iklan

Showing posts with label mummy. Show all posts
Showing posts with label mummy. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

today is my due date.

hari ni due date aku.tapi baby belum mahu keluar. memang ada rasa contraction sejak akhir-akhir ni..tapi false contraction. bukannya yang betul2. ok, aktiviti hari ni ialah mengemas rumah, berehat2, makan dan tido. masak spagetthi je hari ni. malas nak masak, lagipon petang ada open house. so ada alasan tak yah masak berat2:P huhu. sebelum gi openhouse jalan2 jap kat Jusco :) ni baru sampai rumah. ingat malas nak update blog hari ni, tapi tetiba rasa nak update lak. huhu.


mak buyung sarat yang kuat jalan.
ok, ni pic terbaru aku masa otw nak g open house:)

err...baby!:D


p/s: esok 10/10/10 :D

Monday, October 4, 2010

tanda-tanda bersalin



huh...waiting game/ menunggu hari sesungguhnya sangat mendebarkan.huhu..kalau nak ikutkan dah banyak dah tanda2 bersalin yang aku dah alami. ...antara tanda-tanda anda hampir nak bersalin adalah :


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
**(ok, part ni sume aku dah rasa...lagi2 asik nak terkentut (sory enciksuami:P) huhu..pastu kerap nak poo poo  dan shi shi :P )


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. 
**(yang ni belum rasa lagi. orang cakap kalau keluar air dulu tak rasa sakit sangat nak brsalin.tapi kalau keluar tanda darah dulu akan rasa sakit sangat masa nak beranak)


Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
**(ini penah rasa, tapi kadang-kadang je)


Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

** (yang ni of course la belom lagi :P)


{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.



ok, itu je info untuk hari ini ye....sekian:) 
credits: ratuhati


p/s: sedang pening kepala pikir urusan beli rumah....

Thursday, September 30, 2010

maternity leave

Yeeeeeeeeeehhaaa~ 


dengan ini aku mengumumkan bahawa aku sudah mula bercuti hari ini:) 
aku mohon early maternity leave semalam dari pengetua sekolah aku dan pengetua aku luluskan cuti aku serta merta :) Alhamdulillah:)) org cakap rugi ambil cuti awal coz nanti kena naik keje awal....tapi......aku sangat la bertuah sebab... kalau aku amik cuti awal pon...aku naik still tak kerja coz tengah cuti sekolah:P itu lah untungnya jadik cikgu..so cuti bersalin aku adalah 3 bulan termasuk cuti sekolah:) hehehehee...planning baik punya:D
 La La La....~

muka happy..sebab dah cuti:)
sebenarnya sudah malas nak g keje:P eh?
oh,sangat rindu kucing aku,Tehcik n CT yang terpaksa ditinggalkan kat segamat buat sementara waktu:(


so....ape mau buat ye hari ni??:P (statement untuk menjeleskan korang sume)

ok lah...mau makan makan dan makan:P Daaa..~

Monday, September 20, 2010

gatal-gatal di hujung kehamilan.....oh,sangat la tak tahan!!!



 Morning all:) and happy monday! selamat bekerja semula ;) aku je yang tak keje lagi hari ni sebab dapat MC 2 hari dari doc:P muahahaha...jgn jeles okeh:P kenapakah aku dapat MC??oh...ini kerana...masuk je 36 weeks of my pregnancy....aku kena gatal-gatal kulit yang amat sangat lah gatalnya dan mengenyam!!!!


Camni cerita nya...mula2 aku kena,takde la rasa terlalu gatal sangat. masih dalam kawalan la senang cakap. Mula-mula kena kat bahagian perut, memang gatal,aku tak tahan sangat,so maka aku tergaru2 la perut aku tu..mula2 hanya keluar bintik2 kecil yang timbul kat permukaan kulit.bahagian gatal tu pon jadi warna kemerah-merahan.pastu 2 3 ari pastu die membentuk bintat2 yang besar dan timbul timbul dan merah merah sebab gatal!ok,aku ingat gatal2 biasa je masa ngandung, so aku hanya letak krim gatal biasa dan balm kalau gatal.tapi tak reda gak...pastu gatal2 tu makin menjadi jadi masa raya start raya ke 4 (time ni aku kat rumah mertua) n seterusnya.die merebak sampai ke bahagian tangan,kaki,punggung dan bahagian lain!bayangkan satu badan gatal2 dan mengenyam sangat sangat sangat!!!!dah macam makcik GARU lak aku rasa asyik tergaru sana sini.haha.masalahnye...kesan gatal2 ni telah menyebabkan kulit aku luka,kudis,bintik2 n tak cantik:( uwaaa....ya allah, gatalnya hanya orang yang pernah mengalaminya tau kot.aku tak tahan lagi, rasa cam nak kena inject je bagi hilang gatal. mana tak nye, disebabkan gatal2 ni aku macam takde mood je nak buat benda lain.nak buat keje pon tak leh bagi tumpuan sebab asyik tergaru2 n rasa gatal sangat sangat sangat. nak tidur pon tak boleh,sebab gatal sangat dan asyik tergaru sana sini. tak cukup dengan tangan, dengan sikat pon aku garu badan aku ni. nak mandi lak rasa pedih coz kulit dah melecet kesan garu2. tapi memang sepanjang gatal2 ni aku banyak kali mandi sebab tak tahan, rasa tak selesa.lagipon sekarang aku mudah berpeluh,lagi la mudah gatal2. senang kata, gatal2 ni memang aku tak tahan. masa cek up biasa kat klinik kerajaan, nurse ada bagi calamine lotion untuk redakan masalah gatal2 aku ni,tapi tak berkesan gak:( aku masih tergaru2 n rasa sangat gatal. aku ada search2 kat google..pasal gatal2 masa pregnant...ape yang aku jumpa,ada yang merbahaya. so aku terus buat keputusan gi klinik untuk cek gatal2 aku ni n amek ubat untuk redakan masalah gatal2 aku ni. mula2 gi klinik biasa...pastu doc tu soh aku refer ke doc pakar sakit puan.so aku pon gi la doc pakar sakit puan kat hospital penawar...die check kat perut aku, die cakap gatal2 ni disebabkan oleh pregnancy, hanya masa ngandung je dapat gatal2 camni dan tak ramai ibu ngandung yang kena gatal2 cmni.die mintak aku buat blood test untuk make sure masalah gatal2 aku ni tak de kena mengena ngan liver(hati) aku.kalau ada, aku kena keluarkan baby serta merta.maksudnya kena beranak secepat mungkin!uwawawawa...risau!so aku pon buat la blood test tu...dan hasilnye alhamdulillah,,liver aku takde masalah.so bila dah buat blood test n tau liver aku takde masalah, so baru boleh die bagi ubat yang sesuai..die cakap masalah gatal2 aku ni hanya akan fully recovered setelah aku bersalin je.memang ade ibu menagandung yang mengalami mslh gatal2 yang sama cam aku tapi tak ramai.hanya yang 'bertuah' saja kena.huhu.yang 'bertuah' itu adalah aku ok:P so...aku dah dapat ubat pil n krim gatal tu...ade la kurang sikit, tapi still gatal lagi.tapi tak seteruk sebelum ni aku garu2 kot,malam pon dah boleh tidur sebab ubat gatal tu mengantuk!apepon...yang aku perasan,gatal2 aku ni makin teruk kalau aku panas,kalau dok dlm air cond takde lak aku tergaru sana sini. ehem ehem...encik suami...nampaknye, rumah kita kena pasang air cond la baru gatal2 i ok sikit:P lalala


Btw, minggu ni aku dah masuk 37 weeks of pregnancy dan aku rasa cam dah tak sabar je nak baby keluar.huhu.lagi2 sebab masalah gatal2 aku ni hanya akan sembuh pas baby keluar:P lagipon...macam dah tak larat je nak g keje....turun naik tangga, ngajar budak2 hadapan ngan para pentadbir yang macam ToooTTT, keje yang banyak ,bla bla bla ..hm...doakan aku ok?:) btw, jumaat ni aku n encik suami kena gi kelas keibu bapaan...macam seronok je;) hehe..die akan ajar cara2 nak bersalin,cara mandikan bb,bersihkan pusat bb..dan sebagainya:) dan yang paling penting...die akan bagi MC untuk suami isteri yang pegi kelas tu..kelas tu penting untuk bakal2 ibu n ayah yang irst time nak ada baby cm kitorang la:) hehe




 btw, ini la penyakit gatal2 aku hasil carian kat google:


ni versi BM



Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP) / Plak dan papula pruritik urtikarial


* Berlaku pada satu daripada 200 wanita mengandung. Kulit kelihatan
mempunyai tompok-tompok kecil yang timbul dan kemerahan, biasanya pada
peringkat terakhir kandungan. Tompok-tompok kecil ini boleh bergabung
menjadi lebih besar. Ianya gatal dan lazimnya bermula di bahagian
abdomen(perut) dan merebak ke paha, punggung dan juga payu dara. Krim berubat
steroid boleh digunakan dan ianya akan hilang selepas tamat kehamilan. biasanya ia berlaku untuk kehamilan yang pertama atau kehamilan kembar sahaja.

credits:paramedik



 ni lak versi BI:


Up to 1 percent of pregnant women develop a condition characterized by itchy, red bumps and larger patches of a hive-like rash on their bellies. This is called pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP) or polymorphic eruption of pregnancy.

PUPPP usually begins in the third trimester and is more common among women carrying twins and those having their first baby. The eruptions usually show up first on the abdomen around or in stretch marks (if you have any) and may spread to your thighs, buttocks, and arms. PUPPP is harmless for you and your baby, but it can itch like crazy!

PUPPP usually disappears within a few days after delivery, although it sometimes persists for several weeks. (In rare cases, it may even begin after you give birth.) Fortunately, it seldom appears again in subsequent pregnancies.

Even more rare than PUPPP is a skin condition called prurigo of pregnancy (or papular eruptions of pregnancy), which is characterized by many tiny bumps that may look like bug bites. These eruptions can occur anywhere on your body, but you're most likely to get them on your hands, feet, arms, and legs.

Although the eruptions can be itchy and annoying, prurigo of pregnancy appears to pose no risk to your baby. This condition generally starts around the beginning of the third trimester and may last for up to three months after you give birth.

In very rare cases, a pregnant woman will develop very itchy eruptions that start out like hives and then turn into large blistering lesions. This rash is called pemphigoid gestationis (or herpes gestationis, although it has nothing to do with herpes virus). The eruptions often start on the abdomen and spread to the arms and legs.

This condition is considered more serious than PUPPP because it may be associated with an increased risk for preterm delivery and fetal growth problems. It usually begins in the second or third trimester, but it can start anytime — even in the first week or two after you have your baby.

Pemphigoid gestationis can come and go throughout pregnancy, and it often flares up after delivery as well. It usually happens again in subsequent pregnancies and tends to be more severe.

Let your caregiver know if you develop any kind of rash during pregnancy. Whether or not the rash is related to your pregnancy, it's a good idea to have your caregiver evaluate it and recommend appropriate treatment or refer you to a dermatologist.


 credits: babycenter

ni lak gambar nya..:


 
 btw, ni bukan perut aku ok:P


p/s: sekadar info untuk korang...mana la tau nanti ada yang kena gatal2 cam aku mas preggy..dan jangan amik mudah masalah gatal2 time preggy takut ada yang bahaya untuk kita n bb..

Saturday, July 10, 2010

Info untuk ibu mengandung






Anda Hamil?
Tahniah!!jumpa doktor secepat mungkin. untuk apa? untuk mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti kehamilan anggur (Molar pregnancy - juga bahaya )

Tiga bulan pertama sangat penting
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.



Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandungan. Makanan yg ada folic acid sperti nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah buahan banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam keluarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

Petua orang tua-tua
1) Ketika isteri hamil, suami tidak boleh memburu, menganiaya atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi tuala tak boleh lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil - kulit dan mata cantik.

Nasihat lain

1) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
2) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
3) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
4) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
5) Jangan uruskan najis kucing kucing sbb najis dia ader sejenis bakteria yang boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air ketuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah buahan - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya kaan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.