iklan

Showing posts with label bencana alam. Show all posts
Showing posts with label bencana alam. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Keadaan Segamat selepas banjir 2011


 rel keretapi yang sudah lari batu2 nya.banyak barang terperangkap kat bwh rel keretapi







 batu2 landasan keretapi tersesat di mana2



 meja sekolah
 troli UPWELL tersesat kat tengah jalan raya


 masih belum surut betul




 keadaan masjid di kampung jawa

 sampah terperangkap pada pagar

ni pagar masjid kmpung jawa.







inilah keadaan kampungku segamat selepas banjir.
dah macam bandar penuh sampah pon ade.
sampah bersepah-sepah dimana-mana sebab dibawa arus air yang deras.

credits to razhan for the pics.


p/s: demam selsema ni:( jangkit dari en suami.doakan aku cepat sembuh::)

Tuesday, February 1, 2011

banjir di segamat tahun 2011 part 2

pagi ni...selasa, 1 februari 2011(1/2/2011)...hujan dah stop..matahari pon dah keluar..so aku ajak en suamiku jalan-jalan tengok banjir n jadi segamatbanjir Crew kejap:P huhuhu..~


kami :  wartawan banjir di segamat :P
anak? tinggal kat umah,mak aku jaga:P

eh, bukan aku sorang je jadi wartawan tadi...ramai lagi yang jadik wartawan cam aku amik pic banjir .huhu.

semua orang pon nak jadi wartawan banjir segamat:P 


hari ni banjir dah surut skit..tapi masih banyak jalan yang tak boleh lalu..so..masih belum balik pasir gudang ok.so...terpaksa lah kami anak beranak berTAPA di segamat dulu :P

kitorang jalan2 tengok kawasan yang dekat2 je...kawasan banjir yang jauh2 kitorg tak g tengok sebab tak boleh nak lalu. lagipon bahaya. safety first beb  !:)

ok la...ni pic yang aku amik tadi..eh, yang adek aku amik tadi:P adek aku, si aten ikut gak..die yang tukang amik gambar..aku lak jadi penunjuk arah kepada en suamiku dan bg arahan pic ape nak amik:P en suami lak jadi driver.


















ok.itu je yang aku sempat ambil tadi.sekitar jalan temenggong, jambatan keretapi, sungai segamat dan jalan sultan, segamat.

ni pon kejap2 ujan kejap2 panas. tapi air dah ade balik dah kat umah aku,. ni dengar bunyi helikopter lalu lalang sebab kat bagi bantuan. kesian yang nak sambut CNY tahun ni. kesian jugak kat mangsa2 banjir...harap bantuan dapat sampai dengan SEGERA.lagi-lagi BN Dun Tenang dah menang.sila lah jalankan tanggungjawab sebaiknya:) btw, ayah aku dah selamat sampai umah malam tadi naik traktor TNB redah banjir..alhamdulillah:) ok la,..tu je update arini.bye~

Monday, January 31, 2011

banjir di segamat tahun 2011

nampaknya banjir kat segamat tahun ni lebih teruk dari banjir tahun 2006.kawasan yang tak pernah dinaiki air sebelum ni pon naik air. hujan memang turun tak berhenti sampai lah sekarang ni. jalan ke segamat or keluar ke segamat terputus. aku n en suami n zaheen terkandas di segamat n tak boleh balik pasir gudang sebab jalan semua dah ditutup. tak sangka akan berlaku banjir besar di segamat lagi. oh , bukan segamat je yang teruk. kota tinggi, pasir gudang, yong peng, labis, chaah pon teruk naik air. keadaan kat sini...sejuk, bekalan air dah takde, n bile2 mase je lagi bekalan letrik akan diputuskan. semua org pon berpusu-pusu carik makanan. laku n untung kedai runcit waktu ni. same la cam aku, sebok cari makanan. dah la ramai satu rumah ni. ayah aku lak masih terkandas di labis. takde makanan die cakap. camne nak dpt bantuan jalan sume dah tutup ngan air? sejuk toksah cakap la. risau kat keadaan ayah sebab die ade sakit jantung. hmm...doakan ayah aku!! ok la..tu saje nak cakap.nak update pepanjang pon takde mood.




salah satu pic banjir di segamat yang terkini.


salah satu pic banjir di kota tinggi yang terkini.


salah satu pic banjir di pasir gudang..area masai ni.