je..setengah jam je dari rumah kami..tahun ni tak balik segamat pon..walaupon cuti sampai selasa..sob sob :( actually, aku juga yang request balik kampung suami saja sebab baru je balik segamat minggu lepas dan 2 minggu sebelumnya..dan dah lama tak balik kampung suami, cian lak die kan..aku memahami..dan ada juga sebab2 lain sebenarnya..sory mak ayah dan adik2ku..:(




hmm..sejak kebelakangan ni..mudah sangat sakit kepala. kenapakah? tensen kah?
makin bertambah sakit kepala bila org bank dah call ingatkan pasal hujung bulan ni dah start kena bayar duit loan rumah. OMG. serius pening. sebab...rumah belom dapat kunci lagi. so belum boleh pindah rumah baru lagi. still kena duduk rumah sewa lagi. duduk rumah sewa pon..bukannya FREE.  masih kena bayar duit sewa rumah kepada owner. hmm..so hujung bulan ni dah start kena bayar duit rumah dan duit sewa rumah. T__T
 cepatla dapat kunci:( tak sabar dah rasanya. pemaju dah ingatkan..masa serah kunci, kena sediakan dalam rm500 untuk elektrik, air dll. pon dijangka ujung bulan ni jugak kena bayar. lepas dah dapat kunci, bukan boleh terus duduk rumah tu, kena check ada defect tak. kalau ade defect kena report dan tunggu kena baiki dulu. dah siap baiki defect baru lah boleh panggil orang datang rumah untuk ukur2 pasang grill, table top, cornis etc. itu baru ukur. bincang-bincang lagi, pilih nak yang mana lagi..pastu tunggu diorang buat amik masa sebulan dua gak.  dah siap pasang grill,cornis,wiring,table top,lampu kipas, baru boleh basuh dan bersihkan rumah. pastu baru boleh pindah barang. kemas barang-barang pindah lagi. pergh..tu semua banyak guna duit. duit. dan duit.







dan makin pening bila barang2 seperti kipas, lampu , hud dapur ,aircond belum beli lagi. haha. asyik tangguh2 nak beli, ni dah last minit baru lah terhegeh-hegeh nak cari. hmm..actually semuanya berlaku begitu pantas kot. decide nak beli rumah tu bulan 7. bulan 8 dah confirm beli rumah. bulan 9, 10 busy ngan keje. tak sempat nak survey2. bulan 11 ni dah start kena bayar housing loan. haha. bulan 11 ni lah kitorang baru ada masa nk survey2 n nak beli sikit2. tapi..tu lah..benda kalau baru nak beli sekaligus, haaa kau. banyaklah duit yang keluar. lagi2 bulan ni jugak lah nk kena byr housing loan, duit serah kunci.so nasihat aku: kalau korang dah beli rumah tu..beli la brg2 seperti kipas, lampu sikit2. setiap bulan beli sikit2. takde lah byk sgt nk kena bayarnya berbnding beli sekaligus cam aku ni:(





ni pon aku dah kemas barang-barang sikit-sikit. senang nak pindah nanti. aku dah suruh encik suami amik kotak banyak2 kt kilang die untuk aku packing2 brg. so ..mel,ija n dila nnt korang datang rumah aku nanti jangan terkejut lak kalau tengok rumah aku dah kemas2 untuk pindah. huhu. sekarang ni dalam kepala aku dah start pening pikir nak masak ape la untuk korang nnt. huhu. dan minta maaf awal2 jika umah aku serba kekurangan untuk korang. segan je org nak dtg tidur tapi rumah dah kemas2 untuk pindah. hope korang paham tau.lgpon tahun ni aku sibuk ngan spm...so aku akan packing2 brg ikut waktu yg aku free...dan minta maaf juga kepada cik wawa sebab tak dapat nak gi wedding ko yg kt kl....atas sebab2 yang disebutkan diatas:P harap cik wawa paham:) haha...so kitorang dapat gi yg kt johor je...sob sob..:(





hmm..ok lah, penat dah menaip. at least sakit kepala aku dah kurang sikit kot:) selamathari raya aidiladha semua!:)










Friday, October 28, 2011

bila encik suami demam........

manja nya die.....................mengalahkan zaheen kalau zaheen demam :P




budak demam:P 
cuba teka mana satu bahagian kepala?:P
.
.
.
.
.
.


comel kan?:P 


lalalala..~



semoga cepat sembuh sayang:) 











Monday, July 4, 2011

GAMMA : KING OF KINGS

Jumaat lepas, 1 july 2011 sekolah aku buat sukan tahunan. 
Rumah aku,GAMMA dapat nombor 2 je. 
beza 2 emas je ngan tempat pertama. frust gak tak dapat johan. coz memang aku aim nk JOHAN tahun ni coz tahun lepas 2nd place je..tapi takde rezeki gak tahun ni.
takpe lah, atlit rumah aku pon dah buat yang terbaik dan sangat bersemangat. Semangat rumah sukan!:) 
aku pon lagi bersemangat:P 
abis sakit tekak coz aku asik dok menjerit sokong budak2 aku kat padang.huhu. 


ni antara pic nya..~


disebabkan tetamu jemputan hanya free 1 julai 2011, so sukan kitorang pon terpaksa lah buat tarikh yang die free tu.


perbarisan rumah gamma
acara guru..4x25m jek.haha,lawak lak lari relay 25m jek..tak mencabar kot:P hehe.
tak mencabar pon,aku leh tergelincir lepas pass baton kat member aku.haha.padang licin hokey:P
tapi takpe, team kitorang  dapat JOHAN hokey:P haha.
gamma: king of kings!
idea bendera,logo ,motto, lagu, maskot semua dari encik suami. thanks pengurus rumah sukan ku:)


maka selepas berakhirnya sukan tahunan ini, berakhirlah tugas aku sebagai ketua guru rumah sukan gamma. selepas sukan ni, budak budak lebih mengenali aku cikgu ketua gamma.huhu.
oklah...itu je nk merepek...minggu ni bz nak menanda kerja kursus sejarah PMR pulak coz pemantau nak dtg check.ingatkan boleh rilek2 minggu ni coz minggu-minggu sebelumnya bz ngan sukan. tapi tidak. hua hua hua 

p/s: ngah makan pazz da pizza. arini malas nak masak.nak order boleh klik sini


Wednesday, May 18, 2011

saket tekak

Minggu lepas : encik suami sakit tekak. si isteri ajuk2 dan ejek suara encik suami yang tengah sakit tekak .


Minggu ini: Si isteri pula saket tekak sakit tekak+selsema+batuk..satu pakej:P sebab berdosa ejek encik suami minggu lepas. dah mintak maaf dah sebab usik die minggu lepas tapi tak baek2 lagi :(


moral of the story: berdosa ejek suami walaupon bergurau. nanti kena balik kat kita.






p/s: suara adalah aset seorang guru:P

p/s lagi: zaheen dah pandai duduk!:)

Friday, February 18, 2011

kencing kotor dan keguguran.........

ok, aku kena kencing kotor. sangat sakit, pedih dan tak selesa ketika buang air kecil. oh, kencing kotor...plz GO AWAY!! aku tiba2 je rasa sakit masa kencing petang semalam..pedih sangat. pastu..esoknye...kencing keluar gumpalan dan cebisan darah. air kencing makin lama makin ke warna darah dan aku rasa sakit kat bahagian ari-ari cam sakit sengugut. ok, tanpa membuang masa aku terus mengajak en suami ke klinik petang tadi.. dan..jawapannya..aku kena kencing kotor dan demam sikit :(  penyakit kencing kotor ni bahaya ok. boleh baca kat sini untuk tau lebih lanjut. biasanya perempuan yang selalu kena sebab saluran kencing perempuan lebih pendek berbanding lelaki. simptom simptom yang aku sebut sebelum ni mungkin perubahan hormon aku saja daa..dan mungkin simptom kena kencing kotor gak sebab antara simptom kencing kotor adalah loya n pening pening.dan..........aku sekarang mengalami keguguran rambut:(keguguran rambut daa...bukan keguguran lain.hehe. kat lantai umah aku ni setiap ari mesti banyak rambut aku.padahal sapu lantai setiap hari.oh....aku taknak Botak:P huhu. ok la..tu saja:). btw, doakan aku dan encik suami cepat sembuh:)

Friday, December 24, 2010

rugi... dan sedih...

kenapa rugi??



semalam keputusan PMR keluar, lepas tu sekolah aku merupakan sekolah harian 1st kat pasir gudang. lepas tu peratus lulus semua naik. terutama subjek yang aku ajar SEJARAH, naik dari 89% ke 93%. lepas tu 50 orang yang dapat A dalam sejarah.pastu sekolah aku 13 orang dapat straight A's dalam PMR.alhamdulillah.berkat kesungguhan dan keikhlasan guru guru yang mengajar:)



oh ye.ape yang ruginya??sebab aku tak dapat gi sekolah semalam:( tak dapat nak tengok muka anak2 murid aku yang berjaya..hm....smalam dah siap-siap dah nak gi sekolah.siap dah plan n dah janji ngan member aku, yuzee nak bawak zaheen lagi.pastu die boleh meragam la pulak kan.nangis tak henti. risau ok.aku ingat die nak susu je..so aku pon susukan la die dulu dengan harapan lepas ni die senyap.tapi makin menjadi je nangis die:( nak tak nak terpaksa la aku cancel je gi sekolah. tu pun lepas confirmkan ngan member aku takpe ke aku tak gi sekolah n etc. rupenya anak aku meragam sebab sakit perut. die yak sampai melimpah-limpah sampai habis kena kaki n baju die. huhu. ade gambar die adik aku sempat snap.hehe.lega je muka die pas dah yak:P tapi selang beberapa minit pastu nangis balik:P


dan..ape yang sedihnya..? Oh..itu..biar lah rahsia...yang pasti..pasal hal ehwal sekolah juga....:)



apepon..tahniah kepada anak-anak muridku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. buat lagi yang terbaik untuk SPM dan seterusnya:)



oklah..anak aku dah nangis nak susu.BAI:)





Tuesday, December 14, 2010

perbualan antara abah dan anak

abah = encik suami aku dan anak = anak aku yang baru nak masuk 2 bulan :P


anak: gugu..
abah: agugugu
anak: agge
abah: agege
anak: aggu
abah: agugugu
anak: ggugugu
abah: aguugugu

paham tak??huhu...:P
walaupon tak paham bahasa baby tapi sangat seronok ok layan baby bercakap sampai kadang2 nak bercakap ngn die pon guna bahasa die seperti contoh di atas :P huhu~

btw, hari ni hari ke 3 dah duduk rumah sendiri setelah lama bertapa di segamat menghabiskan sesi berpantang:P mode= kemas+bersihkan rumah. tau2 aje la kalau lelaki dok umah sorang2 kat umah..rumah orang dah kawen pon nampak cam rumah orang bujang:P hehe..ok la,bye:))





Friday, December 10, 2010

1st anniversary letter for my husband:)

Kehadapan suamiku... Mohd Azuwan bin Raspani,



masih ingat lagi...saat kita berdua bertemu......


Kau dan aku...mungkin sudah ditakdirkan bertemu..berkawan...berteman tapi mesra di Kolej Matrikulasi Johor ...

saat pertama kali bergambar bersama....
walaupun rambutmu ketika itu seperti helmet...ku tetap tertarik pada personalitimu...kelakar...berbeza dengan diriku yang agak serius..:P
.
.
 benarlah kata orang...cinta boleh mengubah diri kita.....

sedikit demi sedikit kita berubah...



rambutmu sudah tidak seperti helmet lagi..:P
aku pula sudah tidak terlalu serius lagi..:)

.
.
.
setelah 7  tahun menyulam cinta...

akhirnya tanggal 11 disember 2009...cinta kita bersatu selepas kau mengucapkan lafaz nikah...

kini...kebahagiaan itu milik KITA..:)
.
.
.
.
masa berlalu begitu pantas...

saat ku mengandungkan benih cinta kita...

.
.
.

akhirnya tanggal 16 oktober 2010 tepat jam 5.17 pagi..lahirlah puteri kesayangan kita..Nurul Zaheen...

.
.
.
maka..bermula lah fasa baru dalam kehidupan kita..

tak cukup tidur sampai tertidur semasa mendodoikan anak...
waktu tidur anak yang tidak menentu..siang jadi malam..malam jadi siang...mengajar kita erti kesabaran...:)

saat anak kita menangis tanpa tau puncanya..
kelam kabut dibuatnya..
..
.
.
.
tapi..itu semua proses kehidupan..:)


yang penting..


anak kita membesar dengan sihat , sempurna dan berjaya dalam kehidupannya..

.
.
.
kini...setelah hampir 2 bulan usia nya..


anak kita sudah pandai senyum dan berposing depan kamera...pantang nampak kamera:p
adakah ikut perangai ibunya?:P
.
.
.
.
diam tak diam...


sudah hampir setahun kita berkahwin sayang...:)

dikesempatan ini...aku ingin mengucapkan..


Happy 1st anniversary Sayang...

.
.
.
Terima kasih untuk segalanya... :)
Sesuangguhnya aku bertuah memilikimu...dan diriku bahagia bersama kamu..:)

semoga kebahagian itu kekal milik kita :)
LOVE YOU!
always!:)
.
.
.
Lots of Luv,

UR NOTY WIFE :D


p/s: entry ini agak jiwang. sesungguhnya aku bukanlah minah jiwang, nak ;pujuk pon tak reti sampai sekarang:P tapi aku jiwang untuk suamiku tercinta.sekali sekala apa salahnya.kalau selalu...errr..~ :P