iklan

Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Friday, December 28, 2012

PROSES KELAHIRAN BAYI SECARA NORMAL

ok.mentang-mentang dah dekat nak bersalin..so..banyak lah info2 pasal bersalin yang aku nak share kepada korang dan juga untuk panduan & rujukan aku sendiri. entry ini adalah mengenai stage of labour untuk normal delivery (proses bersalin normal ).



peringkat atau proses bersalin terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) peringkat pertama

>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix (keluar mucus plug,cervix menipis)
>fetal heart rate
effacement of cervix

bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech

jenis2 songsang

b)Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala baby
kelahiran bayi
c)Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)

ini lah rupa uri ye..aku pon first time tengok


credits:baitijannati

Wednesday, October 3, 2012

tips untuk anda untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

 untuk rujukan ku dan juga bakal ibu yang lain..bakal ayah pon perlu tahu dan baca;)

copied from here

Untuk bakal-bakal ibu yg bakal melahirkan anak, ini tips untuk anda
untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.


Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.

Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.

Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA

Friday, May 18, 2012

tips penjagaan luka episiotomi /jahitan selepas bersalin

assalamualaikum.
actually, tujuan aku buat entry ni khas untuk sepupuku,shikeen yang baru selamat melahirkan baby nya ahad lepas (sempena hari ibu tu). congrats babe!:)

baby hannah. berat 3.3kg.normal delivery.9.39am.


lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P




so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha




1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

8.Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

credits:portalalamhamil



1. Jagaan perineum (kemaluan):
  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:
  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  • - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  • - Cantuman luka : elok atau terbuka
  • - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  • - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.



ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan, marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :( so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2 nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2 ngan hubby:P hehe. 

ooklah...baiiiii:)


[UPDATE 5/6/13] : NAK LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH? BACA SINI