Friday, August 5, 2011

menu berbuka hari ketiga, keempat dan kelima

kenapa menu start dari hari ketiga?
sebab puasa pertama dan kedua aku tak masak:P  hehe
so mulai hari ni aku nak upload juadah berbuka puasa aku. maybe boleh bagi idea kat korang nak masak ape. dan juga sebenarnya supaya aku tak lupa aku dah masak ape untuk berbuka:P



hari ketiga :

aku masak simple2 je sebab zaheen meragam taknak tido. lauk kailan masak taucu + ikan selar kecik goreng sambal + popia + sambal popia berkacang + sambal kering mak aku bagi + air blackcurrant jek.  tengok la popia aku tu, kemain besar aku lipat.sebab malas n tak sempat nak gulung2 comey2 so aku buat besar2 n inti pon banyak, baru la puas mkn inti banyak2:P huhu





hari keempat :

haa,hari tu aku ade mood untuk memasak besh2. aku masak nasi ayam hainan + jemput-jemput nasi ikan bilis (yup,ada tambah nasi dalam ikan bilis itu.nasi tu kena blend ngan ikan bilis dan bawang kecik.pada pendapat aku jemput2 yang tambah nasi lebih sedap!:)) + air sirap bandung.





hari ni (hari kelima) :

aku masak ayam goreng tandori stail mamak(ni sedap.aku suke.encik suami pon suke.lagi lame peram ayam,lagi sedap) .kubis goreng stail mamak (campur serbuk kari+serbuk kunyit+rempah penumis+lada sulah), timun + air susu segar bersos coklat(yummeh!) dan puding roti sos coklat berkrim:) nyum3.arini makan cam tak cukup jek.kejap je dah licin.hehe:)





ok.itu aje.esok sambung lagi ok;)




1 comment:

maisara my said...

pn ain...menu jer??...resepi??...ayam tandoori mcm maner nak buat!!!