iklan

Thursday, September 12, 2019

7 HARI 6 MALAM

[Note: ini adalah post yg telah diperam lama juga..baru sempat nak update malam ni. gambar zaheen warded masa ni banyak dah hilang sebab handphone rosak..so..tak dpt nak letak gambar sangat..)
.
.

Tajuk post kali ini saya pilih 7 HARI 6 MALAM  sebab zaheen warded LAGI SEKALI  pada tahun ini selama 7 hari 6 malam percutian di hospital KPJ pasir gudang .huhu.
.
khamis(1/8/2019)
zaheen tak sekolah sebab dada dia ada bunyi wheezing kuat. kebetulan aku pun cuti CRK sebab pengasuh ziyad ada hal kematian. masa tu mmg ada dengar la nafas dia agak kuat. 

jumaat(2/8/2019)
zaheen ada appointment dengan Doktor pakar kanak-kanak , Dr Frienky hari ni pukul 11 pagi. sampai KPJ lebih kurang 11.30 pagi sebab pusing 6 kali cari parking! parking penuh. susah nak dapat parking di KPJ.ramai betul orang yang sakit di Pasir Gudang ni. so bila dah smpai di klinik pakar kanak-kanak (dr Frienky), memang dah ramai dah kat klinik tu dengan pesakit yang datang walk in(tanpa appointment). jadi kena menunggu juga la walaupun dah ada appointment. first come, first serve kata nurse kat situ. ok, takpe. Bila berbual dengan beberapa parents di ruangan menunggu tu, saya dapati ramai kanak-kanak/baby yg nak jumpa doktor majoriti mempunyai masalah batuk/masalah pernafasan. Adakah faktor UDARA PASIR GUDANG yang TAK BERSIH DAN TERCEMAR ni adalah PUNCA UTAMA kepada masalah ini? ada juga yang anaknya dah keluar masuk hospital dengan masalah yg sama. hmm...
.
bila turn zaheen, doktor tak sangka paru2 zaheen masih kuat bunyi wheezing semput(asthma) dan kahak. siap ada getaran kalau pegang dada dari luar. dan tanpa stetoskop pun boleh dengan bunyi itu. tapi dia nampak aktif macam biasa. jadi, doktor cadangkan supaya  Zaheen warded lagi(sebab doktor pun risau masih ade wheezing asthma yg kuat walaupun dah makan ubat yg diberi) tapi kena tunggu dah ada katil kosong baru boleh warded. (pukul 10 malam baru dapat katil kosong). dan hari tu juga zaheen perlu di rujuk kepada pakar ENT sebab doktor nak tau adakah punca masalah asthma zaheen ni xbaik-baik sebab masalah sinus dia? sebab masa warded sebelum ni doktor dapat detect zaheen ada masalah sinusitis lepas doktor tekan-tekan di area muka dia dan dia bagitau sakit masa doktor tekan2 tu.  so dah buat CT scan memang nampak la masalah sinusitis dia agak serius juga. Jadi..doktor rujuk zaheen ke pakar ENT. Dan doktor itu ada masukkan kamera dalam hidung, tekak dan telinga zaheen. hasilnya memang jelas nampak banyak lendir di rongga area hidung dan tekak. bahagian telinga pun dah tertutup dengan lendir. patut la bila cakap perlahan dengan die macam tak dengar sangat. kesian anak ibu,,.:(
.
doktor bagi cadangan untuk buat operation sinusitis untuk masalah sinusitis dia. tapi kena pastikan paru-paru dia dah stabil baru boleh buat operation itu. sebab operation itu akan kena bius penuh (satu badan dan tak sedar). 
.
jam 10.30 malam..aku dan zaheen sampai di bahagian kecemasan untuk mendaftar masuk ke ward. malam tu mamng ramai sangat yg nak masuk ward. dan kami berjemaah beramai-ramai check in wad kanak-kanak di tingkat 7 (saphire ward). Nurse kat situ bagitau... wad kanak-kanak lah yang paling busy sekali kat KPJ. katil tak pernah kosong. dan ramai juga yg menunggu utk dapat katil sebab dah penuh sangat. so malam tu terus dapat neb 4 jam sekali. dan nurse bagi makan ubat batuk dan antibiotik.

Sabtu (3/8/2019)
zaheen masih wheezing kuat takde perubahan. dan masih asthma. neb masih on setiap 4 jam. so bermula hari ni doktor ada suruh nurse physiology buat tepuk percussion kat bahagian belakang kat paru-paru( sebab kahak banyak sangat) .kena buat 2kali sehari.(pagi dan petang). dan hari ni dah mula antibiotik kuat juga (jenis drip). tengah hari zaheen mula demam suhu 37.8 ..dan kemudian meningkat sampai 38.9 waktu malam. of course la aku risau gile. dah mula letak kain basah kat dahi zaheen untuk kurangkan suhu. Doc pakar ENT datang untuk check petang tu, masa tu zaheen tidur. dia kata tak boleh buat operation sinus tu sebab zaheen demam dan  paru-paru zaheen masih tak stabil. so mlm tu aku mmg tidur tak lena sebab nak lap-lap dahi zaheen supaya suhu dia cpt turun.
.

Ahad(4/8/2019)
hari ni turn encik suami jaga zaheen sbb dia cuti hari ahad. so aku keje macam biasa. zaheen masih demam. masih asthma n wheezing takde perubahan. so memang operation sinus tak dapat nak on walaupun GL insurans AIA dah lepas 30k untuk operation sinus. so doktor nak tunggu 3 hari ubat antibiotik. malam tu demam zaheen dah kebah. malam tu aku yg bermalam di hospital jaga zaheen sbb esoknya aku ambil cuti CRK.

Isnin( 5/8/2019)
Doktor check zaheen n masih tiada perubahan. tapi demam dah takde hari ni. so doktor tak bagi balik dulu.macam biasa treatment zaheen adalah neb setiap 4 jam, ubat batuk, antibiotik jenis drip dan jenis minum. dan hari ni juga zaheen kena bersenam kuatkan paru-paru guna respiratology exercise. Dan hari ni juga zaheen di rujuk kepada doktor pakar respiratory iaitu Dr che wan. so doktor wan suggest buat CT SCAN bahagian paru-paru zaheen, esok.Hari ni mak ayah aku dtg utk tgk keadaan zaheen.
.

Selasa (6/8/19)
Hari ni encik suami cuti utk jaga zaheen. keadaan zaheen masih sama. wheezing masih kuat. asthma masih ada. so CT SCAN dibuat tengah hari .petangnya doktor frenky bagitau macam ada nampak paru2 belah kiri bahagian bawah macam ada masalah sikit. Malamnya Dr wan datang n explain kena buat bronchoscopy (masukkan kamera ke dalam paru-paru zaheen) utk lihat dengan lebih jelas dalam paru-paru zaheen, doktor membuat andaian bahawa bahagian paru-paru kiri (bhgn bawah) tu banyak kahak2 tebal yang degil yg susah nak keluar. doktor ada terangkan risikonya juga.
masa ni zaheen tengah prosedur CT SCAN.



Rabu(7/8/2019)
Hari ni mak ayah aku yg jaga zaheen kat hospital sbb aku n husband xdpt cuti lagi sbb dh byk amik cuti lately.so zaheen kena buat bronchoscopy pukul 3.30 petang camtu. pukul 10pagi dia dh kena puasa . hati aku berdebar jgn cakap la. risau. jangan la ada komplikasi. semoga dipermudahkan. memang debar dan risau sangat . dh la tak dpt nk teman zaheen. pukul4.00 ptg zaheen kena masuk O.T (operation theater) dan doktor bagitau prosedur tu ambil masa 9minit je . alhamdulillah it went well. dan mmg betul jangkaan doktor..banyak kahak2 tebal yang degil. so doktor sedut kahak2 tu dan bersihkan paru-paru zaheen. macam cleaning service paru-paru pulak.huhu . habis OT mak bagitau zaheen sedar terus mintak makan sebab lapar. tapi tak boleh makan lagi takut muntah. menangis la die sebab lapar sangat. malam nya aku jaga zaheen, mmg nampak perubahan ketara lepas buat prosedur bronkoskopi tu. wheezing dah kurang banyak. dan asthma dah xde. tp doktor still bagi neb. utk cairkan lagi kahak-kahak yg ade.malam tu doktor wan dtg tunjuk gambar paru-paru zaheen dan juga kahak yg diambil dari paru-paru zaheen. mmg tebal dan macam bertali tali camtu. doktor cadangkan juga ambil vaksin FLU satu famili.


sempat jenguk zaheen jap sebelum pergi kerja..belikan dia komik supaya dia tak boring sangat dan nak kuatkan semangat dia masa tu.
masa ni hanya Allah je tahu betapa berdebarnya saya bila ank nak masuk Operation Theater..

Khamis(8/8/2019)
yay, zaheen dapat discharge hari ni:) tapi ya ampun...lama betul proses discharge. pukul 10 mak bgtau doktor dh dtg cek n bgtau boleh discharge tapi dekat kol6 baru setel sume dan boleh balik rumah.huhu.dapat ubat spray hidung( utk masalah sinus  ), singulair tablet jenis kunyah (untuk cairkan kahak n lega pernafasan), dan sinus wash (    ). alhamdulillah..7 hari 6 malam yg mendebarkan. terima kasih kepada semua yg mendoakan dan membantu :)

masa ni baru dpt choc bouqet daripada agen insurans AIA. masa ni dah nak discharged juga:)


Wednesday, September 11, 2019

meh support blog MARY KAY JOHOR MALAYSIA BY NURUL AIN


saya adalah pengedar sah MARY KAY . Boleh dapatkan produk mary kay dan konsultasi penjagaan kulit menggunakan produk mary kay dengan saya. sebarang info boleh refer blog MKBYNURULAIN atau instagram MKbyNurulAin.
.
.
terima kasih :)