iklan

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

tertengok adam dan hawa

alalala....best la pulak cerita adam dan hawa ni. tadi aku masa tgh tukar2 channel astro..masa tu channel 134 mustika HD tgh tayang drama adam dan hawa episod 8,ingat nak layan jap je...sekali tu...tgk sampai habis ngko:P siap nangis2 tacing gitu:P huhu.best lah pulakk.ingat malas nak layan drama tu walaupun ramai org cakap best cite tu. ala...nk kena tgk setiap hari ni. ni yang aku malas nak layan drama bersiri ni:P lagi satu...maybe sebab aaron aziz yang berlakon. tu yang melekat je dpn tv tadi:P hehe. lakonan nadiya nisa pon best ,real je.cheeh...dah bagi komen padahal baru tgk satu episod:P haha...






 ni sinopsis adam dan hawa


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.
Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.
Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

credits:djchef


err..btw, drama bersiri adam dan hawa ni ada 80 episod tuu...banyak tuuu. huhu. setiap isnin-khamis. jam 10 malam. ish ish ish..nak kena tgk ni malam ni:P


p/s: tak pernah baca novel adam dan hawa by aisya sofea.

Wednesday, June 15, 2011

ala...........esok NORA ELENA dah abes...:(

ala ala ala..nak tengok SETH TAN lagi.nak nak nak!haha.gile gediks:P tapi semua orang pon memang jatuh cinta ngan lakonan Aaron Aziz dalam Nora Elena kan? sila mengaku:P hehe. sampai encik suami pon jeles i asik puji abg Seth Tan:P oh abang Seth~~ hehe..




Nora Elena




with his wife n kids :)
pic credit to encik google, of course:)



so...esok episod akhir NORA ELENA. cant wait :) tapi mesti happy ending punya lah cerita macam ni. rasanya ramai je yang dah tau ending die terutama pembaca setia novel Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha coz drama ni kan diadaptasi dari novel tu :) watak Seth tu cam kena je ngan Aaron kan..so sweettt~ :)






actually mula2 aku tak berapa layan pon NORA ELENA ni...tapi disebabkan member2 asik cerita pasal seth tan, nora elena, rmantic bla bla bla, aku pon terus la tengok petang tu dan terus melekat kat depan tv setiap isnin-kamis pukul 7-8 malam sampai lah sekarang:P haha. melekat kat depan tv coz suke tgk watak seth tan lakonan aaron tu:P sampai aku follow twitter aaron ,like facebook aaron aziz, dan like nora elena fc kat facebook:P gile semangat:P haha






oklah,banyak pulak aku merepek mlm ni.so sesapa yang terlepas tengok drama nora elena kat tv3 tu..bolehlah klik sini untuk mendownloadnya. oklah. abah zaheen dah ajak tido,kang die majuk:P bai:)








p/s  to encik suami : I LOVE U...always!.:)