iklan

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

alat bantu mandikan bayi

Assalamualaikum...
hari ni aku nak share tips pada mommy to be yang nak mandikan baby sendiri tapi takut-takut sebab newborn baby kan masih fragile kan.. so dont worry ,sekarang kan dah moden..ada je macam-macam alat untuk bantu korang mandikan baby sendiri dengan mudah.yang penting kena ada ongkosnya untuk beli itu barang:P hehe. 




so,korang boleh guna newborn fold away baby bath tub. ada jual kat onebabyworld. 
ni lah rupa die...
.
.
.

newborn fold away baby bath tub
tengah ada promotion tu, rm 59 je.dulu masa aku tengok harga die rm99.*tiba-tibe jadik promoter pulakk:P*




 btw, aku tak beli or guna yang ni...macam tergoda gak nak beli tapi macam membazir pulak sebab aku dah beli bath tub baby yang biasa tu je masa anak pertama.so, aku guna anti slip mat dan baby bath support untuk memudahkan aku mandikan anak aku yang masih newborn iteww.


anti slip mat

T-shape baby bath support. ni aku beli jenama babylove.ada jual kat onebabyworld gak.

 ni gambar bila dah siap pasang anti slip mat dan T-shape baby bath support pada bath tub
nampak pemegang shower itu? itu adalah sebab aku isi air dalam bath tub guna water heater dan lepas mandikan baby boleh terus bilas badan baby guna air water heater je. 
air terus dari water heater

sorry,takde gambar aku mandikan ziyad guna kaedah ni.tak sempat aku nk snap pic masa tengah mandikan ziyad sorang-sorang. tips guna t-shape baby support ni...pastikan air dlm tub diisi melepasi bahagian jaring bawah.so nanti senang nak mandikan bahagian belakang badan baby. pastu kalau air penuh melepasi jaring baby bath support tu..baby mandi pon rasa macam terbuai2 je. rasa macam berenang atas buaian kot:P hehe. ziyad suke:D sebab aku pernah letak air tak penuh sangat...nak bersihkan bahagian belakang susah.n baby pon kurang suka sebab tak berendam dlm air kot. pastu pastikan baby support tu dipasang ketat.tarik sampai ketat supaya nanti masa mandi tak tercabut lak baby support tu. so far, penggunaan anti slip mat dan t-shape baby bath support tu memang membantu aku la utk mandikan baby sendiri lagi2 aku ni berpantang sendiri... so , semua kena buat sendiri :)





oklah..last but not least...


ziyad @ 1 month

ziyad dah sebulan okeh:)
berat pun dah naik...dari 3.9kg ke 5.2kg..alhamdulillah :)



zaheen and her tantrum..


zaheen pulak dah 2 thn 4 bln :)
kejap je:)

oklah,ziyad dah bgn.baiii

Friday, December 28, 2012

PROSES KELAHIRAN BAYI SECARA NORMAL

ok.mentang-mentang dah dekat nak bersalin..so..banyak lah info2 pasal bersalin yang aku nak share kepada korang dan juga untuk panduan & rujukan aku sendiri. entry ini adalah mengenai stage of labour untuk normal delivery (proses bersalin normal ).



peringkat atau proses bersalin terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) peringkat pertama

>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix (keluar mucus plug,cervix menipis)
>fetal heart rate
effacement of cervix

bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech

jenis2 songsang

b)Peringkat Kedua
>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus
penurunan kepala baby
kelahiran bayi
c)Peringkat Ketiga
>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)

ini lah rupa uri ye..aku pon first time tengok


credits:baitijannati

Wednesday, July 18, 2012

wordless wednesday #22 : InsyaAllah:)


Wednesday, April 4, 2012

wordless wednesday # 15: situasi jika dah ada anak..?




 

Wednesday, February 8, 2012

Tips pakai bedak oleh zaheen





 
cara-cara:


ketuk botol bedak ke lantai. ketuk berulang kali sampai bedak penuh kat lantai. kemudian,tepukkan bedak2 yang berterabur kat lantai tadi dengan kedua tapak tangan . lepas tepukkan tangan ke bedak2 yang bertaburan tadi, terus sapukan ke muka dari atas kebawah:P hasilnya...anda akan putih melepak serta comel :P 




p/s: ni lah hobi baru zaheen. pakai bedak:P gambar di atas ,die pakai bedak setelah makan biskut coklat dengan comot.T__T

Wednesday, January 4, 2012

zaheen kuat mengempeng...:(

assalamualaikum..........
 nak mintak pendapat mommy2 ni....


camana nak elak anak asik nak mengempeng je waktu tidur malam ek?? ada tips supaya anak dapat tidur  tanpa perlu mengempeng non stop 24 jam? actually zaheen dari mula lahir sampai sekarang ,kalau tido malam..kena breastfeed die dulu,pastu baru die tdo. ni dah makin besar(sejak umur 1tahun++), die asik nak berjaga malam je nak mintak susu.dah macam masa die baru2 lahir.mulut tak nak lepas nipple brest. kalau lepas kan, die terjaga dan menangis. susu botol die taknak kalau ibu die ada. actually paling byk pon die minum susu botol kalau kat rumah adalah 2oz. yang lain,banyak hisap susu badan. jimat memang jimat sebab 1 bulan beli 1 kotak je susu formula sebab die masih susu badan. cuma masalahnya masa tido mlm tu, sampai sekarang tidurku tak lena sebab die kuat mengempeng:(  tido pon dah makin ganas,suke tido sambil nyusu sambil hempap bdn ibu die. ish3 anak daraku sorang ni. sakit badan sebab die dah makin berat.huhu. penat sgt.  eye bag n dark circle toksah cakap lah. memang dah lama ada. haha. ada tips tak camane nak elakkan anak ngempeng je mlm2 nak tido?tolong share ye mommies out there:) thankss!

Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday #7 : Port Zaheen tengok TV pagi-pagi ;)

haha..ni lah port zaheen tengok kartun pagi2:P

Saturday, December 17, 2011

nak rancang dapat anak lelaki atau perempuan?

korang cuba tgk jadual ni




betul atau tidak? tak perlu lah percaya 100% ye, semuanya kerja Tuhan kan.
baca lebih lanjut kat SINI ye.

p/s: aku punye betul klau ikut jadual tu. aku pregnantkan zaheen umur 25thn. bulan januari zaheen mula terbentuk dan pd jadual pon betul aku akan dapat anak perempuan. 


p/s lagi: so lepas ni...bolehlah planning nak dapat baby boy. maybe umur 28thn kot:P


Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday #5

gaya zaheen tengok kartun BoBoBoi :)







Wednesday, July 20, 2011

adakah susu ibu boleh tercemar???

ni aku CnP ayat dari blog kak hana seman


gud info!






Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, 'askar-askar' dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.

Majikan perlu bagi sokongan

Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.

Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF. 





P/S: alhamdulillah susu aku masih lagi banyak dan boleh menyusukan zaheen sehingga ke hari ini. dan insyaallah aku akan menyusukan zaheen sehingga umur 2 tahun! insyaallah.:)


p/s lagi: yup,susu kan anak dapat turunkan berat badan dengan cepat!:)


credits: kak hana seman

Thursday, June 2, 2011

7th month of zaheen :)

tanggal 16 mei bulan lepas..zaheen dah 7 bulan :) tapi ibu die baru nak update kt belog pasal perkembangan zaheen 7 bulan .hehe.






ni perkembangan anak dara aku umur 7bulan:


1. dah expert merangkak. laju je die merangkak. lagi2 kalau main2 merangkak ngan die:P haha. ngan aku sekali jadi baby main merangkak kejar2 pastu sorok2 ngan zaheen:P


2. gigi atas 2 batang tu dah besar! hehe. gigi bawah 2 batang dah lama besar. gigi atas tu gigi kapak ikut ibu die..besar ! :P hehe .pastu mentang2 dah ade 4 batang gigi...suke sangat die geget ibu n abah die. die suke kot tgk ibu abah die menjerit kesakitan. serius sakit T___T sebab gigi die tajam.haha




3. zaheen dah pandai duduk. tapi masih lom tegak badan die kalau duduk n perlu sokongan lagi.




4. zaheen dah pandai nak memanjat n berdiri sambil berpaut pada sofa or apa2 yang boleh dipaut:P hehe. tak sabar nak berjalan kot die.hehe..




5. sangat kuat makan. kalau makan nestum je tak kenyang, die nak makan nasi gak blender ngan sayur n ayam baru kenyang. pastu kalau ngah suapkan die..kalau lambat sket je suap coz abah die suap sambil tengok tv pastu mulut die dah bising nak makan lagi.hehe




6. sekarang suke menyusu sambil meniarap n bontot die tertonggeng pastu macam2 gaya lah. ibu die kene baring menelentang n die menyusu sesuka hati ikut gaya yang dikehendaki :P haha.




7. makin nakal:P sangat susah nak pakaikan die baju or pempes sekarang coz die tak reti dok diam n tak suke kena pakai baju kot. haha.



8. suke mandi n berendam n main air dalam bathtub die. die suke tepuk2 air tu .pastu suke amik buih sabun masuk dalam mulut die.ish ish ish..



9. dah pandai panggil ibu! yup,mulut die memang banyak bebel n byk bercakap. ni kalau kat umah la ngan ibu abah die..tp kalau kt umah org die menjadi sopan santun:P haha. mulut die banyak cakap Bu Bu..Ba Ba.. panggil ibu n abah la tu:P hehe




10. kalau die kena marah,nnt die senyap n tenung je kite marah die,pastu die senyum n ketawa nampak gigi 4 batang die tu,kite pon tak jadi nak marah:P haha...


 gigi 4 batang dah besar :)
 gambar diatas diambil selepas die dipaksa pakai baju:P susah btol nak pakaikan baju sekarang.hhuhu






 cubaan memanjat untuk mengambil kotak tisu

duduk sambil tengok tv:)




p/s: kejap je zaheen dah besar! seronok tengok anak membesar depan mata :)))

Monday, May 9, 2011

6 month of zaheen :)

salam...entry ini agak lambat dikarang sebab tuan punya belog bizi yang amat bulan ini T__T...patutnya bulan mei zaheen dah masuk 7 bulan 16/5 ni...tapi ...ni aku baru sebok2 nak post entry pasal zaheen 6 bulan yang sepatutnya aku taip dan post bulan lepas iaitu bulan april :P ok la actually aku ngan bz stady untuk induksi:P stady lah sangat  kannnn:P errr...BORING gile tajuk2 untuk distudy untuk induksi.serius tak tipu. aku cam tak tau nak baca yang mane sebab sume pon bosan tapi paksa baca .tapi bacanya sikit pastu ngantukT__T uwaa...!lagi 2 minggu ok nk induksi!heh! Risau! risau sebab aku pon tak paham apekebende yang aku baca.hahahah.menci menci menci! ok aku dah merepek sebab dah mengong baca :P



ok.back to the topic. dibawah ini adalah perkembangan zaheen umur 6 bulan :

1. dah tumbuh gigi 2 batang kat gusi bawah. n now gigi bawah tu dah besar n gigi atas sedang menumbuh 2 batang di gusi atas :) alhamdulillah...zaheen takde kena demam2 or meragam sgt masa gigi nak tumbuh. zaheen budak baik cam ibu die ofkos lah::P haha

2. dah pandai menyusur ke sana sini. laju ok die pegi sana sini. kalau nak masak kt dapur tu, kejap2 kena tengok die kat ruang tamu tgk die watpe .ulang alik byk kali jugak la dapo-ruang tamu.penat den :P takpe, leh kurus lagi banyak:P haha

3. die dah belajar nak merangkak. tgn die dh kuat sokong bdn die n die suke gerak ke depan n kebelakang n dah pandai merangkak setapak 2 tapak. tapi aritu pengasuh ckp die dah pandai merangkak 4 tapak. eh, guna perkataan tapak ke ha?? lantak la.paham kan?:P haha

4. oh ye, masuk umur 6 bulan kan dah boleh mkn solid food kan??tapi zaheen dah start mkn umur 5 bulan ++. so masa umur 6 bln die dah expert mkn. lagipon gigi dah tumbuh byk kan. dan die sgt kuat mkn. 1 hari 4 kali gak mkn. yang tukang bg makan n sediakan makanan ialah abah die :) abah die yang tukang blendkan makanan zaheen yang dah direbus pastu tapis.pastu suapkan anak die dengan penuh kesabaran. aku tukang rebus2 makanan zaheen je:P terima kasih encik suamiku syg kerana banyak membantu menguruskan zaheen! :) muah muah muah...lap u banyak lah !



biasanya makanan zaheen ialah bubur (brokoli+carot+ayam or ikan--direbus pastu diblend bersama nasi lembut ).kadang2 rebus labu buat puree (labu -direbus pastu blend bersama kismis.sedap!zaheen suke:)) pastu kadang aku rebuskan telur. amek bahagian kuning sikit..tabur kat atas makanan zaheen. ni nurse yang bgtau...penting untuk perkembangan otak baby.  so far...zaheen senang nak makan dan suka makan :)


5. lagi ape ye? oh ye...memandangkan die sudah ade gigi...so die suka nak mengigit2 mak die semasa menyusuT__T OouCH! saket ok T__T. bile ibu die terjerit keakitan akibat digigit, senyum lak die. cam suke sakat ibu die kot??babap kang haa.:P


6. dan...hobi terbaru zaheen ialah mengejar Kucing! die suke kejar tehcik n CT  ok:P pastu tak takot pon pegang n belai2 kucing tu. ish2.masa die ngah belai tu.aku kena ada sekali,pastu terus basuhkan tgn die ngan sabon n air bersih.kalau tak bg pegang nnt die marah=_=


ok lah..zaheen dah ajak mak die tido.cmne nak stady ni????tataaaaaaa

Thursday, March 3, 2011

anak beranak pengasuh kena chicken pox

mula2 anak pengasuh yang no 1 kena chikenpox 2 minggu lepas. lepas tu, minggu ni anak yang no 2 lak kena chikenpox. pastu suami die pon jangkin gak. walaupon masa kecik pernah kena,tp doc cakap ade kemungkinan kena balik lagi2 kalau imun rendah sebab ade makan ubat yang ader steroid or perokok. n tadi masa aku ngah jaga exam, kak zana(pengasuh zaheen) msg aku ckp die br blk dr klinik, coz dr suspek die pon kena cikenpox. adoyai...risau aku kat zaheen ok takut die jangkit lak kan. aku dah tak keruan tadi kat sekolah. nasib baik aku dah takde kelas pastu..aku terus mintak kebenaran balik dr pengetua. risau ok. zaheen baby lagi. tapi aku ade baca2 kalau baby yang masih nyusu badan insyaallah takkan jangkit coz antibodi kuat tapi kalau boleh kena elakkan die drpd bersentuh ngan org yang kena ciken pox la kan?




ni info pasal chicken pox atau cacar air dlm bahasa melayunya...:

Cacar air juga dikenali sebagai jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Penyebaran juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap cacar air.


Pengidap cacar air boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Tanda dan Gejala

Pengidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam cacar air akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair 2 hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

btw, ibu mengandung n baby dalam kandungan pon boleh jangkit tau!! cube baca kat bawah ni:

Komplikasi

Ruam atau cacar air akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, yang mana ibu tidak penah mengidap cacar air atau pelalian cacar air
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap cacar air seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik
* Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Komplikasi akibat cacar air :

* Jangkitan kulit - menjadi lebam merah, bengkak dan sakit
* Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga
* Kerosakan otak akibat keradangan otak. Tanda-tanda radang otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri
* Radang sendi - sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

cikenpox.









Tuesday, March 1, 2011

4 month of Zaheen :)

Entry ini agak lambat ditulis. yelar...zaheen dah masuk 4 bulan masa 16/2/2011..ni dah bulan mac.bulan ni zaheen dah 5 bulan:)) jap je kan:))


ok2..nak cite perkembangan anak dara aku masa dah umur 4 bulan :


1. dah expert meniarap. kejap2 je nak meniarap. pastu masa meniarap die dah pandai angkat2 bontot n nak capai barang kat depan die
2. suke main ngan kaki die n suke nak makan ibu jari kaki die.comels ok :)
3. dah pandai buat suara ngada2 :P
4. dah pandai pegang mainan / toys die pastu nak masuk mulut die. kuat die genggam.kadang2 tido pon sambil pegang mainan:) pastu aku perasan die dah pandai pass mainan dari tangan kanan ke tgn kiri or kiri ke kanan:)
5. aku perasan die suke tgk upin n ipin. sampai tergelak die tengok.haha.comellllllllllllll
6. skang ni dah boleh bwk die gi shopping. die dah suke dok dlm stroller n tidur jer dlm stroller. kalau bgn, susukan die pastu lama2 pastu die tidur:)

7. suke gigit2:P



ni pic zaheen yang terbaru :)

 berkerut:P
abaikan baju2 yang tak berlipat kat dlm bakul tu:P

 makan kaki:P

 geget2 :P

 err..lapo sebab ibu die asik ngadap laptop:P

ni kalo dah penat main:)
hehe. ok la, tu je update terbaru zaheen:))







Wednesday, December 15, 2010

awas! jangan uruskan baby jika anda sedang marah atau emosi anda tidak stabil.

just nak share kat korang apa yang aku baca. penting ni..lagi2 yang dah ada anak..


~~~~






SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......



General Info.....





Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau 
sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak 
batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama 
beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan
kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah
ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan 
beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), 
serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami 
mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute 
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu 
bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi 
sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang 
relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.  Bayi 
itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan 
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan 
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang 
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi 
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. 
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian
serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh 
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan 
selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.



Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar 
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum
matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.



Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila
bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk 
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga 
bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah 
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang 
serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.



PENCEGAHAN
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda 
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada 
orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil 
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes 
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap 
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi 
seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG 
PENYAYANG.....


~~~~~


please dont shake a child...or else...ur baby will be like this...




think again


LOVE YOUR CHILD.




sekian.

Tuesday, December 14, 2010

perbualan antara abah dan anak

abah = encik suami aku dan anak = anak aku yang baru nak masuk 2 bulan :P


anak: gugu..
abah: agugugu
anak: agge
abah: agege
anak: aggu
abah: agugugu
anak: ggugugu
abah: aguugugu

paham tak??huhu...:P
walaupon tak paham bahasa baby tapi sangat seronok ok layan baby bercakap sampai kadang2 nak bercakap ngn die pon guna bahasa die seperti contoh di atas :P huhu~

btw, hari ni hari ke 3 dah duduk rumah sendiri setelah lama bertapa di segamat menghabiskan sesi berpantang:P mode= kemas+bersihkan rumah. tau2 aje la kalau lelaki dok umah sorang2 kat umah..rumah orang dah kawen pon nampak cam rumah orang bujang:P hehe..ok la,bye:))





Tuesday, November 30, 2010

44 hari !!

hari ni cukup 44 hari aku berpantang:P
err...sebenarnya 2 minggu je pantang betul2..masa dok ngan mak mertua lagi2 tang makanan,bengkung yang melilit panjang2 tu, urut, tungku, tak banyak bergerak(banyak bareng+rehat), bla bla bla..
tapi..pas 2 minggu kan aku balik segamat kan..dok ngan family aku..dah tak pantang sangat dah pastu:P

bedal je makan ape2:P heeeee:D aku kan super degil:P huhu
.
.
.

ok lah saje je takde idea nak update blog sebenarnya n nak bagitau aku dah cukup 44 hari,pasni dah abeh pantang :P 



p/s: dah bosan dah dok umah je.nak jalan jalan!!


Monday, November 29, 2010

sejak dah ada anak ni..........

sejak aku dah ada anak ni....aku dah tak boleh nak tenet cam dolu2:P nak surf tenet pon kene tunggu die tido. tu pon tenet kejap2. sebab kejap-kejap die bangun terjaga. huhu. kadang2 aku dapat ber tenet bile mak ayah aku main2 ngan anak aku..n aku penah bertenet tangan sebelah pegang baby tangan sebelah lagi main facebook:P mama IT  la kunun kununnye:P huhu.ni pon update blog pas dah tidokan anak aku dalam buai. tapi still kena dok dekat2 ngan die, kalau die terjaga senang nak handle:P hehe



em..update blog pon dah jarang  kan?takpe la...anak perlu diutamakan:) hehe..yang penting anak aku sehat cergas n cerdas:) btw..kejap je masa berlalu..dah nak abeh pantang dah aku:P berat aku pon dah turun banyak...n gud news..aku dah muat balik baju kebaya n kurung moden aku zaman anak dara:) heee:))) thanks to set PREMIUM BEAUTIFUL :) aku mula2 pakai girdle die je...pastu aku pakai 1 set, lagi cepat die turun n kembalikan kepada bentuk badan asal aku:) .btw, aku memang jual set premium beautiful ni...kalau ader yang nak beli boleh bagitau aku ok:)
 me @ 41 days. 
sejak ader anak ni cam belom sempat nak melawa2. pakai tudung pon jenis sarung je:P huhu


em...cakap pasal anak aku pulak...anak aku makin semangat:P berat masa check sebulan haritu dah 4.6kg. naik 0.8kg. skang dah makin naik berat die. aku dukung die kejap pon dah tak larat.tu yang makin cepat kurus kot?:P huhu. pipi die makin chubby n rasa cam nak gigit gigit je pipi die:P huhu..actually..bukan senag ek nak jaga baby lagi2 kalau die baru lahir..very2 fragile.nasib baik anak aku keluar2 je memang dah besar, 3.8kg. besar la jugak....(sampai orang ingat anak aku ni dah 2 3 bulan padahal baru lahir:P)  tak la takut sangat aku nak dukung2 die.kalau kecik sangat...eeiii..takut la:P


btw.. baby yang baru lahir ni...sangat lah mudah dijangkiti penyakit...zaheen penah kena batuk batuk berkahak n selsema yang agak teruk masa die baru  2 3 minggu.die bernafas pon berbunyi n batuk pon agak kuat, n batuk berkahak. sangat merisaukan ok.die dah la dalam hari lagi...masih kecil..mestilah risau!sampai aku ader doa..biar aku yang tanggung kesakitan die...die masih kecik,die tak bersalah..aku siap gi jumpa doc pakar lagi..pergi klinik..doc pon terkejut die baru 2 3 minggu tapi dah batuk2. doc ckp maybe die jangkit dari org yang ade sakit batuk or selsema yang ader pegang die cakap2 depan die n cium2 die. hmm..so..nasihat aku, kalo korang ader demam ke selesema ke batuk ke...walaupon sikit je selsema or batuk or demam korang tu..jgn la korang gatal nak dekat2 sgt ngan baby n cium baby tu. bukan ape ..cian kt baby.tapikan..org melayu ni tak paham..org ckp jangan cium, diorg kecik ati..lagi2 orang tua..dah terang2 sebab ape pon diorang tak paham. bukan ape,,kesian kat baby ok.hmm..nasib baik anak aku skang dah sehat betol.dah takde selsema batuk kahak.lega aku!alhamdulillah..:)


zaheen @ 41 days:) 
ikut rupe aku ke hubby aku?hehe



ok la...aku baru je nak cite lebih2,anak aku dah bangun.kan aku dah cakap tadi, die kejap2 terjaga..takleh nak tenet lelame puas2 sangat skang. ni die terjaga sebab die poo poo :P huhu.. dh nangis dah tu:P baii..~

Friday, November 19, 2010

lagi 4 kg!!

oh.lagi 4kg!!:) 

lagi 4kg untuk aku mencapai berat badan asal aku masa zaman anak dara iaitu 45kg :) 
ehem ehem ehem:)
mesti la aku nak muat balik semua kebaya n baju kurung moden aku masa zaman anak dara ok. membazir je kalau tak muat lagi dah. dah la banyak yang baru buat.huhu. seluar jeans? itu dah muat balik dah :D hee..

btw, no diet-diet if u are brestfeeding ok. cian kat baby. aku tak diet pon. makan pon tak pantang. tapi jaga makan gak la. makan tapi bersederhana. pastu..be active walaupon dalam hari. pastu rajin pakai bengkung, tungku n senam yang sesuai. aku  skang pakai bengkung and girdle premium beautiful untuk dapatkan bentuk badan asal :) hehe. pastu brestfeeding pon mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. trust me. stakat ni aku bagi susu badan je kat zaheen. tak campur ngn susu formula pon. :)


by the way...meh aku tepek satu pic terbaru aku...


me with zaheen yang dah pandai posing n fotogenik;) hehe

.
.
.
ok la,zaheen dah bangun:))
daa;))