info menarik. peringatan untuk diri sendiri juga.....
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang
berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin
Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’
kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang
menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh
atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang
lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang
jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak
Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang
sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting
kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang
kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang
tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama
anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan
anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk
berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
kdt-scaniaz
iklan
Showing posts with label didik anak dari kandungan. Show all posts
Showing posts with label didik anak dari kandungan. Show all posts
Wednesday, April 4, 2012
Sunday, May 30, 2010
Didik anak jadi pintar dari dalam kandungan
blogwalking dan terjumpa artikel best pasal didik anak jadi pintar...
so nak share dengan korang sume:))
so nak share dengan korang sume:))
1. Pemakanan
amalkan makan kismis, kurma, minum susu dan vitamin yg mencukupi.
Ubat doctor seperti asid folik,vitamin B kompleks,Ferum tablets dan vitamin C jangan lupa makan. Susu Ibu mengandung pun digalakkan minum.aku minum ENFAMAMA perisa choc,setakat ni dah masuk tin yang ke 3.:) susu ANMUM aku baca2 dan orang cakap...tinggi lemak, boleh gemuk.tu aku pilih minum ENFAMAMA.rasa die ok lah,lagipun choc flavor kan..sedap gak:)
selain itu,untuk menggalakkan perkembangan minda anak, kerapkan makan tomato, brokoli, bayam dan batang saderi. makan asam adalah tak digalakkan walaupun sedap makan asam2.
2. Amalan seharian
menurut pakar, bayi dalam kandungan didapati lebih responsif terhadap suara lelaki daripada suara wanita..jadi pastikan suami2 anda tahu tentang ini dan berusaha la secara bersama untuk melibatkan diri dalam aktiviti ransangan anak..
Ada beberapa cara utk meransang dan bercakap2 dgn si anak dalam kandungan, antaranya:
- bacakan surah al fatihah, muqqaddam, nombor digit 1 hingga angka 10 dalam BM dan BI termasuk abjad A-Z sambil mengusap perut
- membaca dan memperdengarkan surah Al Quran setiap hari...didapati bahawa bacaan yg sama dan berulang2 semasa dlm kandungan boleh membuatkan bayi anda mengenali irama yg sama jika dimainkab semula semasa berusia 12 bulan
- luangkan 5-10 min setiap untuk berbual-bual dgn anak..cerita la apa sahaja dgn bayi kerana pada minggu ke 20-24 bayi mula memberikan tindak balas yg kuat pada bunyi..jadi bayi sudah boleh mendengar suara ibu..ambil la peluang ini utk jalinkan bonding yg lebih rapat dgn bayi anda...
3. Jaga emosi
Anak yg pintar bukan shj pintar IQ tp berjaya EQnya..jadi pastikan si ibu tidak terganggu emosinya semasa mengandung kerana gangguan emosi ibu boleh mempengaruhi ransangan otak bayi..tekanan ibu hamil blh mengurangkan IQ si anak. hmm..tak boleh tensen2 sangat dan terlalu sensitif dan kuat nangis la ni...
Didik anak untuk jadi pintar bukan satu tugas yg senang..perlu konsisten dan kesabaran..dan tidak berhenti setelah anak itu lahir ke dunia..usaha tetap perlu diteruskan..
Antara kaedah yg blh dipraktikkan si ibu setelah anak lahir:
- sambil menyusukan anak, ajarkan ABC, 123 dan muqaddam..
- sentiasa berbual dgn sebutan yg betul dan elakkan bercakap pelat dgn anak, teruskan bercakap walaupun anak tidak memahami apa yg dituturkan
- apabila anak mula belajar utk bercakap, ajarkan menyebut nama Allah *nama2 dlm asma al husna, ajar secara berperingkat, sebutkan setiap benda yang dia nmpk contohnya anggota badan, makanan dan apa shja objek di dalam rumah..*
Labels:
didik anak dari kandungan
0
komen
Subscribe to:
Posts (Atom)