iklan
Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts
Wednesday, March 11, 2015
Friday, January 17, 2014
my home deco 2013 :)
assalamualaikum...
dah lama tak citer pasal dekorasi rumah...
asyik citer pasal resepi je kan..
so arini nak share sikit pasal deko rumah ku tahun 2013..
dah masuk 2014 dah pon..
baru nak citer kan:P
huhu
aku bukan la terror or pandai sangat menghias rumah.
tapi aku sangat suke kemas rumah, suke rumah nampak cantik, suke rumah bersih, suke bersihkan rumah, suka rumah tersusun. aku memang jenis macam tu. walaupon penat, mmg aku akan kemas rumah setiap hari walaupon anak2 akan sepahkan rumah tapi lepas tu tangan aku gatal kemas dan bersihkan semula walaupon satu hari 4-5 kali kemas sebab aku mmg tak suke nampak rumah sepah or aku akan pening kepala ,sakit kepala or naik angin tengok rumah sepah.hahaha.panjang aku explain:P
tahun 2012..deko rumah aku ..aku penah share kat blog..klik sini..
so thn 2013..ade la sikit penambahbaikan walaupon tak banyak..tapi nak share juga utk kenangan ku...
hallway
hallway rumah aku kecik je..adelah sekangkang kera:P haha...
nampak tak kesenkangkangan kera itu?:P haha
aku letak rak kasut jenis tinggi...dan tempat sangkut beg dan baju/tudung..
memang nak buat hallway...sebab selalu
suami pakai jaket kerja..kalau balik mesti letak kat mana2 jaket die
tu,,..so ade hallway kat situ..leh la sangkut baju kat situ je..
ade letak cermin gak kat situ..boleh cermin diri sebelum keluar rumah:P
ruang tamu
![]() |
ruangtamu ruamh aku takde perubahan sangat dari tahun 2012..cuma tambah frame kufi ..langsir sume tak tukar pun...rumah pon cat asal pemaju je...aku mmg nak kekalkan putih sebab nak nampak efek luas..yelar..rumah aku kecik je...18x60 je...
ruang makan
ruang makan pon takde perubahan sangat.cuma tambah frame kat bahagian dinding....aku lupe nak snap bahagian ruang makan tp ni ade gambar bahagian ruang tamu aku yang bersambung dgn dining hall ..
![]() |
aku beli frame holder kat ikea...pastu letak frame2 kat situ...simpe aje.. |
dapur
tak banyak perubahan seperti tahun 2012..klik sini... .cuma ada tambah rak ikea kat bahagian masak..pan nak beli bekas2 botol kaca utk spices sama sume seragam..tapi tak beli2 lagi,...so guna apa yg ade shj dulu:P
bilik zaheen
bilik zaheen ade perubahan besar sikit berbanding tahun 2012. hehe..walaupon zaheen tak tidur kat bilik die..tapi kitorg slalu gak lepak kat bilik zaheen..biasanya aktiviti painting buat dlm bilik zaheen ;) bilik zaheen memang aku hias colorful gitu;P
bilik bawah/bilik tetamu
keluasan bilik kecil je..so guna katil bujang je utk jimat ruang :)
bilik tetamu atas/bilik komputer
bilik ni dah selamat kne conteng guna marker oleh zaheen. -_- good job anak.gud job:P
![]() |
nmpak x kesan conteng ituu?:P |
master bedroom
master bedroom pon xbesar sangat.so kene pandai bijak susun supaya nampak luas sikit:P dah la aku guna katil size king..banyak gak amik ruang.
hakikat rumah bila dah ada anak
hakikat 1: ade ruangan buai kat area bawah tangga.kalau ikutkan aku mmg tak nak guna buai n taknak letak buai langsung kat umah..tapi berjaya sampai ziyad umur 9 bulan je kot.pastu aku mengalah pasang buai gak kt rumah sbb ziyad dah terbiasa tdo kat buai kt rumah pengasuh. n bahagian bawah tangga mmg aku buat area permainan anak. ade play yard dan sebahagian toys kat situ. play yard yg wane putih tu aku guna utk emergency if aku nak ke toilet ke ape ke...kena letak ziyad dlm tu jap. kalau tak....merayap die pegi.
hakikat 2: bila anak dah pandai menyonteng ke dinding rumah,haha. ni antara lukisan terbesar zaheen pernah lukis kat dinding rumah. haha. aku nampak macam bentuk POU, tapi bila tanya zaheen, die kata die lukis angry bird:P haha
oklah,itu shj sharing home deco utk hari ni :) ade cadangan penambahbaikan boleh komen;) hehe.
Thursday, August 2, 2012
My Little Kitchen :) -kos pasang kabinet dapur / kitchen cabinet dan counter bar / breakfast table -
Dapur impian ku adalah dapur yang luas, besar, bersih, kemas, tersusun sistematik dan mesti ada island kitchen. itu adalah apa yang aku angan-angankan dulu jika dah ada rumah sendiri nanti. tapi, bila dah ada rumah sendiri (yang mengikut kemampuan sendiri), dapurku takde lah sebesar mana. kecil je. tak boleh buat island kitchen pun.takde wet kitchen and dry kitchen ponn. hampa. tapi takpelah..ukur baju dibadan sendiri kan. :)
aku pernah tulis entry dapur konsep terbuka. ingat lagi entry aku pasal dapur konsep terbuka tu?? disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana...so,untuk nampak lebih luas, kami decide untuk tidak tambah dinding or tutup bahagian dapur. sebab...taknak nampak ruang lebih sempit. tu yang konsep terbuka tu:P ala ala western style la kunun-kununnya.haha.
so...ini gambar dapurku masa mula-mula pindah...
[updated] : disebabkan ramai yang bertanya...saiz table top+kitchen kabinet aku panjang die 13 kaki. dapur aku jenis memanjang je,tak buat bentul L shape. material kitchen cabinet adalah aluminium. material pintu kabinet jenis 3G high gloss. warna pilihan pintu kabinet dapur: silver metallic .warna pilihan table top: black galaxy. kos / harga upah pasang table top dan kitchen kabinet RM6100. termasuk aksesori dapur seperti singki 2 lubang, paip air 2, rak pinggan mangkuk stainless steel. tidak termasuk hud dan hob.
aku pernah tulis entry dapur konsep terbuka. ingat lagi entry aku pasal dapur konsep terbuka tu?? disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana...so,untuk nampak lebih luas, kami decide untuk tidak tambah dinding or tutup bahagian dapur. sebab...taknak nampak ruang lebih sempit. tu yang konsep terbuka tu:P ala ala western style la kunun-kununnya.haha.
so...ini gambar dapurku masa mula-mula pindah...
nampak tak dapur ku yang diambil pic nya dari jauh tu? sangat terbuka dapur aku.kan? hehe.
disebabkan tak boleh pasang island kitchen atas faktor takde ruang yang luas, so aku decide pasang breakfast table atau kitchen bar atau bar counter. tertutup la sikittt ruang dapur tu walaupon masih terbuka:P hehe.
.
.
cuba tengok..ok tak?
plan nanti maybe nak pasang langsir benang (dari siling ke lantai) kat sebelah breakfast table tu..
pandangan dr ruang tamu |
kitchen bar ku yang baru siap pasang minggu lepas :) suka:D
[updated]: disebabkan ramai yang bertanya ...panjang kitchen bar aku adalah 4kaki dan lebar 2 kaki. warna: black and white.material: tak ingat.tapi macam jenis sheer formica solid. kalis air punya. harga dan kos upah pasang RM1900. tak termasuk kerusi die ya.
ni lah tempat aku 'bersilat' menyediakan makanan untuk encik suami:P haha
kabinet dapur pilihan kami pulak jenis aluminium,
material pintu kabinet pulak jenis 3G high gloss .
tabletop warna hitam dan material tabletop jenis konkrit dan tiles 2kaki x 2kaki warna hitam.
warna kitchen cabinet: silver metallic.
warna kitchen cabinet: silver metallic.
yang warna pink tu..tempat buang sampah untuk sisa sisa makanan. sangat useful dan praktikal. | beli kt cosway je. |
tingkap dapur ,aku guna jenis aluminium blinds. tak sesuai kot guna langsir kat dapur*my opinion la* |
pandangan dari sudut lain. nampak tak ruang tamu ku?:P sambil masak boleh tgk tv.takpayah pasang tv kt dapo.haha |
oven ku yang belom hantar baiki lagi :( |
ok,bahagian ni belum cukup bajet nak buat kabinet.:P nantilah,kumpul duit lagi. kerusi biru tu aku guna utk panjat2 amik barang kat kabinet dapur yang tinggi:P |
pandangan dari dining area.pendek je kitchen bar tu. panjang 5 kaki je. |
zaheen ku yang nak interframe gak..dah la pakai baju lain seluar lain =_= |
big boss tgh minum air:P |
alhamdulillah, so far aku sangat berpuas hati dgn hasil kerja kontraktor cina yang aku upah tu. kemas je hasil kerja die(table top, kitchen kabinet dan kitchen bar). kalau korang nak nombor die, aku boleh bagi:) plaster ceiling pon aku buat ngan die. recommended:)
oklah itu sahaja utk harini. tiibe2 je bersemangat nak cerita pasal dapur kan..maklum lah kitchen bar baru siap pasang:P so masih excited lagi sebab dapur dah cantek sikit berbanding dulu..(perasan:P)haha. ok ok...kalau ada sebarang idea nak cantekkan lagi dapur i :P,pertanyaan or cadangan,jangan segan silu leave me a comment ya;) assalamualaikum:D
Thursday, February 2, 2012
idea dapur pilihan kami : open kitchen concept :D
*nampak tak dapur comel kami? amik dari jauh je dulu.hehe*
Disebabkan umah aku takde lah besar mana...so aku decide nak buat open kitchen concept je untuk dapur comel kami. kalau tambah dinding untuk tutup, nanti nampak sempit la pulak ruang. so aku buat tema open kitchen je. tapi dapur idaman aku belum betul2 siap lagi..sebab...aku plan nak buat bar counter kat dapur tu..tengah gigih kumpul duit lagi ni:P haha.. tapi ok gak open kitchen ni..kita akan sentiasa kemas dapur kita.lepas masak je terus kemas,bersih lap2 ape yang patut. dapur kena sentiasa kemas dan bersih,sebab terbuka kan..takleh nak sorok2.hehe. tapi nanti kalau tambah bar counter, mungkin tertutup sikit.tak terlalu jelas sangat. so far...aku suka dapur aku. sukeeeeeeeeee. :D kalau dah buat bar counter ,mesti lagi suke:D tapikan...aku ni asik keje nak mengelap,membersih kat dapur tu sampai nak masak pon sayang,malas nak kecah2:P haha. sampai kene perli ngan encik suami:P heee. oklah ,itu idea dapur untuk rumah kecik cam aku. :) kalau ada idea best2 ,boleh lah share ngan aku :)
Saturday, March 26, 2011
idea kahwin: paperbag yang super jimat. D.I.Y.
korang korang bakal pengantin mesti lah nak jimat kos kahwin kan?? lagi2 kalau jemputan ramai, n harga paperbag pon sekarang ni mahal. so..ape kata korang buat sendiri je paperbag doorgift untuk majlis korang? guna beg kertas yang biasa guna korang beli goreng pisang panas tu.. beli banyak2, dapat harga murah.harga die jatuh 0.01 sen je sekeping. murah kan???? pastu korang hias la ikut kreativiti sendiri. print nama korang n pasangan n letak riben sket. nah, paperbag yang super jimat SIAP!!! :)
ni aku letak pic paperbag masa wedding member aku Pfa n Ijal..
just untuk bagi idea kat korang..
just untuk bagi idea kat korang..
kreatif dan yang penting JIMAT!
n korang boleh save banyak duit untuk honeymoon, preparation kawen yang lain or life selepas kawen.
cubalah !:)
n korang boleh save banyak duit untuk honeymoon, preparation kawen yang lain or life selepas kawen.
cubalah !:)
Subscribe to:
Posts (Atom)