iklan

Showing posts with label besar perut semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label besar perut semasa mengandung. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

40 weeks pregnant.

assalamualaikum..



hihi..im still pregnant kepada sesiapa yang tertanya-tanya:P

haha.actually mmg hampir setiap hari orang tanya aku 'DAH BERANAK KE BELUM" atau..."DAH BERSALIN KE?" 

haha..actually mmg agak stress bila ibu mengandung yang sedang tunggu masa nak bersalin or dah hampir dekat tarikh due or dah melepasi tarikh due di soal dan diasak soalan itu bertubi-tubi dari ramai orang:P huhu

perutku @ 40weeks pregnant.
tepat2 pada hari due date. 


stress...sebab aku pon tak tau bile nak beranak ni?ohooiii..
hari dah 40 weeks 3 days. 
dah overdue 3 hari.
anak2 aku dulu zaheen dan ziyad pon overdue.
zaheen overdue 6 hari, lahir 3.81kg.
ziyad pula overdue 3 hari, lahir 3.9kg.
maybe baby nak ikut jejak langkah abang dan kakak die ..overdue juga.huhu..
tak apalah, yang penting anak ibu sihat dan selamat semuanya.
i just can't wait to meet u baby :)


yang paling selalu banyak tanya bila baby nak keluar ialah Ziyad.
huhu...sebab die tahu akan dapat baby boy. 
so die excited nak main dengan baby nanti. 
selalu letak mainan die atas perut ibu sebab nak bagi pinjam baby main,hihi
so sweet abang Ziyad :)

hihi,abg ziyad bagi baby pinjam mainan die.


actually, minggu ni aku agak kurang sihat.
kena batuk berkahak ..kahak warna kuning pekat.
batuk yang kuat sampai aku kene asthma dan kene neb.
dah lama aku xkene asthma ok.neb pon last tahun lepas rasanya.
lepastu, disebabkan batuk kuat, aku punya dada bahagian belakang sakit gila. bisaaaaaa. nak buat apa2 pon tak boleh:( 
kalau ikutkan doktor nak bagi antibiotik sebab ade infection katanya (kahak kuning pekat).
tapi memandangkan masa aku g klinik tu, lagi satu hari nak due aku...doktor kata tak payahlah antibiotik,. so aku just dapat ubat batuk n ubat cair kahak utk ibu mengandung.
alhamdulillah lepas 2 hari keadaan makin ok..dan hari ni alhamdulillah aku makin sihat.
dah boleh aktif macam biasa :)
kalau tak...tidur malam pon xlena sebab asyik batuk n wheezing jn kene sedut inhaler sbb asthma.
aku risau gak kalao xbaik lagi nnt nak bersalin semput camne? T__T
sekarang masih batuk,tp dah kurang..dan bila batuk dah sakit kat dada..n kahak pon dah cair..
mybe baby nak tunggu ibu sihat betul baru nak keluar :)


oklah,tu je nak mengomel malam ni...
nak tdo dulu..
gudnite alls
doakan urusan bersalinku dipermudahkan..
mudah , cepat dan selamat.
aminnnnnn :))))))




Wednesday, February 20, 2013

wordless wednesday #33: perutku sehari sebelum bersalin :)

Wednesday, January 2, 2013

39 weeks!

39 weeks pregnant and the baby belum mau keluar lagi. he love to sleep, eat and play in my tummy:P haha. hari ni actually ada check up dengan pakar O&G di HSI..aku kena refer pakar di HSI sebab... my 38weeks check up last week...menunjukkan berat aku naik banyak dalam 20 hari.(naik 3.5kg in 20 days).lepas tu bila scan, baby is 3.9kg! terkejut okeh. tu dia(doktor klinik swasta yang biasa aku check up) refer aku ke pakar O&G di HSI. sebab ni dah kes baby besar / macrosomia baby. dah la aku ni saiz kecil /petite. so, aku kena minum air gula lagi untuk check kadar gula aku. adalah faktor gula dalam tinggi penyebab baby aku besar?? ternyata sekali tidak ok. result MGTT aku sangat baik iaitu 4.3 je berbanding yang 1st time minum air gula tu..result borderline iaitu 7.8. 





hmm...hasil check up tadi...result semuanya ok.cuma berat NAIK banyak gak lagi. naik 2 kg. so berat sekarang adalah 68kg!kalau wrestling ngn encik suami,aku ade potensi untuk menang kot:P haha.
maybe faktor check up kat klinik yang berlainan mempengaruhi ketepatan berat aku?yelar..sebab selama ni aku mmg check up kat klinik kerajaan je...start 37 weeks, aku check up kat klinik swata sebab malas nak gi klinik kerajaan.lepas tu, check up kat klinik pakar O&G HSI lak.alat penimbang lain2.maybe ada ralat :P (ayat sedapkan hati.haha) .ok,berbalik result check dengan pakar hari ni...berat baby(Estimated Fetal Weight,EFW) lebih kurang 3.6-3.8 kg. and the baby still belum engaged ok..ibu dah tak sabar dah ni.cepat lah engaged.haha.pastu doc tanya sejarah aku beranak anak pertama. sebab my first baby pun besar, 3.81kg masa lahir, sedangkan aku ni saiz kecil. die tanya ada masalah tak masa melahirkan.baby ada masalah tak lepas bersalin..kena tahan ward tak lepas bersalin ..everything's okay die kata..so, die kata aku boleh try bersalin normal gak. tapi..jika dalam masa due date aku tak bersalin gak..kena serah diri dan kena induce. or kena bedah/ c-zer jika diorang scan baby lebih besar dari 3.8kg.......hmm... doakan yang baik untuk ku ya:) hope dapat normal delivery...tapi kalau kena c-zer gak nak buat macam mana...yang penting ibu dan baby sihat dan selamat:)



apa yang berlaku pada diriku di kala 39 minggu mengandung??

-selalu berlaku false alarm. haha. ingatkan dah nak bersalin. tapi false alarm jek. 

disebabkan asyik rasa false alarm, so aku dah suruh encik suami pasang babycot siap2.senang. tapi zaheen dah rasmikan dulu.

-sangat kerap shi-shi dan poo-poo. toilet adalah teman setia di kala ini .
-masih boleh sembahyang macam biasa.tak perlu sembahyang duduk.alhamdulillah.
-mudah sakit di bahagian ari-ari/bawah perut. tapi sakit kejap-kejap jek.
-masih boleh buat kerja rumah macam biasa.mengemas(basuh,sidai baju,sapu,mop lantai bla bla bla)/masak/main kejar2 ngan zaheen/naik turun tangga-lagi banyak bergerak lagi bagus kan...:)
-selera makan MASIH kuat. haha. ni tak pernah berubah. cuma dah tak buat kek/desert since kandungan 35 weeks .kot?
-rasa muka macam makin sembab,kusam, eyebag dark circle makin ketara, kolagen makin kurang, nampak pipi cam jatuh, huwaa:(
muka tanpa sebarang make up(eh,aku ni bukan jenis pakai make up pon,juzt pelembab n bedak je pon:P) .bukti kulit mukaku semakin sembab,kurang kolagen,eyebag n dark circle makin teruk.

-perut makin membesar dan menegang sampai nampak urat darah kat perut. scary.
saiz perut at 39 weeks.

-baru try pakai cincin kawin dan tunang, dah tak muat. tersekat separuh jalan. dulu masa pregnantkan zaheen,muat je sampai dah nak beranak tu. 
-perut rasa cam dah ke bawah sangat tapi jalan masih laju dan suke berjalan-jalan .tadi lepas check up sempat dating jap:P haha
gambar dating tadi:P dating pon teringat kat anak, tu yang gi Toy r us :P



oklah, saja nak coretkan di blog sebagai kenangan:) doakan aku mudah bersalin ye :) tak sabar rasanya nak jumpa baby dalam perut ni :) . malas nak pikirkan sangat masalah2 baby besar ke ape ke.sebab fikiran kena tenang dah hujung-hujung kehamilan ni:) 



last but not least....gambar zaheen yang terbaru:) baru lepas gunting rambut depan ngan abah die semalam:P 

baru lepas kene gunting rambut. abah die boleh gelak kuat2 lepas tengok muka anak die kena gunting.haha.die kata nampak kelakar.haha.


happy face.jalan2 petang semalam:) muka ibu yang sembab dan muka anak yang comel baru lepas gunting rambut;)

beli kolam untuk zaheen. terus die punggah semua mainan die dalam pool die:P

petang smalam:) zaheen kata....nonok nyeee:P hehe



Tuesday, October 2, 2012

resepi mi hong kong sedap

mee hongkong...
aku letak pic ni kat intagram. dan puan wawa reques resepi.ni baru nak post resepi:P resepi actually rujuk kat majalah RASA keluaran september 2012. tapi tak ikut pon sangat pon.takdelah detail sangat ikut gram seperti dlm majalah tu. main agak2 je dan rasa guna lidah sendiri dan ikut apa bahan yang ada hari tu:P haha

resepi asal. alamak,lupe nak rotate.malass:P
klik pada gambar untuk tumbesaran. takpon beli aje majalah RASA keluaran september 2012:P


ni pulak resepi mi hongkong  version aku:

bahan:

mi kuning-agak2 utk 2 org mkn.
telur-2 biji(dikacau mcm buat telur dadar)
udang
bwg putih-hiris nipis
cili kisar-( cili kering direbus jap.pastu kisar.xyah byk sanagt kalau nak buat sikit je.nanti pedass sgt.setakat makan berdua..dlm 4-5 biji cukup.pastu blend je terus kalau malas nak rebus dlu. tpi kne blend lama sikit lah. kalau lagi malas, beli aje cili boh yang dah siap tu. tapi aku tak suke guna cili boh. rasa die lain.)
sos tiram-agak-agak je dalam 2-3 kali tuang
sos cili-agak-agak je dlm 2-3 kali tuang
sawi hijau-potong
lobak merah-potong panjang2
tomato-potong 4
air -secukupnya
garam+lada sulah
tepung jagung yang dibancuh ngan air-bagi pekat sikit kuahnya

cara buat:


1. campurkan mi kuning bersama telur.gaul rata.panaskan minyak.pastikan minyak betul2 panas,baru goreng mi sampai garing.angkat dan ketepikan

2. tumis bwg putih sampai wangi. masukkan cili kisar.kacau sampai pecah minyak

3. masukkan sos cili dan sos tiram .kacau sebentar

4. masukkan udang. kacau jap.pastu masuk sawi dan lobak n tomato.pastu masukkan air dan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. biar didih jap. pstu masukkan garam n lada sulah. 

5. tuang kuah atas mee. dan siapp:)

sedia dinikmati.encik suami pon suke.siap request suruh buat lagi:P







oklah...itu saje utk harii ni. dah lama tak update pasal resepi kan..padahal byk je resepi senang+simple yang nak dishare. tapi...tak sempatt:(


last but not least..


zaheen @ 23month

and..perut aku at 26 weeks :P





haha.takde kaitan pon perut aku 26weeks dan zaheen 23mth tu. saje. bai!assalamualaikum:)

Saturday, September 15, 2012

gemuks


lately ni badan macam makin banyak naik dan cepat naik. boolat !~.
pipi boolat,hidung makin kembang,perut bulat semua bulat:P haha.risau gak:P
sebab 2nd pregnancy ni berat boleh tahan gak naik banyakk:P
sebab selera makan sungguh kuat:P


tengoklah hasil pemakanan ku..padahal baru 6 bulan pregnant.:P
.
.
.



aku perasan 2nd pregnant ni hidung ku nampak kembang.member2 ada gak yg tegur.ish2



 

ok,kena kawal makan aka DIET walaupun pregnant. any tipss kawal berat badan ketika mengandung uolls??;)
 

Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday #24: 20 weeks !



Saturday, October 9, 2010

today is my due date.

hari ni due date aku.tapi baby belum mahu keluar. memang ada rasa contraction sejak akhir-akhir ni..tapi false contraction. bukannya yang betul2. ok, aktiviti hari ni ialah mengemas rumah, berehat2, makan dan tido. masak spagetthi je hari ni. malas nak masak, lagipon petang ada open house. so ada alasan tak yah masak berat2:P huhu. sebelum gi openhouse jalan2 jap kat Jusco :) ni baru sampai rumah. ingat malas nak update blog hari ni, tapi tetiba rasa nak update lak. huhu.


mak buyung sarat yang kuat jalan.
ok, ni pic terbaru aku masa otw nak g open house:)

err...baby!:D


p/s: esok 10/10/10 :D

Tuesday, August 17, 2010

apakah bahan yang berbahaya kepada ibu mengandung?

ibu-ibu mengandung patut baca info ini demi baby tersayang ok?

 


1) Cat Minyak Dan Tinner

Logam berat yang terkandung di dalam kedua-dua bahan kimia ini sangat tinggi sehingga mampu  menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara masalah yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah lama kepada bahan-bahan tersebut ialah berat badan kurang, lahir tidak cukup bulan dan keguguran.

2) Produk Aerosol, Pemutihan, Pembersih Lantai, Penyegar Udara Dan Pembersih Kaca

kesemua bahan ini mengandungi bahan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Kesemua bahan kimia ini adalah bahan utama yang boleh membunuh kuman. Walaupun bahan-bahan tersebut mampu membunuh kuman, tidak semestinya baik terhadap manusia. Hal ini adalah kerana selain kuman, manusia turut menerima kesan yang sama. Jika seseorang ibu hamil itu terdedah terlalu lama kepadanya, dikhuatiri bayi dalam kandungan turut menerima kesannya. Masalah yang mungkin berlaku pada bayi ialah seperti kelainan pada saraf terutamanya pada saraf mental. Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko untuk mengalami kecacatan anggota.

Nota:

Jauhi Daripada Semburan Beracun

Minta bantuan orang lain untuk menyembur aerosol dalam bilik atau mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Tinggalkan tempat yang sudah disemburi dengan aerosol buat seketika dan kembali dalam tempoh lebih kurang sejam.

Semasa proses penyemburan dibuat, pastikan tiada makanan dan minuman yang terdedah. Peralatan yang terkena semburan bahan kimia perlulah dibersihkan bagi menghilangkan racun yang melekat padanya, Jika sekeliling rumah anda disemburi asap pe-nyah nyamuk (fogging) tutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak.

Ketika berkebun, gunakan sarung tangan. Cara ini dapat mengelakkan tangan dan kuku anda daripada terkena racun serangga yang ada pada daun, bunga atau tanaman.

3) Cecair Pembasmi Kuman Dan Insect Repellent

Bahan kimia seperti pestisida yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini boleh menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah masalah keguguran, kecacatan dan lahir tidak cukup bulan.


4) Krim Pemutih

Ketahuilah bahawa krim pemutih mengandungi raksa (merkuri). Atas sebab inilah proses pemutihan pada kulit dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tidak mampu menunjukkan hasilnya dalam masa hanya beberapa minggu. Kehadiran raksa dalam bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

5) Pewarna Rambut

Sekiranya anda berhasrat untuk mewarnakan rambut dan pada masa yang sama anda hamil, disarankan agar menangguhkan dahulu keinginan tersebut. Hal ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut boleh membahayakan anda dan bayi.

6) Ubat Jerawat

Ibu hamil yang mengalami masalah jerawat tidak digalakkan memakai ubat jerawat dengan kerap. Biasanya, semasa hamil seseorang wanita itu dinasihatkan agar berhenti seketika memakai produk tersebut dan boleh menyambung kembali penggunaannya selepas bersalin. Walaupun penggunaan ubat jerawat boleh diteruskan selepas selamat melahirkan anak, pemakaiannya perlulah sentiasa dipantau agar tidak berlebihan.

7) Pelarut Organik

Untuk pengetahuan, pelarut organik adalah antara bahan kimia yang paling selalu digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti di hospital, kilang percetakan, kilang pembuatan kosmetik, kilang tekstil dan makmal penyelidikan. Antara bahan yang di kategorikan sebagai pelarut organik ialah aseton, metil etil keton, fenol, glikol eter dan benzena.

Walaupun hanya terdedah pada kadar yang terlalu sedikit seperti terhidu ataupun melalui penyerapan melalui kulit, bahan pelarut organik sangat berbahaya terutamanya pada ibu hamil kerana boleh menyebabkan masalah seperti:
  • Kematian bayi semasa masih dalam kandungan
  • Kecacatan pada bayi
  • Keguguran
  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
  • Tahap kesuburan ibu menurun




and last but not least....

cara-cara pergnant mummy pakai seatbelt dengan betul..just for your safety:)
(tapi aku memang rimas pakai seatbelt masa tengah preggy dan juga walaupon tak preggy:P haha)




credits: kakengkubidanbersalin

Tuesday, June 8, 2010

dah boleh rasa dan nampak baby tendang kat perut:) super excited:D


 HAPPY:)
.
.
.


 usia baby saya sekarang adalah 22 minggu atau 5 bulan 2 minggu dan saya tak sabar2 nak die lahir ke dunia:)


tadi first time nampak baby tendang perut.nampak perut aku tertonjol keluar hasil tendangan baby:) ngah main bola sepak kot die:P hehe.tak sangka dah boleh nampak sebab sebelum2 ni memang dah rasa baby gerak2 tapi tak boleh nampak lagi kesan gerakan die:P super excited ok :D ni pon masa ngah menaip rasa baby ngah gerak2:) oh ye,baby ku ini sangat aktif!:)


oh ye, petang tadi aku ade check up yang ke berapa ntah.byk sangat sampai lupe.haha.ape hasil check up kali ni?
1. berat aku naik ke 52.3 kg
2. HB(hemoglobin)/kepekatan darah aku makin kurang:( sebelum ni pon dah kurang,10 je.kali ni 9.9 lak.risau la:(( doc nasihat makan banyak2.sebab selama ni aku makan biasa2 je macam sebelum aku pregnant.takde la macam org cakap makan utk 2 org.aku makan biasa2 je.lagipon tu pon dah kenyang.tangki aku kecik kot:P tu takleh mkn byk sgt.tp nampaknya...aku kena makan lebih sikit la utk baby sebab baby sedang membesar dgn pantas sekarang ni.
3.ujian air kencing-ok.takde masalah.tekanan darah pon normal
4.esok aku kena check gigi lak.kena jumpa dentist.biasa la kalo preggy kne jumpa dentist.kalsium penting tau masa preggy.kena minum susu.kalsium kena cukup coz baby amik kalsium ibu masa preggy.kalo tak cukup kalsium,tu yang sampai kes gigi berlubang masa ngandung n sampai kena cabut gigi sebab kalsium dah kena sedut ngan baby utk pertumbuhan tulang baby.
5.21/6/10 lak aku kena jumpa doc pakar sebab aku ader 2 faktor risiko..yang pertama astma,tg kedua aku ada thalasemia carrier dan aku kurang darah dari first check up.dah la appoinment nya pagi,so terpaksa la aku cuti hari tu ye:)) (suke sebab takyah g sekolah:P haha)
 

oh ye ,selain tu nurse pesan aku tak boleh penat2 sangat dan kalau boleh jangan sampai DEMAM sebab HB aku rendah kalau tak makin bahaya.dengar tu encek suami,sila jaga saya baik2,jgn sampai saya demam ye;P 

 tadi tak scan,so jantina baby taktau lagi.tapi rasanya macam lelaki kot???tak tau la,tak kesah lelaki atau perempuan sebenarnya:) yang penting baby sehat walafiat.Amin!!:)

Emm..perut aku sekarang makin membesar dan makin berat:) garisan perut aku makin jelas dan ketara.garisan tu dr bwh dada atas pusat sampai bawah perut.makin gelap la warna garisan tu.pastu pusat dah tertonjol keluar:P Comelss:D actually pusat tu dah lame gak tertonjol keluar.masa 3 bulan pon dah tertonjol dah:P


 ini bukan belly button/ pusat saya ok:P pusat saya lagi seksi:P haha
gambar adalah ensan encik google:)
.
.
.
ok.itu saje diari kehaliman saya untuk kali ni:P sekian:)