iklan

Showing posts with label kucing comel. Show all posts
Showing posts with label kucing comel. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

wordless wednesday #7 : tehcik tidur kepenatan tolong kemas rumah baru:P








sexy..euww:P


Friday, August 20, 2010

gaya kucing aku tidur...Comels :)

hye hye hye..


arini aku terlebih rajin update blog:P meh layankan gambar gambar gaya kucing aku tidur :)


hai :) 
nama saya Tehcik. saya kucing jantan sejati ok. sila jangan salah paham :P
btw, ini muka saya dari depan.hensem kan saya?:P



dan ini pula dari pandangan tepi.
amacam?saya boleh menang Hero Remaja Kucing tak?:P


hye.saya pulak CT.
saya tak pandai bergambar seperti Tehcik.dan saya memang tidak suka bergambar.


 kami adek beradik :)
CT kakak dan Tehcik adek sebab CT lebih matang dan berdikari.
Tehcik lak macam kanak-kanak ribena dan tak matang lagi. dan sangat manja.
*kucing jantan memang manja la.sama la cam org jantan .eh lelaki:P*

kami saling menyayangi walaupon selalu bergadoh.
tengok,tehcik memang adik yang baik sebab jilatkan kakak CT.


ok...itu sahaja pengenalan kucing-kucing aku.motiif dan tujuan sebenar entry adalah tentang gaya kucing aku tidur...so...jom tgk bawah ni.

ini gaya tehcik tidur...



















ok.tehcik memang suka tidue gaya pelik - pelik. 
sangat comel:)
aku suke tgk n amik gambar die tidur:)


dan gaya CT tidur lak...

gaya tidur CT adalah lebih sopan.maybe sebab die kucing betina.so gaya die lebih sopan kot?
dan gaya die tidur memang lebih kurang cam kat atas tu je la selalunya.tak macam tehcik.haha

.

ok.itu sahaja.
COMELS kan diorang tidur?:)

daa~

Friday, August 6, 2010

tips dan panduan penjagaan anak kucing supaya menjadi kucing yang berguna dewasa nanti:P

hye hye hye:)

hari ni first time bawak CT dan Tehcik pergi klinik haiwan.reason bawak diorang jumpa vet adalah sebab CT macam demam.lemah tak bermaya selepas diserang dan dicakar kucing jahat berbadan besar.Ct trauma ok.dah serik dah keluar rumah.keluar pon hanya untuk ke litterbox die untuk cing n yak.pastu masuk umah balik.pastu die macam ketakutan je.aku ingatkan die demam.tapi tadi check,die tak demam,just trauma.so tadi just bagi ubat Deworm untuk die.vaksin untuk CT next week,tunggu trauma die dah ok dulu.Tehcik lak..kena vaksin n deworm.die ok je,sehat n aktif.aritu masa diorg kena serang ngan kucing jahat,die yang lari selmatkan diri sendiri dulu:P ok,tadi je dah kena rm 100++ untuk kucing:P tapi takpe,sayang kucing punya pasal:) yang penting kucingku sehat:)
CT n Tehcik yang makin comel n manja



ok,actually..hari ni agak penat,tapi nak update blog gak.tapi cam takde idea je nak cerita tapi nak update blog gak:p eh,paham ke ayat aku ni?haha



ok..bawah ni ada cara-cara penjagaan anak kucing.camne nak didik kucing dari kecil supaya menjadi kucing yang berguna apabila dewasa nanti:P hehe




1. Pastikan anda dan keluarga anda bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Anda juga perlu menyediakan keperluan asas membela kucing seperti, permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar, dan tempat rehat atau tidur. Ini akan mencepatkan anda menyesuaikan kucing baru dengan suasana baru.


2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda. Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.


3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk, “grooming”, mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung), dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandi jika kucing dalam keadaan kotor. Jika anak kucing berasa selesa dengan semua aktiviti ini, akan menjadi mudah untuk anda melakukannya apabila anak kucing menjadi dewasa.


4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk, ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dan lain lain. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru, dan gembira.


5. Bermain dan bercakap dengan nya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Seperti merosakkan perabot rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengan nya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.


6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.


7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contoh nya, mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat yang tinggi, mencakar langsir, dan lain lain. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan “Stop” atau “JANGAN” (jangan menjerit, guna nada suara yang rendah sahaja), dan alih kan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. Adalah mudah untuk mengajar anak kucing sewaktu mereka kecil berbanding mengajar kucing dewasa. Maka, anda perlu membuat undang-undang kepada anak kucing - yang boleh di buat, dan tidak boleh di buat, tempat yang boleh di masuki dan tempat yang di larang. Kucing adalah haiwan yang mudah memahami kehendak kita.


8. Jangan terlalu “memberi muka” kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing anak mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika ada melayan kehendak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi “meow” yang berpanjangan anak menjadi kebiasaan sehingga dewasa.


9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka dari bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, di buli oleh kanak-kanak, atau haiwan haiwan seperti anjing. Jika ini sering berlaku, ia akan memberi impak negative apabila dewasa kelak.


10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakkan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terima lah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukan nya sesuatu yang mudah.

credits: koleksiartikel






"Kalau kita jaga kucing dengan baik, dia akan doakan kesejahteraan tuannya. Kucing berdoa untuk kita. Doa kucing makbul sebab dia tidak ada dosa."

^_^

Tuesday, July 27, 2010

tehcik and CT in the house




ni gambar tehcik dan CT masa die first day kat umah kami kat pasir gudang:)
macam mabuk n penin naik kete diorg ni.
sampai2 umah terus yak kat litterbox die pastu cm terhuyung hayang penin mabuk kete.terbaring kepenatan+kepeningan.
dah la dlm kete asyik mengiau sepanjang perjalanan
cian n sedih aku rase.tapi nak buat camne
diorang cam homesick,takut n sedih masa first day
macam cari mak die n adek2 die
mengiau sane sini
cian lak aku tengok
tapi ni dah 3rd day diorg bermastautin kat pasir gudang,diorang dah ok:)
makin aktif,manja n nakal:)

ok.itu aje update kucing aku  kali ni:)
next time aku update lagi ok?:)


p/s: btw,tehcik dah pandai nak mengawan!padahal baru nak masuk 5 bulan die ni.ish3...
n thanks to my bro,muhammad adib yg br blk study kat Bristol,UK for the 'gift' yang sebelum ni die bg mase 1st time die balik ke malaysia taun 2008 tapi aku ganas,asyik terjatuhkan n bla bla bla,so terpakse la die hantar btolkan kat sane mase die balik msia tahun 2009 sebab warranty nye kedai kat sane:P hehe.dan bulan julai tahun 2010  baru aku dapat balik 'gift' itu:P dengan adernye 'gift' ini semula,boleh la aku camwhoring :P haha.eh bukan la..senang la aku nak amik gambar:) blogger dan kamera tak dpt dipisahkan ,stuju tak?:P hehe

Wednesday, June 16, 2010

presenting...........Suri's Babies:))

ini suri.
suri ni jenis cam katik sikit.die pendek,tapi badan die panjang,gemoks dan gebu.comels:)
mase ni kitorang baru adopt die
kawan ayah aku bagi:)

ini suri masa die dah preggy.
aww,sexy tu suri bareng camni:P hehe
suri suke baring menelentang mase preggy,tak selesa kot perut dah besar sgt.


ini pulak puteh yang manja kesayangan aku:)
puteh ni jantan ok:P tapi dah hilang 'kejantanannye' sebab dah dikemilikan/disunat/dimandulkan.
bukan ape..utk kesihatan die gak..
kalau tak die asyik nak menggatal dan mengawan pastu bergaduh ngan kucing jantan lain sebab berebutkan kucing betina yang ntah sape2 ntah pastu selalu sakit pastu selalu la kena hantar pergi klinik sebab die asyik sakit sebab selalu gaduh dulu.pastu kucing jantan ni...kalau tak sunatkan die suka nak kencing spray sane sini.lepas dah sunat...die menjadi lebih baik ok:P duduk umah je die.sopan je:P..kencing pon dah tak bersepah.dah tak jalan2 jauh-jauh macam dulu dan dah tak gaduh ngan kucing jantan lain dan kucing jantan lain pon dah tak pandang kat die.plus,die makin manja:P

hanya puteh sajalah tempat suri mengadu nasib:P
suri dan puteh dah jadi bestfren sekarang.
dulu2 mase awal2 suri dibela,puteh tak suke die.asik nak gaduh nagn suri n puteh majuks sebab ade bela kucing lain selain die.tapi lama2 diorg dah jadi bestfren:)
oh ye,sape yg bertanggungjawab membuntingkan Suri??yang pasti bukan puteh la:P
tapi.....yang bertanggungjwb adalah Teleng (bukan kucing kitorang,tapi kucing jiran.kitorg yg sukesukehati panggil die Teleng sebab kepala die teleng sebelah.betul.aku tak tipu ni.) tapi kan..pas suri beranak,teleng tak jage pon anak2 die.puteh yang tolong jagakan tau x.teleng tak bertanggungjawab.abis madu,sepah dibuang:P haha.suri pon kitorg akan sunatkan die pas anak2 die dah besar sikit.cukuplah die sekali ngandung je:P anak2 suri aku tak sampai hati nak bg org.kitorg bela gak.tapi 2 ekor dr anak die aku akan bela kat pasr gudang.yang lain kat segamat.
the birth.
ni masa hari suri beranak.kucing beranak cam senag kan?tak yah la kena ade mak bidan ke, g hospital ke ape ke:P

dan ini hasilnye..
4ekor anak yang comels:))
sume ekor panjang2.i loikee:P 
tapi belum bagi name lagi la kat diorang.any suggestion?sangat dialu alukan!:)

tengok la muke suri cam tensen je kan?:P
muda2 dah jadi mak:P

aww!!tetek suri seksi:P
anak die ni pas nyusu terus tido.comels

mase ni dah besar sikit.
masing masing kuat menyusu.
si kelabu macam bola tenis warna kelabu adik aku cakap
comel kan?:)
puteh junior yg nakal
mata die biru cam puteh gak:)
ni kelabu si bola tenis dah beso sikit.sangat nakal!
tengok gaya die duduk.comels kan?



 like mother like son.
suri memang suke tidur gaya penyek.anak die pon ikut same.cam alas kaki adek aku ckp.haha

alahai ciannye tido dpn pintu jek:P
mase ni pintu tutup.diorng nak masuk.tunggu punye tunggu pintu tak bukak2 sampai la tertidur:P cian:P

diorg suke main2 n tidur kat pasu.
macam puteh dulu2:)



 sepasu  puteh.
puteh pon suke tidur kat pasu dulu.


bantal yang dipeluk itu adalah bantal puteh ok
sekarang dah jadi hak milik anak2 suri

erk...kucingku makan jagung tuu:P
ish ish ish..diorang ni suke nak merasa makan ape yang kitorng makan:P bagi je la rase sikit.kang die ngidam lak:P
 puteh dan puteh junior tidur bersama.
puteh memang bapak angkat yang baek.
sampai kurus sikit puteh dan tak terurus diri die coz penat jaga anak2 suri yg makin nakal ni


tengok.dah tak terurus sikit kan?cian puteh.penat ye syg??nnt kak in belanja makanan mahal2 ye:P hehe
tengok mata putih.anak mata die kiri dan kanan beza kan?sebelah besar sebelah kecik.tak tau kenapa.tibe2 je jadi camni.risau gak.
.
.
.

ok.itu saje untuk kali ini:P ade banyak lagi pic ank2 suri akan di upload lagi.so...Tunggu!!:D 
hehe.
well,perkembangan terbaru anak2 suri adalah :
-diorg dah pandai berak sendiri (bukan berak kat halaman umah ok),tak perlu guna pasir lagi.jimat sikit:D
-dah pandai panjat pokok!haha.suri yang ajar.puteh pon tak pandai panjat pokok:P

ok.sekian:D