iklan

Showing posts with label menu ramadhan. Show all posts
Showing posts with label menu ramadhan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

mengidam nak makan roti puri

hari ni tetibe mengidam sangat nak makan roti puri setelah tgk group #Jommasak kat FB post gambar roti puri tu. nyam nyam nyam...terliur la pulakkk. dulu aku penah buat roti puri ni. makan cicah ngan sambal tumis. perghh..sedapp.  makan ngan kari daging pon sodapp. biasanya roti puri dibuat utk sarapan or minum petang. tapi hari ni ,aku nak buat roti puri untuk berbuka;)



pic dari encik google



resepi roti puri pon dah selamat digoogle.resepi yang dulu dah tak ingat:P  ni resepinye...


dari Myresipi

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...  
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA 

ni resepi dari dapur suzi lak...

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng.. 

senang kannnnnnnnnnnnnn?? jom buat sama-sama. :D


p/s: hari terlajak bangun, tak bangun sahur:(
p/s lagi: dulu aku panggil roti puri ni ,roti gemok. sebab die gemok.hehe


[updated] dah try buat.jadi!!aku guna reepi yang kedua.dari dapur suzi tu. makan dgn kari daging n sambal tumis.sedappppp.nnt nak buat lagi:) cuma, bentuk roti tak berapa nak bulat laaa:P macam2 bentuk ada.haha

Monday, July 23, 2012

mood memasak kembali semula :)

Alhamdulillah...setelah dekat 4 bulan tidak memasak..akhirnya aku ada mood nak masak :) yay!
oh ye, i'm 16 weeks pregnant this week :) 3 bulan pertama untuk 2nd pregnancy ni memang aku mengalami keletihan dan kelesuan melampau. oh, dan juga kemalasan  tahap berganda:P tapi ,alhamdulillah masuk 4 bulan dah ok sket..dan juga makin bertenaga:) dan alhamdulillah syukur juga kerana dapat berpuasa dengan baik walaupun mengandung dan menyusukan si zaheen yang kuat mengempeng itu:P Insyaallah, harap dapat puasa penuh tahun ni;)




cakap pasal masak, bohong la cakap kalau aku dalam tempoh 4 bulan tu tak sentuh kuali langsung kann. aku masak gak. tapi ...just goreng telur, goreng nugget n french fries zaheen ,masak megi(oops,kantoi makan megi:P ngidammm:P),masak nasi dan masak air :P haha. masak takat tu je la. yang berat2 tak larat. memang beli je selama ni. tapi slowly...after dah lepas 1st trimester, aku dah boleh renyah2 masak sikit...tapi still lauk simple je.....


ni antara menu wajib aku.jambu cicah asam.ni la makanan peberet ku setiap hari sepanjang 3bln ngandung.sekarang dah ok dah..takdelah sampai tiap2 hari nak makan jambu jek. btw, masa tu.. 1 hari aku boleh makan 3-4 bijik jambu ye :P haha.. dlm 1 minggu memang enccik suami kene beli 3kg jambu utk aku:P

haha.lauk pertama setelah sekian lama tak masak:P telur masak kicap dan buncis goreng:P encik somi i makan sampai menjilat jari tauuu:P maklumlah..asik makan luar jek.haha
ni nasi goreng meatball encik suami yang sedap bangat;) saje nak nyelit pic ni. hehe


ni pulak gambar menu berbuka kami untuk hari ke3 puasa..puasa ke3 baru ada kesempatan masak.sebab puasa pertama buka kt kampung n kedua beli kat bazar je..


air teh longan.sedap diminum sejuk-sejukk.nyamannn..~

air barli suam pun ada jugak..

hangit pulak seasoning die..actually bawal masak cili padi ni aku br makan masa puasa pertama. ayah aku masak. sedap pulak.tu yang ngidam tu:P hehe. resepi dari ayah terchenta;)

menu hari ni simple jek..bawal masak cili padi dan sayur kubis masak lemak with tempe:P


ok. menu untuk esok dah ada dlm kepala dah:P sebab excited nak masak kan..hehe:) welcome back mood rajin masak ku..aimissyusomuch lah;) hee. 


p/s: mood baking pon dah ada balik. tapi still takleh baking sebab oven belum repair lagi T__T



Monday, August 22, 2011

menu berbuka puasa lagi dan lagi part 3

as promised, aku post lagi pasal menu berbuka yang aku pernah masak sepanjang berpuasa tahun ni. just nak share idea kat korang nak masak ape untuk berbuka dan juga untuk rujukan aku, supaya aku tak masak bende yang sama setiap kali berbuka:P huhu


actually aku dah tak ingat dah setiap menu2 tu aku masak hari ape..tak macam post sebelum ini dan ini.

tapi aku masih ingat makan ape pada hari-hari tersebut :P hehe...



 so..jom tengok!:)


macaroni gratin with white sauce. ni aku suke. makan ni je dah kenyang. pada aku la.hehe.


telur bistik makan ngan nasi putih n timun. air hot choc je sebab hari tu macam malas nak masak:P






daging dendeng, marinate baked chicken,kubis masak lemak.
daging dendeng dah jadi lauk peberet aku sekarang. sukeee:D










spagethi bolognese with meatball, baked marinate chicken lagi, shepherd pie and apple crumble. menu western hari tu. huhu. oh, hari tu shikeen n mr raop datang berbuka umah kami:)






ayam goreng kunyit with daun kari, sup kosong dan chicken divan resepi shikeen :)



ok, tu je. nanti sambung lagi. sebab pic lain tak sempat transfer lagi. malas:P

hari ni dah hari ke 22 puasa.kejap je kan?? tapi aku masih tak sempat nak berbuka ngan famili kat segamat T__T

hmm..encik suami janji ujung minggu ni:) sukeee:D
btw, play yard zaheen dah dapat. so lepas  ni boleh la aku masak n baking dengan senang hati:)
nnt aku cite pasal play yard   zaheen kat next entry k.
ok la...dah pukul 5.11 petang ni,...jom masak untuk berbuka! :)