iklan

Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

sedang mencari set berpantang terbaik? nak luka jahitan cepat sembuh, badan bertenaga, susu badan banyak dan tidak sembelit semasa dalam pantang? cuba lah set berpantang Shaklee dan rasai perbezaannya!

Assalamualaikum :)


Hari ni baru sempat nak cerita pengalaman sendiri berpantang menggunakan set berpantang Shaklee / Set selepas Bersalin Shaklee.


Trauma dengan pengalaman berpantang anak pertama (luka jahitan episiotomi lambat baik, badan lemah tidak bertenaga, emosi tidak stabil dan sembelit) membuatkan aku nekad mencari set berpantang yang terbaik untuk berpantang anak kedua. Survey punya survey, akhirnya aku jatuh cinta dengan feedback/komen /testimoni dan review positif oleh pengguna-pengguna set berpantang Shaklee. Yang paling penting sekali set berpantang shaklee takde guna jamu atau serbuk-serbuk  yang perlu dibancuh dan melecehkan apabila hendak dipakai. Set berpantang shaklee hanya lah dalam bentuk pil yang mudah untuk ditelan. Dan boleh dimakan walaupun anak kena jaundis atau kuning. serta ia boleh dimakan sejurus selepas bersalin.


Set berpantang dari Shaklee ini terdiri daripada:

Vita-lea, zinc,b-compleks, Vitamin C, ESP dan Ostematrix.
 Jom kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini...

 
Vita-Lea
  • Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita lea kerana semasa dalam pantang banyak  makanan yg  kita dilarang makan jadi tenaga kita akan berkurang. 
  • Ibu banyak kehilangan darah semasa dan selepas bersalin,Oleh itu ibu perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat bg menggantikan semula darah yang hilang. 
  • Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya. 
  • Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi. 
  • Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex

  • Membantu menstabilkan hormon badan
  • Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. 
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. 
  • Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga

Zinc Complex

  • Sesuai untuk Ibu2 yg tiada selera makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc complex adalah pengganti yg tepat kepada makanan tersebut. 
  • Galian yg sgat penting dalam membantu proses pemulihan luka dalam. 
  • Membantu proses pembaikan luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim). 
  • Pengambilan zink bagi ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dengan baik. 
  • Mengurangkan masalah rambut gugur 
  • Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
  • Berkonsepkan pelepasan masa. 
  • Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  konsisten 
  • Vita c sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
  • Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....

Energizing Soy Protein (ESP)


 


  • Memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran, 
  • Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol 
  • Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu 
  • Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix


  • Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  
  • Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
  • Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang


review saya selepas menggunakan set berpantang shaklee :

* Luka jahitan sembuh dengan cepat. dalam masa seminggu jahitan dah baik. dah boleh jalan macam biasa, nak duduk pun tak sakit.(alhamdulillah;) memang sgt berharap pantang kali ni dpt sembuhkan luka episiotomi dengan cepat sebab pantang pertama dulu lambat sangat baik.siap tertetas lagi.ngeri sampai sekarang bile ingat balik)
*badan rasa lebih sihat dan bertenaga.boleh buat kerja macam biasa. malah, tak rasa macam berpantang pon.hee
*tiada lagi masalah sembelit. malah tiada rasa sakit di tempat jahitan semasa nak 'membuang':P (ni part yang paling besttt sekali sebab pantang dulu memang berjam jam dalam toilet nak membuang:P)
 *emosi lebih stabil. tak asyik menangis macam pantang anak pertama.
*susu badan bertambah banyak dan lebih pekat.alhamdulillh dapat susukan anak sepenuhnya sampai sekarang :)
*turun berat badan dengan cepat. berat akhir masa engandung adalah 68.9 kg. selepas 2 bulan...berat saya turun ke 48kg!alhamdulillah:))
*dan suami pun boleh join sekali makan vitamin ni ok. menjimatkan. suami pon dapat khasiat. suami pon lebih sihat dan bertenaga.
*satu lagi, vitamin ni tak semestinya hanya dimakan masa dalam pantang sahaja, lepas pantang pon boleh teruskan makan untuk kesihatan berpanjangan:)




berminat nak beli pd harga istimewa?
emel saya untuk order: mrsnawuza@gmail.com
atau sms/whatsapp saya 0137812223
atau nak beli sendiri? boleh! gunakan no ID shaklee saya 890731





Monday, December 24, 2012

yay!dah beli Set Berpantang Shaklee!:) jom,nak share resepi lazat ESP Shaklee :)

Alhamdulillah, dah beli set lepas bersalin Shaklee (set berpantang) sabtu lepas. lega rasa. sebab rasa macam selagi belum ada set berpantang , belum boleh beranak lagi sebab preparation berpantang tak lengkap.haha. so alhamdulillah dah complete semua barang :) eh, tapi kan...masa beli set berpantang Shaklee ada satu vitamin tak cukup iaitu vitamin C die sebab dah abis stok. satu malaysia tengah takde stok vitamin C Shaklee ni ok. bulan April,2013 baru ada stok :( lambat nyewwww... tengoklah,betapa larisnya Vitamin C Shaklee. nyesal tak beli dari awal...terpaksalah ganti ngan vitamin C jenama lain sebab terdesak dah nak due date kan..T__T


yay!dah beli:) Vitamin C je takde:(


ok,set berpantang shaklee ni ada Vitalea, Zink, B-compleks dan Vitamin C. tapi aku tambah ESP (utk banyakkan susu) dan Ostematrix, utk lawas dan kalsium. boleh baca sini pasal kelebihan setiap satu vitamin tu. apa yang bestnye..vitamin-vitamin ni, encik suami pon boleh makan sama :) so, sama-sama sihat. kalau korang nak beli untuk makan sendiri dengan harga ahli, korang boleh lah beli di cawangan shaklee yang berdekatan dengan menggunakan ID shaklee aku iaitu 890731.


Jadual pemakanan vitamin-vitamin ni untuk dalam pantang korang adalah:-


after breakfast: B complex sebiji, Vitalea Sebiji
after lunch: Vitamin C sebiji, Zinc sebiji
sebelum tidur: Ostematrix 2 biji, digalakkan ambil bersama segelas susu


**note: -pastikan minum at least 2 liter air
      


Untuk pengambilan ESP pula, 


ESP,antara hotseller SHAKLEE

boleh minum masa sarapan, antara makan tengah hari  dan minum petang & waktu malam sebelum tidur. maksimum 3 sudu besar satu hari ok. sebab jika lebih 3 sudu besar satu hari akan memberatkan buah pinggang utk proses protien yang berlebihan. aku setakat ni masa pregnant minum satu sudu besar je satu hari.sebab dah minum susu anmum/Enfamama lagi. btw, ni ada resepi ESP yang boleh korang cuba untuk mempelbagaikan rasa ESP :-
  1. ESP + Fresh Milk (boleh plus pulak lagi dengan kurma, kismis, badam .. marvellous!)
  2. ESP + Air suam
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung


**Notes: jangan bancuh menggunakan air panas. Sebab ini akan memusnahkan protein yang terkandung di dalam ESP tu sendiri. dan jangan diminum bersama minuman yang ada kafein.  jgan amik lebih 3 sudu besar dlm satu hari kerana berat utk buah pinggang proses protein yg berlebihan. bagi breastfeed mommy(ibu yang menyusukan), better amik 1 sudu besar 3 kali.kalau tak..boleh lencun baju(dengan susu ibu) kalau amik 3 sudu besar sekaligus.


**btw, ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia juga sangat sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:

1. Orang yang ingin kekal sihat..

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik.

 

 

 

 ok,itu shaja untuk hari ni.:) bai ,assalamualaikum:)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

 Nurul Ain
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 890731 ]
♥ Emel : mrsnawuza@gmail.com

 


Tuesday, December 18, 2012

resepi makanan untuk ibu dalam pantang. khas untuk rujukan encik suami tersayang :)


Ok,entry ni khas utk encik suami yang nak memasakkan lauk pantang utk aku sepanjang aku berpantang nnt:P oleh kerana aku malas nak taip resepi sendiri, maka aku google saja resepi-resepi yang boleh encik suamiku sayang rujuk untuk masakkan sedap-sedap utk isteri terchentanya:P




1)Antara makanan yang boleh dimakan semasa dalam pantang : 
* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.
* Sayur-sayuran seperti bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.
* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
* Makanan bijirin seperti oats, empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe & tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.

* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.

Sumber :ciklaili



2.antara resepi-resepi untuk wanita selepas melahirkan anak:-




Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. 

Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahannya :

1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara:

Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.

Ayam Masak Bijan

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:

Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.

Ayam Kukus Cuka
Bahan A (diperap sebelum dikukus)

8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B

3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:

Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:

Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Ikan Tenggiri Masak Halia
Bahan:

2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
halia – dihiris memanjang

Cara:

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ikan Gelama Masak Asam
Bahan:

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Cara:

Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Sawi tumis air
Bahan:

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong
Cara:

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Kucai goreng kicap
Bahan:

1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap
Cara:

Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Kari Ikan Haruan
Bahan:

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam

Cara:

Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


Sup Ikan Tenggiri
Bahan:

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Cara:

Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.

Daging Bakar
Bahan-bahan:

300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara:

1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang. 



Sup Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah

bahan-bahan:
air halia, bawang merah, bawang putih - ditumbuk daun sup ikan
cara-cara:
masukkan air dengan bahan2 yg ditumbuk, masukkan sedikit garam, setelah mendidih masukkan ikan & daun sup.

Steam Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah / Salmon

bahan-bahan:

ikan
halia
daup sup
tomato

cara-cara:

letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan & steam sampai ikan masak.


Singgang Ikan Haruan / Tenggiri / Bawal Putih / Merah

bahan-bahan:

air
bawang merah, lengkuas - dihiris
serai
asam keping
ikan

cara-cara:

rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yg sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping & sedikit garam. bila dah mendidih, masukkan ikan. 


Daging Goreng Halia & Black Pepper

bahan-bahan:


daging
bawang putih, bawang besar, halia - dihiris
serbuk lada hitam
minyak bijan

cara-cara:

tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan. masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.


Ikan Bilis Goreng

bahan-bahan:

ikan bilis
serbuk / biji lada hitam

cara-cara:

goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan minyak. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama lada hitam.


Isi Ayam Goreng Halia & Bijan

bahan-bahan:

isi ayam
halia - dihiris
bijan - disangai / digoreng tanpa minyak


cara-cara:

tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai. 






3.antara contoh2 menu untuk sarapan, lunch, minum petang dan dinner::-

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam /susu suam



-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -


Dinner
- sama macam lunch -



ok,cukup tak encik suamiku syg?:P lalala. masak sedap2 tau untuk i nanti;)  lap u;)

Monday, December 10, 2012

tungku bantal moden elektrik boleh meletup??

ok.aku terkejut bile dapat tau berita ni.
sebab aku memang baru beli bantal tungku ni untuk kegunaan pantang nanti.
ni rupa tungku bantal moden
dulu masa pantang anak pertama aku guna tungku bantal ni.tapi mak mertua punya.
alhamdulillah ok je dan nasib takde jadi apa2.
cuba korang baca kat sini,  dan sini



encik suami kata tungku bantal moden ni tak boleh cas lama2. 1 minit pon dah cukup panas. die dulu buatkan aku caskan seminit je. xpernah lebih dari tu. satu lagi...tungku bantal moden ni biasanya memang made in china dan tak dapat cop sirim pon. hmm... nak guna pon dah takut. yelar,kalau meletup bahaya tu.lagi2 kalau dekat ngan baby. hmmm. terpaksalah beli tungku lain.

Wednesday, October 3, 2012

tips untuk anda untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

 untuk rujukan ku dan juga bakal ibu yang lain..bakal ayah pon perlu tahu dan baca;)

copied from here

Untuk bakal-bakal ibu yg bakal melahirkan anak, ini tips untuk anda
untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.


Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.

Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.

Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA

Tuesday, September 25, 2012

wishlist barang baby dan keperluan ibu dalam pantang untuk anak kedua #1

Assalamualaikum:)


Minggu ni alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 26 :) tapi barang-barang baby dan keperluan selepas bersalin belum ku beli lagi:P plan nak beli nak start beli hujung minggu ni. insyaallah:)



Untuk preparation anak kedua takde lah banyak sgt macam anak pertama...baju2 newborn Zaheen pon masih baru lagi...cuma beli sikit2 je lah..senarai barang keperluan baby boleh rujuk sini.
so.. ni antara barang2 baby yang aku nak beli sangat untuk baby no 2 ni....

1. baby cot,tilam,bedding set


baby cot 3 in 1. jenama MYDEAR
First of all, aku rasa anak kedua ni aku nak guna baby cot. nak ajar die tidur baby cot dari kecik. sebab masa zaheen dulu aku tak ajar tidur dlm babycot. tidur ngan aku sambil 'mengempeng'. sudahnyee....sampai sekarang die nak tidur ngan aku sambil mengempeng T__T. amik banyak space lak tu. tak muat dah katil tu rasa padahal katil dah king size dah T__T. 


baby cot/baby crib pilihan aku adalah yang jenis 3 in 1 tu..yang boleh jadi babycot, ada tempat diapers changers dan bile baby dah besar, boleh jadi playpen.kenapa aku nak yg ada diaper changer? sebab pengalaman anak pertama aku, sakit pinggang kalau nak tukarkan pampers or pakai baju sambil membongkok. ada  tempat diapers changer ,takde lah membongkok sangat. xdelah sakit pinggang or sakit kat bhagian jahitan berbanding kalau tukar pempes or pkaikan bj baby kat bawah(atas tilam kat lantai). pastu ,  ketinggian baby cot tu boleh di adjust. aritu ada gi jalan2 ngan hubby survey babycot. yang jenama MYDEAR ok gak. baca review pon ramai komen ok. jenama GRACO pun ok. dua-dua pon harga berpatutan. dlm rm250++ gak la tak termasuk tilam dan set cadar +comforter. pastu baby cot tu boleh dibuka,bawak blk kampung or utk tujuan penyimpanan kalau dah tak guna lagi. btw, aku ade baca, baby cot yang jenis kayu, ada yang jenis yang bahaya dan kena banned tau. iaitu yang jenis boleh drop side. boleh baca SINI.


tilam baby lak...ada dari jenis span,foam,kekabu dan latex. paling mahal of course lah dari material latex/getah. tapi paling bagus among others. sebab ada holes untuk ventilation. so kalau baby tertiarap, masih ada ruang utk baby bernafas. ni hasil aku google review-review org dan docs.

tilam baby latex by getha. tilam ni je pon dah rm300++ T__T



kemudian...bedding set baby. of course lah nak yang comey comey kan...geram je tgk bedding set baby. comey2 belaka:P hee. tu pon harga dah rm150++. tapi aku ada baca gak...baby ni tak payah tido byk bantal, selimut.takut tangan die gerak2 masa tidur dan tangan die tertarik selimut/bantal n tertutup muka die. bahaya:(

haruslah tema biru.baby boy kann:P



emm... tapi maybe awal2 baby tido ngan aku je kot?...nanti dah 1 bulan ke atas baru ajar die tido baby cot. tapi nanti takot baby dah tak nak lak tidur babycot sebab dah biasa tdo ngan mak die?? what say u? gimme ur opinion plz..mommy mel n maisara, nak opinion korang...sebab anak korang tidur dlm babycot kan...start bile tidur dlm babycot?dalam pantang nanti senang ke kejap2 nak kena bgn dan amik baby utk BF...lagi2 waktu malam..pastu ,rasa kesian lak nak biarkan baby baru lahir tidur sorang2 dalam baby cot,...so...tak perlu beli dulu ke ek baby cot ni?( pulak dahh,tadi beriye iye nak beli:P haha).


2. set berpantang shaklee



insyaallah, pantang kali kedua ni aku nak guna set berpantang dari shaklee yang terdiri dari vitamin2 seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C & Zinc - basic set bersalin.pastu ada ESP, Ostematrix & Alfalfa - tambahan untuk tenaga, baik pulih sel2 & penyusuan susu ibu. masa pantang kali pertama aku guna leesa formula. ok gak la. sebab ubat jenis moden kan. ubat leesa formula tu guna kapsul dan utk sapuan perut,die guna losyen.senang, takde lah berterabur kalau guna yang jenis serbuk2 tu. sebab aku tak berapa suke yang jenis jamu2/pilis/param/pastu guna serbuk2 bancuh sendiri untuk sapu kat perut dan dahi(cth: set bersalin tanamera dan AMWAY). hasil review kat google(ofcourse:P),ramai bg komen positif pasal set pantang shaklee. insyaallah nak guna set shaklee ni untuk pantang kali ini:)


ni antara kelebihan2 vitamin set berpantang shaklee:


B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
sumber:ibuhakimhaikal


hmm...itu sahaja utk hari ni kot..ada lagi dalam wishlist aku..antaranya ialah:-
 
3. minyak herbanika nona roguy dan phytonatal NR
4. medela milk collection shells
5. fisher price newborn to toddler portable rocker
6. breastmilk plastic storage bag
7. nursing pillow?
8. vco/minyak bioselusuh/tanamera vco?


sambung next time ok?bye.assalamualaikum:)

Friday, May 18, 2012

tips penjagaan luka episiotomi /jahitan selepas bersalin

assalamualaikum.
actually, tujuan aku buat entry ni khas untuk sepupuku,shikeen yang baru selamat melahirkan baby nya ahad lepas (sempena hari ibu tu). congrats babe!:)

baby hannah. berat 3.3kg.normal delivery.9.39am.


lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P




so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha




1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

8.Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

credits:portalalamhamil



1. Jagaan perineum (kemaluan):
  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:
  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  • - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  • - Cantuman luka : elok atau terbuka
  • - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  • - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.



ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan, marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :( so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2 nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2 ngan hubby:P hehe. 

ooklah...baiiiii:)


[UPDATE 5/6/13] : NAK LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH? BACA SINI