iklan

Showing posts with label cikgu.. Show all posts
Showing posts with label cikgu.. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

alhamdulillah...dah selesai induksi :)

alhamdulillah...tanggal 27 mei tepat jam 12.30 hari jumaat yang lepas aku dah selesai kursus induksi dan ujian induksi! heeeee :D lega betol dah abes kursus induksi tu.haha. aku lagi seminggu nak induksi dah tak senang duduk dah..risau,berdebar,nak buat keje lain pon tak boleh coz asik risau induksi..yelar,,aku bukannye stady sgt:P pastu...stady pon bukannya paham sgt n tak hafal pon. nak buat keje lain pon serba tak kena coz asyik terkenangkan induksi. last2...masa ari kursus tu...takde lah tensen sangat pon:) hehe..penceramah siap bagi soalan hint apa yang akan keluar exam,so kitorang stady ape yang die ckp je.insyaallah , aku lulus :) yakin ni:P haha...





tapikan...nasib baik kitorang induksi just 3 hari jek.coz ceramahnye tersangatlah memboringkan! dah la aku dok depan sekali.haha..sebelum2 ni induksi buat 1 bulan pastu dikurangkan kepada 2 minggu dan sekarang dikurangkan kepada 3 hari coz nak jimat bajet la ofkos. fuhh...nasib baik dapat yang 3 ari jek:P heee:D



ni antara soalan esei yang keluar...actually soalan die memang berulang2...yang aku punye soalan esei ni..same cam soalan bulan mac 2011 punye.





1. Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya.


 
      2. En K, penolong pegawai tadbir Gred N27 berhajat utk menunaikan ibadah haji pada tahiun ini. beliau telah berkhidmat dlm perkhidmatan awam selama 4 tahun dan hanya mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini.

Bolehkah En K memohon cuti haji pada tahun ini ?. Sila nyatakan syarat2 permohonan cuti haji kpd beliau.

     3. ‘Proses kerja .’ yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan ‘fail meja’ ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya


4.  En H bertangung jawab utk mencatat minit pada setiap mesyuarat pengurusan bulanan Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya. Baru2 ini mesyuarat tsb telah diadakan pada  7 Mei 2010. Sila bincangkan apakah tindakan selepas mesyuarat yg perlu diambil oleh en H sebelum mesyuarat pengurusan bulanan seterusnya diadakan.


5.Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut.



   6. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.

a)        nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan
b)        selain daripada mendapatkan nasihat jabatan arkib Negara, nyatakan lima usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka.
 


by the way...aku ader koleksi soalan danjawapan soalan2 objektif  dan esei induksi tahun2 lepas. dan percayalah soalan2 die berulang2. kalau nak...emel aku mrsnawuza [at] gmail [dot] com. insyaallah aku emel kat korang kalau korang nak la..aku pon dapat dari member aku.


oklah...nak buat kek pisang ni..ader member encik suami order:) bye!!


Tuesday, April 19, 2011

Alhamdulillah...dah dapat induksi dan dah confirm settle hutang dengan PTPTN :)

alhamdulillah..


dah lama aku setelkan benda alah ni..punya lah payah nak bayar habis / lumpsum dengan PTPTpoo ni...akhirnya...setel gak!!alhamdulillah:)


satu lagi berita gembira ialah...aku dah dapat kursus induksi!! akhirnya...setelah tahun 2009 posting sebagai seorang guru..baru tahun ni dapat..alhamdulillah gak! penting tu induksi.selagi tak gi induksi selagi tu la tak sah jawatan. tak sabar nak sah jawatan . dah sah jawatan.......leh la aku buat DAJAL sket :P ooops..haha.


ok lah....daaaaaaaa:))


p/s: sedang gian nak buat kek yang mencabar. target bulan ini mahu membuat red velvet cake:P malam tadi baru buat hedgehog slice atau nama melayunya....KEK BATIK :P haha..tapi ni resepi version lain n lebih cantik n kemas.pic n resepinya later ok ?? :)


Thursday, April 14, 2011

tugas guru..bukan sekadar 7.30 pagi sehingga 1.30 petang sahaja..jangan ingat tugas seorang guru mudah ye....takde lagi istilah keje cikgu senang, balik tengah hari, petang leh masak jaga anak layan suami bla bla bla

salam semua :) aku terbaca artikel dari facebook oleh Jimmyrose..pasal tugas seorang guru...ni untuk tatapan korang.
baca jangan tak baca:P



1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri (SANGAT SETUJU!banyak dah berkorban duit untuk anak murid.tapi ada diorang hargai?mostly TAK!)
10. Menanda kertas peperiksaan dan Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Count (paling tak suke)
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan (semalam aku baru kena anto budak kadet polis lawan kawat kaki.naik bus lagi ngan budak2.eventnya dari kol7pg-6.30 ptg ok!pastu budak2nya tak dengar cakap sampai keluar kwasan sekolah gi mcD, n jusco-kebetulan sekolah tu dekat ngan jusco.geram btol aku!)
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

*thanks Jimmyrose share artikel ni.

p/s: dulu encik suami penah nak jadi cekgu tapi aku halang sebab aku tau beban keje cekgu skang. pas kawen die tgk aku byk keje walaupon dok umah tapi kena buat keje sekolah n etc terus die taknak jadi cikgu n cakap nasib baik die tak jadi cikgu. ok sekian.

Thursday, September 30, 2010

maternity leave

Yeeeeeeeeeehhaaa~ 


dengan ini aku mengumumkan bahawa aku sudah mula bercuti hari ini:) 
aku mohon early maternity leave semalam dari pengetua sekolah aku dan pengetua aku luluskan cuti aku serta merta :) Alhamdulillah:)) org cakap rugi ambil cuti awal coz nanti kena naik keje awal....tapi......aku sangat la bertuah sebab... kalau aku amik cuti awal pon...aku naik still tak kerja coz tengah cuti sekolah:P itu lah untungnya jadik cikgu..so cuti bersalin aku adalah 3 bulan termasuk cuti sekolah:) hehehehee...planning baik punya:D
 La La La....~

muka happy..sebab dah cuti:)
sebenarnya sudah malas nak g keje:P eh?
oh,sangat rindu kucing aku,Tehcik n CT yang terpaksa ditinggalkan kat segamat buat sementara waktu:(


so....ape mau buat ye hari ni??:P (statement untuk menjeleskan korang sume)

ok lah...mau makan makan dan makan:P Daaa..~

Sunday, June 20, 2010

cuti sekolah dah habis:(

uwaaa...
oh tidak!
haha.
saya mau cuti sekolah lagi.
tak puas la cuti sekolah kali ni:(
bile nak cuti sekolah lagi ni?:D
haha