hye all:)
selamat petang:)
hari ni aku MC lagi.asthma masih kurang baik.tapi ni dah bertambah baik.
pagi tadi pergi klinik lain untuk dapatkan rawatan. taknak la g klinik panel semalam.tak kisah la kena bayar,janji puas hati.
ok,kena nebulizer lagi hari ni.sangat lega selepas nebulizer.
dan doktor pon layan setiap pertanyaan aku dengan baik.
ok.hari ni mood aku dah ok berbanding 2 ari sebelumnya,aku agak stress dan banyak menangis.itu yang menyebabkan kesihatan aku kurang baik dan aku diserang asthma.
ok.lupakan segala masalah.hadapi masalah dengan bijak.
menangis bukan penyelesaiannya:)
Be strong AIN!:)
petang2 ni sementara tunggu suami ku balik..aku mestilah bertenet jap.sambil menghirup air madu suam:)
aku prefer makan madu campur air,so takde la panas sangat badan nanti.ini pun encik suami yang ajar:)
so,banyak khasiatnya madu untuk ibu mengandung dan baby dalam kandungan.
aku memang amalkan minum madu suam tiap2 hari:)
selepas minum madu biasanya aku rasa lebih sihat dan bertenaga sikit.
bawah ni aku letak antara khasiat madu untuk ibu hamil dan baby dalam kandungan.
A) IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan
4. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil
B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.