iklan

Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

wordless wednesday #33: perutku sehari sebelum bersalin :)

Friday, December 7, 2012

35 weeks!

I'm 35 weeks pregnant already! next week dah 36 weeks or 9 month which is dah cukup bulan dan menunggu masa untuk bersalin je kan. tapi dulu masa bersalinkan zaheen, overdue 7 hari. which means aku bersalin pada 40 weeks 7 hari. hope yang second ni tak overdue lagi. dan my six sense rasa baby cam nak keluar awal. before 40 weeks. entah. my six sense lah. hope urusan bersalinku dipermudahkan Allah. InsyaAllah. sangat risau nak tinggalkan Zaheen sebenarnya. sian kat die. sape nak jaga die nanti masa aku nak bersalin. dah la aku nak hubby temankan aku bersalin. maybe hantar zaheen ke rumah babysitter die. insyaallah sempat. walaupun jauh gak sebenarnya umah babysitter ngan umah aku.



so far,preparation baby dah siap sepenuhnya. tinggal nak pasang babycot dan tilam baby. tak boleh pasang awal, nnt zaheen yang nak main2 dlm tu. :P preparation aku dalam pantang pon..dah nak settle. cuma lom beli set berpantang shaklee je lagi. tak menyempat nak beli. padahal dah jadi ahli kan:P haha. ada sape2 nak beli sekali set berpantang shaklee, boleh aku belikan terus sekali harung:P hee.


actually, aku rasa perasaan nak bersalin kali kedua cam lebih takut dari yang pertama. sebab dah RASA sakit sebelumnya camane kan. masa bersalin yang pertama tak takut sgt sebab taktau kan rasa sakit die camne. sekali..hambik ko:P hehe. hope yang kedua ni ,mudah bersalin dan no stiches! taknak episiotomi dan tak nak kena jahit. aku ada baca, cara nak elak episotomi...kena pandai guna teknik pernafasan semasa bersalin (breathing technique) .antaranya, sumber dari ceeramoon:
  1. Masa mula-mula contraction sampai.
    Tarik nafas dalam dalam guna hidung. Dan lepaskan panjang-panjang guna mulut.

  2. Bila contraction kerap datang.
    Bernapas laju laju guna mulut. Tarik napas guna mulut, lepas pun guna mulut jugak. fuh fuh fuh fuh....

  3. Bila rasa nak teran, tapi belum masa untuk teran.
    Perghhhh bab ni scary siot. Kita dah rasa nak teran, tapi tak boleh teran sebab bukaan belum 10cm lagi. Makanya, ko kena tarik napas laju laju guna hidung dua kali. Dan lepas guna mulut sekali. Dan buat benda tu berulang kali sampai hilang rasa nak teran. faham tak??? kira macam "sniff sniff fuhhhh" "sniff sniff fuhhh"

  4. Sudah tiba masa untuk teran
    Tarik nafas dalam-dalam guna mulut. Sebab katanya, lebih banyak udara yang masuk sekiranya tarik nafas guna mulut berbanding dengan guna hidung. Dan lepas tu push dengan sekali nafas dan sekiranya nafas dah habis, tarik nafas secara perlahan-lahan supaya kita tak menyedut kembali anak yang bakal keluar.
pastu kena pandai dan tahu teknik meneran ngan betul gak. aku second pregnant ni baru nak stady sume2 tu. masa pregnantkan zaheen tak stady pon breathing technique dan teknik meneran masa nak bersalin. rugi2.  pastu, korang pernah baca tak pasal natural birth atau hyponobirth ? boleh baca SINI dan SINI gak. baca pengalaman ibu-ibu yang bersalin secara natural birth/hypnobirth ni.memang menarik. rasa cam nak try jek.tapi kena ada ilmu gak. jgn main hentam jek ok.  



oklah, ni ada amalan nak senang bersalin dari blog sukasuki . antaranya adalah seperti..:

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.


3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri


5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.


6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.


7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.


8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.


9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 
insyaallah, doakan urusan bersalin ku dipermudahkanNya ya kawan2 :) 
cant wait for the baby:)
 nama pon dah adaa:)
kali ni aku yang pilih nama;) 
oklah, tu saja untuk hari jumaat yang mulia ini. 
last but not least...




p/s : tajuk SEMANIS KURMA malam tadi, cara didik anak, best kan?banyak tips dan info berguna :)
  

Friday, November 23, 2012

first time kena minum air gula

assalamualaikum :)

dah lama belog ni tak berupdate kan?padahal dah cuti sekolah kan.banyak je masa terluang kan?:P
perasaan malas menguasai diri:P
haha



so harini nak update pasal my 2nd pregnancy lahh..
minggu ni my baby dah 32 weeks or dlm kiraan bulan dah 8 bulan dah:)
alhamdulillah, ibu n baby sehat sejahtera. ibu baby lagi lah...makin BAM BAM ;P terutama di bahagian perut,paha dan cik bon bon :P haha. berat pon naik banyakkkkkkkkk:P sampai satu bulan naik 3.5kg.pastu kena bebel ngan nurse.pastu kena minum air gula (sebab berat naik mendadak dalam 1 bulan). haha.padan muka. sape suruh asik buat kek dan makan kek?:P cis.


ni antara 'gula dan lemak' yang aku buat dan MAKAN selepas oven aku dah selamat dibaiki:P hehe.
dengan erti kata lain..ni lah makanan yg aku makan punca berat badan aku naik banyak sejak akhir2 ni:P
ni baru sket aku letak. padahal yg aku dah buat byk lagi dri ni.ada yg tak snap sebab buat bende yg same je. so snap pic sekali je cukupp.


apple blueberry pie

mint oreo cheesecake

durian crepe

creamy and cheesey baked penne

piza roti gardenia yang dah berpuluhkali buat:P

macaroni cheese with white sauce

puding milo oreo

brownise


muffin choc

kek coklat

carrot muffin,my fav!

snowy cheese cake

kek pisang



So, rabu lepas(21/11/12) adalah pengalaman pertama aku minum air gula atau dalam bahasa klinikalnya dipanggil ujian MGTT. masa ngandungkan zaheen dulu, tak pernah kena minum air gula pon..walaupon berat adakalanya satu bulan naik byk.maybe nurse terlepas pandang kot time tu. sebelum kena minum air gula,  aku dah google2 dah tips minum air gula,prosedur minum air gula n etc. buat preparation dulu beb. supaya bersedia mental dan fizikal. haha.

pic ehsan mr google



Appointment minum air gula adalah seawal 8pagi. sebelum tu, malam sebelumnya aku dah kena berpuasa dari jam 10mlm. (tapi kol 12 mlm, minum milo gak sebab lapar:P).masa dah kat klinik.. sampai je turn aku, kena amik darah dulu. utk cek gula dlm darah sebelum minum air gula. ala, cucuk sket je kat hujung jari. pastu baru kena minum air gula (tanpa perisa) . ok, mula2 tgk air gula tu....perghhh..banyak tuu nak kena minum dan habiskan.
lebih kurang banyak ni gak la kena habiskan. pic ehsan mr google.

then, aku teringat ade baca tips dari blogger lain..minum satu or 2 teguk terus supaya tak termuntah or susah nak habiskan air tu. so....Bismillah...alhamdulillah, 2 kali teguk, aku habiskan air tu tanpa fikirkan sangat apa rasa die. taklah teruk sangat rasa air gula tu. haha.(berlagak:P) ade akak yang sebelum aku tu..minum sket2,pastu minum ..muntah,minum..muntah..takot lak aku tgk.  lepas dah minum tu...kena rehat 2 jam,tak boleh makan minum or balik.dok rehat kat klinik je. xdibenarkan gi mana2. so aku lepak2 je lah kat sekitar klinik. 15minit lepas minum...dah start rasa pening2. dan lapar! tahan je lah...sambil bersandar kt kerusi..sambil layan FB..



lepas 2 jam..kena tunggu turn lagi untuk cek darah lepas minum air gula lak....dan...result MGTT aku adalah........
sebelum :4.5 mmo/L.
selepas: 7.8 mmo/L  !!!
 perghh...dah border dah tu. 7.9 mmo/L dah dikira ada diabetes semasa mengandung (GDM).
nasib baikkkkk!!so, nurse nasihatkan aku jaga makan.kurangkan makanan dan minuman manis. baiklah nurse, akan cuba ku usahakan :P



ni jadual kadar gula dalam darah sebelum minum air gula dan selepas minum air gula.
normal gula dalam darah selepas 2 jam minum air gula adalah <7.8 mmo/L. lebih je 7.8 dah dikira ada diebetes.



ok, lepas ni aku berazam aku nak kawal berat badan aku walaupon tengah mengandung. no more baking after this :P (sekali sekala takpe kot...nnt aku gugel resepi kek yg sehat :P haha) berat sekarang pon dah 62kg. padahal baru 8 bulan. dulu masa ngandungkan zaheen...berat terakhir sebelum bersalin adalah 65kg. now,baru masuk 8 month dah 62kg. ok. saya tau saya dah gemok. -_-. berat encik suami lak 59-60kg je. ok jeles. sekian.

Saturday, November 3, 2012

tragedi oktober.

it's November!
welcome November. bulan kelahiranku. ehem:P
Goodbye October.



29/10/12.ISNIN.
 cant forget that day.



nampak kereta ku itu?
ye.accident.isnin.29/10/12.jam 3.40 petang.OTW balik dari sekolah.di traffic light dekat Poliklinik Yuslina,taman cendana(dari kota masai ke Taman Bukit Dahlia).



segalanya berlaku dengan pantas. masa tu baru lampu merah kat traffic light. aku berhenti di lampu merah macam biasa. beberapa saat selepas itu..................DUMMMMMMMMM. kereta aku di hentam dari belakang dengan kuat menyebabkan kereta aku melanggar kereta depan. seriously, aku blur/binggung beberapa minit selepas dilanggar. Zaheen menangis dengan kuat pon aku still binggung. orang sekeliling ketuk pintu kereta aku pon aku tak peduli. what happened? Aku hilang ingatan sekejap!



keadaan kereta aku bahagian belakang.

kereta yg langgar kereta ku

kereta depan aku. tak teruk sgt, sebab jarak antara kereta aku ngan kereta die tak dekat sangat.


selepas beberapa minit, baru aku sedar, aku accident. baru aku dengar tangisan zaheen yang kuat itu. sian anak ibu:( of course zaheen terkejut sangat. aku tgk masa tu lidah zaheen berdarah sikit.maybe sebab tergigit ngan gigi. nasib zaheen duduk dalam baby car seat! aku pulak? perut aku terhentak ngan stereng.sakit dan senak ok! lepas tu aku terus cari handphone aku, call encik suami. tapi masa tu hp aku ada bunyi game yg zaheen main sebelum tu. aku terus call suami dlm keadaan yg terketar2 okay. malangnya encik suami pon tak dengar ape aku cakap disebabkan bunyi game pada hp dan encik suami sedang berada di dalam surau dan xde line sgt kat situ. hampa:( aku cancel call utk stopkan bunyi game yg bising itu. pas dah stop game tu, encik suami call balik dan aku bgtau aku accident. dilanggar dr belakang masa traffic light lampu merah. terkezut die:P pastu baru aku keluar kereta tengok keadaan kereta aku. ya allah,teruknya:(  pastu org yg langgar aku tu minta maaf dan tanya aku ok x. you know what...yang langgar aku tu...seorang uncle berbangsa cina umur 76tahun ok. masa tu , tiga-tiga kereta yang terlibat masih kat tengah jalan. pastu untuk keselamatan semua kereta di pindahkan ke tepi jalan sebab bahaya kan bincang2 tepi jalan. aku dah tak boleh drive dah. pekerja workshop tolong alihkn kereta aku ke tepi jalan. pastu aku call mak aku, bgtau aku accident. sambil menangis:P mak aku desak gi hospital terus tp aku berkeras nk tunggu encik suami dulu.




pas encik suami dah sampai..baru aku rasa lega sikit. die la yang setelkan urusan eksiden tu. seriously aku taktau ape nak buat masa tu. hal insuran kete ,NCV ,repot polis  bla bla bla sume aku taktau. yang pasti aku nak gi klinik terdekat dulu sebab aku tak rasa baby gerak, perut aku cam mengeras,aku sakit pinggang dan perut senak. nak jalan pon susah. nasib kakak encik suami pon datang cepat, die bawak aku gi klinik terdekat. cek kat situ,aku tak bleeding, dengup jantung baby ok dan uri tak berdarah. tapi baby tak gerak gak. doc kata better refer hospital kerajaan terdekat,HSI sebab kes hentakan kuat kat perut, baby kena pantau selama 48jam. sebab tak semestinya effect tu rasa serta merta. die amik masa gak. aku setuju la. risau ok kat baby:(   masa kat klinik ni zaheen sibuk main mainan kat klinik tu. main buai, slide, toys.aktif dan ceria. die dah tak ingat kot ape yg berlaku tadi. maybe die pon taktau ape yg berlaku tadi. alhamdulillah syukur sangat zaheen takde pape.


zaheen.masa tgh cek up ngan doc.

kebetulan, mak mertua aku memang ada kat pasir gudang. kat rumah kakak iparku. die tolong jaga zaheen. so aku n encik suami bergegas ke IPD Seri Alam untuk buat report. kitorng yang last sampai sebab gi klinik dulu kan. yang lagi 2 org dah buat report dulu. yang aku geramnya.....esoknye bile beli report uncle yg langgar aku tu(yup,report polis kena beli.satu rm4.aku pon baru tau.), die boleh tipu cakap aku ni berhenti mengejut sebab tu die pon brek mengejut dan terlanggar kereta aku. gerammmmmmmmmmmmm sangattttt. mentang2 aku buat repot paling last, die boleh citer kat polis sesuka hati yeeeeeeeeeeee. kalau aku stop mengejut, dah lama kete depan aku pon teruk gak. ni kete depan aku tak jejas sangat ponnn. GERAM. TAK SUKE DENGAN ORANG PEMBOHONG MACAM TU. DAH SALAH NGAKU JE LAH SALAH. NAK BUAT CITE BOHONG PULAK.tapi apepon, memang die yang bersalah pon walaupon die buat report camtu, kete blakang yang bersalah. so kete aku claim insuran kete die.



kete dpn aku. tak teruk sangat kan? 

 pas buat report, terus gi HSI. kena masuk bilik saringan bahagian O&G. serius seriau. teringat last kat situ masa nak bersalinkan zaheen. nasib dapat doc perempuan,xde lah malu sangat. dan nasib takde sesi seluk menyeluk untuk cek bukaan. heh. alhamdulillah, aku n baby ok....baby pon ada gerak2 banyak kali masa tengah ctg tu. maybe baby pon terkejut after accident. aku boleh balik tapi still kena pantau pergerakan baby. nasib tak kena tahan ward ok. alhamdulillah sangat baby takde pape. aku je sakit badan, ada lebam2 sikit dan rasa cam nak demam.




bile teringat balik accident tu...aku bersyukur sangat aku,zaheen dan baby dalam perut takde pape...terima kasih ya allah...mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi...lepas kejadian tu, aku jadi trauma nak drive. masih teringat2 apa yang berlaku. lagi2 masa malam hari kejadian, aku tak boleh tidur.  banyak kali cium zaheen, bersyukur die takde pape.banyak kali usap perut,cakap ngan baby. sesungguhnya aku sayang sangat kat anak-anakku. syukur sangat pada Allah...kalau tengok keadaan kete aku teruk kan..lagi2 kat belah zaheen sebenarnya. sebab uncle tu ada cuba nak mengelak gak...dah la..tak tau nak cakap ape lagi dah.. aku tulis kat blog ni pon sekadar untuk kenangan buat diri aku..maklum la pertama kali eksiden. harap ini yang pertama dan terakhir. taknak lagi dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh:( mintak jauh lah semua2 tu. semoga keluarga ku sentiasa dibawah lindungan-Nya..Amin... terima kasih kepada semua yang mendokan keselamatan kami..yang membantu ku secara langsung dan tidak langsung. terima kasih sangat2:)  oh ye, kereta aku kena masuk 'icu' selama 2 bulan. doakan kereta aku dapat dibaiki dengan cepat sebelum aku bersalin ye;)


sayang kamu sangat2 suamiku sayang!


Thursday, September 20, 2012

it's a boy..Insyaallah:)


 Setakat ni dah 2 x scan..dua dua kali nampak jantina baby boy. dan aku pon yakin baby kali ni baby boy. Insyaallah:)


It's a boy if:
  • You didn't experience morning sickness in early pregnancy.(no morning sickness, tapi flat giler rasa badan.pastu rasa malas je nak buat ape2 terutamanya masak.hehe.tapi sekarang dh ok.3 bulan pertama je macam tu.)
  • Your baby's heart rate is less than 140 beats per minute. (err..tak pasti)
  • You are carrying the extra weight out front.(yup,  terasa sangat )
  • Your belly looks like a basketball.(yup.soooo truee)
  • Your areolas have darkened considerably.(errr....:P)
  • You are carrying low.(btol btol btol :P)
  • You are craving salty or sour foods.(yupp.manis manis tak suke kali ni.tak macam masa ngandungkan zaheen.suka makan manis2)
  • You are craving protein -- meats and cheese.(meat..yes. cheese..not really)
  • Your feet are colder than they were before pregnancy.(takk pon?)
  • The hair on your legs has grown faster during pregnancy.(err.....tak perasan lak.haha)
  • Your hands are very dry.(betul maa....kdg2 mlm2 aku terjaga tidur,siap bgn dr katil utk sapu losyen kt tangan dan kaki sbb tak selesa rs kering sangat)
  • Your pillow faces north when you sleep.(ntah.aku tak perasan lak:P)
  • Dad-to-be is gaining weight right along with you.(errr....i dun think so..kurus je encik somi aku tu:P)
  • Pregnancy has you looking better than ever.(emm..pregnant kali ni aku suke nak melawa gak la:P)
  • Your urine is bright yellow in color.(yups)
  • Your nose is spreading.(this is trueeeeee....oh no!stop spreading plzz...:P)
  • You hang your wedding ring over your belly and it moves in circles.(errr...tak pernah try:P)
  • You are having headaches.(mudah pening)
  • You add your age at the time of conception and the number for the month you conceived and the sum is an even number.(aah la.btol la.kebetulan je kott?)


apepon,tak kesahlah jantina apa..yang penting baby dalam perut sihat walafiat:)
Insyallah,Amin:)


Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday #24: 20 weeks !



Monday, July 2, 2012

Busy?

assalamualaikum ...:)

dah lama blog ni tak berupdate kan. tuan punye belog mengalami kemalasan melampau buat masa ini:P muahahaha...bukan sahaja malas nak mengupdate belog, malah malas juga hendak memasak apatah lagi nak membaking sejak mengandung anak kedua ini:P haha..dah 3 bulan i tak masak hokeyyy.(3 bulan adalah usia kandungan baby buat masa ini. im 13 weeks pregnant now.alhamdullh.dah 2nd trimester) wahhh..satu pencapaian yang hebat. Dan sudah 7 bulan aku tidak membaking. dan tahun ni, aku dah decide kuih raya TUNJUK je sebab aku takde hati nak MENGGENTEL beskut raya tahun ni:P muahahaha..orang cakap pembawakan budak. dan orang cakap mungkin anak lelaki kalau bermalas malasan macam ni:P tak kesahlah,janji baby dalam perut ini sihat walafiat :)



macam-macam nak cerita sebenarnya.tapi macam tak sempat je masa 24 jam satu hari. haha. surf internet pon sekarang dah tak macam dulu boleh lama-lama. sekarang kejap-kejap je,pastu tutup laptop balik. tidur lagi besh. haha. so hari ni aku tertidur lambat sikit. selalunya pukul 9.00 -10.00 mlm dah tidur, tp malam ni dah pukul 11.30 tapi aku masih gigih mengadap laptop membalas emel2 dan juga komen-komen belog. sorry sangat kepada sesiapa yang mintak soalan induksi tu. esok nak induki,tapi aku baru sempat bls emel mlm ni. sorry ye.dan goodluck.harap notes dan soalan2 tu dapat membantu korang, insyaallah:)


emmm..oklah..nak cerita macam-macam dan rajin update macam dulu balik. tapi kene ada masa terluang yang banyakkkk. nak update malam2 camni..errr,ntah bile lah lagi. haha. sebab kami sekeluarga memang tdur awal. hehe. nak update resepi2 yang kawan2 mintak. nak cerita pasal zaheen demam panas seminggu sampai nak kena admit kat hospital ,nak cerita pasal kami 'bercuti' seminggu di KL.nak cerita pasal perkembngan zaheen :) nak cerita pasal hias rumah sempena nak raya. nak cerita pasal itu dan ini. tapi bukan hari ni. dah ngantuk:P hehe. oklah,itu sahaja untuk hari ni...nite peeps:)

Thursday, October 14, 2010

berpantang



dear frens:)
im still here, still not beranak:P huhu...
juz nak inform perancangan berpantang aku:)


ok, aku dah decide untuk bersalin kat HSI( Hospital Sultan Ibrahim ) JB. sebab ape? sebab husband boleh teman. kat HSA, husband tak boleh teman masa bersalin. biasanya kalau bersalin normal kat HSI, satu hari je duduk wad. kalau operation atau ade komplikasi berhari2 la dok wad sampai sembuh. tapi mintak2 aku bersalin normal n takde apa2 komplikasi. doakan aku ok.kt HSI, kalau bersalin normal n takde masalah boleh balik selepas 6 jam. so kata lah aku bersalin pagi, petang dah boleh balik. so kejap je pon. maybe yang sempat datang hanyalah family terdekat sahaja. pastu aku akan balik rumah mak mertuaku kat Felda Air Tawar 5 dalam seminggu lebih. pastu akan sambung pantang kat rumah sendiri di Pasir Gudang. Start cuti sekolah lak aku akan balik segamat. so member2 yang nak datang melawat(kalau nak datang melawat lah) ,boleh lah datang melawat masa aku dah kat rumah sendiri kat Pasir Gudang or kat Segamat ok :) To dearest FAGS yang dari KL, rasanya better datang rumah kat segamat kot coz lebih dekat:) apepon, plz inform us seblom nak datang ok :)


ok, itu aja nak inform kamu kamu kamu semua :) btw, hari ni dah overdue 5 hari. aku rasa kan baby aku suka dok perut aku lama2 coz leh makan sedap2 etiap hari kot:P yelar sebelum2 ni hampir setiap hari mak die asik wat kek:P huhu.kalau dah keluar nanti dapat minum susu jek:P aku rase la:P apepon selera makan aku makin bertambah2 sejak akhir2 ni dan asyik mengidam dan terliur nak makan itu dan ini :P aku lak, tak kesah la berat nak naik ke ape janji aku dapat makan puas-puas apa yang aku terliur tu sebab nanti dalam pantang takleh makan yang bukan2. haha. apepon, wish me luck :) dont worry2 ok coz if u worry worry , i lagi lah worry :P BAI :) XOXO

Tuesday, October 12, 2010

masalah yang timbul jika anda OVERDUE

1. baby boleh termakan najis sendiri.
2. baby besar. makin lama baby kat dalam perut, baby makin bertambah berat badan. bila dah makin bertambah berat badan, baby makin susah nak keluar. macam aku ni...hari tu cek, baby dah 3.6kg ok!(last cek 10/10/10.time ni g HSI coz pergerakan baby kurang aktif) doc ckp dengan ketinggian aku setakat 1.53m ni masih boleh lagi nak bersalin normal dengan berat baby 3.6kg. tapi kalau baby dah 3.8 kg ke atas, dengan ketinggian aku yang rendang ini, alamatnya operation lah.
3. tulang tengkorak baby dah makin keras, menyulitkan lagi proses kelahiran. baby makin susah nak keluar.
4. fungsi plasenta semakin kurang berkesan memainkan peranan (placenta insufficiently). baby mungkin akan kekurangan oksigen dan nutrient.




****You may be more likely to have an overdue pregnancy if:****
  • The exact date of the start of your last menstrual period isn't known (ni aku sangat sure ok!)
  • This is your first pregnancy (yup!)
  • You've had prior overdue pregnancies (nope)
  • Overdue pregnancy runs in your family (yup.mak aku memang selalu gak overdue.normal la tu overdue 2 3 4 5 hari )
  • Your baby is a boy (scan girl.tapi ramai org tgk perut cakap boy. ntah la. yang penting baby kami sihat :) )
credits: mayoclinic


p/s: hari ni dah overdue 3 hari. let me tell you something, actually agak stress dengan pertanyaan-pertanyaan orang ramai bile nak bersalin? tak bersalin lagi ke? nape tak bersalin bersalin bersalin lagi? kenapa baby tak keluar2? dah beranak lom? i've been receiving calls and sms from family n friends since last week asking me these kind of questions. tapi terlalu banyak pertanyaan akan lebih membuatkan kita stress dan rimas betul tak? i know and understand all of you are being concern...thanks a lot. and thanks for those who keep support me n motivate me n not PUSH me with these kind of questions :) i know all of you are excited:) same goes to me:) just dun worry, we will inform to all of you when our baby is born :)

TQ
.::: Lots of Love : AIN :::

Monday, October 11, 2010

hai:P Bye:D

Tajuk di atas adalah tidak ada kena mengena dengan entry ini. Hanya tercabar dengan kenyataan Melissa Mazlan di facebook :P




klik untuk tumbesaran :D


haha..takde la..saje je ni..bosan2 tunggu tak beranak lagi update la blog kan?:P
lagipon nak bagitau kamu kamu kamu semua yang aku masih belum bersalin :D
baby ku mahu buat surprise da...jadi...TUNGGU.....!!~
dun worry ye,,,akan ku roger2 kalau baby kami dah melihat dunia:)
wish me luck:)
Bye!
 Gud Night!:)


p/s: korang perasan tak baby tcker kat belah kanan blog aku ni dah beranak la:P Tuan Punya blog je belom beranak lagi:P

Saturday, October 9, 2010

today is my due date.

hari ni due date aku.tapi baby belum mahu keluar. memang ada rasa contraction sejak akhir-akhir ni..tapi false contraction. bukannya yang betul2. ok, aktiviti hari ni ialah mengemas rumah, berehat2, makan dan tido. masak spagetthi je hari ni. malas nak masak, lagipon petang ada open house. so ada alasan tak yah masak berat2:P huhu. sebelum gi openhouse jalan2 jap kat Jusco :) ni baru sampai rumah. ingat malas nak update blog hari ni, tapi tetiba rasa nak update lak. huhu.


mak buyung sarat yang kuat jalan.
ok, ni pic terbaru aku masa otw nak g open house:)

err...baby!:D


p/s: esok 10/10/10 :D

Friday, October 8, 2010

Buku Panduan Lengkap : Penjagaan Ibu dan Anak


Buku Panduan Lengkap : Penjagaan Ibu dan Anak merupakan terjemahan daripada buku The Complete Book of Mother & Baby Care. Pengarang buku ni ialah Elizabeth Fenwick.




haaa....aku rasa semua bakal-bakal ibu patut ada buku ni la..buku ni memang recommended la! ok,serius.tak tipu.semua bakal ibu patut ada dan baca buku ni terutamanya ibu - ibu baru. oh ye, bakal- bakal bapa pon patot baca gak ok:P actually aku tau pasal buku ni pon sebab kakak ipar aku pinjamkan pada aku. thanks to her :) selain buku panduan lengkap : penjagaan ibu dan anak ni...aku rajin gak membeli Majalah Pa & Ma dan buku Mami & Baby sejak aku preggy. and of course sumber dari internet juga banyak membantu:) Ye, aku suka membaca esp majalah la kan:P huhu..nasib baik aku jenis suka membaca kan...encik suami lak kurang suka membaca n setiap kali kalau aku ngah membaca, kalau ada part2 yang penting tu memang aku akan bacakan untuk die supaya die dengar n tahu. huhu. lelaki memang tak suke membaca eh?:P


 ok, aku sebenarnya dah amek gambar beberapa part dalam buku ni untuk tatapan korang...tapi sekali baca die punya "hak cipta terpelihara. tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa apa bentuk atau dengan alat apa jua cara pun, sama ada dengan cara elektronik , sawat, gambar, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran Penerbitan Pelangi Sdn Bhd terlebih dahulu" , terus aku cancel. kang tak pasal2 kang aku kena saman:P huhu. padahal aku promosi buku diorang ni..diorang gak yang untung kalau buku ni laku:P huhu


apepon...buku ni memang lengkap. banyak gambar n ayat pon mudah difahami lagi2 die dah diterjemahkan dalam bahasa melayu.bab 1 pasal kehamilan&kelahiran...bab 2 pasal penjagaan bayi(baru lahir sampai usia 3 tahun) dan bab3 pasal penjagaan kesihatan bayi.


ok lah, saja je nak suggest bahan bacaan untuk bakal-bakal ibu :) apepon..memang berbaloi lah beli buku ni. tak percaya dah :P hehe..ok bai! nak masak lak^_^

ESOK!

Morning!:)


esok is my due date. ok, sila takot dan berdebar sekarang puan Ain. kalau tak bersalin gak esok, doc bagi tempoh lagi seminggu kalau takde apa apa masalah. kalau tak bersalin gak, 15hb kena induce. ok, saya TAKNAK di induce. induce=kelahiran paksa= sangat sakit. so baby dalam perut, sila lah keluar 10/10/2010 kerana tarikh itu cantek dan bapak kamu dah berhasrat untuk menjadikan tarikh itu sebagai duit hantaran. Hantaran= RM 10102010.huhu. encik suami yang cakap ok. aku cakap lak, kang tak kawen la anak kita sampai ke tua sebab hantaran mahal sangat. huhu.


ok, back to the story...esok is my due date. dan aku dah seminggu tak dapat tidur lena sebab perut makin membesar dan of course sebab gatal2. heh. dan yang paling teruk ialah malam tadi sebab perut rasa tak sedap sangat n sakit. tapi tak sakit sangat pon. just tidak selesa. nak mengiring kiri tak selesa. kanan pon tak selesa. menelentang??Ooh, sudah tak boleh tidur menelentang kalau perut dah membesar sangat ok. sangat2 tak selesa, sakit belakang n penin. so malam tadi asyik bangun2 n duduk je atas katil sampai encik suami pon terjaga sekali. ok die lak yang risau aku tak cukup tidur dan rehat sebab nanti aku nak beranak lagi guna banyak tenaga. ok , memang betul pon cakap die. tapi memang susah nak tidur sekarang T___T siang pon takleh nak lelapkan mata ok. mata pon dah lebam n ada eye bag. Plz...saya mahu tidur lena malam ini.



ok, itu je nak merepek hari ni. doakan baby aku cepat2 keluar sebab aku taknak kena induce :) BAI!:)

Wednesday, October 6, 2010

naik 3.8kg dalam masa 1 minggu. ok,pengsan!


ade check up hari ni. ape yg mengejutkan ialah........berat aku naik 3.8kg dalam masa 7 hari aka 1 minggu!! patutnya dah 6bulan keatas...berat badan naik 0.5kg je seminggu..aku??berat naik mendadak lagi2 sejak raya. apakah? sampai nurse n doc tanya ape aku makan sampai berat naik banyak? huhu. berat aku yang terkini adalah 63.1kg! naik 18kg ok. masa awal kawen(sebelum pregnant) berat aku maintain 45kg je. ni dah 63kg. fakta: berat encik suami adalah 57kg sahaja. ok, encik suami panggil aku sekarang si montel. saje jek. takpe, baby dah keluar nanti turun la berat badan aku ni(ayat sedapkan hati.haha). doc just risau la...aku mungkin kena tekanan darah tinggi coz berat naik byk. lagi2 dah hujung pregnant ni. so aku kena check tekanan darah setiap hari untuk memastikan tekanan darah aku normal. tapi tadi check tekanan darah normal, hb darah pon normal, jantung baby pon normal, asthma ok. sumenya ok lah. except berat aku n gatal2 aku ni ha. huhu..btw, td doc cakap baby dah masuk ke dalam rangka tulang pelvis, that's means dah ready nak kuar.just tunggu masa je :) anyway, wish me luck!:)



p/s: nak baby keluar 10/10/10 :))

simptom pelik hujung kehamilan yang aku alami: gatal2 yang serius maha hebat, asthma aku hilang dan kuku berkilat cantik macam pakai nail buffer


oh, selain perkara-perkara yang disebut diatas, aku juga sangat suka minum air choc coolblog+pearl(hampir setiap hari enciksuami kena belikan:P) , air ribena/blackcurrant(mesti ada stok kat umah) dan yang terbaru ketagih nak makan MAGGI KARI(tau tak elok...tapi tak tahan la...actually dah lama tak mkn megi sejak preggy...ni dh masuk 9 bulan baru rasa mengidam n ketagih nak makan megi kari).



ok.nak cite pasal gatal2 aku. takde perubahan, malah makin teruk.hampir satu badan aku kena. diulangi hampir satu badan ok! die naik cam biji2 merah2 n sangat gatal(sangat ok!tak tipu.ni gatal2 yg super duper gatal,miang) sampai aku asyik mengaru2:(  bile dah sedap garu..sampai kulit melecet pastu kudis:( uwaaaaaaaaaaaaa.........abes kulitku.penat aku jaga kulit sebelum kawen.haha.orang cakap ni pembawakan budak.nanti baby dah keluar baru ok.doc pon cakap camtu. tak boleh nak buat ape. special case aku ni. tak ramai perempuan mengandung yang kena macam aku. biasanya perempuan mengandung memang ada yang gatal2..tapi gatal2 biasa.tak yang macam aku ni.sampai aku dah malu nak pakai baju lengan half/ 3 suku kalau nak keluar jalan2.kena pakai bj lengan panjang sume. rasa rendah diri pon ade tengok kulit tangan n kaki penuh gatal2 n ade kudis..nasib encik suami memahami.thanks sayang!:) tapi takpe, pas bersalin aku nak pulihkan semula kulit aku ni walaupon tau ia akan amek masa yang agak lama kot nak ilangkan parut...T____T tapi apepon, yang penting baby kami dalam perut ni sehat sejahtera. bile nak keluar ntah, aku pon tak tau. takde rasa sakit2 lagi setakat ni. aku pon dah excited macam enciksuami nak die keluar 10/10/10 :P hehe


ok.stop citer pasal gatal2.ni nak citer pasal asthma aku lak. yang aku perasan la...sejak aku kena gatal2 ni...asthma aku dah baik!pelik kan? sejak gatal2 memang asthma aku hilang dan sejak gatal2 gak aku tak pernah guna inhaler/ubat sedut aku. pastu kalau aku minum air sejuk pon malam2 still tak sakit dada or ada simptom2 asthma.biasanya kalau mlm2 aku minum air sejuk...aku mudah sakit dada n asthma aku akan menyerang dan aku kena pakai ubat sedut aku. tapi sekarang ni dah tak. aku pon pelik.


satu lagi yang pelik adalah...kuku kat tangan aku ni makin berkilat macam aku pakai nail buffer ok. enciksuami pon perasan kuku aku makin berkilat. padahal aku takde pakai sebarang pengilat kuku pon. pelik2.  siap shining2 gitu kuku aku ni.huhu..



ok la..tu je aku nak merepek hari ni. hari ni ade check up lagi. maybe the last check up :) pergi drive sendiri jek. encik suami keje. lagipon nanti die dah janji nak amek unpaid leave seminggu kalo aku bersalin. kan kan kan encik suami kan? :P love u bebeh:P hehe

Monday, October 4, 2010

tanda-tanda bersalin



huh...waiting game/ menunggu hari sesungguhnya sangat mendebarkan.huhu..kalau nak ikutkan dah banyak dah tanda2 bersalin yang aku dah alami. ...antara tanda-tanda anda hampir nak bersalin adalah :


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
**(ok, part ni sume aku dah rasa...lagi2 asik nak terkentut (sory enciksuami:P) huhu..pastu kerap nak poo poo  dan shi shi :P )


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. 
**(yang ni belum rasa lagi. orang cakap kalau keluar air dulu tak rasa sakit sangat nak brsalin.tapi kalau keluar tanda darah dulu akan rasa sakit sangat masa nak beranak)


Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
**(ini penah rasa, tapi kadang-kadang je)


Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

** (yang ni of course la belom lagi :P)


{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.



ok, itu je info untuk hari ini ye....sekian:) 
credits: ratuhati


p/s: sedang pening kepala pikir urusan beli rumah....