iklan

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, July 23, 2012

mood memasak kembali semula :)

Alhamdulillah...setelah dekat 4 bulan tidak memasak..akhirnya aku ada mood nak masak :) yay!
oh ye, i'm 16 weeks pregnant this week :) 3 bulan pertama untuk 2nd pregnancy ni memang aku mengalami keletihan dan kelesuan melampau. oh, dan juga kemalasan  tahap berganda:P tapi ,alhamdulillah masuk 4 bulan dah ok sket..dan juga makin bertenaga:) dan alhamdulillah syukur juga kerana dapat berpuasa dengan baik walaupun mengandung dan menyusukan si zaheen yang kuat mengempeng itu:P Insyaallah, harap dapat puasa penuh tahun ni;)




cakap pasal masak, bohong la cakap kalau aku dalam tempoh 4 bulan tu tak sentuh kuali langsung kann. aku masak gak. tapi ...just goreng telur, goreng nugget n french fries zaheen ,masak megi(oops,kantoi makan megi:P ngidammm:P),masak nasi dan masak air :P haha. masak takat tu je la. yang berat2 tak larat. memang beli je selama ni. tapi slowly...after dah lepas 1st trimester, aku dah boleh renyah2 masak sikit...tapi still lauk simple je.....


ni antara menu wajib aku.jambu cicah asam.ni la makanan peberet ku setiap hari sepanjang 3bln ngandung.sekarang dah ok dah..takdelah sampai tiap2 hari nak makan jambu jek. btw, masa tu.. 1 hari aku boleh makan 3-4 bijik jambu ye :P haha.. dlm 1 minggu memang enccik suami kene beli 3kg jambu utk aku:P

haha.lauk pertama setelah sekian lama tak masak:P telur masak kicap dan buncis goreng:P encik somi i makan sampai menjilat jari tauuu:P maklumlah..asik makan luar jek.haha
ni nasi goreng meatball encik suami yang sedap bangat;) saje nak nyelit pic ni. hehe


ni pulak gambar menu berbuka kami untuk hari ke3 puasa..puasa ke3 baru ada kesempatan masak.sebab puasa pertama buka kt kampung n kedua beli kat bazar je..


air teh longan.sedap diminum sejuk-sejukk.nyamannn..~

air barli suam pun ada jugak..

hangit pulak seasoning die..actually bawal masak cili padi ni aku br makan masa puasa pertama. ayah aku masak. sedap pulak.tu yang ngidam tu:P hehe. resepi dari ayah terchenta;)

menu hari ni simple jek..bawal masak cili padi dan sayur kubis masak lemak with tempe:P


ok. menu untuk esok dah ada dlm kepala dah:P sebab excited nak masak kan..hehe:) welcome back mood rajin masak ku..aimissyusomuch lah;) hee. 


p/s: mood baking pon dah ada balik. tapi still takleh baking sebab oven belum repair lagi T__T



Thursday, July 19, 2012

jadual berbuka puasa dan imsak 2012 bagi negeri Johor

sekadar perkongsian untuk rujukan diri sendiri dan orang johor sekalian..:) hehe. dah nak puasa kan...kejap je. harap ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah:) selamat menyambut ramadhan al-mubarak..dear friends:)-wish in advance ni. hehe

Wednesday, August 10, 2011

menu berbuka puasa lagi

k.jom sambung pasal menu berbuka puasa. sebelum ni aku dah post menu puasa ketiga,keempat dan kelima kan ? hari ni..menu kami berbuka yang seterusnya. mana tau boleh bagi idea kat korang nak masak ape untuk berbuka. ala,aku masak biasa-biasa je pon..yup, kadang2 pening gak pikir..nak masak apa la untuk berbuka kan?hehe..




puasa ke-6 : aku berbuka rumah sepupu aku,shikeen kat skudai. tapi aku masak gak sket dari umah. aku masak daging batang pinang masak kicap berempah, sayur campur dan buat air ribena bandung cincau. hubby shikeen lak masak sambal ketam .shikeen lak buat chicken divan nya yang sedap dan senang.hehe.


 daging masak kicap berempah dan sayur campur

 ribena bandung cincau

gambar ketam sambal dan chicken divine air tangan pn shikeen dan en rauf tak sempat snap la plak.hehe.


puasa ke 7 : aku tak masak. gi beli kat bazar je .hari malas masak hari tu:P

puasa ke 8 : masak lauk bawal sweet sour, sayur campur (asyik sayur campur je kan:P haha.biar la,peberet:P) ,udang mentega nestum dan soya cincau. :)

 soya cincau

bawal sweet sour

udang butter nestum.nyum nyum nyummm

hari tu tak sempat buat desert.hehe



puasa ke 9:   hari ni buka puasa ngan zaheen je coz encik suami buka pose ngan kilang-mate die kat hotel. tak aci!ngelat.so disebabkan encik suami takde,i takde mood nak masak banyak2:P tapi makan tetap banyak.hua hua hua,,hari tu aku masak mee hailam (2 kali tambah.dush! ) dan wholemeal cake with apple sauce and chocolate ice cream. 6 potong aku makan:P hahaha. pastu air aku buat air sirap jek:P


wholemeal cake with apple sauce and chocolate ice cream.yummyyyyyyyyy!


mee hailam

puasa ke-10: hari ni la:P hehe.dah 10 ari dah puasa kan?jap je masa berlalu.hari ni aku masak belutak goreng, mee goreng mamak, sayur campur n air epal susu.pastu jiran bagi kuih onde-onde.pengasuh zaheen lak bagi karipap.kebetulan aku takde buat desert hari ni .cam tau-tau jek:P oh.ape tu daging belutak? actually tu sosej brunei kot.kan shikeen kan?.aku pon baru kenal bende tu tahun lepas:P daging belutak tu sangat sedap. :) nak masak nya pon senang je sebab daging tu sendiri dah ade rasa coz dah diperam lama.



sampul plastik belutak sosej..

harga brunei 6.30...kalau covert duit malaysia..sila darab 2.4...

sosej belutak masih dlm karung sosej..
ni lepas dah keluarkan dari karung sosej
ni lepas dah siap masak
mee goreng mamak

jus epal susu
by the way, thanks to maklong coz belikan belutak kat brunei. actually aku yang kirim.tapi aku nak bayar, shikeen taknak.die kata bagi kueh yang aku buat je nnt :P huhu.ok,insyaallah ye maklong;) oklah..tu je untuk hari ni..good night!:)

Tuesday, August 10, 2010

pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang isteri :)




Ramadhan kali ni...agak istimewa sket kot.sebab first time sambut puasa sebagai isteri.first time berpuasa bersama suami terchenta.first time masakkan makanan berbuka n sahur untuk suami n bla bla bla:P dan yang pasti...InsyaAllah taun ni puasa aku PENUH :)) hehe.semoga aku larat,sehat dan cergas sepanjang bulan puasa ni..Amin:)




ok...cakap pasal bulan puasa...tak sah kalau tak gi bazaar kan?:P tapi awal2 lagi encik suami dah pesan...kalau boleh die taknak makan makanan beli kt bazaar..nak yang aku masak:P kuang kuang kuang:P ala yang....nak menjamu mata je kat bazaar tu:P huhu..aku ni..takleh g bazaar or pasar malam..agak rambang mata tengok makanan:P beli je lebih..pastu tak larat pon nak makan:P

 bazaar ramadhan


ok...sempena bulan mulia penuh keberkatan ini...aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca-pembaca setia blog aku.(eh,ader ke?ke aku je yang perasan ni?:P hehe) .terima kasih dengan sokongan dan kesetiaan korang semua...terutama kepada my beloved FAGS ,pembaca setia aku,my silent readers , bloggers yang ade backlink aku,letak link blog aku kt blog korang,komen kat blog aku dan followers ku yang dah 61 orang tu. TQ ALL:))




FAGS and my followers..sayang korang ;)


p/s: sempena bulan ramadhan ni..tidak akan ada sebarang post maki hamun ,marah2 ,tak puas hati or sewaktu dengannya:Psemoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..amin:)