iklan

Showing posts with label tips hias rumah untuk raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label tips hias rumah untuk raya aidilfitri. Show all posts

Friday, January 17, 2014

my home deco 2013 :)



 assalamualaikum...
dah lama tak citer pasal dekorasi rumah...
asyik citer pasal resepi je kan..
so arini nak share sikit pasal deko rumah ku tahun 2013..
dah masuk 2014 dah pon..
baru nak citer kan:P
huhu



aku bukan la terror or pandai sangat menghias rumah.
tapi aku sangat suke kemas rumah, suke rumah nampak cantik, suke rumah bersih, suke bersihkan rumah, suka rumah tersusun. aku memang jenis macam tu. walaupon penat, mmg aku akan kemas rumah setiap hari walaupon anak2 akan sepahkan rumah tapi lepas tu tangan aku gatal kemas dan bersihkan semula walaupon satu hari 4-5 kali kemas sebab aku mmg tak suke nampak rumah sepah or aku akan pening kepala ,sakit kepala or naik angin tengok rumah sepah.hahaha.panjang aku explain:P



tahun 2012..deko rumah aku ..aku penah share kat blog..klik sini..
so thn 2013..ade la sikit penambahbaikan walaupon tak banyak..tapi nak share juga utk kenangan ku...


 hallway
  hallway rumah aku kecik je..adelah sekangkang kera:P haha...



nampak tak kesenkangkangan kera itu?:P haha
aku letak rak kasut jenis tinggi...dan tempat sangkut beg dan baju/tudung..

memang nak buat hallway...sebab selalu suami pakai jaket kerja..kalau balik mesti letak kat  mana2 jaket die tu,,..so ade hallway kat situ..leh la sangkut baju kat situ je..


ade letak cermin gak kat situ..boleh cermin diri sebelum keluar rumah:P




ruang tamu



ruangtamu ruamh aku takde perubahan sangat dari tahun 2012..cuma tambah frame kufi ..langsir sume tak tukar pun...rumah pon cat asal pemaju je...aku mmg nak kekalkan putih sebab nak nampak efek luas..yelar..rumah aku kecik je...18x60 je...



ruang makan

ruang makan pon takde perubahan sangat.cuma tambah frame kat bahagian dinding....aku lupe nak snap bahagian ruang makan tp ni ade gambar bahagian ruang tamu aku yang bersambung dgn dining hall ..



aku beli frame holder kat ikea...pastu letak frame2 kat situ...simpe aje..





dapur 



tak banyak perubahan seperti tahun 2012..klik  sini... .cuma ada tambah rak ikea kat bahagian masak..pan nak beli bekas2 botol kaca utk spices sama sume seragam..tapi tak beli2 lagi,...so guna apa yg ade shj dulu:P


 
 




 bilik zaheen
bilik zaheen ade perubahan besar sikit berbanding tahun 2012. hehe..walaupon zaheen tak tidur kat bilik die..tapi kitorg slalu gak lepak kat bilik zaheen..biasanya aktiviti painting buat dlm bilik zaheen  ;) bilik zaheen memang aku hias colorful gitu;P





 





bilik bawah/bilik tetamu 

keluasan bilik kecil je..so guna katil bujang je utk jimat ruang :)



bilik tetamu atas/bilik komputer
bilik ni dah selamat kne conteng guna marker oleh zaheen. -_- good job anak.gud job:P


nmpak x kesan conteng ituu?:P



master bedroom
master bedroom pon xbesar sangat.so kene pandai bijak susun supaya nampak luas sikit:P dah la aku guna katil size king..banyak gak amik ruang.




aku punye wardrobe kecik je.kongsi laki bini lagi baju kami.hehe.pastu tepi wardrobe tu aku tambah tempat peyangkut baju .beli kat ikea. die boleh adjust panjang die. so aku gantung sebahagian baju kurung n baju melayu suami kat situ.


hakikat rumah bila dah ada anak


hakikat 1: ade ruangan buai kat area bawah tangga.kalau ikutkan aku mmg tak nak guna buai n taknak letak buai langsung kat umah..tapi berjaya sampai ziyad umur 9 bulan je kot.pastu aku mengalah pasang buai gak kt rumah sbb ziyad dah terbiasa tdo kat buai kt rumah pengasuh. n bahagian bawah tangga mmg aku buat area permainan anak. ade play yard dan sebahagian toys kat situ. play yard yg wane putih tu aku guna utk emergency if aku nak ke toilet ke ape ke...kena letak ziyad dlm tu jap. kalau tak....merayap die pegi.










hakikat 2: bila anak dah pandai menyonteng ke dinding rumah,haha. ni antara lukisan terbesar zaheen pernah lukis kat dinding rumah. haha. aku nampak macam bentuk POU, tapi bila tanya zaheen, die kata die lukis angry bird:P haha





oklah,itu shj sharing home deco utk hari ni :) ade cadangan penambahbaikan boleh komen;) hehe.











Sunday, August 26, 2012

Persiapan rumah menyambut aidilfitri

Assalamualaikum..


Selamat hari raya ;)
hari ni baru raya ke-8 ,so masih lagi dalam mood raya kan??;)
hari ni tetibe ada mood nak update pasal rumah:)
aku memang suke bab-bab  hias rumah ni. sanggup tak beli beg tangan baru ke,baju baru ke untuk save duit nak rumah cantek:P haha. 


satu lagi..aku memang suke kemas rumah, suke tengok rumah dalam keadaan kemas bersih teratur. pikiran aku boleh jadi tak tenang atau serabut kalau tengok rumah bersepah atau tak teratur. kang mula lah mulut ni nak membebel je sambil tangan mengemas2:P  haha

dan satu lagi hobi aku ialah suka mengambil gambar rumah sendiri. saja nak buat kenangan :) kadang2 terpikir takut gak org kata show off kalau letak gambar rumah kat blog , tapi tolong jgn salah faham ye..aku suka share idea. sharing is caring ,kan? lagipon boleh bertukar pendapat, idea dan dpt kawan baru yang sama -sama minat bidang ni;)


Tapi apepon..bab2 menghias rumah ni memang perlukan budget yang agak besar..kadang2 apa yang kita nak tu..tak mampu pon nak membayarnya(melainkan ko memang banyak duit) ...so uuntuk golongan sederhana cam aku ni kenalah pertimbangkan banyak benda..kena check balik kewangan..kena banyak buat calculation :P kena ikut kemampuan lah senang kata. yang penting memang kena banyak saving gak. selain saving...kena merancang atau planning hiasan rumah yang kita nak,,kena rajin berjalan banyak survey2 dari kedai ke kedai..pandai tawar menawar. kena tau jugak jenis kayu,material etc..(bende ni aku banyak belajar ngan mak aku.thanks mak!)..



Dan untuk aidilfitri tahun ni aku lebih bersemangat nak menghias rumah. maklumlah baru pindah rumah sendiri kan;) Alhamdulillah..dah masuk 8 bulan kami menetap di rumah sendiri :) sebenarnya takdelah menghias mana pon..lebih banyak melengkapkan rumah sebenarnya..baru pindah..so rumah takde lah complete lagi sebenarnya..

pemandangan di ruang tamu..cukup sekadar letak sofa 3+2+1, TV panel+meja sisi +karpet..dinding pon masih kosong lagi..belum letak frame ke jam ke..cat pon cat asal dari pemaju. warna putih suci gitu :P alamak,pooh zaheen lupe nak alih dari sofa tu.hehe.
langsir ku polos saja. sebab aku suka macam tu:P warna pon warna neutral saje.tempah kat SSF.mahal gilos:P



antara majalah-majalah kesayangan;)  
bahagian dining dan dapur. meja makan tu sebenarnya bukanlah pilihan aku yang sebenar-benarnya.haha. beli pon murah je RM390 je ,kayu solid. beli masa tu sebab encik suami nak buat makan-makan ngan kawan die kat rumah sewa lama.masa tu baru pndah rumah sewa tu,,bajet pon tak berapa nak mencukupi.so beli yang mampu saja:P
my little kitchen :) set cawan dah keluarkan dah letak atas kaunter bar tu.senang nanti kalau org datang beraya:P



aku siap beli rak khas untuk simpan kuih raya. senang dan praktikal. nasib muat2 je letak kat bawah kaunter bar.dapat  jimat ruang;)


lampu kesayangan :P encik suami selalu perli pasal lampu ni;P bukan main cerewet aku pilih lampu untuk dining hall.nak yang cantik dan  berkualiti tapi murah:P haha.last2 dapat jugakk;) cantek takk?:P perasannn.


.
.
.
jom naik tingkat atas pulakk jomm..
tingkat atas ada 3 bilik dan 2 bilik air..dan 1 ruang tengah
 dinding laluan tangga yang masih kosong..kosong..cam lagu najwa latiff:P


 
mula2 gi bilik zaheen yang belum siap hias :P hehe. berangan nak buat bilik zaheen nanti. tapi..ongkosnya belum ada.:P zaheen pon masih belum berani kot tidur sorang2 kat bilik sendiri..so..tangguh dulu:P buat sementara waktu..bilk zaheen digunakan untuk bilik iron baju :P



wayar berselerak la pulakk.
bilik tetamu atau bilik komputer...??
dua-dua pon boleh:P
belum hias betol lagi. tunggu duit jatuh dari langit:P haha


cermin kecik yang kat sebelah lampu tidur tu cermin untuk zaheen. die dah pandai ,pas mandi ..nak pakai bedak,sikat rambut  mesti nak tgk cermin;P
Master bedroom yang super simple:) hanya ada katil,satu meja sisi,meja solek dan almari sahaja:P hias sikit2 ikut kemampuan:P



ni bilik tingkat bawah..ni pic sebelum raya...


disebabkan terlebih rajin dan takde  keje..aku susun atur balik bilik ni pada raya ke7.:P
ni hasilnya...:P
.
.
.


ayah aku selalu guna bilik ni kalau die ada keje kat JB :)




oklah...itu sahaja nak cerita pada hari ini:)
nak masak pulakk:P
esok dah sekolahh.
nak cooti lagi :P
bai:)