iklan

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

ziyad oh ziyad..

2 bln lepas, jatuh sampai gigi patah
minggu lepas ,jatuh sampai hidung berdarah
petang tadi, terseliuh tangan sampai kene X-RAY . T__T
adakah semua baby lelaki lasak macam Ziyad?huhu
dulu zaheen sopan je waktu baya ziyad.haha
beza sungguh baby girl dan boy.
memang sangat mendebarkan tadi ok. 
aku risau je kalau tgn ziyad patah tadi sebab bunyi 'PRAK' (bunyi macam terpijak dahan pokok) kuat gak tadi.
alkisahnya..jadi terseliuh tu sebab...salah ibu jugak:(
ziyad ni memang payah betul nak pakai pempes lepas dah mandi or kencing or yak. huhu
aku smpai kene kejar die keliling rumah kadang2 sebab nak pakaikan pempes die -_-
tapi bila pakai ngan abah BEHAVE je -_-
so tadi, macam biasa...lepas mandi..nak pakai kan pempes..aku dah baringkan die..(kejadian berlaku atas katil bilik zaheen) kejap je die ligat bangun,merangkak menuju ke kepala katil, panjat kepala katil dan melompat. aku amik die balik dan baringkan semula nak pakaikan pempes.pastu die pusingkan badan lagi dan nth camne aku pon nak cepat tadi ,(sebab konon ptg td lepas encik suami balik nk terus gerak ke rumah pakcik encik suami sebab ade kenduri doa selamat)..
masa die laju pusingkan badan aku lak tarik die pusingkan die..die tengah nak dalam posisi merangkak...terus...PRAKKKK..berderau darah aku ok..sorry ziyad sayang :( 
ziyad menangis, aku panik.
aku memang cepat panik.
ziyad menangis xstop n merengek.aku lagi bertambah panik.
lagi2 bile tengok lengan die yg terseliuh tu kejung tak boleh gerak :(
menangis aku ok time tu. lagi2 bile aku baring nak susukan die sebab nk tenangkan die..die nyusu tapi tak boleh baring mengiring macam biasa:( uwaaaa...laju air mata aku keluar tadi .rasa bersalah sangat sebab aku die jadi camtu:(
aku call mak aku, call suami n call adek aku yg doktor. 
explain kejadian yg berlaku dan the best solution is X-RAY. lagi2 keadaan ziyad yg tak selesa,nangis,tangan kanan yg kene tu xleh nak gerak ..kejung je.
pergi Poliklinik Penawar, then doc sana refer ke hospital bahagian emergency.
Kami pilih Hospital Penawar je. takpe la bayar mahal skit daripada tunggu lama2 kat hospital kerajaan.
an alhamdulillah..hasil X ray..no fracture (patah) or dislocation. cuma soft tissue injury. tadi pun masa kat hospital , ziyad dah boleh gerak2 kan tangan die..n ade riuh skit mulut die...kalau tak senyap membisu dan monyok dan berkerut je die...
samai je rumah dah aktif macam biasa.
alhamdulillah...doc pon cakap biasa budak memamng cepat sembuh..healing process die cepat..insyaallah kurang seminggu dah baik..so doc just bagi ubat tahan sakit dan gel urut kat kawasan sakit tu..
service pon cepat je tadi kat hospital Penawar,.
dan aku n ziyad tak jadi ikut encik suami ke kenduri...encik suami pergi dgn zaheen je.sebab ziyad kene rest. kalau boleh jangan bagi jatuh lagi dalam masa terdekat. biar die baik betul dulu.
ni ziyad dah tidur...tu yang ibu boleh cerita kat belog.huhu
ziyad oh ziyad..
kuat merajuk pun die jugak ok!
pastu manjaaaa sangat :)
dan pandai pujuk ibu kalau ibu buat2 nangis. siap kiss bunyi2 kat ibu kalau ibu buat2 nangis.
mesti romantik ziyad dah besar nanti ;)
hehe
oklah, itu sahaja nak cerita..
doa kan ziyad cepat sembuh :)



p/s: I LOVE U SON......



Wednesday, April 13, 2011

dah kahwin lebih 5 bulan tetapi masih tak mengandung...Kenapa??? berdasarkan kisah benar....

salam....malam ni cam tetiba ada mood nak update blog kan....nak cite pasal kejadian yang menimpa member baik aku..kisah ini kisah benar ok...sangat penting lagi2 pasangan yang dah nak kawen, baru kawen or dah kawen tapi tak pregnant pregnant gak ..kenapa la kan?






kisahnya macam ni...member aku ni dah kawen...bulan 10 tahun lepas (2010)...setiap kali die lewat period, die akan buat pregnancy test dengan harapan result test itu positive dan die pregnant. tapi setiap kali buat pregnancy test , setiap kali itu lah pregnancy test itu hanya menunjukkan 1 line sahaja iaitu NOT PREGNANT. maka...kecewa lah member aku ini.






satu hari,,,member aku ni tak pergi keje...sebab tensen ngan masalah keje menyebabkan die malas nak gi keje dan lagipon die period pain so bolehlah die guna alasan period pain untuk dapatkan MC kat doc padahal die dah biasa dah dgn keadaan sengugut die kalau setiap kali period. member aku cakap die memang akan rasa sakit setiap kali period. aku lak jenis yang takde period pain, biasa2 je la.takde la sampai kena baring je takboleh buat keje ape2 kalau period.aku boleh sapu2 sampah, kemas2 n etc lagi. so...die kata die pon gi lah klinik..untuk dptkan MC dengan menggunakan alasan die period pain. doktor tu doktor perempuan. soalan pertama doktor tu adalah dah lama ke awak rasa sakit setiap kali period? rasa sakit yang macam mana? lepas tu doc tu pon cadangkan supaya scan perut untuk tengok rahim member aku...scan 2d je..so tak berapa clear...tapi doc boleh nampak yang rahim member aku ada....ENDOMETRIOSIS. sebab tu die sakit sengugut yang kerap setiap kali period walaupon period tu dah penghujung period. then, die terus direfer ke doc pakar coz penyakit endometriosis kan bahaya. kalau dibiarkan, lama2 die akan membiak dan ofkos la akan mengancam nyawa kan.




ok, die check pakar...doc pakar tu scan..tapi tak berapa jelas sangat ...so..doc terpaksa masukkan kamera dari vagina ye...member aku cakap SAKIT ya amat...dah lah besar bende alah tu.eeeii..aku lak yang seriau mendengarnya. bila dah masukkan bende tu...doc nampak dengan lebih clear dlm rahim tu...so die nampak sel endometriosis itu agak banyak, die ade cyst dan juga ....die ada masalah rahim terbalik. masalah rahim terbalik die tu wujud disebabkan masalah endometriosis die..kesiannye die....punya lah banyak penyakit die berkaitan peranakan patotlah susah nak mengandung. hanya di sebabkan die biarkan masalah sengugut die dan beranggapan biasalah...senggugut...tapi sebenarnya...tak boleh ambil mudah pasal senggugut ni sebab die ada kaitan dengan bahagian peranakan kita. so...kepada wanita diluar sana yang memang ada masalah senggugut , better check masalah ini dengan doktor sakit puan secepat mungkin.ok?






ok, sambung pasal member aku tadi....doc suggest operate terus coz itu adalah yang terbaik untuk rawat penyakit endometriosis memandangkan penyakit endometriosis akan membiak lebih banyak jika dibiarkan lebih lama. tapi biasalah...patient akan takot dengar perkataan operation...so die nak cuba cara ubat dulu...so...doc suggestkan die pregnant secepat mungkin untuk elakkan sel endometriosis membiak..mula2 doc bagi ubat pil banyakkan telur (ovum) supaya peluang untuk hamil tinggi ...biasakan perempuan hanya keluar 1 ovum masa ovulasi...tapi lepas makan pil tu...telur akan keluar 2-3 la..so peluang untuk hamil mungkin agak tinggi..kalau die tak preggy gak..doc akan bg ubat suntik lak dimana satu kali suntik adalah rm500...dan die perlu 6kali suntik so total adalah rm3000 untuk lebih byk kan lagi ovum nya supaya peluang untuk mengandung lebih cerah..tapi kalo tak preggy gak, nk tak nak die kena OPERATE dimana kos nya adalah rm 9000. wow! banyaknye duit habis...tapi nak baik punye pasal..tapi nasib baik member aku ni sedar awal2 die kawen jugak..die sedar pas 5 bulan kawen ...doc pon cakap..kalau dah 5 bulan kawen...tapi tak pregnant2 gak..better cek jumpa pakar sakit puan takot ada sumthing wrong sumwhere.




so..tujuan aku cite pasal bende ni adalah untuk pengajaran orang2 perempuan semua lagi2 yang ada masalah senggugut yang teruk ok.pastu dah kawen,pastu tak ngandung2 pastu main tuduh2 ko mandul, aku tak mandul,aku nak kawen lain bla bla bla watsoever...sebelum korang tuduh2 bergadoh or berbalah...jumpa lah gynae dulu ye...manalah tau ada masalah seperti diatas so boleh lah korang selamatkan perkahwinan korang, takde gado2 takde tuduh sape2 mandul n dapat baby seperti yang korang idam2 kan:) InsyaAllah:) ok lah aku dah ngntuk.byee..gudnitee!!:)


p/s: tak silap aku elyana(penyanyi) pon kena sakit endometriosis..tapi die dah operate sebelum die kawen dan skang dengar cite elyana dah pregnant:)

Thursday, July 1, 2010

makan madu ketika hamil, banyak khasiatnya:)


hye all:)
selamat petang:)
hari ni aku MC lagi.asthma masih kurang baik.tapi ni dah bertambah baik.
pagi tadi pergi klinik lain untuk dapatkan rawatan. taknak la g klinik panel semalam.tak kisah la kena bayar,janji puas hati.
ok,kena nebulizer lagi hari ni.sangat lega selepas nebulizer.
dan doktor pon layan setiap pertanyaan aku dengan baik.
ok.hari ni mood aku dah ok berbanding 2 ari sebelumnya,aku agak stress dan banyak menangis.itu yang menyebabkan kesihatan aku kurang baik dan aku diserang asthma.
ok.lupakan segala masalah.hadapi masalah dengan bijak.
menangis bukan penyelesaiannya:)
Be strong AIN!:)

petang2 ni sementara tunggu suami ku balik..aku mestilah bertenet jap.sambil menghirup air madu suam:)
aku prefer makan madu campur air,so takde la panas sangat badan nanti.ini pun encik suami yang ajar:)
so,banyak khasiatnya madu untuk ibu mengandung dan baby dalam kandungan.
aku memang amalkan minum madu suam tiap2 hari:)
selepas minum madu biasanya aku rasa lebih sihat dan bertenaga sikit.

bawah ni aku letak antara khasiat madu untuk ibu hamil dan baby dalam kandungan.



KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU UNTUK IBU MENGANDUNG, BAYI DALAM KANDUNGAN, BAYI BARU LAHIR DAN IBU SELEPAS BERSALIN

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
3. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan
4.  Menambah nafsu makan bagi ibu hamil


B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.


D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Monday, June 14, 2010

makan hati untuk tambah darah:bagus atau tidak bagus?




 sekadar nak berkongsi artikel menarik dengan kamu semua...
baca sampai habis ok?:)
 .
.
.


Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.



Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.


Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati2. Jantung3. Paru-paru4. Perut5. Hempedal6. Buah pinggang7. Jantung8. Buah pinggang9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?



Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.


Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.


Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?



Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.



Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.


Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.



Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya3. Elakkan minuman bergas4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.6. Makan buah delima7. Makan epal hijau. Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.



Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).


Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.



Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.


Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati
 sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.Sekian wassalam. wallahualam

credits: ija