iklan

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Apa kemajuan diri yang telah aku capai?




Pernah tak korang terfikir...apa kemajuan diri sendiri yang korang dah capai hari demi hari...
tahun demi tahun?

contoh: matlamat untuk jangka masa 5 tahun

kalau boleh ..setiap tahun kita perlu ada progress , ada kemajuan dalam hidup kita.
contoh, jika tahun lepas tak pandai mengaji lagi..tahun ini matlamat kita mesti dah pandai mengaji.
jika sebelum ni tak pandai masak, kini dah pandai masak.
jika sebelum ni tak pandai uruskan kewangan, sekarang ni mesti dah pandai uruskan kewangan.
Ya, hidup ini perlu ada matlamat. baru hidup kita lebih tersusun. lebih terarah.

setiap orang perlu ada LIFE GOALS .




Aku memang suka nak fikir..apa improvement yang aku boleh capai hari demi hari...tahun demi tahun. 
apa aku boleh buat untuk majukan diri sendiri?
apa aku nak buat hari ni?
perlu ada planning. contoh , "Things To Do Today".

kadang-kadang kecewa bila dalam satu hari tak ada satu benda buat benda-benda yang berfaedah. 
alih-alih dah petang...dah malam. eh, kejapnye masa berlalu.apa yang aku buat hari ni?
rasa macam menyesalnye..
useless nya ..
hmm..
macam-macam boleh buat kot dalam satu hari.
Nak Dengan Tak Nak je.
plz la jangan nak membazir masa menghadap handphone sangat.
apa benda yang kau dapat jika ngadap handphone je.
hmm.
*cakap kat diri sendiri*




yup, teknologi memang melalaikan. melekakan.
aku sendiri kadang-kadang leka scroll IG. huhu. 
kadang-kadang leka scroll pastu pikir, eh ?ape aku buat ni?please dont waste your time AIN! 
*cakap kat diri sendiri*
aku sebagai guru, 
risau tengok keadaan pelajar zaman sekarang yang terlalu taksub, terlalu leka dengan whatsapp, weChat, twitter, instagram, facebook bla bla bla. 
masalah diorang adalah terlalu leka sampai tak ingat nak stady, tak buat homework, takbuat latih tubi..dalam erti kata lain Malas. semakin malas.
nasib baik zaman aku dulu takde sume bende alah ni.
tapi zaman aku dah ade gak chatting. alaaa guna mIRC tu:P huhu
diorang ni belajar nye kejap, pastu borak kat grup je lebih. pastu stady jap , selfie,upload kat instagram, balas komen insta bla bla bla. bile masa ko stady wehhhh??
tapi ada juga yang guna teknologi untuk cari maklumat. clap clap. gud for you:)
*ni pengakuan dari pelajar-pelajarku ok,bukan rekaan semata-mata*




hmm..entah kenapa aku nak merepek pasal ni malam ni.
entah lah.
actually aku frust dengan kerja aku.
semakin entah hape-hape aje.
caca marba.
aku ni sebagai kuli YANG MENURUT PERINTAH a.k.a orang bawahan je hanya mampu menurut sahaja arahan pihak atasan yang entah hape2 arahannya.
macam-macam.dengan SPSK, Headcount, SKPM, Filing, program  yang macam-macam kat sekolah hanya sekadar nak GAH on paper dan juga di mata orang. tapi hakikatnya....hmm..
kerja bagai nak gila, tapi apa kemajuan untuk diri ko yang ko dapat?
NO. NOTHING.
hanya untuk kepentingan MEREKA itu sahaja.

soooo TRUE.





aku memang plan nak berhenti awal.
sebab aku sudah tiada hati.
tiada hati kat bidang ni antaranya disebabkan faktor-faktor diatas.
faktor lain adalah sebab ANAK.
dan aku nak berkerja sendiri.
jadi WAHM.
buat apa yang aku suka.
BAKING.
baking is my passion.






DO WHAT YOU LOVE.
pernah dengar ayat ni?
kadang-kadang aku rasa menyesal lak amik matriks.
lepas tu, sambung degree
degree sains dgn pendidikan(fizik/math).
padahal aku tak minat pon fizik.haha.
and im not a science person.
hahahahaha.
tap math aku suke gak la.;P
tapi so-so je la..xde la passion sangat kat math berbanding baking :P





everything happened for a reason
perancangan Allah itu lebih baik.
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
tapi kita boleh berusaha untuk ke arah lebih baik :)



doakan bisnes MRS NAWUZA BAKERY kami bertambah maju:)
harapan saya..saya nak bersara awal dan menumpukan perhatian kepada anak dan bisnes kek kami :)
insyaallah...doakan yang terbaik untuk kami :)
terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini :) terima kasih:)











Saturday, October 5, 2013

stress.

stress dengan keje.


nak spend lebih masa dengan anak.
nak jaga anak sendiri.
nak layan anak tanpa terikat ngan perasaan risau pikir tanggungjawab kerja dan tekanan kerja.
nak buat apa yang aku suka tanpa perlu ikut arahan PIHAK ATASAN yang terlalu mengejar PRESTASI.
nak keseronokan bekerja.
nak buat sesuatu yg berfaedah,  bukan kerja yang entah ape2 dan mengarut dan menipu.TRANSFORMASI KONON.


can i quit now?
yup memang dah lama pikir nak quit kerja .letak jawatan sebagai seorang guru.
semakin hari semakin mencabar tugas yang perlu dipikul.
semakin hari semakin tak tahan dengan kerenah pelajar sekarang.
pelajar sekarang semakin lama semakin leka dengan teknologi...facebook,twitter,blog, instgram,keek,whatsapp dsb. nasib zaman aku dulu takde sume bende ni .kalau tak...ntah berjaya ke tak aku.huhu.
i dun think i could make it.
i dont love my job anymore.


stress.
nak bersara awal.
kalau aku kaya..dah lama bagi notis letak jawatan 24 jam.
serius.
aku terpikir...sampai bile aku nak keje macam ni? sampai ke pencen umur 60 thn ke aku akan keje di bawah arahan orang? kalau time tu br bersara and then baru  nak mula  buat apa yang aku suke,apa yg aku impikan...sempat lagi ke?dah tua. dah tak bertenaga , entah ade lagi ke tidak .. life is short. enjoy life. aku tak nak sampai ke tua  aku tensen ngan kerja, xdapat buat apa yg aku suka dan apa yg aku impikan dalam hidup.




sabar.




Thursday, August 1, 2013

perkembangan ziyad 4, 5 dan 6 bulan

assalamualaikum
quick update today
update secara pukal terus:P
busy sepanjang bulan  ramadhan. oh ya, happy ramadhan u'olls:P dah nak habis bulan ramadhan baru nak wish kat belog ek?haha


alhamdulillah, ramadhan thn ni aku start balik bisnes biskut raya setelah sekian lama stop bisnes kuih raya sejak dah kawen. dan sambutan menggalakkan sampai kena tutup order awal padahal takde promote sgt pon kot.. tp alhamdulillah:) dan hari ni baru siap semua cookies yg org tempah. pheww,lega. :) cookies sendiri dan untuk bagi families je belum buat lagi. next week lah.nahu rehat kejap. 


ok,nak cerita pasal perkembangan ziyad actually. saja buat kenangan sendiri:) alhamdulillah ziyad membesar dgn sihat dan die sangat cepat belajar:) umur 4 bulan ziyad meniarap. 5 bulan, die dah pandai pusing2 sana sini pastu mengundur2. pastu 6 bulan...die dah maju ke depan..nak merangkak.gigi pulak dah tumbuh 2 batang bahagian bawah:) pastu die pon macam nak belajar duduk lak. so fast. alhamdulillah :) tapi berat die je naik sikit je.maybe sebab die aktif kot. dari 5 bln ke 6 bln...naik 100g je ok .padahal dah start makan dah. n ziyad pon dah start susu formula umur 6 bln:( sbb stok susu EBM dah habis. salah aku jugak..lambat buat stok.masa dlm pantang tak berapa rajin nak mengepam sebab guna yang manual punya.sakit n penat n leceh.dah start keje baru beli yg elektrik punya,spectra 3. tapi aku masih pam lagi sampai skang cuma dah tak cyukup la utk hntr ke pengasuh.kalau ngan aku,...just direct feeding je.takde guna susu formula.



oklah.nak wat keje sekolah. bai assalamualaikum:)

Thursday, February 28, 2013

I want to quit my job, Be a stay at home mom and start my own bussiness.

assalamualaikum..

actually, dah lama sangat aku tak baca buku-buku motivasi sejak dah kahwin. dulu masa zaman kebujangan ke'free'an sebab takde komitmen lagi, aku sempat je membaca buku-buku motivasi. sama ada pinjam atau beli. aku memang suka baca buku-buku motivasi ni. sebab rasa lebih bersemangat ..inspired :)


semalam masa blogwlking jumpa satu entry pasal QUIT YOUR JOB kat blog diahlicious


ni entry die...


"Have u Ever dreamed of quitting your job and start your own biZ?
u guys r crazy if its never crossed ur mind at all..at least on sunday night or when monday blues strike d next day..hehehe
well..ive been there..
just to share the experience and probably some tips for u.


1.First of all, u gotta have a side business which means u;'ll b juggling with 2 jobs..
its ok more work means more money!huhu

2. 2ndly,make sure your side income reach half of ur current stable salary

3. 3rd, read motivational book..it will open up ur eyes and develop ur biz mind

4. 4th, do not listen to ur pessimist frens or relatives..im sorry but some malay r being pessimist..they actually dun like to see u success in biz and earn fantastic income.what these ppl do are updating fb status..complain abt their life and worse..complain abt other ppl as if other ppl really like them.haha.think abt how many ppl are talking abt   one status dat u put up.And now dat PRU is coming around,more ppl want to look so involved in this and give all bullshit ideas and act nuthing towards it.


5. 5th- Do a lot of research about the field that u r venturing in.U cant just go into war without knowing who ur enemies are and without weapons.dat is called insanity

And most important point i want to highlight here is..never think biz is easy and u dun have to work 9-5pm.infact i actually work more hours than that..

The advantage is i can wake up a tad late on monday mrng(jealous huhhh),hang out w my frens at 11am and do my work at coffeeshop(just like in the movie..lol)...and take leave whenever i want to..its just dat in biz,,sky is the limit.if i want to earn more then i have to work more..get it..?

To keep u motivated in biz is very important also, mingle with the right ppl..not someone who has a lot of time complaining abt other things and other ppl..but ppl who r bz improving themselves.U need to be a mental warrior and work really2 hard.

So when u see successful biz ppl, trust me they work really hard to get to where they r and they have gone thru all shits along d journey.All d best to you .."



walaupun simple je ayat dan tips die..but it's really inspiring me. dan baruku tersedar...dah lamanya aku tinggalkan kegiatan bisnes kek ku. why? because i feel demotivated. that's why we need to read motivative books..to keep u motivated :) 


cakap pasal tajuk entry aku ni....yup, memang dah lama aku terfikir nak berhenti kerja, jadi surirumah yang kerja dari rumah sahaja. which means i have my own bussiness. so that yang paling utama sekali...aku boleh jaga anak-anak aku sendiri. itu yang paling penting. i dont really trust pengasuh/babysitter yang jaga anak walaupun pengasuh itu baik, but somebody is always somebody.  that's why masa dalam pantang ni pon aku insist zaheen tak payah hantar kat pengasuh. tapi it's really difficult to handle newborn and toddler (with tantrum) at the same time.because my newborn baby walaupun dah 1 month and above masih lagi mempunyai masalah susah nak tidur, masih lagi malam kadang2 tak nak tidur. dan siang kadang2 asyik meragam, tak nak letak, cranky...so terpkasa lah hantar zaheen jugak kat pengasuh.  mula-mula separuh hari je...lepas tu start last week, hantar dari pagi sampai petang. hubby balik kerja baru ambil. 




ok, back to the topic, aku memang dah mula buat bisnes kecil-kecilan sebelum ni. for side income. in fact dari kecik lagi ku dah start jual2. start masa sekolah rendah, aku jual sticker kat kawan-kawan. aku beli satu buku or 1 keping sticker yang ada banyak bentuk dan corak2 sticker. then aku jual kat kawan-kawan sekolah. depends pada bentuk, corak dan saiz. ada rm1, 20 sen, 50 sen,rm 2.00 . hehe. ok lah, lepas modal n ada untung sikit-sikit. pastu masa sekolah rendah gak..aku tolong mak aku jual brang-barang AVON. aku promote kat kawan-kawan n amik order dari diorang. pastu dah besar sikit, masa buat praktikal kat gemas, aku start jual homemade muffin dan kek yang simple-simple je. duit untung, terus aku simpan dan beli SSP waktu tu.  lepas tu, ada masa terluang aku suke cuba-cuba resepi baru n mula belajar deco-deco kek kat internet dan jugak buku dan cuba deco-deco sendiri. aku sanggup beli barang-barang utk buat kek dan hias kek seperti nozzle, mould cake pelbagai bentuk, cake divider, n etc. tu sume beli guna duit gaji masa 1st year jadi cikgu dan guna duit hasil keuntungan sikit. aku tak shopping pon handbag baru ke..kasut baru ke...tapi lebih banyak beli stok2 tepung,serbuk koko,bahan dan alatan buat kek. haha. masa 1st year kerja tu..masa tu sekolah petang, pagi aku sibuk siapkan order org. pastu tgh hari dah gi sekolah. pastu mlm pas magrib sambung siapkan tempahan org. pastu aku pernah join MLM masa seblum tunang..kadang2, kalau xde buat tempahan kek , malam pas magrib je aku keluar rumah, untuk cari orang bawah. kdg2 kne pergi kelas die.smpai ke melaka ku gi dlu.pastu kdg2pergi mjlis die kt kl, but im not into this kind of bussines so i stop.why?aku pernah cite pasal ni. boleh baca lagi kat sini. mmg kurus aku time tu. haha. mmg penat, tapi aku suke..:) dapat side income. boleh simpan. boleh guna utk masa depan. tapi duit tu banyak dah guna utk tunang dan kawen.haha.. btw, aku dapat semangat nak bisnes2 ni adalah dari mak aku :) she's always support me ,motivate me...secara langsung atau tak langsung. that's why aku bersemangat bisnes2 ni..sebab dapat motivasi dari mak.  ingat lagi kata mak...dari muda la kalau nak cari side income, jual-jual.amik untung atas angin pon ok. sebab die pon dulu macam tu.oh,ayah aku pon bagi motivai gak..die selalu cakap kek aku buat sedap. pastu aku ingat lagi die cakap sebelum ni ayah mmg tak suke makan kek, tapi sejak kak in buat kek, ayah suke makan kek yang anak ayah buat. (aku taktau la die die ingat lg x die cakap cmni, tp aku masih ingat lagi;))



tapi lately ni...sejak berjauhan dengan mak...semangat bisnes aku merudum sikit demi sedikit. lagi-lagi dengan cakap-cakap orang. dengan sikap sesetengah orang. akhirnya..bisnes aku stop camtu je. since last year kot aku dah stop amik-amik order ni. kalau tak...ada lah jugak side income, sekarang tidak lagi. menghabiskan income ada lah. mak aku ade gak bagi-bagi semnagt bila die dtg or bila aku call borak2 ngan die. "amik lah order lagi".."jual lah lagi"..."ada kawan mak nak sangat order kek nagn kak in"...n etc..but i dont feel like to ..because of CAKAP-CAKAP ORANG. hey ain.wake up plz, ignore them. live you dream pleaseeeeeeeee.

cantik jugak deco rumah letak kata-kata motivasi kat dinding rumah kan?;)



so, talk about my job, mesti ada yg cakap..ruginye berhenti kerja kerajaan. pastu ada jugak yang cakap, bodo ke hape nak jadi surirumah je, lagi penat duduk rumah uruskan rumahtangga.pastu nak urus bisnes lagi.  baik jadi cikgu, banyak cuti , dapat income, dapat tolong suami.bla bla bla. ntah, talk about my job...entah la.. makin lama makin mengarut dan entah ape2 kerja yang kena buat kat sekolah tu. kadang2 lebih banyak kerja menipu.  lebih2 lagi dah start dengan PBS ni.  lepas tu dengan politik sekolah, students. malas nak cakap banyak. kang cakap banyak pasal ni,kang jadi isu kang.haha. but really, lama2 dah takde hati kt bidang ni..tapi since im a teacher ,i'll try my best to overcome my feeling and give my best to the students. boleh tak dalam masa 5 tahun lagi aku nak quit my job dan ade bisnes sendiri? haha. berangan itu perlu. insyaallah;) sekian.



p/s: nak start bisnes kek semula, with something different, something new :) btw, bisnes shaklee masih berjalan. sape nak order boleh PM me ya;) tq

Monday, December 31, 2012

Entry terakhir 2012 : 2012 Highlights

Assalamualaikum..
hari ni 31/12/12..hari terakhir tahun 2012.
aku pon nak buat entry terakhir utk tahun 2012.
saje untuk kenangan:P
so entry hari  ni adalah pasal 2012 highlight dalam hidup aku...



1)pindah rumah baru, rumah kami sendiri.Alhamdulillah.tarikh pindah 21/1/2012. masa tu tengah cuti raya cina..so, bermulalah episod aku di blog menaip kisah home reno & deco untuk rujukan ku pada masa hadapan ,dan juga untuk rujukan korang2:)

our home sweet home..:)







3)pregnant kali kedua! accidentally:P haha.rezeki sebenarnya:) dapat tau pregnant masa pagi hari guru ,buat UPT di rumah. double line yang sangat jelas. rupenya baby dah 7 weeks time tu. alhamdulillah:) 



4) Zaheen dah 2 tahun! :) kejap je masa berlalu.teringat lagi masa mengandung dan bersalinkan die tahun 2010..so tahun  ni first time sambut birthday zaheen..tapi sambut kami bertiga jek..takde birthday party lagi. tunggu die besar sikit;)




5) Jalan-jalan 2012. sesungguhnya kami laki bini sangat jarang or dengan kata lain tak pernah atau tak berkesempatan lagi berholiday sakan sejak kahwin. honeymoon pon tak pernah lagi.  kesian kan. macam2 halangan. atau belum ade rezeki lagi? setakat jalan2 dekat-dekat pon dah kira jalan-jalan dah bagi kami. :) takpe,rezeki orang lain-lain kan..(ayat sedapkan hati;p hehe)
* KL: Aquaria,KLCC

-actually encik suami ada kursus seminggu kat KL masa tu. kebetulan kena waktu cuti sekolah. so aku ikutlah sekali. sempatlah pergi Aquaria,KLCC masa hari baru sampai KL tu (ahad). Isnin-jumaat, encik suami kursus sampai petang. aku n zaheen lak jalan2 kat midvalley sampai lebam:P nasib stay kat Cititel je, so senang nak gi MV,takde lah boring sangat terperap kat bilik je.






5) accident masa penghujung bulan oktober. di langgar dari belakang semasa tengah berhenti di traffic light lampu merah. masa tu tengah pregnant 7 bulan.alhamdulillah, kami takde ape2..cuma kereta teruk dan sampai sekarang kereta tak siap lagi:(

keadaan kereta ku selepas accident.sob..sob..T_T



ok, apa highlight 2012 korang pulak?:) semoga 2013 ku lebih baik dari tahun 2012 ku . InsyaAllah:) btw, apa azam 2013 korang?;)) bai, assalamualaikum:)

Friday, December 21, 2012

it's her first time to the beach!:)

weekend lepas, aku saja ajak encik suami jalan-jalan gi pantai. saja. dah lama ngidam nak pergi pantai. dah sarat baru dapat pergi. kesian tak?:P sampai ada sorang makcik tu tegur aku," baik - baik dik...jangan terberanak kat sini dah". haha. 
first time pegang pasir...setelah umur 2 tahun baru dapat gi pantai..sian anak ibu.



ok,kunun nak jalan-jalan di tepian pantai anak beranak...tapi..........sampai je kat pantai tanjung balau tu...(btw,we prefer tanjung balau than desaru coz  pantai desaru  curam, xberapa cantik gak)...zaheen terus berlari2 bile nampak air. haha. dah la memang takde bawak baju berenang ke ape ke. dah la pakai baju baru -_-. terus die duduk atas air laut tu. terus main pasir,nak guling2 la. dan terus basah lah kan. haha. die memang excited gile. lagi-lagi bile ade ombak. oh my...ibu die yang risau okehh.





encik suami berjaya tangkap die lari dari pegangan kitorang sbb nak main air laut



bawak anak buah sekali..najla,baru darjah 3 tapi dah sama tinggi ngan aku-_-

tgk encik suami kejar zaheen.haha





muka penat asik kena kejar zaheen:P haha

last2...bagi je die maen air.bukakkan pempes,terus die mandi manda dengan NONOKnya(bak kata zaheen, seronok=nonok).



sampai terlondeh baju. saje ibu die beli baju besar sket.boleh pakai lama:P

lencun sudahh





anak happy, ibu abah pon happy:) nanti kite pergi lagi ye zaheen sayang, tunggu ibu abis pantang:P hehe.


Saturday, November 3, 2012

tragedi oktober.

it's November!
welcome November. bulan kelahiranku. ehem:P
Goodbye October.



29/10/12.ISNIN.
 cant forget that day.



nampak kereta ku itu?
ye.accident.isnin.29/10/12.jam 3.40 petang.OTW balik dari sekolah.di traffic light dekat Poliklinik Yuslina,taman cendana(dari kota masai ke Taman Bukit Dahlia).



segalanya berlaku dengan pantas. masa tu baru lampu merah kat traffic light. aku berhenti di lampu merah macam biasa. beberapa saat selepas itu..................DUMMMMMMMMM. kereta aku di hentam dari belakang dengan kuat menyebabkan kereta aku melanggar kereta depan. seriously, aku blur/binggung beberapa minit selepas dilanggar. Zaheen menangis dengan kuat pon aku still binggung. orang sekeliling ketuk pintu kereta aku pon aku tak peduli. what happened? Aku hilang ingatan sekejap!



keadaan kereta aku bahagian belakang.

kereta yg langgar kereta ku

kereta depan aku. tak teruk sgt, sebab jarak antara kereta aku ngan kereta die tak dekat sangat.


selepas beberapa minit, baru aku sedar, aku accident. baru aku dengar tangisan zaheen yang kuat itu. sian anak ibu:( of course zaheen terkejut sangat. aku tgk masa tu lidah zaheen berdarah sikit.maybe sebab tergigit ngan gigi. nasib zaheen duduk dalam baby car seat! aku pulak? perut aku terhentak ngan stereng.sakit dan senak ok! lepas tu aku terus cari handphone aku, call encik suami. tapi masa tu hp aku ada bunyi game yg zaheen main sebelum tu. aku terus call suami dlm keadaan yg terketar2 okay. malangnya encik suami pon tak dengar ape aku cakap disebabkan bunyi game pada hp dan encik suami sedang berada di dalam surau dan xde line sgt kat situ. hampa:( aku cancel call utk stopkan bunyi game yg bising itu. pas dah stop game tu, encik suami call balik dan aku bgtau aku accident. dilanggar dr belakang masa traffic light lampu merah. terkezut die:P pastu baru aku keluar kereta tengok keadaan kereta aku. ya allah,teruknya:(  pastu org yg langgar aku tu minta maaf dan tanya aku ok x. you know what...yang langgar aku tu...seorang uncle berbangsa cina umur 76tahun ok. masa tu , tiga-tiga kereta yang terlibat masih kat tengah jalan. pastu untuk keselamatan semua kereta di pindahkan ke tepi jalan sebab bahaya kan bincang2 tepi jalan. aku dah tak boleh drive dah. pekerja workshop tolong alihkn kereta aku ke tepi jalan. pastu aku call mak aku, bgtau aku accident. sambil menangis:P mak aku desak gi hospital terus tp aku berkeras nk tunggu encik suami dulu.




pas encik suami dah sampai..baru aku rasa lega sikit. die la yang setelkan urusan eksiden tu. seriously aku taktau ape nak buat masa tu. hal insuran kete ,NCV ,repot polis  bla bla bla sume aku taktau. yang pasti aku nak gi klinik terdekat dulu sebab aku tak rasa baby gerak, perut aku cam mengeras,aku sakit pinggang dan perut senak. nak jalan pon susah. nasib kakak encik suami pon datang cepat, die bawak aku gi klinik terdekat. cek kat situ,aku tak bleeding, dengup jantung baby ok dan uri tak berdarah. tapi baby tak gerak gak. doc kata better refer hospital kerajaan terdekat,HSI sebab kes hentakan kuat kat perut, baby kena pantau selama 48jam. sebab tak semestinya effect tu rasa serta merta. die amik masa gak. aku setuju la. risau ok kat baby:(   masa kat klinik ni zaheen sibuk main mainan kat klinik tu. main buai, slide, toys.aktif dan ceria. die dah tak ingat kot ape yg berlaku tadi. maybe die pon taktau ape yg berlaku tadi. alhamdulillah syukur sangat zaheen takde pape.


zaheen.masa tgh cek up ngan doc.

kebetulan, mak mertua aku memang ada kat pasir gudang. kat rumah kakak iparku. die tolong jaga zaheen. so aku n encik suami bergegas ke IPD Seri Alam untuk buat report. kitorng yang last sampai sebab gi klinik dulu kan. yang lagi 2 org dah buat report dulu. yang aku geramnya.....esoknye bile beli report uncle yg langgar aku tu(yup,report polis kena beli.satu rm4.aku pon baru tau.), die boleh tipu cakap aku ni berhenti mengejut sebab tu die pon brek mengejut dan terlanggar kereta aku. gerammmmmmmmmmmmm sangattttt. mentang2 aku buat repot paling last, die boleh citer kat polis sesuka hati yeeeeeeeeeeee. kalau aku stop mengejut, dah lama kete depan aku pon teruk gak. ni kete depan aku tak jejas sangat ponnn. GERAM. TAK SUKE DENGAN ORANG PEMBOHONG MACAM TU. DAH SALAH NGAKU JE LAH SALAH. NAK BUAT CITE BOHONG PULAK.tapi apepon, memang die yang bersalah pon walaupon die buat report camtu, kete blakang yang bersalah. so kete aku claim insuran kete die.



kete dpn aku. tak teruk sangat kan? 

 pas buat report, terus gi HSI. kena masuk bilik saringan bahagian O&G. serius seriau. teringat last kat situ masa nak bersalinkan zaheen. nasib dapat doc perempuan,xde lah malu sangat. dan nasib takde sesi seluk menyeluk untuk cek bukaan. heh. alhamdulillah, aku n baby ok....baby pon ada gerak2 banyak kali masa tengah ctg tu. maybe baby pon terkejut after accident. aku boleh balik tapi still kena pantau pergerakan baby. nasib tak kena tahan ward ok. alhamdulillah sangat baby takde pape. aku je sakit badan, ada lebam2 sikit dan rasa cam nak demam.




bile teringat balik accident tu...aku bersyukur sangat aku,zaheen dan baby dalam perut takde pape...terima kasih ya allah...mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi...lepas kejadian tu, aku jadi trauma nak drive. masih teringat2 apa yang berlaku. lagi2 masa malam hari kejadian, aku tak boleh tidur.  banyak kali cium zaheen, bersyukur die takde pape.banyak kali usap perut,cakap ngan baby. sesungguhnya aku sayang sangat kat anak-anakku. syukur sangat pada Allah...kalau tengok keadaan kete aku teruk kan..lagi2 kat belah zaheen sebenarnya. sebab uncle tu ada cuba nak mengelak gak...dah la..tak tau nak cakap ape lagi dah.. aku tulis kat blog ni pon sekadar untuk kenangan buat diri aku..maklum la pertama kali eksiden. harap ini yang pertama dan terakhir. taknak lagi dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:( mintak jauh lah semua2 tu. semoga keluarga ku sentiasa dibawah lindungan-Nya..Amin... terima kasih kepada semua yang mendokan keselamatan kami..yang membantu ku secara langsung dan tidak langsung. terima kasih sangat2:)  oh ye, kereta aku kena masuk 'icu' selama 2 bulan. doakan kereta aku dapat dibaiki dengan cepat sebelum aku bersalin ye;)


sayang kamu sangat2 suamiku sayang!


Monday, July 2, 2012

Busy?

assalamualaikum ...:)

dah lama blog ni tak berupdate kan. tuan punye belog mengalami kemalasan melampau buat masa ini:P muahahaha...bukan sahaja malas nak mengupdate belog, malah malas juga hendak memasak apatah lagi nak membaking sejak mengandung anak kedua ini:P haha..dah 3 bulan i tak masak hokeyyy.(3 bulan adalah usia kandungan baby buat masa ini. im 13 weeks pregnant now.alhamdullh.dah 2nd trimester) wahhh..satu pencapaian yang hebat. Dan sudah 7 bulan aku tidak membaking. dan tahun ni, aku dah decide kuih raya TUNJUK je sebab aku takde hati nak MENGGENTEL beskut raya tahun ni:P muahahaha..orang cakap pembawakan budak. dan orang cakap mungkin anak lelaki kalau bermalas malasan macam ni:P tak kesahlah,janji baby dalam perut ini sihat walafiat :)



macam-macam nak cerita sebenarnya.tapi macam tak sempat je masa 24 jam satu hari. haha. surf internet pon sekarang dah tak macam dulu boleh lama-lama. sekarang kejap-kejap je,pastu tutup laptop balik. tidur lagi besh. haha. so hari ni aku tertidur lambat sikit. selalunya pukul 9.00 -10.00 mlm dah tidur, tp malam ni dah pukul 11.30 tapi aku masih gigih mengadap laptop membalas emel2 dan juga komen-komen belog. sorry sangat kepada sesiapa yang mintak soalan induksi tu. esok nak induki,tapi aku baru sempat bls emel mlm ni. sorry ye.dan goodluck.harap notes dan soalan2 tu dapat membantu korang, insyaallah:)


emmm..oklah..nak cerita macam-macam dan rajin update macam dulu balik. tapi kene ada masa terluang yang banyakkkk. nak update malam2 camni..errr,ntah bile lah lagi. haha. sebab kami sekeluarga memang tdur awal. hehe. nak update resepi2 yang kawan2 mintak. nak cerita pasal zaheen demam panas seminggu sampai nak kena admit kat hospital ,nak cerita pasal kami 'bercuti' seminggu di KL.nak cerita pasal perkembngan zaheen :) nak cerita pasal hias rumah sempena nak raya. nak cerita pasal itu dan ini. tapi bukan hari ni. dah ngantuk:P hehe. oklah,itu sahaja untuk hari ni...nite peeps:)

Tuesday, June 5, 2012

Bersiaran dari Cititel Mid Valley Hotel...



Assalamualaikum..
lama gak aku tak update blog kan..
padahal cuti sekolah 2minggu:P
malas dan takde mood dan taktau nak cerita pasal ape..=_=



Entry kali ni special sikit...
sebab......
aku update blog dari Cititel Midvalley Hotel guna WiFi Hotel:P
haha.gile jakon:P

 
Aku pergi KL pon sebab ikut encik suami ada training kat sini..Isnin-Jumaat :)
last datang KL ..dua tahun lepas tak silap.,,masa wedding Mel.
encik suami training dari pagi sampai ke petang,
 aku dan zaheen lak shopping and window shopping sampai lebam kat MV :P haha




So,entry kali ni nak cakap pasal bilik kat hotel Cititel Midvalley ni..
btw, kitorang sewa bilik jenis superior..satu malam RM183.
 bilik kecik,tapi tu yang paling murah:P
Sebab....yang tak bestnye pasal training encik suami adalah...
segala kos hotel,makan minum.minyak dan tol kena tanggung sendiri dulu pastu baru claim kat company.
 ish ish ish, macam manalah aku nak bershopping dengan heaven camni??:P





ni bilik tu...nampak kecik dan sempit dari kebanyakan hotel yang biasa aku gi..

 nampak tak laluan depan katil tu kecik je..
pastu tempat pantry die adalah sekali dengan meja TV sebab nak jimat ruang.

ada ruang sikit depan tv ..
kat ruang ni je la untuk ko sembahyang or melantak :P


 wardrobe ..

 toilet..
takde bathtub. nak bathtub kat Cititel ni, sila sewa bilik jenis Deluxe :P

bahagian depan pintu:P




Pada pendapat aku la...bilik ni (Superior Room Cititel Hotel) la,
 hanya sesuai untuk keluarga yang kecik je. 
2 dewasa dan 1 atau 2 kanak-kanak je kot?
 kalau lebih dah sempit dan tak selesa. 
kalau ramai sikit,sewa lah 2 bilik or bilik yang mahal tuu..jenis deluxe room.kalau mampu lah:P hehe.
Tapi kelebihan duduk kat cititel hotel ni adalah...
die bersambung dengan midvalley ,senang sangattt nak shopping. 
turun bawah ke lobby je, pastu ada laluan ke MV.tak sampai 1 minit nak gi MV:P
pastu ada kemudahan komuter kat situ , senang nak pergi mana2, 
tak perlu drive or bersesak or tersesat kat jalan raya :P


oklah,itu shj untuk hari ni,malas nak taip panjang2,
 nak gi jalan ngan budak kecik bawah ni...
.
.
.
.

BAI :)